Sunday, January 5, 2014

SyedGraphiX Dot Com "A journey to be awesome!" in 2014!



ASSALAMUALAIKUM

Bismillahirrahmanirrahim... sebelum terlambat aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua! Tahun baru haruslah ada azam baru kan? Wajah pun kena baru juga sebab tu tiap kali tahun baru ada yg update status "New year new me" Seolah2 setiap kali tahun baru mesti ada sesuatu perubahan yang baru dalam hidup kita. Baguslah kalau kita fikir macam tu, takkan lah still nak berada di tangkuk yang sama je yedak?

So, sempena tahun baru ni antara new resolution aku adalah untuk berblogging secara lebih kerap lagi. Sebab itu aku tampilkan wajah yang baru kepada blog aku supaya kelihatan baru. Bila kelihatan baru sikit insha Allah mood nak update blog tu makin menggila. *yeke taktau.*

Kalau sebelum ni syedgraphix.com menggunakan tagline "Everything in ONE" tapi bagi tahun ni 2014 aku telah ubah kepada "A journey to be awesome!" kenapa? Sebab aku nak lebih banyak bercerita pasal perjalanan hidup aku yang tak penting pun untuk sesiapa baca. Cukuplah untuk aku dan orang yg terdekat yang kisah pasal aku. Tapi kalau nak baca tu, bacalah. Aku tak kisah pun and seriously  takda halangan. Lagi suka adalah!. heh. 

Untuk tahun 2014 ni aku masih lagi seorang student. Seorang pelatih guru yang kini berada di dalam tahun ke 2 semester 3. New semester getting harder and harder. Ada ke belajar yg senang? takdak kan? hehe

Antara perkara yang baru sikit pasal aku pada semester ni ialah aku ambil elektif SENI VISUAL. Actually aku dari sekolah menengah dulu nak avoid seni seboleh-bolehnya. Time tu masih seorang tipikal budak sekolah menengah yang beranggapan bahawa mereka yg ambil seni ni loser gila. Pastu aku ambil akaun konon-konon tak loser pastu failed akaun padan muka engko! haha. 

Walaupun tak reti melukis, tapi sengaja aku mengada-ngada nak ambil seni. Bukan apa, kadang2 aku percaya melukis ni dapat menghilangkan stress dan kadang-kadang juga melukis ni boleh bagi kita stress. Terutamanya bila kita takda idea. Kan?. So, untuk pertama kalinya kelas seni tahun 2014, lecturer kami meminta kami untuk menunjukkan apa-apa bakat yg setiap pelajar ada. Kira macam suruh hasilkan satu lukisan lah. This is what I managed to draw...
Pada mulanya macam tak sangka jugalah boleh lukis benda ni. Tapi bila dah siap tetiba rasa macam puas hati sebab tak sangka boleh melukis and not that bad lahhhh boleh kata. What say youuu?
Kalau nak cerita pasal result pulak, result aku ok lah, Meningkat dari semester lepas. But then aku still tak berpuas hati dgn apa yg aku dapat sebab pointer orang lain berlambak yg lebih tinggi. Takpalah usaha keras sikit untuk semester ni. Mana tahu ada rezeki lebih sikit kannnn?? :')

By the way, blog ni bukannya 100% dah siap edit. Nanti kalau aku rajin aku make up lah sini sikit sana sikit lepas tu baru la okay kot. hihii ikut dan je aku ni. Kalau rajin aku edit lah kalau tak rajin memang macam ni la sampai ke sudah. 
Thanks for reading! :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...