Thursday, August 29, 2013

School Based Experienced (SBE) di Kelantan was AWESOME


ASSALAMUALAIKUM

Bismillahirrahmanirrahim.. Akhirnya diberi juga kesempatan untuk aku mengupdate belog yang usang ini. Bila dah lama tak update ni dia jadi macam dah tak tahu nak cara-cara nak update blog. Lagi satu rasa macam leceh sangat nak upload gambar semua tu. Sebelum ni, time aktif berbelog tak perasan pulak semua tu. HAHA. Lagi satu penat juga duk fikir nak update apa kat blog ni. Fikir punya fikir dapatlah idea untuk berkongsi pengalaman buat PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) atau orang dulu-dulu panggil ROS (Rancangan Orentasi Sekolah. PBS ni lebih kurang macam praktikal laaa.. kena pergi sekolah. Tapi cuma seminggu je.. dan pergi ke sekolah pun bukan mengajar. just memantau je sambil memenuhi tuntutan untuk assignment. 

PBS ni mula buat time first year degree. Aku dah 2 kali dah la buat PBS sebab sekarang dah semester 2 dah. Kali pertama buat dekat sekolah lama aku dulu. PBS kali ni aku berhasrat nak merantau ke negeri orang. Menikmati keindahan dan pengalaman baru di tempat orang lain iaitu di Kelantan. Nasib baik la ada kawan yang baik hati, kacak, hensem, bergaya nak tumpangkan rumah beliau sebagai tempat berteduh. Kali ni buat kat kelantan seramai 7 orang. Empat orang di Sk. Seri Kota dan tiga orang lagi dekat Sk. Pintu Gang. btw, kelantan kat Kota Bharu! hehe. Aku punya sekolah mestilah Sk. Seri Kota. Tu gambar kat atas tu aku lah yg tangkap. Takkan la aku cari kat google images kan. Kahkah

Sebelum ke Kelantan, aku singgah rumah Adib dulu kat Kuala Kangsar, Perak bagi mengambil kenderaan untuk ke Kelantan. So, gerak awal sikit lah dari orang lain. Tidur semalaman dulu kat sanaaa..Dalam perjalanan nak ke sana tu rasa sakit hati kemain lagi sebab dapat bas entah apa-apa. Tak selesa langsung! Sabaq jelah. Tengok kondusi bas tu nampak macam takkan sampai je ke Perak. Tapi Alhamdulillah selamat sampai...


Sampai je kat Kuala Kangsar penat gila nak arwah dengan kondusi bas tu. Then, parents Adib bawak pergi makan malam di Restoran Arab dekat Ipoh tak silap aku... Nama kedai dia Restoran Hadralmout tak silap. Makan nasi arab yg banyak gila memang kenyang lah. Yang air dalam gambar kat atas ni naik muak aku minum sebab sangatlah pekat gilaaa... rasa macam makan puding kot. Takda rasa macam minum air pun. haha. 


Aku tak tahu kenapa makanan ni dalam gambar nampak kecik. Padahal besar gedabak kot. Macam talam. Seriouslyyy tak tipu. Tapi memang berbaloi gila la makan Nasi Arab ni. Perut aku kedepan sebanyak 7 inchi kot. Terus gendut sampai tak larat nak bangun kena call ambulans baq hang! *ok ni tipu :(* . Thanks pakcik and makcik for a very delicious Nasi Arab treat!! :') ..


So, pada keesokan harinya kami pun bergerak la ke Kelantan 4 orang naik Kereta Saga yang dipandu oleh aku. Lalu jalan ke Gerik. baideway, kereta Saga ni manual tahu! Bapak ah penat gila bawak kereta manual pi jalan jauh-jauh. Sumpah sebelum ni memang tak pernah bawak kereta manual sejauh ni!. Rasanya aku dah pecah rekod kali ni. haha. Pergi Kelantan ni pun dengan parents Adib tau. Depa semua hantar kami. Baik gila parents Adib. Terharunyaaa~. 


Time ni bila dah sampai Kelantan. Aku takda la dalam gambar ni. Tapi aku buat SBE dengan depa semua ni lah. haha. Makan-makannn.. Sedap kot makanan kat kedai ni. Tapi tomyam dia macam manis sikit....


Kami juga pergi berkunjung ke Pantai Irama! hehee, Selain Pantai Irama, Tok Bali pun ada pi juga. Banyak ikan murah-murah and fresh kot. Kena pergi lagi kalau pi Kelantan. hehe


Maka keesokan harinya, pada hari Ahad.. Bermulalah hari pertama di Sk. Seri Kota. To be honest, SBE kali ke 2 ni rasa sangatlah bosan. SBE pertama dulu je rasa eksaited nak mati bila nak pi sekolah. hahaha. Sepanjang minggu ni pi sekolah setiap hari mesti tidur. Maybe time SBE first dulu pergi sekolah lama. So, cikgu-cikgu pun ramai yg aku kenal. Nak mintak reliefkan kelas pun senang. Ni aku nak masuk kelas depa karang aku takut bebudak tu semua tak faham apa aku cakap. HAHA. 

Tapi antara perkara yang paling best dekat Kelantan ni ialah aku boleh memasak!. hahaha believe it or not yang aku memasak untuk diorang ni semua tau. Bukan senang aku nak masakkan. Sedangkan kat rumah pun aku malas tahap gaban. Nak bangun pun susah. Ni nak mula masak. Tapi dekat Kelantan ni rajin pulak aku memasak untuk kawan-kawan aku. hehehe. Ni antara benda yg aku masak...



Kuey Teaw, Sardin, Udang Celup Tepung, Udang Berlada, Daging Goreng Kunyit.. ni antaranya la. Ada je lagi masak yg lain tapi mana entah gambarnya hilang pulak. Malas nak cari. HAHA. Rasa puas sangat dpat masak macam ni. Sebab not bad lah rasa dia. Kalau tak sedap aku sendiri pun taknak makan. hahaha. Tak sangka aku ni ada bakat memasak. Mewarisi dari mak aku lah kotttt... Diorang pun makan bertambah tu kira sedap lahh kan? harap2 lah camtu. haha


Selain Pantai Irama, Pergi jugak lah Pantai Cahaya Bulan. Sebab pantai ni dengar cerita famous kat Kelantan. Pergi siap mandi lagi kot kat sini... Tapi, bila aku mandi habis gatal satu badan. Aku tak tahu la kena obor-obor ke.. kena apa benda entah. Tapi sangat gatal rasa nak melompat. Tapi nasib baik dalam sejam dua je gatalnya lama-lama dah ok. Tobat taknak mandi kat pantai ni dah.. haha..


Banyak lagi lah tempat mennarik yang kitorang pergi! Kalau nak taip semua memang sampai esok lah tak habis. Takpelah, rasa cukup dah kot sampai kat sini. Apa-apa pun, Kelantan sangat best! walaupun takda tempat melepak, tapi aku happy sebab dapat kumpul ramai-ramai dengan kawan dalam satu rumah tanpa pengawasan daripada orang lain. HAHA. Apa-apa pun aku yakin ini akan menjadi pengalaman yang sedikit bermakna untuk diingati. Banyak kenangan pahit, manis, duka, cita berlaku sepanjang keberadaan kami di sana. Terima Kasih Kelantan! Till we meet again! byeeee :') 

Saturday, June 29, 2013

MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU IPG KBA JUN 2013


ASSALAMUALAIKUM

Hai dan salam satu Malaysia. Nampaknya sudah lama kita tidak bersua kan? Maklumlah. Kehidupan aku sekarang ni memang lah sangat sibuk mengalahkan perdana menteri. So, memang takda masa nak update blog. Sesungguhnya minggu ini merupakan minggu yang super busy dengan Minggu Pengurusan Pelajar Baharu, Majlis Hari Guru dan Majlis Perpisahan Pengarah. 3 Majlis dalam satu minggu. Mana lah tak kelam kabut uolsss. Tapi aku ni takdela org penting mana pun. Takdela rasa kesibukan yang teramat sangat tu. Tapi kita kan kerja atas satu team, so kena lah bekerjasama. gituhhhhhhh.

Maknanya sekarang ni kami dah ada 2 junior. Junior baru yang mendaftar di IPG KBA ada dua course. Satu PSV satu lagi TESL. Diorang sikit jaa... Ramai orang dari Sabah and Sarawak. Kadang2, bila aku duk dalam kelompok depa aku tak faham apa yg depa perkatakan. hahaa. Tapi boleh laa juga faham sikit-sikit. Takkanlah tak boleh nak agak langsung kan makna dia. 


Sepanjang orientation week, aku memainkan peranan sebagai Remy Ishak. Ok dah boleh muntah sekarang. Aku dah sediakan baldi kat depan tu. HAHAHA. Aku taktau apa relevannya remy ishak dgn aku. Tapi disebabkan orang bagi kan.Kita terima lah dengan hati yg terbuka. (bagus aku ni sebenarnya. Berfikiran positif dan sentiasa bersyukur. Eh.) Pasaipa ada nama samaran semua ni sebenarnya nak suruh junior-junior ni mintak tandatangan daripada kitorang. Saja nak suruh depa bergaul. Bagus kan? Tapi nak mintak tandatangan tu bukan senang macam petik jari je. Adalah benda yang perlu dilakukan. hehe.


Time malam pertama diorang orentasi .. Ada sesi LDK yang pertama. Ada kena pilih bentuk-bentuk la. Pastu kena nyatakan kenapa diorang pilih bentuk tu. Lepastu, budak kat atas ni nama dia Zulhelmi. Sampai sekarang aku duk ingat lagi apa dia kata. Dia pilih bentuk Zig-Zag. dia cakap apa. "Bentuk Z ni sebenarnya unik. Kalau kita tengok benda sekeliling kita..jarang nampak benda yg bentuk Z. Kalau bulat tu selalu dah kita tengok... Contohnya kepala ABANG TU *sambil tunjuk ke aku*, Kepala abang tu bulat". hahaha aku pun apa lagi. Terkesima seketika. Yelaaa dah la baru habis cuti sem kan. Tetiba dia kata kepala aku bulat. Seriousss bulat betul ke? Sabaarrr jelahhh ngan budak nih.


TENGOKKKK.. Mana ada kepala aku bulat kannnnn? Blerghhh. hahaha. Okay, ni sebenarnya meja bahagian teknikal. Tempat untuk kawal slides semua tu. Aku tak suka kerja ni. Tapi kerja ni termasuk dalam bidang tugas aku. Aku biasa kerja belakang tabir je. Maklumah...Low profile katakan. hahahaha. Aku tak suka jaga bahagian ni sebab kadang2 ada je masalah teknikal yg berlaku. Kadang2 aku sendiri yang nervous tetiba sampai nak buka video pun tak boleh and tak keluar dekat LCD. hahaha memang memalukan ah kerja ni. Tak suka. Walaupun aku exco ICT, tapi believe it or not.. this is my veryyyy first time jaga slide -.-" 


Seterusnya, kita berganjak kepada Malam Bersama JPP. Tetamu khas ialah Dr. Ghazali yg merupakan salah seorang daripada penasihat JPP. Slot niii best, sebab lepas dialog bersama Dr. Ghaz ni ada sesi mengalirkan air mata. Pada mulanya tak rasa nak menangis pun. Tapi.......


Tapi.... sebak mendengar perkongsian cerita masing-masing tentang keluarga, mak ayah semua tu. Nak pulak kadang2 cerita diorang ni ada kaitan kan dengan kita. Mestilah kita rasa apa yang diaorang ni rasa. Takpe, bila dah menangis tu rasa lega. Jangan nak duk keras hati sangat. Kadang-kadang menangis tu perlu jugak. Takkanlah nak ceria sentiasa kannnn? hehe.


Malam tu pun sebenarnya ada prank. Prank untuk birthday junior and one of the JPP. Paling takleh blah aku pun dikaitkan sekali dengan prank ni. Ni muka bahagia sebelum kena prank. Baru tahu perasaan dia kena prank ni macam mana. Malu weeiiiiiiiiiii. Kena depan junior plak tu. Even kita dah tahu yg benda tu prank pun still rasa sedih jugak sebenarnyaaa T.T .


Mangsa-mangsa prank dah tiup lilinn dah tu. hahaha. Kesian tau kat diorang :( . Tapi kesian lagi kat aku yang takde kena mengena! ahhahaha. 


Tapi, kesian lagi kat Farah yang tak tahu pun tu prank. hahahah siap menangis lagi. 
Kesimpulannya, menguruskan bermacam-macam event yang berlangsung pada minggu ni sebenarnya sangat SERONOK dan MEMENATKAN. Betul, memang seronok! :'). Siapa sangka aku yang jarang nak bercakap sangat dgn orang ni boleh pandai bercakap pulak dengan junior. Ke sebab diaorang ni semua junior? Atau.. ke sebab aku sebenarnya sebaya dengan diorang? lalalala. Melalui semuaaa yang berlaku pada minggu ni, banyak sangat memori-memori indah dan yang tak indah berlaku. Aku juga percaya benda ni semua dapat mengeratkan lagi hubungan antara kami (JPP). Sebelum ni ada juga rasa awkward nak berkerja bersama, tapi tahap awkwardness tu aku tengok dah semakin berkurangan. Alhamdulillah. Semoga majlis-majlis yang akan datang dapat dihandle dengan lebih baik lagi. Terima kasih keluarga JPP! :')

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...