Tuesday, June 5, 2012

KING LEAR DRAMATIZATION BY PPISMP TESL 2011 IPG KBA

ASSALAMUALAIKUM

Hai koranggggg!! HAHA. sumpah lama gila aku tak update blog ni. Rindunya kat blog bukan main lagi oi. Wei blog, jom kahwin! har har har, Punya lah lama aku mengumpul kekuatan nak update blog ni tau tak. Dah berbulan bulan aku tangguh nak update. Akhirnya harini aku update jugak. Walaupun cerita yg aku nak update nii nampak macam sedikit lapok sebab tarikh terjadi menda tu dah lama, tapi kenangan nya masih lagi tersemat kemas di dalam minda. Biarlah aku abadikannya di sini, Ecehhh. Novel sangat ayat aku . ciss.

Pada 9 MAY 2012, Merujuk kepada entry yg lepas lepas tu.. Kan aku ada cakap yg aku terlibat dengan satu pementasan yg dinamakan King Lear kan? hihi. King Lear ni adalah sebuah drama yg berbentuk tragedi yg ditulis oleh William Shakespeare. Bahasa dia kalau kitorang tak ubah sikit2 skrip tuuu memang membelitkan lidah tahap nak arwah. Susah juga lah nak faham, So scriptwriter committee telah mengubah sedikit script dia untuk memudahkan pemahaman kepada semua pihak. 

Penglibatan diri dalam sebuah pementasan ni sebenarnya banyak mengukir kenangan pahit dan manis. Banyak yg aku tak pernah expect benda tu akan jadi, tapi akhirnya benda tu yg jadi. Kita kan bekerja dalam satu team, So..contohnya di sini bila time practice ada yg datang, ada yg tak datang. Maka susahlah kami ni semua nak nampak jalan cerita dia yg betul kalau ada yg tak berdisiplin tu, nak pulak bila yg tak datang tu mempunyai peranan yg penting di dalam pementasan ni. Aku pun takda lah penting sangat. Minor actor je. Tapi boleh je aku bagi komitmen datang. Kalau aku tak datang pun aku sakit hati sebab ada yg tak datang, tapi aku yg over pulak nak datang. Selain itu, bila dah ada dalam pementasan ni dapat jugak tengok kawan2 kita yg tak pernah marah, dah reti nak marah. For me, they need to be like that sebab kalau pemimpin sendiri tak macam tu mmg sumpah tak jalan. Ada jugak yg jenis mula2 buat2 taktau je, lepas tu dah nak dekat dengan pementasan tu mula lah gelabah sana gelabah sini. Aku paling tak suka orang macam ni, pastu nak cakap aku takda bagi komitmen lah apa lah. Macam lah dia tu ada bagi komitmen sangat oiiiii. 

Sepanjang proses pementasan ni aku dapat perhatikan banyak gila scene drama2 yg kalau dikumpul dah boleh buat satu filem kot??. Nak menjayakan drama mesti kena berdrama ke eh?. Penat tengok mereka berdrama, maki sana maki sini, sana nangis sini nangis. Adoiiii..Tapi aku rasa pengalaman macam ni lah pengalaman yg memang tidak dapat dilupakan dalam hidup aku. Nak cakap indah tu takda lah sangat. Tapi boleh lahhh. Kalau boleh dah rasa macam taknak terlibat dah dengan pementasan mana2. Aku pun bukanlah stage person. Setakat jadi minor actor tu boleh lahh. kahkah. Tu pun terpaksa je at first. Aku manalah nak suka jadi pelakon2 ni. Jadi pengkritik lakonan je layak lah jugak aku rasa. *eceh* . Bawah ni ada sedikit gambar sepanjang berlangsungnya King Lear ni.


Ni je gambar yg betul2 cantik aku rasa. HAHA. Sebab gambar lain merepek je. Semua gambar sebelum start pementasan / back stage. Aku rasa kalau nak dicompare dengan IPG lain, IPG kitorang is the best among them! Costume kitorang semua GRAND kot. At least nampak jugak lah macam kita lakonkan zaman shakespeare bajunya. Takdelah nampak macam pakaiannya MODEN sangat. Lecturer pun tak expect yang kitorang boleh buat yg terbaik, sebab process kitorang slow kot. Mengikut lecturer, senior2 sebelum kitorang yg buat pementasan ni semua start awal2 sebelum play ni lagi dah. Kitorang bila dah tinggal 1 bulan lagi baru nak kecoh buat semua. 

Sebab terlibat dengan lakonan ni lah aku pun turut dipakaikan make up. Woi serius tak selesa gila pakai make up ni. Foundation dia tu susah gila nak hilang. Celak sekali. NI ADALAH PERTAMA KALI AKU DIMAKE UP KAN. Pertama kali ok?!. HAHA. Dan, because of this first time, aku taknak dah make up. Tak selesa gila gila gila. Muka aku dah jadi macam Raja Kapoor. Dah la gelap. Disapunya foundation pulak. Jadi kaler kelabu aku rasa. btw, sebelah aku ni Alin. Dia lah leader make up artis untuk pementasan ni. ececehhh .


Ni pulak pelakon minor dengan pelakon utama. Ehh, takdelah utama. tapi pentinglah jugak. Pelakon utama dia king lear lah kan. HAHA. 


Banyak sebenarnya gambar Back Stage kitorang, dan kalau nak upload memang banyak gila gila dan memang panjang lagi lahhh entry ni kan. So, sudah cukup sudah. Kita berhenti sampai di sini. Dikesempatan ni juga nak cakap tahniah kepada King Lear Team Production PPISMP TESL 2011 for make all this things happened. I had a great time with yuollsss! hihi. 
THANKS FOR READING , READERS :D *perasan ada orang baca*

3 comments:

nanieydotcom said...

william shakespeare memang terbaik.. wat lak teater.. :)

Nurul Ainaa Che Anuar said...

buat je panjang2 pun entri ni, ade je orang nak baca :P

Nyamuk Terbang said...

dh mcm bapak org dh syed oii

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...