Tuesday, February 18, 2014

MAJLIS PEMBUBARAN JPP IPG KBA SESI 2013/2014


ASSALAMUALAIKUM

Taktau nak mula dari mana. First of all, terima kasih diucapkan kepada semua #TeamJPP Sesi 2013/2014 kerana setia mengharungi pahit getir bersama dalam masa setahun. Ya Allah tak sangka sebenarnya boleh pergi sejauh ni dan boleh rasa sesedih ni bila dah bubar. 

Bila teringat balik niat aku awal-awal masuk JPP ni sebab nakkan pengalaman je. Sebab sebelum ni pun aku dah pernah kerja bawah JPP buat poster semua. So, kalau aku tak masuk JPP sekalipun tetap aku yang sibuk buat poster kalah JPP lagi. Baiklah aku masuk at least dapatlah juga pengalaman kan?. 

Time mula-mula perlantikan and majlis watikah JPP dulu aku sangatlah rasa awkward dan berfikir "Macam mana lah aku nak berkerja dengan diorang semua ni? dah la aku tak rapat dengan semua orang." Serius aku memang berfikiran macam tu sebab time tu aku memang suka menyendiri. Aku rasa kebahagiaan tu adalah bila aku duduk depan laptop and terkurung dalam bilik tanpa bersosial. Loser gila aku waktu tu. Aku siap pesan lagi kat Ken kalau nak pi mana-mana jangan tinggal aku nanti aku takut aku krik krik. Time tu tengok muka sensorang semua nak mintak pelempang penerajang semua sombong nak mampuih. (tapi aku yg selalu kena) Kahkah!. 


Ingat lagi time ni, Time hari sukaneka JPP rasanya. Ya Allah sumpah aku rasa tersangatlah awkward. Bayangkan bila you don't even know them lepas tu tetiba kena main sukaneka dengan depa main peluk-peluk semua tu. Aku betul-betul harap waktu tu bergerak pantas.. haha!


Krik Krik moment yang kedua bila semua Team JPP buat surprise birthday party untuk aku. Depa orang yang pertama yang pernah buat suprise party kat aku. Sebelum ni sumpah tak pernah. Terharu gila takleh nak cakap time tu. Tapi kalau time tu dah rapat dengan semua org mesti akulah yang paling ceria and kecoh. Tapi time tu aku tak kenal lagi semua orang. Rasa macam Ya Allah apa aku nak respon kat diorang ni. Aku nak pelawa depa makan kek pun malu. Diorang pun semua time tu duk diam je masing-masing. Time ni memang malu jugaklah kalau takda buat surprise pun tak kisah sebab aku tak biasa dengan semua ni. haha!

Tapi... bila hari demi hari... waktu berganti waktu.... setelah banyak program-program yang memerlukan kita bersama.... Aku dapat rasa yang ikatan persahabatan dan kekeluargaan tu makin kuat, makin terbina. Makin ada rasa sayang, makin rasa senang hati bila kena kerja bersama. Takda pun rasa membebankan walaupun kadang-kadang kerja kita sendiri pun banyak yang tak siap lagi tapi kena buat kerja untuk JPP pulak. Rasa macam kerja tu lebih ikhlas lah. Tapi kadang-kadang ada jugak lah merungut sikit. Sebab bagitau lambat! hahaha. Lagi satu aku bersyukur gila sebab ada Naib Exco yang sangat bagus buat kerja iaitu Ken merangkap roomate and classmate aku.  Kalau takda dia aku rasa hidup aku terumbang ambing lah dalam JPP. Nak buat poster lagi, video lagi. Aku respect dia sebab dia boleh bertahan buat video. Aku takleh. Kalau aku mula buat video sikit aku boleh jadi gila. Makin lamaaa kita bersama rasa macam makin rapat pulak dengan korang. Walaupun selalu kena buli tapi takpa, tak kisah sebab biasalah hidup ni akan sentiasa ada org yg jeles dgn kehenseman kita. Ahhhhh penat tau jadi org hensem macam aku ni. Ramai tak puas hati. K merepek.

Nak cerita pasal faedah lain yang aku dapat dari JPP ni sebenarnya banyak lagi. Antaranya aku jadi lebih sociable. Aku ni bukan orang yg jenis pandai bergaul sangat. Kadang-kadang kalau orang tegur aku, aku oklah. Kalau tak kenal aku susah sikit nak tegur orang ni. Tapi since masuk JPP ni aku rasa macam lebih yakin nak bersosial. Mungkin sebab aku ada kuasa kot. Maksudnya walaupun JPP tu pangkat dia hanya sebagai jawatankuasa pelajar yg biasa ja. Tapi pada aku bila aku berblazer bagai semua tu serius aku makin yakin nak tegur orang semua. Heh. Mungkin pelik sikit. Tapi tu lah Syed. Sebelum aku masuk JPP aku tak kenal pun junior bawah aku. Tapi bila masuk JPP ni setiap nama junior semua ada dalam kepala. Amboiiii. Tak sangka aku boleh bersembang dengan depa semua. hahaha.

"Aaaaaaaaaaaaaaaaaa!!" *jerit* nak cerita apa lagi niiii!. Serius banyak gila memori dengan korang semua. Kalau boleh nak cerita semuaa tapi perasaan tu cannot be explained by words... Dari STRANGERS to FRIENDS to FAMILY. Faham kan camna perasaan dia? 

Sebelum aku mengakhiri coretan ringkas ini, aku nak berterima kasih lagi sekali kepada YDP JPP IPG KBA sesi 2013/2014 di atas pimpinan beliau yg superb dan awesome gilaaa! :'). You're really a great leader abg nawi! You're going to be a great teacher! :') Tanpa dorongan, tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan aku rasa tak menjadi kot segala program under JPP ni. haha. Abg nawi jugak lah yang sentiasa bersama kami setiap program, kalau ada yang miss pun dalam sekali dua je sebab praktikum.

Dah. Speechless. Tak tahu nak cakap apa dah. Sekian, Maafkan saya ye keluarga JPP saya andai ada salah silap dan tersalah bicara sepanjang perkenalan kita. Aku jarang bergurau dengan org ni. Tapi bila aku bergurau, dan kadang2 ia kasar dan menyakitkan hati... tu maknanya aku betul-betul dah selesa dengan orang tu. So, Kalau korang rasa aku annoying, Annoying dgn org yg aku rapat ja. Dengan orang yang aku tak kenal most of the time aku diam je. hehe :) Terima kasih lagi ye korang. I know... I'm going to miss all of you nanti. Serius nanti mesti rindu nak bergurau senda nak jalan sama-sama semua.. I hope we will find some time to spend our time together ye.

GAMBAR SEKITAR MAJLIS





Sekian, Terima kasih. Salam Perpisahan dari Mantan JPP Exco ICT dan Penerbitan IPG KBA sesi 2013/2014. Semoga memori indah kita bersama takkan luput ditelan arus waktu. heh. btw, Aku tak menangis tau tulis post ni. kihkih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...