Showing posts with label Life story. Show all posts
Showing posts with label Life story. Show all posts

Thursday, March 7, 2013

MINGGU MENJADI ROBOT


ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah. bersyukur kepada Allah kerana masih memberi peluang untuk saya berada di dunia ini untuk membuat kebaikan serta memperbaiki kesilapan saya yang lalu. Entry kali ni just nak cerita bahawa minggu ni merupakan minggu yang sibuk gilaaaaa... yeah sometimes I feel like a robot. I need to do this, need to do that.. Everything need to do in one time. So, dia punya penat memang tak terkata. Sebagai contoh, sekarang ni aku tengah ada 4 assignment yang belum siap lagi. 4 assignment ni jugak dia punya submission date dia semua lebih kurang je dekat. Lepastu, tak cukup dengan assignment yang menimbun macam gunung everest, ada pulak Kejohanan Olahraga Tahunan. Seperti biasa, aku akan masuk kawad. Kawad pulak waktu latihan dia petang dan malam setiap hari. Sebab masa dah tak cukup and ramai yang kawad tak ingat step semua. Terpaksalah buat latihan tiap hari. 

Setiap kali lepas kelas biasanya dapat baring-baring atau tidur.. Tapi sekarang nak tidur pun jangan haraplah. Setiap hari ada aktiviti. Maka. akan tidur pukul 2. Time tu memang penat macam nak meletup dah otak ni rasanya. Tapi kalau sebelum tidur tu sempat buat assignment sikit-sikit rasa penat tu takdelah membebankan sangat. Kira macam okayyyyyy lah. Aku perlukan 2 minggu lagi untuk semua ni berakhir. Lepas semua ni berakhir, insyaAllah nak tarik nafas panjang-panjang sebab masih hidup lagi bernafas di bumi milik-NYA ini.  Harap diri ini sentiasa cekal dalam menghadap assignment yang menimbun dan bebanan-bebanan kerja yang lain. Fuhhhhhh *tarik nafas panjang-panjang*. Terima kasih :) 

Friday, February 15, 2013

DOMAIN DAH DI RENEW

        Assalamualaikum. First of all, I would like to say thanks for those who are still reading my blog *kalau ada lah. Kalau takda... kejap nak terjun longkang :(*. Secara kesekian kalinya, Ini merupakan kali ketiga aku renew domain Syedgraphix.com ni. Macam biasalah, setiap kali renew domain, harapan dan niat yang berkobar-kobar adalah untuk kembali aktif dalam dunia blogging. Tapi biasanya benda tu akan terkubur camtu je. Sebab apa? Kekangan masa. Busy juga lah kot since dah mula degree ni. *eceh* . Tak.. seriously... betul ni. Banyak program. Lepastu kelas pulak tak fix. Tak macam foundation dulu. Lepastu ada assembly bagai pulak. Kadang2 sampai ke petang. Malam kalau rajin buat tutorial sikit. Kadang2 tak buat pun. Online pun dah kurang sekarang ni. Bangga pula dengan diri sendiri sebab dapat kurangkan online. kahkah. Apa-apa pun, aku minta sangat korang doakan supaya dikurniakan kepada Syed kerajinan yg melampau untuk menyiapkan assignment BM yg bakal di submit pada isnin depan. hehe. Aku rasa cukup sampai di sini dulu. Kita berjumpa di hari yang lain ye? :)

Tuesday, January 1, 2013

YEAY DAH DAPAT RESULT FINAL EXAM!


ASSALAMUALAIKUM :)

First of all, happy new year kepada semua yg mengenali diri ini. Semoga dgn tahun baru ini dapatlah kita meningkatkan ibadah, dapatlah kita berubadah kepada yg lebih baik ataupun boleh jugak kalau nak perbetulkan salah silap ke apa. Yg penting kepada yg lebih baik lah. Jangan lah makin lama makin teruk pulak. 

Tahun ni aku akan bergelar sebagai seorang pelajar degree. Which is bagi aku macam susah je kot sebab tengok subject2 tertentu pun ada yg macam susah. MACAM lah tapinya, belum cuba belum tahu kata org lama-lama. kehkeh. So, azam tahun baru aku tak lain tak bukan nak jadi insan yg lebih bertanggungjawab, taknak tangguh2 kerja lagi dah. Nak jadi rajin dan struggle untuk pelajaran. Nak kumpul CGPA. insyaAllah. 

So, berbalik kepada topik utama pada hari ini.. nak cerita pasal result! 
Result untuk final exam aku yg lalu tu baru keluar semalam. hehe. dan keputusannya, result aku boleh laaaa. Nak kata best sangat tu taklah jugak. Tapi bersyukur sebab still dapat lanjutkan pengajian kepada tahap degree. Tak jangka pun dapat result macam tu. Bagi aku, itu adalah hadiah new year yg paling spesial sekali. Serioussssss.  Dah la time aku nak check tu kemain lagi berdebar dia. Semacam punya debaran. haha. last2 bukak2 tengok, Alhamdulillah pointer 3.00 je. Tak tinggi mana pun, cuma cukuplah takda paper yg failed. Tak payah nak ambil refer paper ke apa.

Esok dah start kelas. Mula2 orentasi je. Tak sabar. Dah naik bosan dah sebenarnya duk dalam bilik tak buat apa2 ni. Nanti ada cerita kita jumpa pada hari yg berlainan ye! . ta-ta for now! :)

Sunday, December 30, 2012

PENDAFTARAN SEMESTER BARU IPG KBA -.-"

Assalamualaikum :)

it's 30 DECEMBER 2012! and it's the day that I should back to IPBA to start a new semester. Setelah hampir 2 bulan bercuti, Maka kini tiba masanya untuk kembali ke IPBA. kehkeh. So, aku naik bas tadi pukul 10.00 dan sampai dalam pukul 12. 12.30 terus register bilik semua tu lahhhh, penat jangan nak kata ah. Boleh pengsan rasanya. Dengan bawak beg balak tu sampai 2. Padat pulak tu. Nak tercabut jugak lah tangan rasanya. Nak suruh org hantar takda siapa pula yg nak menghantarnya. Akak pun dah balik kampus dia jugak. Bila dah selesai, semua urusan.. then tibalah masa kemas bilik. 

Masuk je bilik punyalah terkejut sebab bilik kotor gila. Habuk penuh semua segala bagai rasa tak sanggup aku tengok. Last2 aku decided nak sapu jelah. alaaaaaaa aku bukan apa. Lemah sikit bab2 menyapu ni. Tak suka tahu. Baik memasak ke apa . tu lebih rela lagi lah. hahaha. tapi berjaya jugak lah aku sapu. Cuma lepas sapu tu ada ghupe2 org nak pengsan kepenatan jugak lah. Mana tidaknya, dengan breakfast tak ambik, lunch tak anbik, semua tak. Dah la pesen kuat makan. haihhh,


Ni lah hasil lepas siap SAPU. belum kemas semua lagi. Kejap. Nak pengsan dulu. Nanti sambung balik k? HAHAHA. btw, tahun depan.. 2013 aku dah jadi student degree dah. dan officially umur pun dah meningkat 20 :( . Sedih. Makin dewasa. haha nak jadi comel lagi macam budak2. Tak boleh ke? kehkeh. btw, untuk result yg tak dapat dapat lagi tu, saya harap semuanya berjalan lancar. Dan saya lulus dgn jayanya :( . Aminnn..


Sebelum ke kelas mesti shaveeeeeeee! yeahh. HAHHAA bye. see ya guys ! :')
*kualiti gambar teruk sebab pakai phone nokia express music ja bye. 

Saturday, November 10, 2012

BILA CUTI SEM DAH BERMULA


ASSALAMUALAIKUM

Dah lama tak update belog. So, harini sempena 10/11/12 tetiba rasa nak update blog. Konon-konon nak buat something yg special lah. haha. tapi hanya mampu update blog je. Nak kahwin macam awal lagi. Muda kenmain lagi. Calon pun takda lagi. Degree pun tak lepas lagi. So, jom kita lupakan dulu soal kahwin-kahwin ni. Main kahwin-kahwin pun jadilahh.. kan . kehkehkeh.

Btw, gambar kat atas ni adalah gambar time aku dekat stesen bas Pekeliling. Nak balik Temerloh untuk cuti semester. Ditemani oleh kawan aku. Sedih gila tau time nak berpisah dgn kawan-kawan. Rasa nak nangis :( .
Berat gila hati nak tinggalkan depa. Entahlah kenapa. Dalam bas tu pun ada rasa sebak2 nak nangis lagi. Tapi lepas tertidur, sedar je dah sampai Temerloh. Pastu dah tak sedih lagi dah. HAHA ok mengada. Tapi serius, terima kasih dekat kawan aku tu sebab banyak menyusahkan dia. BANYAK SANGAT.


So, harini kiranya dah mula hari pertama aku spend kan cuti semester dekat rumah. Dan, aku tak buat apa pun harini. Tidur je keje. Nak pergi mana pun tak tahu. Bosan. Kalau duk KL banyak tempat jugak nak pergi mana2. Tapi kat sini macam tak tau nak pergi mana. Hari Selasa ni nak pergi Kelantan. Ok, tak sabar. Bosan pulak duk dekat rumah ni. Akak aku tak balik lagi dari Kedah. So, aku kena plan elok2 lah hari esok dan seterusnya nak buat apa kat rumah ni. BOSAN. Ok, ini sahaja untuk hari ini. Bye :) 

Saturday, September 8, 2012

ANOTHER LAST MINUTE WORK LESSON

ASSALAMUALAIKUM.


Selamat pagi! Pagi ni rasa down, banyak masalah menimpa. Ya Allah. Rasa terrible gila. Bulan ni memang bulan assignment. Sekali dapat assignment, sampai menimbun. Dah tak terdaya. Dah lah jenis aku ni memang semua benda nak di last-minute kan. Actually takdalah teruk mana, tapi benda ni jadi teruk sebab bila last minit buat macam2 benda pulak yang berlaku.

Aku ada 2 assignment, yg mana.. 2 assignment tu submission date dia hari Jumaat. Aku dah siapkan satu daripadanya hari Rabu.. cuma ada yg perlu diperbaiki sikit lah.. So, hari Khamis tu aku cuma tumpukan perhatian aku keapda satu assignment lagi. Aku tak tidur 2 hari tau nak menyiapkan kedua-dua assignment tu. dan, pada hari untuk menyerahkan assignment tu.. Aku nak print lah hasil kerja aku tu.. Aku dah save dalam pendrive pada awalnya.. tapi bila cucuk pendrive tu pada laptop, I found that my files were all missing!! . Pada saat tu je aku dah rasa macam cukup kecewa.

Aku rasa macam tak berbaloi segala pengorbanan yg aku buat. Aku rasa sebab virus ni. Virus makan!!!. Benda yg paling malang sekali bila aku tak save assignment aku dlam LAPTOP. Hanya save dkat pendrive je. Disebabkan gelabah punya pasal, I've no time to save all those things. Lagipun pagi tadi dah lambat dah untuk ke kelas. Nak taknak aku biarkan dulu.. Sampai kat kelas, lagi lah tension bila tgk all of my classmates semua duk susun assignment masing2 sedangkan aku........

Dipendekkan cerita, 
Waktu kelas tu, aku cepat2 siapkan assignment aku.. Nasib baik sempat siap. Tapi cincai punya lah,

So.. Pengajarannya di sini.. Segelabah mana pun kita.. Sentiasa back up assignment! Pastikan dah save dkat semua tempat! Dah taknak jadi camni lagi dah. Penat tau. Aku tidur macam org mati kot lepas hantar 2 Assignment tadi. hihi :) . Tu je. Terima kasih.

*Entry ni taip semalam.. Publish harini* LEULZ

Friday, May 6, 2011

PENGALAMAN BARU BAGI AKU! HAHA

ASSALAMUALAIKUM

1st day at KL.. aku smpai kat KL smalam dalam kul 3 lebih kot.. then, singgah dkat rumah mak mertua kazen aku dkat Kajang... yeahh, aku bila smpai je d kat kajang. mesti lah aku akan cari charger dulu utk charge henset cabuk aku! yelahh. aku lupa nak cas henset sebelum btolak. so, mmg kong abis. takde beteri langsung! ntah ape je henset aku ni. kalau aku charge pun cpat je abehh. haihh. panas panas dan panass..tapi x pe, aku bawak  charger...so, aku just charge kejap la dekat rumah mak mertua kazen aku tu.. pastu, bila da dok makan-makan, minum-minum, umpat-umpat, keji-mengeji *tipu semua* so, kitorang pun gerak dari rumah pukul 8 kot? ohh lupa nakbgtau yang aku ttinggal henset aku kat rumah diorang -.-" krohhh..
Gerak dari rumah tu pukul 8 sebab aku nak pergi rumah pak sdara aku pulak dkat Shah Alam. yeahh, seksyen 26 at Kampung Baru HICOM. tau takk? okaybye. aku tau korang mmg taktau. hahaa. so, on the way nak ke Shah Alam tu.. asyik kene tinggal je dek kazen aku. hadoii. bawak laju kot. tapi dia cakap tak laju. ades.. naseb baek lahh pakcik yg bawak tu tau jalan skit skit.. dah dah. aku taknak ulas banyak2 pasal konvoi yang x brape menjadi ni. kang ade yg *butthurt* pulaksss. har har har....then, sampai laaa ke Shah Alam pukul 10.. makan nasik jap and kuar balek gi TESCO. ok dah. cukup .*sbenarnya panjang lagi*

Bila dah balek dari TESCO. aku pun tidoq laa! hahahaha.. pastu..bangun pagi je.. mak aku nak btolak gi KLIA dah. ohmaii.. mata aku berat lagi nak bangun hokay!! aduhh.. penattt kotttt... tidur pun tak mandi smalam. ok . jangan bgtau orang! malu aku...Akak aku pun hantar lahh aku punye mak pi KLIA sbb flight dia kul 12.30...ohhh, aku blur sangat kot...smpai lupa plak nak salam mak aku before dia gi KLIA.. aku xxpergi pun hantar dia..akak aku je yg pergi .. sbb kereta tak muat kot. hohoho..aku just dok umah je laa.. ngadap laptop japp.. twitt2 sementara tunggu akak aku balek dari KLIA...


Okehh..then, akak aku da smpai semula dkat shah alam ni..i thought dia da sesat coz lama gila nak smpai. rupanya.. dari KLIA ke SHAH ALAM boleh tahan la jugak lama. so, maybe lambat. nak kata sesat tak mungkin kot... sebab dia bawak mak sdare dia skali dalam kete tuhh.. x kan la sesat.. hahaha.. bila dia sampai je kat umah.. errrr..sume dah gi keje. so, tinggal aku dengan dia je lah dkat umah ni....kitorang pun taktau lahhh nak gi mana.. takkan nak duduk rumah kottt.. xde LIFE langsung lahh kann..dah la jalan area KL ni memang taktau langsung.. so, aku decide nak amek phone aku yg ttinggal dkat Kajang time aku charge henset aku semalam... hadoi..dah la taktau jalan.. tibaii je lahhh. signboard kan ada kann? keh keh..

SATAY KAJANG SEDAP KE? TAK PON. HAHA
 Perjalanan bermulaa!! penuh pancaroba lol! dengan ilmu tak ckup didada! kami menggagahkan diri memandu Kia Spectra 1.6 untuk menuju ke kajang! ohhhh.. Kalau korang nak tau kann.. aku tak tau la nak cakap kat korang.. brape kali kitorang sesat untuk sampai ke kajang! tak terkira kot! naik pening kpale aku.. mula-mula akak aku yang drive.. dia bawak asyik2 sampai area shah alam balik. aku taktau la nape. aku rasa kitorang dah amek highway yang betul dah kot. adoiii..dahhh.. aku malas nak cite panjang-panjang..sebabnya.. kalau aku tulis panjang-panjang.. entry aku ni bukan ada orang baca pun kan.. msti boring! kah kah kah..nak dipendekkan cerita.. kami berjaya sampai di KAJANG! WALAUPUN AKU YANG DRIVE! DAN JUGA WALAUPUN AKU TIDAK PERNAH TAU SELOK BELOK JALAN KUALA LUMPUR. oleh itu, aku SELALU DITIPU OLEH SIGNBOARD SIGNBOARD yang aku rasa memang ntah pape! aku pening dgn signboard KL nih! pening weh! gua pening! arghhh...

Disebabkan Signboard jugak lah..aku telah menggunakan jalan Kuala Lumpur untuk pulang ke Shah Alam! woiitt! korang nak tau? gila jauh kottt... aku smpai dok pusing-pusing kat bandar Shah Alam tu sebab tak jumpa jalan.. cam bengong! penat wehhh. semput! hampehh! signboard nipu! aku mencikk! pastu, pemandu KL plak mcm harammm! aku nak slow skit pun takleh.. aku mesti la nak usha usha simpang kan? takkan la nak membaby buta! keh keh keh.. tapi, nak dipendekkan cerita lagi.. sampai jugaklahh dkat shah alam seksyen 26! wahhh. aku berbangga menjadi diri aku! HAHA. sebab mak aku x pernah pcaya kalau aku yang bawak kete! haha. nanti dia balek dari thailand... boleh la aku story mory sket yang aku da bawak kete melalu JAMMED yang tah pape! then sesat lagi.. adoi....

Bila da sampai je area Shah Alam seksyen 26 ni..so, aku dah lega dah laa....so, kitorang yang belum makan dari pagi tadi punn pergi makan  di mekdi yang berhampiran! yayyyyyy! akhirnya perut aku yang keding ni yang tak makan dari pagi tadi lagi sudah terisi! dan kami pun terus menuju ke rumah asal kamiii.. ok, MISSION ACCOMPLISHED! but, aku suka gila dengan kereta aku sbb minyak jimat gilaaa. even sesat pun.. plus bawak kete jauh gilaa.. tp RM50 minyak tak abes pun! WEEEEEEE~ tapi, korang jangan tanye brape yang kitorang SPEND untuk TOL! mmg mahal gila kott!!!!! HAHA. aku tak sanggup dah nak sesat . asyik bayar tol je. kaya katak laa orang tu dengan duit yang kitorang bayar tu! ades..dah dah. mrepek. okbye! Assalamualaikum..

p/s : aku suka journey kali ni! sebab aku dapat pengalaman memandu di Kuala Lumpur. WEE~ Mesti mak aku kagum kan? HAHAHAHA

p/s : woii. sapae bawak kete merah tadi? nak selit selit plak. aku sepak kang! eksiden lah ko tu. grrr. HAHAHA

p/s : aku tak pernah sangka pun yang aku boleh bawak kete area KL ni. sebab aku tgk mcm susah je.. tapi, dont say NO before you try okeh! HAHA

Friday, February 18, 2011

Header Untuk Follower ke-1200


Assalamualaikum...Apa khabar ehh semua? harap semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera! aiceh. oraitt...kenapa dengan gambar kat atas ni? ok, actually.. gambar di atas ni adalah blog follower aku yang ke 1200.. haha, dan disebabkan dia telah menjadi follower aku yang ke 1200.. aku ade cakap kat dia yang aku nak kasi dia header percuma.. huahh.. Aku ada tanya dia , dia nak header yang macamane. so, dia ckap nak header yang kawai.. adess..aku x tau la ape itu 'kawai' ..tp, x pe. aku try je la buat 1 header untuk dia...

Header ini Transparent Background . *hubungi sy untuk dapatkannya*

Ni header yang aku buat untuk dia.. aku x tau la kawaii ke x..ades.. x kisah la ..kalau nak guna, guna la. x nak x pe.. Aiman x kisah. hahaha.. Tentang blog dia, aku rasa... blog dia just fine je.. x berat load.. laju je.. template pun ok..Cuma... navigation bar kat atas tu... kalau boleh hide la... kalau x nanti, ade yang gatal2 nak tekan ' Report Abuse' tu.. bahaya2.. hide ok? :)

Lagi satu yang ' Home , About me , Tutorial ' tu..aku rasa.. muna kena tambah la icon ke apa sebelum word tu..sebab nmpak macam. word tu sambung2.. x nmpak mcm boleh tekan pun. hehe.. Sorry la byk komplain je saya ni kan? orait.. bagi korang yang masih belum terjah dia.. jom kita terjah dia..


Sekian, Terima kasih =P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...