Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Saturday, December 14, 2013

YOU SHOULD BE WRITING, SYED.


ASSALAMUALAIKUM

Dah lama tak update blog ni, so I tell myself that I should write something here. Bukan sekadar nak mengisi kekosongan, tapi secara jujurnya aku memang suka menulis. Sebagai contoh, walaupun aku tak menulis di blog, masih giat menulis di status facebook mahupun twitter. haha. 

Secara jujurnya lagi, aku sangat merindui untuk kembali aktif dalam dunia blog. Nak buat blogwalking, nak pergi event itu ini nak pergi gathering ramai-ramai semua. Arghhh sumpah rindu semua kenangan manis tuh. Mungkin aku cuba sikit-sikit laa dulu utk aktif balik dalam blog ni. 

Ada impian juga nak tukar template blog ni semua. Sebab dah bosan. Kalau dah bosan mana nak datang semangat untuk update blog kan? Manusia, kadang-kadang bila dah bosan... cari yang lain. Eh. 
Nak tukar benda ni semua connection pulak takda ni. Line slow tahap siput berjalan. Sedih betul. Nak menangis pun tak guna juga. bukannya benda tu boleh laju kalau kau nangis. kan? HAHA

Lagi satu, cuti semester pun dah nak habis. will be going back to campus on 30hb. December. 2 week left. Masih berusaha menjadikan cuti ini bermanfaat. Walau hakikatnya.......... tidak sama sekali. Kalau raji nnanti kita update lagi ekk ek lepas ni! hehe :)

Okay, terima kasih kerana baca :)

Thursday, March 7, 2013

MINGGU MENJADI ROBOT


ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah. bersyukur kepada Allah kerana masih memberi peluang untuk saya berada di dunia ini untuk membuat kebaikan serta memperbaiki kesilapan saya yang lalu. Entry kali ni just nak cerita bahawa minggu ni merupakan minggu yang sibuk gilaaaaa... yeah sometimes I feel like a robot. I need to do this, need to do that.. Everything need to do in one time. So, dia punya penat memang tak terkata. Sebagai contoh, sekarang ni aku tengah ada 4 assignment yang belum siap lagi. 4 assignment ni jugak dia punya submission date dia semua lebih kurang je dekat. Lepastu, tak cukup dengan assignment yang menimbun macam gunung everest, ada pulak Kejohanan Olahraga Tahunan. Seperti biasa, aku akan masuk kawad. Kawad pulak waktu latihan dia petang dan malam setiap hari. Sebab masa dah tak cukup and ramai yang kawad tak ingat step semua. Terpaksalah buat latihan tiap hari. 

Setiap kali lepas kelas biasanya dapat baring-baring atau tidur.. Tapi sekarang nak tidur pun jangan haraplah. Setiap hari ada aktiviti. Maka. akan tidur pukul 2. Time tu memang penat macam nak meletup dah otak ni rasanya. Tapi kalau sebelum tidur tu sempat buat assignment sikit-sikit rasa penat tu takdelah membebankan sangat. Kira macam okayyyyyy lah. Aku perlukan 2 minggu lagi untuk semua ni berakhir. Lepas semua ni berakhir, insyaAllah nak tarik nafas panjang-panjang sebab masih hidup lagi bernafas di bumi milik-NYA ini.  Harap diri ini sentiasa cekal dalam menghadap assignment yang menimbun dan bebanan-bebanan kerja yang lain. Fuhhhhhh *tarik nafas panjang-panjang*. Terima kasih :) 

Friday, February 15, 2013

DOMAIN DAH DI RENEW

        Assalamualaikum. First of all, I would like to say thanks for those who are still reading my blog *kalau ada lah. Kalau takda... kejap nak terjun longkang :(*. Secara kesekian kalinya, Ini merupakan kali ketiga aku renew domain Syedgraphix.com ni. Macam biasalah, setiap kali renew domain, harapan dan niat yang berkobar-kobar adalah untuk kembali aktif dalam dunia blogging. Tapi biasanya benda tu akan terkubur camtu je. Sebab apa? Kekangan masa. Busy juga lah kot since dah mula degree ni. *eceh* . Tak.. seriously... betul ni. Banyak program. Lepastu kelas pulak tak fix. Tak macam foundation dulu. Lepastu ada assembly bagai pulak. Kadang2 sampai ke petang. Malam kalau rajin buat tutorial sikit. Kadang2 tak buat pun. Online pun dah kurang sekarang ni. Bangga pula dengan diri sendiri sebab dapat kurangkan online. kahkah. Apa-apa pun, aku minta sangat korang doakan supaya dikurniakan kepada Syed kerajinan yg melampau untuk menyiapkan assignment BM yg bakal di submit pada isnin depan. hehe. Aku rasa cukup sampai di sini dulu. Kita berjumpa di hari yang lain ye? :)

Sunday, December 30, 2012

PENDAFTARAN SEMESTER BARU IPG KBA -.-"

Assalamualaikum :)

it's 30 DECEMBER 2012! and it's the day that I should back to IPBA to start a new semester. Setelah hampir 2 bulan bercuti, Maka kini tiba masanya untuk kembali ke IPBA. kehkeh. So, aku naik bas tadi pukul 10.00 dan sampai dalam pukul 12. 12.30 terus register bilik semua tu lahhhh, penat jangan nak kata ah. Boleh pengsan rasanya. Dengan bawak beg balak tu sampai 2. Padat pulak tu. Nak tercabut jugak lah tangan rasanya. Nak suruh org hantar takda siapa pula yg nak menghantarnya. Akak pun dah balik kampus dia jugak. Bila dah selesai, semua urusan.. then tibalah masa kemas bilik. 

Masuk je bilik punyalah terkejut sebab bilik kotor gila. Habuk penuh semua segala bagai rasa tak sanggup aku tengok. Last2 aku decided nak sapu jelah. alaaaaaaa aku bukan apa. Lemah sikit bab2 menyapu ni. Tak suka tahu. Baik memasak ke apa . tu lebih rela lagi lah. hahaha. tapi berjaya jugak lah aku sapu. Cuma lepas sapu tu ada ghupe2 org nak pengsan kepenatan jugak lah. Mana tidaknya, dengan breakfast tak ambik, lunch tak anbik, semua tak. Dah la pesen kuat makan. haihhh,


Ni lah hasil lepas siap SAPU. belum kemas semua lagi. Kejap. Nak pengsan dulu. Nanti sambung balik k? HAHAHA. btw, tahun depan.. 2013 aku dah jadi student degree dah. dan officially umur pun dah meningkat 20 :( . Sedih. Makin dewasa. haha nak jadi comel lagi macam budak2. Tak boleh ke? kehkeh. btw, untuk result yg tak dapat dapat lagi tu, saya harap semuanya berjalan lancar. Dan saya lulus dgn jayanya :( . Aminnn..


Sebelum ke kelas mesti shaveeeeeeee! yeahh. HAHHAA bye. see ya guys ! :')
*kualiti gambar teruk sebab pakai phone nokia express music ja bye. 

Saturday, November 10, 2012

BILA CUTI SEM DAH BERMULA


ASSALAMUALAIKUM

Dah lama tak update belog. So, harini sempena 10/11/12 tetiba rasa nak update blog. Konon-konon nak buat something yg special lah. haha. tapi hanya mampu update blog je. Nak kahwin macam awal lagi. Muda kenmain lagi. Calon pun takda lagi. Degree pun tak lepas lagi. So, jom kita lupakan dulu soal kahwin-kahwin ni. Main kahwin-kahwin pun jadilahh.. kan . kehkehkeh.

Btw, gambar kat atas ni adalah gambar time aku dekat stesen bas Pekeliling. Nak balik Temerloh untuk cuti semester. Ditemani oleh kawan aku. Sedih gila tau time nak berpisah dgn kawan-kawan. Rasa nak nangis :( .
Berat gila hati nak tinggalkan depa. Entahlah kenapa. Dalam bas tu pun ada rasa sebak2 nak nangis lagi. Tapi lepas tertidur, sedar je dah sampai Temerloh. Pastu dah tak sedih lagi dah. HAHA ok mengada. Tapi serius, terima kasih dekat kawan aku tu sebab banyak menyusahkan dia. BANYAK SANGAT.


So, harini kiranya dah mula hari pertama aku spend kan cuti semester dekat rumah. Dan, aku tak buat apa pun harini. Tidur je keje. Nak pergi mana pun tak tahu. Bosan. Kalau duk KL banyak tempat jugak nak pergi mana2. Tapi kat sini macam tak tau nak pergi mana. Hari Selasa ni nak pergi Kelantan. Ok, tak sabar. Bosan pulak duk dekat rumah ni. Akak aku tak balik lagi dari Kedah. So, aku kena plan elok2 lah hari esok dan seterusnya nak buat apa kat rumah ni. BOSAN. Ok, ini sahaja untuk hari ini. Bye :) 

Tuesday, October 30, 2012

FIRST DAY OF FINAL EXAM

ASSALAMUALAIKUM

It's my first day of final exam. Everything runs smooth. The question that I have answered was not really tough. Tapi aku takda keyakinan. Aku tertanya-tanya, betul ke apa yg aku jawab tu. diterima ke? Ya Allah.. Aku harap betul lah. Aku taknak failed. Aku dah cuba yg TERBAIK rasanya. Subjek tu yg paling aku lemah sekali sebab, grammar kan macam matematik yg perlukan banyak latihan dan jawapan dia pulak kekal. Jawapan lain tak terima. It is either you get marks or ZERO. Haraplah aku lulus dgn jayanya paper Language Description ni. 

Sehari dua sebelum final, macam-macam yg terjadi. It involves everything.. persahabatan.. pelajaran.. dan semualah. Macam2 masalah yg akhirnya aku sendiri pun tak mampu nak tampung. Macam2 yg aku takutkan. Kesannya, aku sendiri rasa depressed dgn semua masalah yg aku hadapi.  Aku takda keyakinan nak ambil exam. Keliru. Buntu. Fikiran ke lain. Apa pun ke lain. Dan akhirnya aku menangis. Bukan tanda lemah. Tapi terlampau banyak menanggung kesalahan. Susahlah nak cerita dkat blog ni. Yelah, bukan semua benda yg boleh diceritakan. Lagi-lagi perkara yg selalu bermain di fikiran aku ni.

Takpelah, yang penting sekarang aku dah okay. Esok adalah paper Language Development. Doakan saya supaya sentiasa beroleh ketenangan ketika menjawab. Terima kasih :).

Monday, October 15, 2012

DEBARAN FINAL EXAM KIAN TERASA


ASSALAMUALAIKUM

Seperti yg sedia maklum oleh diri aku sendiri, Final exam betul2 dah dekat. Dalam 2 3 minggu lagi. Takut? Mestilah. Gila apa tak takut. Tahu tak dah nak dekat 2 tahun aku tak exam pape? Pastu tetiba baru nak start exam. Memang something yg gelabah jugak lah. hmmm..  Taktahulah. nak cakap pasal preparation nak menghadapi final exam ni, tak prepare sangat pun. Macam biasalah. Aku tak boleh nak study awal2 camni. Macam2 halangan, dugaan berserta rintangan yg dihadap. *padahal malas sebenarnya*. Nak kata malas yg sangat tu takda lah jugak. Tapi memang habit. Dari sekolah rendah tak pernah study awal. Biasanya malam nak exam tu lah pulun sampai tak tidur bagai. hahaha. 

Aku tengah takda keyakinan ni, English bukan lagi subjek yg senang bagi aku. Bila dah ambil TESL ni, rasa macam hazab. susah kemain. Rasa menyesal pun ada. Tapi mestilah kena teruskan. Sebab itu jalan yg aku telah pilih. Nak berputus asa di tengah jalan memang tidak sama sekali. Tapi tu lah, Kadang2 rasa macam putus asa juga. Aku ni takda lah pandai macam orang lain. Lagi2 bab grammar ni. Memang lemah betul. Tapi setelah banyak latihan yg dibuat aku rasa macam takda lah susah sangat. Atau sebenarnya aku yg kurang buat latihan ni? Mungkin juga. 

Sebelum final ni macam sesak juga. Macam2 event ada, Minggu Kesenian Islam. Bulan Bahasa. Pastu aku memang jadi mangsa yang kena buat poster, banner semua tu. Kahkah. Nasib badan. Aku dah muak sebenarnya buat poster ni. Design aku pun semakin hambar rasanya. Kejap, bawah ni ada lah sikit poster yang aku buat untuk kedua-dua event tersebut. 




Mengikut adalah bebanan-bebanan yg telah berjaya aku selesaikan -.-" . Agak banyaklah jugak masa yg aku spend untuk buat benda ni. Susah kot. Nak fikir idea bagai lagi. Maklumah. Aku ni bukanlah professional mana pun. Edit pun macam apa je entah. 

Berbalik kepada topik asal, Final exam!. Aku tak suka buat notes. Sebab aku takut aku hampa. Buat nota banyak2. Tapi takda pun masuk exam nota yg aku buat tu. Taknaklah. Takut kecewa. Baik baca soalan2 yang dah diramal camtu je. Ya Allah. Serious nervous gila nak exam ni. Aku harap aku mampu lakukan yg terbaik lah. Aku taknak kot mengulang. Scary. Nightmare. Macam2 lagi. Tak sanggup. Sumpah tak sanggup. Aku harap aku akan berjaya buat yang terbaik dalam final exam tu. Sekian terima kasih pembaca :)

Wednesday, August 8, 2012

RAMADHAN! :')


ASSALAMUALAIKUM

First of all, nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg ke 19. Tak terlambat lagi kan? haha. Agak terlajak sikit sebab mood nak update blog tu tak sampai. Kalau dah sampai pun memang sengaja jari ni malas nak menaip. Nakal betul. Duk menaip kat twitter tu rajin pulak. 

Tak tahu nak cakap apa sebenarnya. This post is seriously tanpa motif. So, kalau nak baca, bacalah. Kalau tak nak baca, boleh follow saya di Twitter. HAHA. Tetiba TER-rindu pulak time bulan puasa tahun lepas lepak ramai2 dekat jalan TAR. Lepas tu, berbuka tepi jalan ramai2 dgn blogger2 yg famous amous tu. Sekarang masing2 dah retis. Nak keluar sesama pun dah tak dapat. kahkah. Ahhh rindunyaaaaaa

Tapi, tahun ni not bad jugak lah. Banyak kali jugak keluar buka puasa sama2 dengan blogger2 yg dah lama aku kenal. Kejap nak upload gambar. 


Time ni dekat Ampang Park. Dan kali ni jugaklah first time aku merasa Ayam Penyet. My opinion is.. Ayam Penyet will be the last choice of my food. Tak suka lah. Rasa macam nasi lemak. Bukan tak suka nasi lemak. Tapi rasa dia mcam pelik.. dan mungkin tak kena dengan tekak kot. haha. Ramai jugaklah yg datang time ni, dalam 12 orang. Kebanyakannya ramai yg dah pernah jumpa. Ada jugaklah yg tak pernah jumpa. So, agak malu2 kucing skit lah mula2. -.-"


Yang ni pulak time Iftar dekat Bangi. Geng2 Bangi semua ni. Tetiba aku sesat. Aku memang suka menyelit mana2. Maaf Maaf. Time ni pun seronok jugak. Seronok sebab time ni ada birthday razik. Diorang buat surprise. Kek dia sedap. Saya suka kek. Saya rasa nak lagi. I wish to have more. So, treat me maybe? haha.

Salam Ramadhan, Syed :)

Thursday, March 15, 2012

Aku, Cuti Dan Exam


ASSALAMUALAIKUM

Macam mana nak start entry ni eh. haha. sumpah takda idea. Padahal kemain semangat lagi aku pergi CC semata-mata nak update belog ni kot. Maklumlaa. Aku tertinggal charger laptop dekat KL. Tak pasal-pasal tak dapat on laptop dkat rumah. Laptop boleh pulak aku angkut. tapi, yang malangnya charger pulak tertinggal. Ya Allah cuai. HAHA. sat sat. Aku balik kampung ni sebab sekarang kan Cuti Sekolah, So.. Tempat aku study pun cuti lah jugak -.-" .

Aku balik kampung pada hari jumaat yg lepas. Akak aku pun ada balik skali lahh..Akak aku balik sebab dia nak ambil kereta dia untuk dibawa pulang ke kedah. So, Aku ni kira macam Rezeki laaa.. Sebab dia ada ajak aku sekali untuk teman dia ke Kedah pada hari sabtu tu. Aku dah plan dah aku nak ikut dia.. lepastu, aku drop by lah dekat KL kejap untuk mengambil harta pusaka yg tertinggal dkat kolej tu. haha. Nak dipendekkan cerita, Hari Ahad tu (lepas balik dari kedah) aku singgah laa dkat kolej aku. tengok2 pintu berkunci pulak! Adehh. Stress kot time tu. Kalau aku tau berkunci baiklahh aku straight ke Temerloh (kampung aku) terus!

So, Aku yang macam takde keje pun duduk lahh dekat luar bilik tuu for almost 6 hours la jugak. HAHA. Bayangkan aku smpai dalam pukul 11 pagi camtu. Pastu aku duduk dkat luar tu smpai pkul 5. Gila lamaa tanpa tujuan. Cuma duduk2 main Blekberi je yang mampu. Ada jugak rasa nak jadi ninja, kasi pecah pintu. tapi, tak rasa menda tu macam penting sangat plus malas nak repair balik nanti.. maka, aku redha je laaa dah bergerak dari KL ke Temerloh pada pukul 6. 


Ok, Bila dah sampai rumahh.. 2 hari selepas tu.. PERUT aku meragam! Aku sakit perut! :'( . At first tu rasa loya je, Then.. keesokannya aku muntah. Lepas daripada muntah tu terus perut makin meragam . Aku tak ingat aku makan apa. Tapi aku rasa aku makan KULAT SISIR (taktahu mohon google) dengan Timun masak Tauchu!. Ya Allah aku paling tak suka moment bila sakit perut. Kalau sakit lain takpelah lagi. Tapi sakit perut sangat tak suka kot. SEKSA. Nasib baik LELAKI takda Senggugut kann?. After that ada rasa nak demam. Aku dah telan sebotol hundred plus and 2 bijik activfast. Agak okayy lahh sikit.. Harini dah masuk dua hari aku sakit perut ni. Tak rasa nak ok jugak. ada rasa loya-loya lagi. Ya, mesti korang cakap aku nak pregnant ke apa kan? . kah kah. itu lah respon yang aku bakal terima. Tetapi, aku ni lelaki. Maaf ya. 


Habis laaa cerita sakit perut tu! . Next week which means after this holiday break, Aku ada exam yang digelar sebagai MOCK - EXAM. Exam ni kira macam percubaan lahh.. Tapi, susah kott. haiihh. aku dah tengok sample soalan yg dia bagi. Agak mencabar jugak lahh. Tapi, sepanjang holiday nii, to be honest..aku tak study satu habuk pun lagi for the upcoming exam. i don't know whether i can do it or not. Waaa :'( . i wanna cry. Dalam sakit perut nyee lagii. Ko rasa ko masih ada mood tak nak study after all these things happened? -.-" . Aku rasa bersalah dkat Akak Senior aku ni, sebab dia ada suruh design somehting. but then, aku tertinggal charger and tak dapat nak siapkan design tu. Sorry muchhh. :'( .

Thanks for reading , readers! :')

Thursday, March 1, 2012

DOMAIN EXPIRED KINI DAH RENEW

ASSALAMUALAIKUM

Ya Allah, rasa mcam dah lama gila kot tk update blog. HAHA. Pernah tak bukak blog aku pastu tetiba dia jadi macam dekat atas ni? Pernah? Kalau pernah tu maknanya aku punya domain dah expired. Haaa. apa? kau ingat sardin, roti, milo je ke ada expired date? Domain pun ada beb! *cakap gaya semangat*.
Aku pun tak tahu apa sebab aku renew balik domain ni. Nak kata aku rajin gila update blog takdelah jugak. Aku rasa sangatlah jarang aku update. Kalau update pun cuma kehidupan yang aku lalui seharian sahaja. Nak kata Entry yang berkualiti tu jarang sekali lah. Kalau ada mood rajin datang menyerang time tu baru ada. Kalau tidak memang duk bersawang je lah blog ni *pandang kiri kanan blog*

Aku terpikir jugak sbenarnya nii. Korang terpikir tak? *terpikir hape tah ko syed*. Sebenarnya, aku ingat macam nak tukar sikit lah tagline blog ni. #eh. Pastu, aku ingat aku nak tukar jugak URL.. Tapi, aku dah renew dah domain ni. So, macamana nak tukar wei? HAHA. (ni aku memang saja buat statement kelly).
Disebabkan sekarang ni aku macam menulis more to daily life, i thought that i want to make a tagline about LIFE laaa rather than this "Everything In One" yang macam dah lapuk ditelan dek arus permodenan. kahkah.. Apa kata kalau aku tukar tagline tu kepada "Diari seorang cikgu?" "Sir yang tak pandai English" "Kehidupan seorang teacher trainee" Arghhh. Nama tagline yang muncul dalam kepalahotak aku sekrang ni semua pasal CIKGU! HAHA. aku taktau kenapa. Nak kata aku obses nak mati terhadap profession perguruan ni JAAAUUUH Sekali kot. Maybe itu adalah salah satu cara untuk aku mendekatkan diri dan cuba mencintai profession ni kot? errrrr.. OK OK.. *sediakan baldi utk korang muntah*

So, setelah berfikir dan berfikir. Aku telah membuat kata sepakat dengan diri aku sendiri bahawa aku tidak akan menukar mana-mana bahagian blog ini!. HAHA. Biar lahh apa yg ada dekat blog nii dahulu.. dikekalkan sampai bebilaaa.. Kalau boleh design tu pun biar lahhh macam tu. Kalau ikutkan aku dah bosan jugak dengan design yang sama for almost 1 year. Tapi tapi...apakan daya.. nak edit malas sekali. So, untuk orang yg malas macam aku ni mmg deserve laa dengan design yg dah sedia ada sekarang. haaa. japp jap!!. lagi satu, aku rasa.. SYEDGRAPHIX ni kerja dia bukan buat grafik design dah. sebab dia seorang yang PEMALAS dan BUSY (ke?) . Aku akan teruskan menulis seperti sediakala! . Yessss. Rindu nak menulis dekat blog. rindu nak blogwalking. rindu dekat dunia blog. seriuussss *peluk, cium dunia blog* . Sekian, saya akhiri entry ini dengan ucapan terima kasih kerana membaca. :')

Wednesday, February 2, 2011

Ada Pengalaman Bercakap Depan Orang Ramai??

haha, kau sangat poyoo! 

Assalamualaikum.. selamat pagi korang! .Memandangkan da masuk 2.2.2011 pada hari ni.. aku rase sekolah aku skang mesti tengah sibuk buat preperation untuk MASISUPA kan? . korang tau x masisupa ni ape? .Dekat skolah agama, MASISUPA ni macam sukan la.. dia ganti hari sukan. tapi, kitorang ade pertandingan ilmiah..macam hafazan,tilawah Al-Quran,syarahan bahasa melayu,syarahan bahasa inggeris, bahas,nasyid..macam2 lahh..MASISUPA ni aku rase ade dkat negeri pahang je..sebab, kitorang je satu-satuNYA negeri yang masih ada sekolah Agama sepenuhnya..Negeri lain semua dah ditukar kepada kementerian...*betol ke kementerian?*. Sekolah aku ni bawah JAIP(Jabatan Agama Islam Pahang)

Aku sempat laa jugak masuk MASISUPA. Aku masuk mende ni start daripada form 4 rasenye.. Sbnarnye, aku lame da nak masuk..tp, still malu-malu kucing doe.. yela, nak ckap depan orang ramai bkan senang kan? aku mula-mula nak ambil syarahan bahasa melayu. tp, agak malu la jugak sebab bahasa melayu ni lawak la slank baku-baku nih. nanti mula la orang gelak pulak kan? so aku amek kputusan untuk masuk Syarahan bahasa inggeris je la @ public speaking..Aku try pergi audition.. dapat. hehe.. Mula-mula masuk tu..
mmg malu gilaa lahh. aku rase terketar-ketar nak bdiri kat depan org ni..smpai aku rase macam ni..

ohh sy xnakk , sy x nakk!
Ni lahh yang aku rasa time form 4 dlu tau..nak training pun malu-malu kucing. suara x mo kuar. hahaha. pastu, ade sorang akak ni. GRRRR.. die ckap mcm pempuan malu2! bhaha. aq mmg bengang la kot die  ckap camtu. aku pun terus mcm semangat gitu....tapi, perasaan malu tu masih ade la... Masisupa ni ade 2 peringkat je.. ZON dengan PUSAT.. Sekolah aku wakil zon 3.. pusat tu kiranya , mcam negeri la...dlu ade MASISUMA. tp, ntah, time aku x de da.. sbb da byk skola agama x de kot? 1st time aku nak gi ke zon..aku rase macam...arghh..takut gilaa.. da la x hafal lagi text tu.. rase macam ni laa

ohh, camne ni.. huaa.. x hafal lg ni.. tlong tlong!!
Tapi, Alhamdulillah la.. aku menang time masuk dkat ZON time fom 4 dlu.. x yah bwak text pun ok? hahah...Sebab maybe saingan x banyak.. cehhh.. =P . Pastu, time masuk pusat je.. aku kalah.... dapat nombor 2.. juri tu ckap, 'gaya tlebeh?' tp, ckgu aja aku ckap, sila buat gaya ye! aihh. aku pening sudah..zzzz..pastu, time form 5 aku mencuba nasib lagi sekali...tpi, kali ni aku masuk time PUSAT je..Sekali lagi aku kalah. hahaha.. tp, kalah dengan budak yang sama time form 4 dlu..dia setahun tua dari aku.. GRR. x puas hati la pulak.sebab, aku sangkut part imprompto tu je.. gile ape aku nak buat speaking spontan. memang terabur abes lahh. hahhaha.. tp, tu la pengalaman.. ntah bilaa la lagi aku dapat masuk ye.. hmmm..


KORANG ADE X PENGALAMAN BERCAKAP DEPAN ORG RAMAI?

Saturday, January 22, 2011

Muhasabah Diri Saya Sebelum tido!

Entry malam nih.. aku nak muhasabah-kan diri aku.. yelah kan, korang kan blaja pendidikan islam, syariah islamiah , pendidikan quran dan as-sunnah , tasawwur, bahasa arab.. so, semua da tau apa itu muhasabah diri kan?? hehe. so, aku pun malas laa nak menterjemahkan apekah itu muhasabah diri.. cuma, aku bg definisi pendek die la.. muhasabah diri ni ialah..merenung sejenak..apa yg kita buat spanjang ari...banyak baik ke.. buruk ke.. hmmm... Act, muhasabah diri membantu kita untuk meningkatkan lagi ibadah kita atau memperbaiki segala kesilapan kita kepada Allah S.W.T..

Hari semalam, (sekarang da pkul 3 da la) aku bangun pukul 5.30 pagi.. lpastu, aku tido plak pukul 7 pagi lpas smyang semua.. n then, aku bangun pukul 12.50 tengah hari. huaa..pastu2..aku kna amek barang dekat tempat niaga mak aku, sampai rumah dalam pukul err...pukul 1.10.. mandi2 semua.. n, ready to MASJID utk menunaikan solat jumaat..Alhamdulillah, smalam aku smpai awal ke masjid.. sempat dengar khutbah..*tp x ingat tajuk ape.. hmm* ..Lepas selesai solat jumaat.. ak baca doa sendiri. tak tunggu imam plak. hehe.. Selesai baca doa, terus cabutt...lpastu..smpai dkat tmpat letak kastu/slipar/sandal..aku pun mencari-cari lah dimana kasut aku...u know what? kasut aku hilang lahh! arghh, aku saja malas nak ltak kat tmpat ltak kasut.. tp, hilang plak..GRRR. srius doe bengang kot time tu -.-".  Kasut Dr.Cardin tu lebih kurang camni la

tp, bukanla mcam ni. yg model ak x jumpe plak. hehe
ok, lpas tu.... aku cari-cari sandal aku nihh.. x jmpe jgak.. ape lagi.. aku da rembat selipar org. huaa.. korang rase dosa x? bila org yg dianiaya ambil plak hak org laen?? *aku pun x tau* .dah la selipar yg aku amek tu selipar yang ada jual kat pasar malam tu..macam ni..

yang ni mmg sbijik. hahha
arghh.. i wonder la.. ape la diorang ni..gi masjid untuk sembahyang ke atau untuk curi-curi? ya Allah. tolong setting balek niat-niat korang yep!. Awal betul korang lakukan kerja yg x bfaedah camni.. aku kuar pun x de la lambat sangat. tp, ilang jugak.. pencuri professional kot ko ni.x pe. aku faham! -.-"

Lepas balik dari sembahyang jumaat.. ape lg... aku terus on lappy lahh.. blogging-blogging.. layan meebo.. facebooking.. oh ya! cuma aku x gaming je arini. hehe. pastu, dalam pukul 5.30  gitu.. mak aku suh pi kedai, aku pun gi la.. naik je dekat bukit area rumah aku tu..ade plak budak-budak kaki x sampai naik moto...habis langgar kete aku..! dah la bawak moto x pandang depan...laen kali bawak moto pandang la depan wehh.. da la kaki kau x sampai nak bawak moto...ade hati plak da nak bwakk...nasib baek ko x jadi camni

Tuesday, January 4, 2011

Ahlul Bait : Syed dan Sharifah


Tajuk yang aku nak bangkitkan pada post kali ini ialah tentang keturunan Syed & Sharifah..haha, bukan ape..
aku google td.. nampak macam2 pandangan la pasal ni...so, ape salahnya kalau share2 kan? skurang-kurang nye ..korang tau la serba sikit.. mane yg x tau tu.. kan kan?

Di Malaysia, orang yang keturunannya berasal dari Rasulullah s.a.w dikenali dengan panggilan Syed bagi perempuan dan Syarifah bagi lelaki. Di negara Arab pula mereka dikenali dengan panggilan Syarif. Syarif maksudnya yang mulia. Panggilan ini mungkin kerana menghormati baginda s.a.w. Rasa kecintaan kepada baginda Rasulullah s.a.w. membuatkan keturunannya juga dipanggil dengan panggilan 'yang mulia'.
Nak tau lagi? teruskan membaca yekk!

The Store Mentakab, Temerloh

Semalam mak aku ajak kuar...dia nak beli emergency light.. pastu, alang2 da kuar..aku pun rase macam nak beli baju je... da la time gi KL baru ni x beli... huuuu~ ade satu baju tu.... RM100 lebey.. tpp mmg lawa la! rugii ta bli. huaaa...dah mak aku ajak gi kuar.. aku pun bawak la duit skali..ade laa duit lebih gi KL aritu.. banyak aa jgak. sbab aku ni jenis 'kedekut'. Kedekut disini bermaksud saving ok!? haha. aku syg nak gune duit aku ke arah yg x bfaedah.. kalau nak guna aku kena pastikan yg duit tu aku nampak ap yg aku dpat beli..aicehh..kalau nak ikutkan, mmg skejap je abis duit aku time gi KL aritu. nak pulak jalan2 dgn kazen aku yg agak 'pisau cukur'. hahhaa..tp, disebabkan saving pnya psal... smpai x guna lgsung plak duit aku...just guna for tgk wayang n makan je..Cerita pasal tempat shopping.. kat Temerloh ni takde tempat shopping la...means, x de outlet yg gempak2 dan mall.. yang paling besar pun The Store.. so, the store la yg slalu jd destinasi kalo aku nak beli baju ke hape ke..sbb,aku was-was skit nak bli dkat kdai bese. -.-" ..tp kan.. last year punya raya..baju dkat the store sume x cantik tau x..tp, aku pergi semalam.. Pehh! byk gile kot! geram aku nak bli sume! arghhh. actually, aku baru tlepas sale laa..sale baru je abis. aku plak baru je beli. sedih gile kot.. :'(
tapi, walapun sale da abes. melekat a jugak 4 pasang baju kat aku...


yes! dpat baju... haha.. yg 1st tu...name baju die jenis semi ape ntah. aku x ingat la semi ape.... tp, aku minat a jugak kan dgn baju cam ni. haha.. actually.. 1st time aku beli baju kaler merah! aaa...aq x pernah ade baju kaler merah yg pekat camni dalam koleksi baju aku... mak aku la suh beli.... mak aku ckap. kalau beli yg baju hitam.. nampak common. sbb, aku ni slalu beli yg kaler itam..mcamane korang rase kalau aku pakai baju tu?
hahaha... da la merah.. mcam x ssuai je ngan aku...

Monday, January 3, 2011

Back To School

Salam to all readers.


Harini merupakan hari pertama sesi persekolahan bermula. Waaa..tgk adik2 aku pergi sekolah.. aku tahun ni dah x pergi da..yeahh, i miss that moment.. aku nak pergi skolah! waaaa..rindu korang sume.. mana mungkin aku dapat belajar bersama dalam satu tempat yg kecik selain dari skolah! .Tadi aku sempat lalu depan sekolah..wahh... rindu gile kat skola tu....banyak sangat kot kenangan and event kat skola tu yg mmg aku x dapat lupakan.. tp, Life is Life... kita ade haluan msing2.. bile da tamat skola menengah..so, msti la kna blajar dkat tempat laen plak kan? ....

KHAIRIAH ISLAMIC SCHOOL SINCE 2006~2010
SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-KHAIRIAH 
28000 TEMERLOH PAHANG DARUL MAKMUR

Tuesday, December 28, 2010

2 Hari Menghilang

Salam to all.

Wahh... 2 hari ehh aq mghilang. hehe. rindu ouh kat blog usang yg hitam ni. hihi. aduii, ape? aku gi mane? gi makan angin laa. aiceh... tp, makan angin kali ni best sket kot.? kenapa? sebab, aku pergi sendiri jee. sendiri means sorang-sorang.. without parents without siblings. wahh! so cool! aku gi mane? gi KL je pon. hehe..
tp 2 hari jee. x bestnye.. nak lama2 lagi...haha.. btw, hari ptama tu.. aku jalan2 tanpa arah tuju.. merata aku singgah tau.. kat bandar tun razak la.. macam2 lg laa. last2.. aku x tau nak gi mane.. berenti dekat stesen masjid jamek.. aku pun pelik kenapa aku gi situ. haha. last2, menyedari tiada apa yang aku boleh buat kat situ.. aku jalan kaki dari masjid jamek pergi ke KLCC. pehh, bapak jauh KOT! sumpah penat! hahaa..
pastuu, tgh jalan2 ni....nak tangkap la gambar skit buat kenangan konon2.. tlupa plak! kad memori camera x bawak! GRRR! geram siot! last2.. guna jela phone punye cam. sobs3. ;'(
tgk.. da la x lawa camera phone nih..ish. campak kelaut la. hahaha..


Pastu, bila dah lame la jugak aku dok merayau kat twin tower tu...kazen aku ckap die nak dtg. wahh.
orait la tu. ade gak member kot. pade sorang2.. hahaa.. sape kazen aku?? ok.. nhhh tgk.


ni lhaa die. hhuhu. ehh, die bkan bdak dajah 6 dajah 5 tau. die da form 3 next year! haha

Tapi, aku respect la jugak kat budak nih. boleh gi sorang2 dkat KL pd umo 14 tahun! wahh, da la sorang2..jalan kaki lagi tu... x hebat ke? hehehe..pastu kann. lpas daripada menara tuu..puas kitorang cari monorail utk ke bukit bintang kat ner... rupenye monorail bukit nenas tu je.. hahaha.. tp aku ckap kat die ..
"bukit nenas punya monorail die pergi dkat  titiwangsa jelah"
wahh, ternyata aq salah. amik kau! bajek tahu je jalan KL! hahaha. tu pun tau setelah bertanya dgn pakcik jual air dkat tepi2 tuhh. timekasih ea pakcik! 

Then, lepas amek komuter bukit nenas tu... kitorang pun.. benti dkat bukit bintang...pastu.. mula2 masuk lot 10..tp, rase mcm boring je kot. lgpon, kaki aku ni da longgar gile.. x larat nak bjalan dahh.. so, ktorang amek kputusan pergi Times Square.kitorang tgk wayang je.. cite ape? cite ni haa.


haha! klakar sngat2 cite ni! sumpah ckap x) . lgpun kitorang tgk 3D punye enn, tp..x de la nampak sgr ke three D an die. cewahh..pas tgk movie..kitorang jalan pusing jap.. ingat nak men cosmo world! pastu, gile mahal! hahaa. ingat aku ni berduit sgt ke.hihihi. lgpun, time tu da maghrib da.. pehh .bapak lambat nye habes cite nih. hihi.. kitorang smpai rumah pun dlam pkul 9 gitu.. 

mmg penat laa. kaki rase macam x larat je .. da la esok nak hang out lagi kann. hehe. pastu, esoknya pulak. aku kuar lg... dengan kazen aku n dia. huhu.. ape nihh. diorang ni .. malu2 plak.. sakit aku tau.. jalan2 diamm je. x cakap pape. boring kot.. da la die tu.. org tanye sepatah die jwab sepatah. ishh... 
pastu, petang tu kitorang tgk movie laen plakk..


tadaa! cite ni laa. mmg best laa. lawak! hahaha. x larat nak ketawa da tgk cite nihh :P.. lepas tgk cite ni je.. terus balek. kol 4.. sampai rumah kol 6.. wuuu~ sedeyh nak tinggalkan dia n KL...ckup la smpai disini..

*actually banyak part da ni skip. ahaa. x pe kan? XD

Friday, December 24, 2010

Malang TAK berbau

Salam to all readers. wahh,baru lepas tgk konsert melodi cinta rossa kat tv3!
hahaa, ape da. rugi je mereka2 yang bayar mahal2 pigi konsert dia. 
last2, tunjuk kat tv3 jugak. kitorang yang untung tau! hahaa. actually, aku bukan la nak cite pasal konsert yang tah pape tuh. hihi. aku nak cite pasal kejadian 2 hari lepas.. fuhh! . mmg cemas dan agak tragis laa.Sebenarnya dah lama dah aku nak update pasal cerita ni..tp, sibuk buat entry pasal org tag laa. itu la ini la. sampai terlepas peluang aku nak cerita pasal hari tu. hehe. so, ceritanya bermula camni

****************************************************
tgh syok2 aku layan blog. dan akak aku sedang syok menonton video kat Youtube gamaknya. tetiba je, phone berbunyi.. nada  bertajuk 'Coconut' di nset nokia mak aku berdering...lantas akaq aku mencapai nset tersebut.
Apabila akak aku telah mengangkat telefon tersebut. Kedengaran suara seorang perempuan menyuruh kami untuk pergi ke tempat berniaga mak aku..Tempat berniaga?? yaa.. mak aku seorang peniaga..niaga ape? makanan pagi laa. Nasi lemakk. kuih muih.. semua segala nasik la ade! hihi. nak tempah? ckap kat aku tau.lala~. balek pada story.. stelah kami tiba je disana.. tiba2, terkejut la jugakkk..
habis semua mejaa..kerusi...kuih-muih..lauk pauk.. semua terbalik! tempat niaga mak aku mmg licin la!
mcam pakai Clean & Clear je tau! . fuhhh.. aku pun mula2 x perasan. pastu, bile tgk lame2 skit. baru aku perasan yang tempat mak aku niaga jadi macam tu.. kereta? kereta plak jadi macam ni


Wah, kereta aku mandi dengan sambal nasik lemak loh! aduii,


kalau nak ikutkan kereta lainn. aku rase da abih remuk segala dah! tp, kereta ni, ada sikit je calar. dan sedikit 
kemek kat bahagian depan. punca berlaku sedemikian??
ok. puncanya. mak aku nak tekan brake. ttp, die tertekan minyak. haiyoo.. habis melompat kot kereta nih.
sbb, depan tmpat niaga mak aku tu ade longkang.. *aku x dapt tgk waktu kejadian tu berlaku*
ermm.. cite lebih2 pun x guna jgak. sbb mende da lepas lepas la kann. hihi.
so, skarang. pagi2. aku yg kna antar mak aku gi niaga. coz, ade a bit of trauma kat mak aku. haha.
sokay laa.. nak pesan kat korang sume. kalau bwak kete ati2 tau...! jgn tlampau 
bnyak berangan n bfikir ... n yg penting . jgn cuai! thats all! thanks

ohya, lupe plak.. mase tu .. mak aku ade terlanggar anak org skali.. (pembantu dia) .Dan, alhamdulillah. tiada apa yang berlaku pd dia. cuma sdikit kecederaan je. bengkak2.
Nasib baik la Allah melindungi mak dan pembantu dia skali! =)
tengahari dan petang tu...terus aku dgn mak aku bergegas pergi beli meja baru..kerusi baru.. semua baru la.
MALANG MEMANG X BERBAU KAN?

P/s: ANUGERAH SKRINN!! MALAM NI =)

Tuesday, December 21, 2010

Majalah ohh Majalah

Salam n Hello to ALL of You..

haihh... 2010 bakal melabuhkan tirainya.. tetiba je.. teringat pulak dekat satu tanggungjawab
yang diberikan oleh pihak sekolah kepada saya untuk menyiapkan majalah sekolah 'SETINTA'
bagi keluaran tahun ini.. WAH, agak mencabar jugak la tugas sebagai desaigner bagi majalah.
maklumlah, sebelum ni pun x pernah lagi design2 majalah ni.. kira, first oppurtunity dapat dari pihak sekolah
tambahan lagi, AJK2 dan krew2 sekolah aku yang sukar untuk bagi kerjasama! . Semua aku yang kena buat!
aduiii, last2.. ustaz yang tolong design sparuh .* thanks ye ustaz!*
Aku time tu pun atas gesaan SPM lagi,
so x dapat la aku nak FULLY design on the Magazine. just a little bit part only yang aku design.
Tapi, x pe la.. at least .. aku dah tunaikan tanggungjawab aku. pada mereka2 sume tu yang x buat APA2.
Jawatan nak sangat. tp, bile suruh je buat kerja, macam ape je. x komited langsung! haiyo. susah wa mcm ni.
Aku x sempat nak buat credit atas nama aku kat majalah TU! hahaha. tp, x pe la...macam tu pun dah cukup
membantu.. walaupun sebahagian besar ustaz yang settledkan...Aku nak mintak pendapat lah dari korang tentang design aku yg aku paparkan kat bawah nie. tolong komen yep .
 NAK TENGOK LEBIH BESAR CLICK SINI
Ni antara page2 yang aku sempat design... tp banyak lagi sebenarnya. aku ambik separuh je la. hehe..ape macam? ok x.. ni first try aku tau buat menda macam nih. aku mmg x de basic langsung dalam bab2 ni...
bagi laa respon anda sedikit ye.. Teguran daripada anda2 amat saya hargai.. untuk memantapkan lagi
skill2 saya! . terima kasih,

Thursday, December 16, 2010

Salam Takziah Buat Keluarga Arwah

In the name of Allah,
The most Merciful..
The most Gracious..

Assalamualaikum W.b.t

Pulang daripada peperiksaan di sekolah...seperti biasa, aku merehatkan diri di depan laptop.. tiba-tiba, dalam pukul 7.00 .. telefon bimbit *handset* ummi aku bbunyi...lalu... ku dengar tangisan kuat dari ummiku...aku sudah boleh agak.. yang itu tandanya sebuah berita buruk...Hmm, Hatiku bagai dipanah halilintar...apabila, ummiku menyatakan bahawa.. bapa saudara aku.. telah terlibat dalam satu kemalangan di lanchang.. dan, kebetulan itu, kazen aku belah mak aku.. lalu di kawasan itu.. lantas membawa arwah ke hospital Temerloh..dan InsyaAllah.. malam ini, kami akan berkumpul ramai2 di Taman Seri Kemuning *berhampiran je dgn rumah aku dlam 3km* ...ya, ak sedih! ak x sangka die pergi .. hmm, betapa tabahnya die menjalani dugaan yang diberi oleh Allah sekian lama... namun, Allah lebih sygkan die.. x de sape boleh melawan takdir-NYA.. dan, marilah sama2 sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. semoga roh nya sentiasa berada dalam keadaan tenang dan ditempatkan di kalangan org2 beriman...

Aminnn.....

Mati Hidup Semula

Selamat pagi Malaysia dan ASSALAMUALAIKUM to all of da bloggers yang masih tidak tido lagi! jam di skrin laptop ku menunjukkan jam 3.04 A.M. dan, seperti biasa, aku masih di depan laptop..kerana masih tidak berkeinginan untuk melabuhkan tirai malamku.. tidak sanggup menghadapi hari esok, esok dan esok... tp, aku nak jgak lalui esok! *ehh, ape aku merepek nih* . Actually, for this entry..aku jsut nak cerita sikitt la kann... aku sedang aku berblogwalking..*rajin tol ak ni blogwalking eh* . aku pun..pastu ,check la shoutbox aku.. nak tgk traffic la kononnye, aiceh..lpas tu kan.. lpas tu... ade blogger nih.. name dia KorangGila eh, aq bkan ckap korang gile.. tuu.. name blog die tu korang gile. hihihi..die ckap mcam ni mula2..

"Jalan2..nak komen skit..sperti blog yang mati hidup kmbali..2009 and then 9/10"

-Aku pun pening da ni.. ape maksud die ckap blog mati idop kmbali.. 2009 then 9/10 ni.. 5minit aku pk tau x. last2.. aku gi serbu belog die.. and aku tanye cam nih
 
"Apa maksud blog mati hidup kmbali tu? adoii3..follow sini"

-Since org da bagi komen kann. so, kna la kite follow. hihihi. adoi3..pastu, dia balas ni ha.. korang tgk gmba la.hehe. jap ea.


*tgk tu die ckap ape*


Owhh, maksud diaa, Blog mati idup kmbali tu rupenye da lame x ade tibe2 je muncul kmbali. cewah. haha. aduii, pastu. lpas die ckap gitu.. aku pun tgk entry aku.. aah laa. first post aku time 2009 bulan 8. haha.. pastu terus x muncul2 da..and tetibe je.. aku ade post baru bulan 9 2010. hahaa. mane post aku di bulan 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 dan 8? hahaha. wahh. lame gile aku menghilang yekk.. sebenarnye dulu aku malas arr nak berbelogging. sebap, aku x de internet pon kat umah.. tuu, time 2009 pun aku register dekat oldtown je tuh. x sempat nak update pon . haha..tu pasal la aku x de mood nak blogging ni. maklomla.. bateri laptop ni kan terhad. kalo nak update entry dekat oldtown tu..mau habis dlu bateri aku baru siap entry nya. haha. da la, tempat x selesa n kdg2 tu connection pon ade problem. tah pape kan? ish. and internet aku ni pon baru masuk bulan 8, so.. bulan 9 aku buat new post . ok la tu.haha.. x salah la bro ko ckap blog aku mati idop kmbali. haha. aku pun rase da bole bernafas da ni.. daripada x de mood nak update n segala lg tu. haha.btw, thanks ea korang Gila kerana telah menyedarkan aku. hahaa.. akan aku pertahankan semangat berblogging aku kali ni! cewah. waiting for the last paper ari isnin ni, so..my rank will be upgrade to 
Full-time Blogger! XD .. ehh, dah dahh. esok kan ade paper pkul 2 ptg. tido tuhh.. ishh. org nak exam kol 10 masuk tido da. hang dok membebel2 lagi kat blog .. ish3.k lah korang,smpai sini dlu yee.. salamm, ;)



p/s : tajuk entry nihh.. takde kene mngena dgn manusia yg mati hidop smula tau XD

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...