Showing posts with label Cuti Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Cuti Sekolah. Show all posts

Saturday, November 10, 2012

BILA CUTI SEM DAH BERMULA


ASSALAMUALAIKUM

Dah lama tak update belog. So, harini sempena 10/11/12 tetiba rasa nak update blog. Konon-konon nak buat something yg special lah. haha. tapi hanya mampu update blog je. Nak kahwin macam awal lagi. Muda kenmain lagi. Calon pun takda lagi. Degree pun tak lepas lagi. So, jom kita lupakan dulu soal kahwin-kahwin ni. Main kahwin-kahwin pun jadilahh.. kan . kehkehkeh.

Btw, gambar kat atas ni adalah gambar time aku dekat stesen bas Pekeliling. Nak balik Temerloh untuk cuti semester. Ditemani oleh kawan aku. Sedih gila tau time nak berpisah dgn kawan-kawan. Rasa nak nangis :( .
Berat gila hati nak tinggalkan depa. Entahlah kenapa. Dalam bas tu pun ada rasa sebak2 nak nangis lagi. Tapi lepas tertidur, sedar je dah sampai Temerloh. Pastu dah tak sedih lagi dah. HAHA ok mengada. Tapi serius, terima kasih dekat kawan aku tu sebab banyak menyusahkan dia. BANYAK SANGAT.


So, harini kiranya dah mula hari pertama aku spend kan cuti semester dekat rumah. Dan, aku tak buat apa pun harini. Tidur je keje. Nak pergi mana pun tak tahu. Bosan. Kalau duk KL banyak tempat jugak nak pergi mana2. Tapi kat sini macam tak tau nak pergi mana. Hari Selasa ni nak pergi Kelantan. Ok, tak sabar. Bosan pulak duk dekat rumah ni. Akak aku tak balik lagi dari Kedah. So, aku kena plan elok2 lah hari esok dan seterusnya nak buat apa kat rumah ni. BOSAN. Ok, ini sahaja untuk hari ini. Bye :) 

Thursday, March 15, 2012

Aku, Cuti Dan Exam


ASSALAMUALAIKUM

Macam mana nak start entry ni eh. haha. sumpah takda idea. Padahal kemain semangat lagi aku pergi CC semata-mata nak update belog ni kot. Maklumlaa. Aku tertinggal charger laptop dekat KL. Tak pasal-pasal tak dapat on laptop dkat rumah. Laptop boleh pulak aku angkut. tapi, yang malangnya charger pulak tertinggal. Ya Allah cuai. HAHA. sat sat. Aku balik kampung ni sebab sekarang kan Cuti Sekolah, So.. Tempat aku study pun cuti lah jugak -.-" .

Aku balik kampung pada hari jumaat yg lepas. Akak aku pun ada balik skali lahh..Akak aku balik sebab dia nak ambil kereta dia untuk dibawa pulang ke kedah. So, Aku ni kira macam Rezeki laaa.. Sebab dia ada ajak aku sekali untuk teman dia ke Kedah pada hari sabtu tu. Aku dah plan dah aku nak ikut dia.. lepastu, aku drop by lah dekat KL kejap untuk mengambil harta pusaka yg tertinggal dkat kolej tu. haha. Nak dipendekkan cerita, Hari Ahad tu (lepas balik dari kedah) aku singgah laa dkat kolej aku. tengok2 pintu berkunci pulak! Adehh. Stress kot time tu. Kalau aku tau berkunci baiklahh aku straight ke Temerloh (kampung aku) terus!

So, Aku yang macam takde keje pun duduk lahh dekat luar bilik tuu for almost 6 hours la jugak. HAHA. Bayangkan aku smpai dalam pukul 11 pagi camtu. Pastu aku duduk dkat luar tu smpai pkul 5. Gila lamaa tanpa tujuan. Cuma duduk2 main Blekberi je yang mampu. Ada jugak rasa nak jadi ninja, kasi pecah pintu. tapi, tak rasa menda tu macam penting sangat plus malas nak repair balik nanti.. maka, aku redha je laaa dah bergerak dari KL ke Temerloh pada pukul 6. 


Ok, Bila dah sampai rumahh.. 2 hari selepas tu.. PERUT aku meragam! Aku sakit perut! :'( . At first tu rasa loya je, Then.. keesokannya aku muntah. Lepas daripada muntah tu terus perut makin meragam . Aku tak ingat aku makan apa. Tapi aku rasa aku makan KULAT SISIR (taktahu mohon google) dengan Timun masak Tauchu!. Ya Allah aku paling tak suka moment bila sakit perut. Kalau sakit lain takpelah lagi. Tapi sakit perut sangat tak suka kot. SEKSA. Nasib baik LELAKI takda Senggugut kann?. After that ada rasa nak demam. Aku dah telan sebotol hundred plus and 2 bijik activfast. Agak okayy lahh sikit.. Harini dah masuk dua hari aku sakit perut ni. Tak rasa nak ok jugak. ada rasa loya-loya lagi. Ya, mesti korang cakap aku nak pregnant ke apa kan? . kah kah. itu lah respon yang aku bakal terima. Tetapi, aku ni lelaki. Maaf ya. 


Habis laaa cerita sakit perut tu! . Next week which means after this holiday break, Aku ada exam yang digelar sebagai MOCK - EXAM. Exam ni kira macam percubaan lahh.. Tapi, susah kott. haiihh. aku dah tengok sample soalan yg dia bagi. Agak mencabar jugak lahh. Tapi, sepanjang holiday nii, to be honest..aku tak study satu habuk pun lagi for the upcoming exam. i don't know whether i can do it or not. Waaa :'( . i wanna cry. Dalam sakit perut nyee lagii. Ko rasa ko masih ada mood tak nak study after all these things happened? -.-" . Aku rasa bersalah dkat Akak Senior aku ni, sebab dia ada suruh design somehting. but then, aku tertinggal charger and tak dapat nak siapkan design tu. Sorry muchhh. :'( .

Thanks for reading , readers! :')

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...