Wednesday, March 12, 2014

MUSIM ASSIGNMENT BERLAMBAK DAN MUSIM MEROYAN

ASSALAMUALAIKUM

Hi brader! hi sista! Yeah, secara logiknya aku sepatutnya dah lena diulit mimpi yg indah time ni. Atau dalam bahasa kasar sikit aku sepatutnya dah tertonggeng and kroh krohh ataih katil kesayangan aku kaler hijau dekat maktab ni. dan aku tak sepatutnya update belog aku tengah pepagi buta camni sedangkan aku ada berjuta esaimen yang harus di submit. Yes seperti biasa syed dan exaggeration berpisah tiada. Banyak gila sebenarnya apa yang aku nak update dekat sini yang dah tertangguh berbulan-bulan. Semangat nak berblogging entah kemana pergi. Yang aku heran ni lepas tak jadi perwakilan pelajar makin busy kalah menteri. Aku taktau apa ja yg aku buat yang sibuk sangat tu. Tapi seriouslah aku rasa takda benda pun yang aku buat tapi aku rasa busy. Berbelit kan ayat aku? Sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata. *gituhh


This picture absolutely tells a story about me. Camni lah tiap hari duk risaukan esaimen, tiap hari duk mengadap laptop tapi at the end of the day aku taktau pun apa yg aku buat duk depan laptop lelama tu tak nampak jugak hasilnya. Esaimen still tak tersentuh. Aku dah cuba buat awal2 tapi tetap tak mampu nak siapkan awal. Mesti dia nak malam yg nak hantar esaimen tu baru buat and baru ada idea sebab dia ada pressure. Aku ni jenis org yang kena berkerja di bawah pressure. Bila ada sesuatu yang menekan aku baru aku boleh buat kerja dengan aman. Tapi kalau kerja tu aku suka buat tak payah ada pressure pun rela aku buat tanpa segan silu.

Kehadiran aku menaip di blog ni sekarang semakin tidak disenangi oleh diri sendiri. Yelah, update belog panjang-panjang macam karangan mampu. Nak buat assignment yang suruh hang buat lesson plan pun tak mampu pulak kan. Kalau nak ikutkan takdak la susah mana. Tapi when it comes to academic writing and when you have to do research about what youre going to write tu yang aku lemah sikit.

********************************
Eh hai!, Aku tertidur time tulis perenggan terahir ayat di atas tu. So, aku sambung sikit lagi ek petang ni. HAHAHA *macam ni pun boleh kan.


Nak dipendekkan cerita, walaupun banyak esaimen menanti masih sempat join treasure hunt sempena Bulan Alam Sekitar IPG KBA. Banyak halangan, rintangan dan dugaan yang dialami. Last-last minute baru tahu ramai yg ada kelas sampai petang. Nasib baik laaa sempat lagi nak join cuma kena tunggu sikit ah. Checkpoint-checkpoint yang ditempuhi agak menarik. Sampai kena lari-lari satu IPBA dah aku rasa. hahaha. Tapi dapat nombor 2 je. Kira okay lah kan? 

Oklah. Rasa dah banyak merepek dah ni. Aku boleh buat hari merepek sedunia dan presiden dia adalah aku. Kahkah ok tak lawak. Bye nak buat esaimen. Thanks kalau ada yg baca. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...