Showing posts with label IPGKBA. Show all posts
Showing posts with label IPGKBA. Show all posts

Monday, October 15, 2012

DEBARAN FINAL EXAM KIAN TERASA


ASSALAMUALAIKUM

Seperti yg sedia maklum oleh diri aku sendiri, Final exam betul2 dah dekat. Dalam 2 3 minggu lagi. Takut? Mestilah. Gila apa tak takut. Tahu tak dah nak dekat 2 tahun aku tak exam pape? Pastu tetiba baru nak start exam. Memang something yg gelabah jugak lah. hmmm..  Taktahulah. nak cakap pasal preparation nak menghadapi final exam ni, tak prepare sangat pun. Macam biasalah. Aku tak boleh nak study awal2 camni. Macam2 halangan, dugaan berserta rintangan yg dihadap. *padahal malas sebenarnya*. Nak kata malas yg sangat tu takda lah jugak. Tapi memang habit. Dari sekolah rendah tak pernah study awal. Biasanya malam nak exam tu lah pulun sampai tak tidur bagai. hahaha. 

Aku tengah takda keyakinan ni, English bukan lagi subjek yg senang bagi aku. Bila dah ambil TESL ni, rasa macam hazab. susah kemain. Rasa menyesal pun ada. Tapi mestilah kena teruskan. Sebab itu jalan yg aku telah pilih. Nak berputus asa di tengah jalan memang tidak sama sekali. Tapi tu lah, Kadang2 rasa macam putus asa juga. Aku ni takda lah pandai macam orang lain. Lagi2 bab grammar ni. Memang lemah betul. Tapi setelah banyak latihan yg dibuat aku rasa macam takda lah susah sangat. Atau sebenarnya aku yg kurang buat latihan ni? Mungkin juga. 

Sebelum final ni macam sesak juga. Macam2 event ada, Minggu Kesenian Islam. Bulan Bahasa. Pastu aku memang jadi mangsa yang kena buat poster, banner semua tu. Kahkah. Nasib badan. Aku dah muak sebenarnya buat poster ni. Design aku pun semakin hambar rasanya. Kejap, bawah ni ada lah sikit poster yang aku buat untuk kedua-dua event tersebut. 




Mengikut adalah bebanan-bebanan yg telah berjaya aku selesaikan -.-" . Agak banyaklah jugak masa yg aku spend untuk buat benda ni. Susah kot. Nak fikir idea bagai lagi. Maklumah. Aku ni bukanlah professional mana pun. Edit pun macam apa je entah. 

Berbalik kepada topik asal, Final exam!. Aku tak suka buat notes. Sebab aku takut aku hampa. Buat nota banyak2. Tapi takda pun masuk exam nota yg aku buat tu. Taknaklah. Takut kecewa. Baik baca soalan2 yang dah diramal camtu je. Ya Allah. Serious nervous gila nak exam ni. Aku harap aku mampu lakukan yg terbaik lah. Aku taknak kot mengulang. Scary. Nightmare. Macam2 lagi. Tak sanggup. Sumpah tak sanggup. Aku harap aku akan berjaya buat yang terbaik dalam final exam tu. Sekian terima kasih pembaca :)

Friday, March 30, 2012

SUKAN, PEMENTASAN DAN AKADEMIK

ASSALAMUALAIKUM
*tajuk tu cikgu sangat okkk!*

Hai korang! kihkih. Lama sudah tak bersua rasanya, Niat dihati tu ada hendak mengupdate belog yg tertunda, tetapi..dek kerana masa tiada, habis semuanya tergendala *kemain bahasa kau syed*. Ok, serious! Aku pikir tajuk nak update ni pun hampir setengah jam. Aku pikir ayat introduction ni pulak 1 jam, so..semua sekali aku dah bazirkan Sejam Setengah untuk menaip sebuah warkah usang di blog hitam belegam ni -.-". Actually, I don't have much stories to tell you here, just a little bit of my own life, what I've gone through in my life. Semester ni boleh tahan jugak sibuknya. Dengan sukan lagi, assignment yang bertimbun lagi, kem sana kem sini, society, program itu program ini, nak pulak kehadiran semua DIWAJIBKAN .
So, i could not say NO to escape the event. *sigh. So, first thing yg aku nak habaq mai adalah pasal SUKAN.


SUKAN
What is sports? What  is the usual activity of sports? How do you play the sports? *Ayat assignment sangat aku ni* . Ok, back to the title, SUKAN. Aku rasa agak scary bila dengar this word. HAHA. scary lah sangat.  Bukan scary yg macam takut nampak hantu tu apa, Tapi scary sebab there's too many type of sports and i don't find myself good in sports and, I am not a sportsman. Ya, aku tak bagus dalam bersukan ni. Banyak jugak sukan yang aku tak boleh main. Last main sukan-sukan yg ekstrem adalah di sekolah rendah. Masuk je sekolah menengah, terus tak pernah aktif bersukan disebabkan sekolah menengah aku tak aktif kokorikulum, so..aku malas lah pulak nak carik effort lain untuk bersukan. HAHA. it is not easy to do something that you tak suka. So, bila dah masuk IPG ni, kena aktif pulak bersukan...  i was like T____T

Mula-mula tu macam susah lah nak terima sebab benda tu kita tak biasa kan, susah kot nak adapted dengan situasi tu. so, lama2..bila kita cuba pujuk diri kita untuk move on ke arah yang lebih baik daripada sebelumnya, kita mampu je buat benda tu sebenarnya. cuma kita kena tanya diri kita samada nak atau taknak. tu je punca dia sebenarnya. Bila aku dah motivated diri aku dengan macam2 benda, baru aku sedar yg perubahan tu takkan datang kepada kita kalau kita tak usaha untuk dapatkannya. Naik semester 2 ni, aku semakin rajin berjogging. Dah JARANG sikit lah tidur petang, hari aku pun aku rasa lebih produktif daripada tahun lepas. Sekarang dalam proses cuba untuk fit kan lagi badan. hihi, but..i don't play football because you know that it was tooooo latee to learn. Let me be a "Kaki Bangku" like foreverrr -.-"

Bulan April and the next May ada Sukantara dan juga Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT). Boleh tahan banyak acara yang dipertandingkan..and... you know what... i was chosen to be a part of marching team!. Gila kau. Aku dah la dah lama gila tak join perbarisan. Last time when i was in standard 6. Bayangkanlah kemain lama aku tak berkawad! Lepastu, tetiba pulak untuk KOT tu aku kena join kawad. Ok, Kena belajar basic balik semula. Tadi baru selesai training pertama. Banyak buat salah. Banyak kena denda. Yang seronoknya aku rasa macam aku sorang je yg tak pandai. Walaupun yg lain pun ramai je yg tak pandai lagi. hehehe. Takpe, belajar ni bukan terus boleh pandai. Kena lah bersusah susah dulu kan? :)

PEMENTASAN


Pementasan ni adalah part of our assignment sebenarnya. Batch kitorang ditugaskan untuk menjayakan sebuah pementasan yang diadaptasikan daripada drama King Lear oleh William Shakespeare. Susah kot bahasa yang digunakan dalam play ni. Nasib baik lah aku tak jadi actor. Aku cuma jadi multimedia punya committee je. So, tugas aku adalah untuk menyiapkan trailer2 untuk pementasan king lear ni.. Crew kitorang ada ramai jugak. Setakat ni aku tak buat trailer pun, org lain yang buat... aku cuma buat poster je.. kejap-kejapp nak letak gambar. LOL


Ini adalah one of the poster yang aku buat. Ya, Aku tahu tak menarik! whahaha. Sebab apa? this is so last minutes work lahhh. Sebab, tetiba je diorang cakap poster kena siapkan secepat mungkin a day before tomorrow. Aku pun siapkan poster ni tak sampai setengah jam pun. haiihh. kemain cepat konon-konon professional lettew -.-" . Dah dah sudah, So.. kitorang memang tengah busy dengan play ni..

AKADEMIK

 HAHAHA. ok, tetiba macam takleh blah gila pulak pakai gambar ni. Ahhh ghasakk ghasakkk. So, nak story niii. Untuk akademik pulak, kitorang baru selesai Mock Exam. Keseluruhan exam tu aku rasa takda lah susah sangat. Tapi, chances untuk failed tu aku rasa macam ADA kot T.T . Sebab yelaa. dah lama tak mengadap paper. Adalah setahun tak jumpa kertas peperiksaan, Untuk exam grammar (Language Description) Aku rasa ok je kot, Sebab time Miss Kon masuk kelas dia takda pulak cakap something like aku tak lulus ke apa. Ok la tuhh, Apa yg aku takut ni adalah English Studies. English studies ni literature wei.
Poem-poem semua tuu.. Short stories. Ahhhh, gila apa. susah kot. Kalau time sekolah dulu jawab bodoh-bodoh sudah, ni kena guna critical thinking pulak. Lebih mendalam. Erghhh. Entahla macamana result.

Paling seronok jawab adalah Social Studies. Dia soalan macam sejarah. Kena buat essay bagai, tapi.. kadang-kadang dia tanya soalan based on kita punya pandangan and apa yang kita tahu terhadap certain issues tu. So, aku ada keyakinan lahh yang aku boleh buat paper ni. HEHE. Last paper pulak Language Development. LDV ni kira macam kertas exam SPM tu. yg struktur laa. Tapi, kalau kita nak jawab, takboleh nak ambil sebijik-sebijik daripada perenggan tu, kenaa tukar ayat or dalam erti kata lain kena guna ayat sendiri. Tu yang membezakan pelajar foundation dengan SPM rupanya. LOL .

So, untuk kesimpulannya, Semester ni merupakan semester yang sangat busy. Banyak benda yang perlu diselesaikan. Bagi siapa yg tak dapat tangani stress tu pun boleh belajar untuk tangani stress dengan baik, Jangan tak pasal-pasal nak lepaskan stress ko kat orang. Tak elok. Yang tak bersalah pula kena. Macam pffft sangat. Itu sahaja buat kali ini, Assalamualaikum :)

p/s : Mood : Happy lepas siap esaimen!  

Monday, July 4, 2011

Permulaan Pertama Kehidupan di IPGKBA

ASSALAMUALAIKUM

Woi! sape rindu aku? ade sape rindu takk? sape rindu angkat kaki woi! . da lame gila kan aku tak update natang haram jadah ni? haishh. tkpe. arini aku nak bersih skit blog aku yg sumpah bersawang gila babeng nihh... Bermulanya chapter 1 dalam fasa hidup aku bergelar sebagai seorang pelatih guru.. banyak yang aku nak tuliskan atau nyatakan.. atau memberitahukan.. kalian kalian semua di sini tentang pahit manis hidup aku dkat IPBA ni. (woii! ko asal nak buat ayat dramatis nih.. sepak kang!) 


Dimulakan dgn hari pendaftaran aku lahh....hari pendaftaran dia 20hb 6.. so, pagi tu aku btolak agak awal la jugak kot.. pukul 7 rasenye. 7.30 camtu laaa. aku ingatkan jauh sangat nak ke sana dari shah alam. padahal dekat je. cisdale! . walaupun ada jem skit.. tapi cpat je aku smpai. aku tak ingat brape lame durasi yg diambil untuk kitorang smpai ke tempat yg ditujui. ecehh. tapi, semestinya aku taktau laa jalan utk ke IPBA tu.. kitorang pakai tibai je..pastu kan, kitorang sampai ke IPBA tu pun lalu jalan UM.. akak aku silap masuk jalan. dia pi masuk simpang ke UM. pastu.. bila kuar dari UM tu. tengok2 da nampak IPBA. haha. sumpah kelakar gilaa. tak jangka pun akan jumpa tepi tu IPBA nye. cess.

Pastu kan.. time daftar tu..dia ade la mintak dokumen yang berkenaan semua tu.. tp, accidently . seriously aku lupa gila nak photostat IC aku! . aku terlepas pandang kot dia nak salinan kad pengenalan. so, mmg takde la aku sediakan.. pastu, lecturer yg daftar kan aku tu. Dr.Sharmani tak silap. Dia cakap ape.. "its your first day. and u already show your not so good 1st imperation" pastu aku cakap laa. "sorry, actually. i .. i just lefted it at home.. im so sorry" ayat aku mmg bengong. bengong bengong. HAHA. padahal bukan IC sahaja. ade jgak certain form yg aku tinggal.. pastu dia pesan "dont repeat it again next time" .

dah, takmo citer psal daftar2.. nak citer psal orentasi plak! Hehe.


Ko tau tak. sebelum aku gi IPBA ni kan. menda yg aku taknak jalani skali ialah orentasi. sumpah do.. bila sebut je perkataan orentasi aku rasa macam nak skip je. nak lari dari semua ni. nak lari daripada perkara yg mesti junior/pelajar baru lalui walau dimana institut atau IPT sekalipun . tp, bila dah habis orentasi.. aku rasa nak ulang balek woii!. aku nak ulang balek semua detik2 indah orentasi! *ayat nak muntah* . Nak tau kenapa aku cakap detik indah? haha. detik indah laaa. sebab makan FREE! . Bila da habis orentasi semua kena guna duit sendiri. pokai den ekau tau dakk! . Perkara yang aku paling takleh bla skali bila sebut pasal orentasi ialah.. tadaaa!


yee!! itu diaa! biskut MARIE! . HAHA
Kenapa biskut marie wehh?? mesti ramai yg tertanya-tanya kan? . cess. *bajek ade org baca je*

Actually kann.biskut marie ni JPP kasi kat kitorang.suruh jaga elok-elok. jangan smpai pecah.. pergi mana-mana bawak... nak pergi mandi, berak, kencing pun kena bawak tau tak. lalala~ . Masa dia kasi biskut marie ni kat aku.. aku cakap ape kat diaa. aku cakap "taknak la kak.." . Aku taktau pun yang diorang kasi biskut tu sebagai amanah. sebab, diorang pun tak cakap yg biskut tu bukan untuk di makan.. so, even aku cakap kat akak tu yg aku taknak biskut ni.. tapi, bila dia bagi.. of course la aku ambik je kann.. then terus ngapp.. bila da makan smpai separuh.. ahli dalam kumpulan aku cakap. "weii! biskut tu bukan untuk dimakan!" . Aku makan pun sebab aku nampak orang yg duduk depan aku ni semua dah habis da diorang punya biskut.. HAHA.. lepas tu, disebabkan aku telah makan amanah yg diberi.. aku didenda.. tgk ni. dia kasi aku TAG nama.. BESAR PUNYA!


Pastu kan.. mende ni kena pakai gantung kat leher. paling takleh bla skali time riadah laaa... bila tengah berlari je .. menda tu bergerak.. ke kiri ke kanan dan seterusnya. panas kot aku! haha... tapi, kadang2 aku ngelat je.. aku tak pakai pun menda ni. dia bukan ingat pun sape kan. HAHA. keji gila aku ni.. Lepas tu kan. dia ada bagi amanah lain lagi... nak tau pe dia? 

Kena cari semua signature JPP ..sape tak dpat brape yg dia nak.. nanti kena denda 


Aku pun dapat skit jeee.. HAHA. sbb taknak mintak sangat.. sbb kann.. ingat dia nak kasi free je ke tanda tangan diorang? at least.. kalau nak dpat tandangan tu.. korang kena do something utk diorang tau tak? for example, menyanyi..menari..baca doa.. n yang seumpama dgnnya laa. so, sbb tu laa aku punya tak penuhh.. pastu, bukan senang nak tau mana satu diorang. da la diorang guna nama artis sebagai nama samaran. waaa. mmg susah kot aku nak kenal. tapi papepon, best la jugak orentasi ni. not bad.. HAHA. habis cerita pasal orentasi... 

Kita beralih pula kepada suasana bilik aku... kalau nak tau.. ni haaa.. ni la tempat aku lepaking everytime lepas class.. 


Ni pulak roomate aku..nama dia KEN . dia drpd SABAH :)


What To Say About Him , bagi aku dia ni baik laa.. aku slalu pinjam barang dia.. such as, iron, charger.. ape lagi tah. pastu dia slalu bagi aku sarapan pagi. adehh. then, dia selalu ikatkan tali leher (tie) aku sbb aku tak pandai ikat. HAHA. wei, aku tak buli diaa laa. aku mmg tak reti ikat tali leher. sobbs.. 

Lagi nak cerita pasal ape lagi ehhh, class plak so far so good laa.. dah ada esaimen banyak plak tu. suka suka. to conclude, aku rasa IPBA ni best laaa jugak. even tak besar mana pun. haha. tapi ok lah kann. kawan-kawan kat sini plak bleh tahan laa friendly. sume baek2 aku rasa.. oklah, nanti ada citer lain aku letak lagi eh kat sini. hehe. babai! :)

Time ni projek tanam bunga raya . time ni jugak la first time aku pegang cangkul untuk mencangkul tanah tanah! well done syed! good improvement! cisdale!

p/s : gambar classmate takde . sbb bateri camera aku takde. tp, aku baru je bawak charger ni. hahaa. boleh la amek gmbar. cess 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...