Monday, April 16, 2012

JANGAN NAK SEBAR CERITA SANGAT KALAU TAKTAHU PUCUK PANGKAL


ASSALAMUALAIKUM

Dah lama tak update. Malas aku nak bagi alasan kenapa tak update. HAHA. Sebab alasan nya akan sentiasa sama. Malas, takda masa dan macam-macam menda lagilah yg boleh dijadikan alasan. Aku memang suka bagi alasan ni. Tapi lama lama aku dah sedar yang it wasn't good if we keep coming up with all those excuses without trying to avoid it. 

Sebelum aku nak mulakan berbicara pasal topik yg tak berapa nak gempak ni, aku nak bagitahu yang last few days ago.. Birthday aku dah lepas. 12 April 2012 aku telah pun berusia 19 tahun. Seiring dengan peningkatan umur yang telah aku lalui, aku berharap semoga aku mampu berfikiran lebih matang dan mengikis sifat2 yang mungkin orang disekeliling aku tak suka. Tahun ni first time aku menyambut birthday tanpa kehadiran family disisi. Sedih jugak :( . Tapi nak buat camne.. terima jelah.. Time birthday aku ni, ada lah jugak org spoilkan mood aku. Aku tak tahu. Tak tahu apa masalah dia dgn aku. Aku memang tak pernah bertegur langsung dgn dia since aku dah mula sakit hati dgn dia, tapi... apa masalah dia nak memperkatakan pasal kelemahan aku? Entah, setakat ni aku terima je apa yg org kutuk aku samada ianya positif atau negatif. Semakin ramai org kutuk, Alhamdulillah aku yg dapat pahala. Bersabar jelah yang aku mampu buat setakat ni. Sampai harini terkesan lagi apa yg dia ckap tau. Well, forget about that. aku harap yg satu hari nanti dia akan berhenti memperkatakan pasal orang lain. Back to tajuk asal kita, 
"Menyampaikan Sesuatu Perkara Pada Orang Lain"
Apa yg korang faham pasal tajuk ni? Ok.. Apa yg aku maksudkan dengan tajuk di atas ialah.. lebih kurang macam khabar angin lahh..Contohnya, aku bagi satu situasi...korang ada kawan, korang tengah cakap dengan kawan korang tu pasal si Ahmad ni. then, tetiba ada org yg berdekatan dgn korang tu, terdengar yang korang bercakap pasal si Ahmad tu. Tapi, dia tak tahu pun samada korang cakap perkara yg negatif ke or positif. Tetiba, org tu terus MENYAMPAIKAN perkara yg dia dengar tadi kepada Si Ahmad. Dia bagitahu Ahmad tu yg korang mengutuk diorang. Pastu, si Ahmad pun benganglahh kan korang mengutuk dia tetiba..

Lalu, si Ahmad pun update status kat fb, twitter dengan ayat2 yg menghina korang. Tapi, korang tak tahu pun kenapa tetiba si Ahmad tu mengutuk korang. (cara attack orang zaman sekarang kan thru social network), Pastu, siasat punya siasat ada kawan korang yg lain bagitahu bahawa org yg berdekatan dgn korang time bercerita tentang Si Ahmad tu tadi yg bagitahu Ahmad tu sendiri yg korang duk bercerita tentang dia. (Aku rasa macam ayat berbelit) HAHAHA.

Aku tak kisah langsung bila orang duk menyampaikan perkara macam ni. Adat lah kan manusia.. tapi, yang tak boleh blah nya, Bila orang yg menyampaikan perkara tu yg tersalah tafsir perbualan aku tu. Aku takda pun mengutuk org yg tertentu. YES. memang aku ada mention nama org tu. Tapi, tak semestinya bila aku mention nama org tu aku mengutuk dia. Haihhhh. Pastu, bertambah tak percaya jadinya bila orang yang mereport tu adalah org yg berpewatakan sopan. Erghhh.. Lain kali kalau nak cakap sesuatu tu, make sure lahh korang tahu pasal apa org tu cakap, bukan pakai terjah je tetiba. Sebar khabar angin. dosa beb. Nak tahu aku cakap pasal apa boleh je tanya aku and aku boleh bagitahu. Tak perlu nak serkap jarang macamtu.  Kesian sangat. 

So, sebagai pengajaran, aku nak mengingatkan diri sendiri supaya jgn selalu sangat tafsir orang from what they wear, how they behave..sebab cantik kat luar belum tentu dalam pun cantik. Pakai cantik macamana pun kalau perangai tak cantik sama je. Entahlah. Penat dengan drama demi drama dekat IPBA ni. HAHA. Lantaklah. lepas ni nak buat kerja sendiri. Sumpah nak buat kerja sendiri. Malas nak layan orang lain kalau tanggapan diorang dkat aku semua buruk je :|

p/s : aku tak mention nama siapa2, so jangan mengada ada yg nak sentap bagai. thanks for reading :)


5 comments:

Unknown said...

adik syed. rindunya kamu.

AZRI said...

awww,sentap siot aku baca :p

qinaysf said...

manusia biasa lah. tak tahu apa apa tapi dah pandai buat cerita tak elok.

btw,hepi belated besday. dah wish dekat fb hari tu takut tak perasan pulak haha :D

Anonymous said...

(cara attack orang zaman sekarang kan thru social network) hahahaha... btol2...

Mahirararara said...

masalah betul la mulut busuk ni kan haih takpe adik syed live your life to the fullest ok !

*ape aku merepek ni*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...