Saturday, December 31, 2011

SELAMAT TINGGAL 2011 YANG BANYAK MENYIMPAN KENANGAN

ASSALAMUALAIKUM
*sorry dah tak pandai design. reti buat yang habis simple je*

Entry kali ni takde apa pun nak cakap.. cuma, kali ni nak simpulkan macam² perkara yang berlaku pada tahun 2011 ni.. Eh, Sebenarnya i don't really know how to start this entry. HAHA. sumpah tak reti macamana nak memulakan Entry menyayat hati ni (menyayat sangatlahh kan) . Tahun 2011 ni mmg banyak gila kenanagan yang MANIS aku rasa. PAHIT? nahh. Aku rasa macam takde. Yelaa, kdg² walaupun benda tu pahit. kita kena telan jugak. So, Aku tak rasa pun benda tak best yang berlaku sepanjang tahun 2011 ni adalah kenangan yang pahit, bahkan segala yang aku lalui walaupun pahit..aku percaya..semuanya mematangkan aku.


Tahun 2011 ni, aku bukan lagi seorang PELAJAR SEKOLAH. Tetapi seorang mahasiswa! yeah! So, Antara yang termanis bagi aku adalah dapat meneruskan pelajaran aku ke tahap yg lebih tinggi *lol whut. tinggi ke?* .Ni adalah rezeki terbesar yang Allah bagi dekat aku. (Ya Allah nak tulis ape lagi ni >.<")

2011 Jugak dah menemukan aku dengan ramai insan² yang hebat, berbakat dan macam² lagi lah. LOL, aku maksudkan blogger lahh...Sejak aku duk KL ni, Aku akui.. Memang rajin gila aku keluar every weekend. HAHA. Dah, kadang2 nak beli barang pun dekat mid valley. Kedai kat sini mana ada. 


Diorang semua ni kebanyakannya semua 1st time jumpa. Tapi adalah 2 3 orang yang dah 2 3 kali juga jumpanya. Tapi tak kisah laaa kan. Sumpah diorang ni memang friendly. Tak menyesal kenal dengan diorang.. :') . Walaupun sbenarnya aku banyak diam jee kalau gathering² ni. Yelaa.. malu kann.. malas laa nak kepoh². Kahhhkahhhkahh.

Sebelum ni kan keje aku tak lain tak bukan duk rumah je kan? Twitter, Fb, tidur. haaa. tu mmg rutin harian aku laa lepas SPM. Sampai aku tak berapa reti sangat nk bergaul dgn org. Jumpa org pun macam "omg! gila aku nak cakap apa dengan dia ni. Ya Allah malunya aku rasa". Serius kadang2 sampai ke tahap tu aku rasa. tapi, sekarang Alhamdulillah. sejak masuk maktab, aku dah semakin pandai laaa nak bergaul dengan org. Tapi, still.. aku lebih suka buat keje sendiri dalam bilik dari duk bising² dekat luar. Aku juga dah jumpa macam² jenis org dah yang sebelum ni aku tak pernah jumpa dkat SMA Al-Khairiah. Kadang² aku tak dapat deal jgak dengan org camtu. hurmm. Tapi, tengok lahh. masa akan merubah segalanya. 

Bercakap mengenai Campus LIFE!. Hidup di kampus ni aku rasa seribu kali lebih membebankan dari sekolah. Betul. Sebagai contohnya, Masa sekolah dulu.. Aku tak pernah buat kerja sekolah. Tak pernah buat! so, bila dah smpai ke tahap ni.. aku rasa macam aku loser sangat. Bagi TASK kadang² tak buat..dekat kelas baru buat. Bagi Assignment, Setiap hari hantar last minute. Buat pun last minute jgak. Kadang² Aku terpaksa susahkan org lain mintak tolong hantarkan. Aku dah try nak move on dari semua ni.. Tapi, *sigh*. Maybe akan jadi Azam 2012 kot. Kalau aku serius belajar time Sek. Men dulu mesti aku tak macamn. Nak buat kerja pun malas. Kalau ditanya perkara apa yang aku akan sesalkan.. Aku akan jawab, Aku sesalkan masa yang aku dah bazirkan time sek. menengah haritu. 

Sekarang aku tengah cuti sem,  aku cuti sampai 3 hb. Aku daftar kolej 3hb. jgak laa..Dulu, Sebelum cuti sem, Aku berkobar² janji dkat diri aku. Nak buat grammar test sendiri, Nak baca novel untuk English Studies ni.. Nak buat itu, Nak Buat ini.. Tapi, bila dah sampai je rumah. Aku seolah-olah leka. Leka dibuai INTERNET. Aku tak salahkan internet jugak atas semua ni. Aku salahkan diri aku sendiri. Aku tak mampu nak tunaikan janji aku kpd diri aku sendiri. Selalu dah macam ni. Kadang² aku bertanya jugak pada diri aku. "Apa yang aku nak jadi kalau aku terus macamni?". Tapi, aku takleh nak fikir banyak² pasal ni. Nanti mood aku daripada HYPER HAPPY terus jadi Sedih gila. Sampai nak wat semua kerja pun dah takda mood. Aku skrang dah jadi emotional skit. Taktau kenapa. Perubahan diri yg semakin ketara dalam diri aku yang aku sedari spanjang cuti sem ni. Sikit² nak marah, Sikit² nak marah. What happen to you syed? PMS ka? Hamagadd (untunglaa laki ada PMS)


Dapat terlibat dalam sambutan hari kemerdekaan dan hari satu malaysia juga merupakan salah satu kenangan terindah sepanjang 2011. Aku taktau knp, tapi apa yang aku rasa sebelum pergi sini mmg rasa macam nak menangis. WAAHAHA. bukan nangis laa. macam sebak ahh. sebab, aku tak suka program² camni, tapi, bila sampai sana. Ya Allah apasal laa best sangat hidup kat sini! *sebab makanan free kot* .
Pastu, dah balik IPBA mula lahh nak rundu rindu bagai. ahha.


TESL NIGHT 2011 ! . Ok, Ni pun malam yang aku takleh lupa :') . There're many things to remember. Aku terlibat dalam decoration semuaa pada malam ni.. ada laa jugak planning² decoration yang tidak berapa menjadi due to cost yang tak brape nak ckup kann..Baru aku tau, dkat sini, Event² semua di handle oleh PELAJAR. So, bila terlibat skit dalam menghias pentas ni.. dapat laa sikit pengalaman on how to handle event camni. Pastu, Baju pulak.. Aku malu sbenarnya nak pakai baju camni. HAHA. Lack of confidence. Aku tak pernah terpikir pun nak pakai baju camni. Entah, Perkara berlaku terlampau cepat..


Camping dekat PANGKOR ni pun sama. Banyak memori dkat sini. BANYAK SANGAT. Dekat sini macam² aku belajar. Paling banyak aku belajar ialah "Jangan mementingkan diri sendiri" Aku mengaku, dalam apa² jua aspek, aku banyak pentingkan diri aku sndiri daripada org lain.. Tapi, tak bermakna yang aku tak pernah pikir pasal org lain juga. cuma. KURANG. myself come first.

Bukan perkara yang gembira je.. Yang SEDIH pun turut berlaku dkat diri aku tahun ni.. hurmm, Antaranya,


Arwah Syahrul Nizam meninggal kerana terlibat dalam kemalangan. Aku tak pernah jumpa dia, Tapi.. aku rapat dengan dia.. aku selalu twit dengan dia. banyak twit gurau² antara aku dgn dia. Gambar kat atas ni merupakan last tweet daripada dia sebelum dia meninggal. Susah nak terima hakikat yang dia dah pergi.. tapi, peninggalan arwah ni macam dia dah tahu je yang dia nak pergi.. dia sempat gurau² kali terakhir dengan aku, dia sempat minta maaf dkat semua kawan² dia..Tweet terakhir dia amat memeranjatkan aku. Sebab, yelaaa dia sempat pesan "Solat jangan lupa" . Dulu, aku pernah cakap.. "Kan best kalau tiap hari ada orang ingatkan aku yg leka ni supaya jangan melambatkan solat" . Tak sangka ni nasihat terakhir daripada dia untuk aku. Takpe, aku dengar nasihat ko ni nizam! :'). Aku doakan supaya kau ditempatkan dikalangan orang² yang beriman. 

Azam tahun baru aku, tak lain tak bukan mesti la nak jadi yang terbaik, nak buang segala sifat mazmumah dalam diri.. I want to be a better person! *itu lahh apa yang aku harapkan tiap tahun*. Azam aku jugak takdelaa nak jumpa Siti, Altimet, Lisa surihani ,Fazura.. Takda makna. Kalau jumpa pun bukannya dia bagi duit sejuta kat ko pun. Setakat upload gmbar dkat pesbuk then org like n komen. Tu je ke? konon best laa tu bergambar dengan retis eh? k.

Kalau ikutkan memang banyak lagi ni nak tulis pasal ape. HAHA. tapi takpela, stop dulu. aku rasa macam dah meleret gila gila. Ohh, jap! aku sebenarnye teringin sangat nak letak gambar CAMWHORE aku dkat blog ni. HAHA. takpelaaa, Camwhore terakhir bagi tahun 2011. And, aku rasa lepas ni mmg tak laaa kalau aku nak letak! har har har! So, this is it.


                                 SEBELUM                                                     SELEPAS

Bhahahaha! k, dua dua ni memang muka mintak Penampar, Penerajang, Penumbuk dan semua PE PE PE lahh... Tapi, ni memang last CAMWHORE aku untuk tahun 2011. Saja nak letak. Taktau laa kalau screen laptop korang terus pecah lepas tengok gmbar ni. 1st gambar yang belah <--- ni adalah sebelum aku gunting rambut and shave. yang ---> pulak gambar selepas Shave and potong rambut. HAHA. semuanya perkara terakhir yang aku lakukan pada tahun 2011 ni.. Aku jarang nak letak gambar dkat BLOG. sebab, ntah. Tapi saja nak letak untuk Pengakhiran tahun 2011. hihihi, 

Terima kasih kepada semua yang pernah hadir dalam hidup ini sepanjang tahun 2011. Dan, maaf andai mulut ini ada mengguris hati mana² pihak. Saya tidak boleh Memuaskan hati semua org kann.. So, Selamat Tahun Baru kepada semua yg sedang mengunjungi blog ni! Terima kasih daun keladi, Next year kita jumpa lagi! :)

22 comments:

Unknown said...

aku ada dalam gambar tuh.hoho

p/s happy new year!!

hawiz said...

ermm..org tua,,lalalalaa

zikeryhassan said...

serius gambar camwhore kau mintak semua tu wei! haha.


HAPPY NEW YEAR 2012.
semoga kau mampu merealisasikan apa yang kau hajati.

AZRI said...

penat baca wei.. heppi new year syed... btw, kau spm 2010 ke?

Anonymous said...

selamat tahun baru :)

eddy syrol said...

semoga tahun 2012 akan lebih bermakna lah ye syed :)

Nizam Ijam said...

kuat gila ko ni menulis..haha

cik anum said...

Hepi new year !
tahun baru azam baru semangat baru!
hip hip horey ! :)

wachak said...

Selamat tahun baru syed. Moga tahun 2012 ini akan membawa 1001 kebahagiaan dan perubahan yg baik buat kita semua :D

LALABIELA said...

slmat tahun baru. dak tesl lah ni..
so semoga dapat penuhi segala yang dihajati utk tahun ni. aminn~

peRmaTa_ aGamA said...

selamat tahun baru 2012..=)

m0ga tahun dan hari yg mendatang akan lbih bermakna n dredhai Nya..

~ sharing is caring..(^_~) ~

Rtp Farra Arisha said...

banyak memori indah tercipta. selamat menyambut tahun baharu 2012!

cikshahida said...

happy new year, da lame xdrop komen..hee ;))

Anonymous said...

hepi new year syed , sedeh lah part arwah nizam tuh .

suzie rahman said...

hepy new year..nk bg pnmpar kt pic bwh tu leh.harhar3

Anonymous said...

hueh878 setiap org ade kenagan best kan^^

Syazwan said...

terharunya bila di'mention' insan² yang hebat, berbakat dan...
#perasanlebih >.<
slmt tahun 2012 syed

::thexieza:: said...

Rasenye lom trlmbt lg kot nk wish Happy new year! Hehe..

Cik Pulau said...

selamat bergelar mahasiswa.
memang rasa nak kasi pnampar pun gambar tu.hahaha..
hepy new year..

al fatihah tuk arwah..

Nadia said...

bestnyer..:(

ter tag syed..:)

http://www.nornadiah.com/2012/01/lepak-di-blogger-chatting-room.html

Hafiz Hafizol said...

wooowwwww... syed... jum lanje aku plak laa... okbyee

khatgrafik said...

Wokeh Sir Syed, how r u today? Hahaha, belajar elok2, jangan malas2.. campus tak macam sekolah, semua cikgu suap. Must be strong.. jangan leka. Yang penting pandai bodeks lecturers :P ngeh ngeh.. Good luck on your future endeavours!

|jomtonton.net|

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...