Friday, December 20, 2013

Skandal Adi Putra Nooraida Dicerai Talak Satu Oleh Suami



PUTRAJAYA – Amiruddin Othman, 50, iaitu suami kepada Noraida Abd. Mutalib, 29, wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengan Adi Putra membuat pengakuan telah menceraikan isterinya secara lisan pada Khamis pukul 4.30 pagi di kediamannya Kulai, Johor.
Amiruddin berkata, dia membuat keputusan itu selepas merasakan tidak mampu mengharungi kes skandal tersebut selain ia untuk kebaikan mereka bersama.
“Saya telah menceraikan isteri saya dengan talak satu pada Khamis lalu pukul 4.30 pagi di kediaman kami.
“Keputusan ini tidak terburu-buru sebaliknya kami telah membuat perbincangan untuk kebaikan bersama,” katanya yang ditemui pada pagi Jumaat di Pejabat Peguam Negara di sini.
Adi Putra dalam sidang medianya pada 12 Disember lalu mendakwa dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes skandal berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.
Berikutan itu, Amirrudin menerusi peguamnya, Muhammad Hasif Hassan pada sidang media sehari selepas itu meluahkan rasa kecewa selain mendakwa pegawai penyiasat kes berkenaan di Johor berat sebelah.
Sehubungan itu dia bersama isteri telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu.
Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dan aktor itu disiasat polis selepas Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.
Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster 2 itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan.
Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi sosial, WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu Amiruddin.
Sebelum pengumuman penceraian itu, Amiruddin telah membuat rayuan kepada Jabatan Peguam Negara untuk mempertimbangkan dan membuka semula kes tersebut.
“Berdasarkan bukti yang ada, saya membuat rayuan tu melihat kes ini mengikut mana-mana seksyen yang lebih relevan.
“Tujuan saya meneruskan kes ini adalah kerana merasa diri ini teraniaya.
“Kalau boleh saya mahu kes ini ditukarkan kepada Seksyen 509 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 489 kanun yang sama kerana iaitu memikat wanita yang sudah bersuami,” ujarnya.
Amiruddin turut ditemani peguamnya, Muhammad Hasif Hassan dan Kassim Othman.
Hasil perkahwinan Amiruddin dengan Noraida kira-kira 10 tahun, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia lapan tahun. – mStar Online

kata penulis : Bagi aku elok lah kalau dah tak sehaluan and kalau itu perkara yg terbaik, teruskanlah. Bukan apa, duk heboh sana sini pasal kes tu, lepas tu tanggung malu dah seperkara. Tahu tahu pulak jd macamni. Kes tak menang apa pun tak dapat. Tapi percayalah ada hikmah disebaliknya. Kita ni pun cuma manusia biasa. Tiada hak untuk menilai. Wallahualam.
Aku update ni pun sebab aku memang follow kes dia ni dari awal lagi. hehe, mula-mula nampak macam aida ni di pihak yg benar, tapi since dia pergi press pun pakai macam tu, so mcm kecewa sikit lah. -.-"

Wednesday, December 18, 2013

P1 Wimax Penipu? Boikot P1 Wimax??


ASSALAMUALAIKUM

First of all, amaran awal dari gua. Entry ni bukanlah berbentuk fitnah atau bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak. Tapi lebih kepada berbentuk soalan sebab aku pun tertanya-tanya kesahihan perkara ni. Aku bukan lah pengguna P1. Aku pun takda apa-apa perasaan bengang ke menyampah ke apa dengan P1 sebab bukan aku yang kena tipu. Tapi kalau semua perkara atau khabar angin yang aku dengar tu semua adalah benar belaka, maka aku rasa better untuk syarikat ni bungkus. 

Cerita dia macamni, ada satu hari ni aku masuklah satu group ni yg bernama "P1 Wimax Sucks". So, daripada nama group dia je dah nampak yg semua pengguna P1 menyampah dengan servis mereka ni. Group yang berjumlah lebih 16 ribu pengguna Facebook ini menjadi medium untuk mereka yang telah ditipu oleh P1 Wimax bagi melepaskan rasa tidak puas hati mereka terhadap syarikat tersebut. 

Berikut, aku tunjuk printscreen daripada group yg aku join tu..





Ni antaranya lah yang mampu aku printscreen, sebab seriously banyak lagi dalam group tu yang menyampaikan suara hati ditipu P1 Wimax. 


 Ini pulak survey yg mereka dah buat untuk tahu berapa ramai yang kena tipu. Banyak kot ribu-ribu tu. Boleh makan sebulan pun tak habis kalau student macam aku ni :(


Alhamdulillah banyak pihak yang tampil membantu mereka yg telah ditipu ni. Ada peguam jugak dalam group tu and hari Selasa pukul 1 PM ada press conference untuk menyelesaikan perkara ni...

Aku takdalah nak fitnah atau jatuhkan P1 ni. Tapi kalau diorang ni semua menipu untuk apa? Takkan ramai sangat yan g menipu semata-mata nak menjatuhkan P1 Wimax ni kalau perkara tu tak betul kan? Apa faedah dia? Rata-rata ramai yang ditipu semua sebab dah terminate tapi P1 still tak terminatekan akaun diorang and akaun diorang terus aktif sampai beberapa tahun kemudian baru pihak P1 hantar email suruh jelaskan sampai beribu-ribu dan akhirnya di blacklisted kan. Menyedihkan kan? Sama-samalah kita tunggu untuk tahu kesasihan perkara ni. Sekian...

untuk rujukan, group P1 Wimax Sucks.  https://www.facebook.com/groups/159121421506/

Saturday, December 14, 2013

YOU SHOULD BE WRITING, SYED.


ASSALAMUALAIKUM

Dah lama tak update blog ni, so I tell myself that I should write something here. Bukan sekadar nak mengisi kekosongan, tapi secara jujurnya aku memang suka menulis. Sebagai contoh, walaupun aku tak menulis di blog, masih giat menulis di status facebook mahupun twitter. haha. 

Secara jujurnya lagi, aku sangat merindui untuk kembali aktif dalam dunia blog. Nak buat blogwalking, nak pergi event itu ini nak pergi gathering ramai-ramai semua. Arghhh sumpah rindu semua kenangan manis tuh. Mungkin aku cuba sikit-sikit laa dulu utk aktif balik dalam blog ni. 

Ada impian juga nak tukar template blog ni semua. Sebab dah bosan. Kalau dah bosan mana nak datang semangat untuk update blog kan? Manusia, kadang-kadang bila dah bosan... cari yang lain. Eh. 
Nak tukar benda ni semua connection pulak takda ni. Line slow tahap siput berjalan. Sedih betul. Nak menangis pun tak guna juga. bukannya benda tu boleh laju kalau kau nangis. kan? HAHA

Lagi satu, cuti semester pun dah nak habis. will be going back to campus on 30hb. December. 2 week left. Masih berusaha menjadikan cuti ini bermanfaat. Walau hakikatnya.......... tidak sama sekali. Kalau raji nnanti kita update lagi ekk ek lepas ni! hehe :)

Okay, terima kasih kerana baca :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...