Showing posts with label Blog tips. Show all posts
Showing posts with label Blog tips. Show all posts

Sunday, May 1, 2011

BETUL KE NAK DPAT COMMENT BANYAK ENTRY KENA BERKUALITI?

ASSALAMUALAIKUM

Ada yang bertanya kepada aku... "macamane nak dapat comment banyak kat entry?". Aku pun..bila diajukan soalan camni...taktau nak jawab ape.. komen kat blog aku pun bukan la banyak pun.. TAPI..bila aku tengok dekat blog blog yang ada buat TIPS macamane nak dapat COMMENT BANYAK.. jawapan diorang mesti 

"ENTRY KENA BERKUALITI"
KUALITI PADA FAHAMAN AKU : Entry yang berkualiti ni..bagi aku..entry yang menarik lah.. ayat entry dia best. ada selitkan lawak2. pandai susun kata.... dan..semua yang POSITIF lah..tapi...x semestinya aku punya fahaman sama dengan orang lain kan? =)
SEKADAR GAMBAR HIASAN
Namun, kalau difikirkan balik... betul ke semua entry yang berkualiti tu memperoleh komen yang sama banyaknya?? Cukup ke nak letakkan kualiti sesuatu entry dekat comment yang ada pada entry seseorang tu? oh tidak! .Aku sikit pun tak rasa macam tu.. Kenapa aku cakap camtu?? Yeahh..

SEBAB KUALITI BAGI SETIAP ORANG IS A VERY SUBJECTIVE

Setiap orang ada pendapat masing-masing..ada citarasa masing-masing..aku ambil contoh yang mudah la... ada orang suka blog yang tulis pasal blogosphere..ada juga mereka yang suka blog yang tulis pasal cinta..tips-tips cinta...lawak..dan sebagainya.. Tapi, aku pulak tak minat pun pasal blog yang menulis pasal blogosphere ni..oleh itu..aku labelkan entry yang diorang taip tu..sebagai 'sampah'. Tapi, errr..kenapa ehh..even pada aku entry dia macam sampah je.. comment melambak jugak! cakap nak dapat komen banyak entry kena berkualiti?? ape ni.. otai-otai salah bagi tips ke?? cesss...

Jelas tak korang nampak? tak semestinya entry yang berkualiti bagi korang.. berkualiti juga bagi orang lain.. so, sudah semestinya la nak dapat comment yang banyak bukan daripada entry yang berkualiti..tapi, aku rasa.. komen yang banyak dkat entry ni.. lebih kepada..
1) PENGARUH
Kenapa aku cakap pengaruh? Sebab..aku nak ambil contoh blogger yang letup-letup macam Fatin Liyana la senang..korang ingat takk.... hari tu, time dia dihentam oleh Lensa Rosak pasal isu shawl.. dia ade buat satu post...which is post tu memang pendek gila... cuma ada 4~5 words je aku rasa..lebih kurang macam ni la..

"Aku takde masa nak layan sampah"

Aku cakap..lebih kurang.. bukan exactly sama macam kat atas ni. ahaha. sebab aku tak ingat sangat ape dia tulis time tu..korang tau tak? dengan hanya menulis beberapa patah perkataan macam kat atas ni..dia dah boleh dapat beratus-ratus comment kat entry dia daripada blogger-blogger..see? betapa hebatnya pengaruh si FL ni...kalau aku buat post macam kat atas ni.. silap-silap takde langsung kot orang nak comment .HAHA. korang rasa berkualiti ke post macam kat atas?? contoh yang lain lagi..korang boleh tengok blog blog otai yang lain. lalala~
2) HUBUNGAN 2 HALA
Yep...yang ni aku sangat setuju.. hubungan 2 hala antara bloggers.. maksudnya mcam ni.. korang pergi komen kat blog orang..then, diorang pun akan datang ke blog korang untuk komen entry korang balik..secara tidak langsung.. comment kat blog korang pun boleh banyak..tapi, yeah.. kadang-kadang tu memang la ada yang x balas komen korang dkat blog korang...

Tetapi, mungkin ada kemungkinan jugak lah diorang tak comment kat blog korang .. antaranya, entry korang tak menarik pada pandangan mata dia. So, diorang pun tak comment lah kat blog korang..kalau dia rajin pun..dia akan comment pendek-pendek.. i mean, dia tak baca pun sbenarnya.. cuma..dia ttap cari point untuk comment blog korang sbb dia nak balas balek kebaikan korang comment entry dia..
aku sangat suka hubungan 2 hala ni. har har har
3) PROMOSI
Promosi ni pun penting gak. haha. tu la tujuan PING entry tu...bila korang dah ping entry...orang pun akan click la.. tu pun kalau korang punya entry tu betul-betul menetapi citarasa asli dia..tapi kadang2 tak jugak.. ada yang click je korang punya entry tu untuk blogwalking. kan kan. kalau tergerak hati dia komen lah. kih3.

Aku rasa 3 point kat atas ni mmg dah cukup kuat nak dapat komen banyak2... asal ada pengaruh.. buat post ape pun orang komen.. kan? lagi satu...kalau orang macam kite kite ni.. nak dapat comment banyak.. just..rajinkan diri komen dkat blog orang lain je la..insyaAllah la diorang akan datang balik dkat blog korang..tapi, kalau diorang tak datang tu.. jangan marah lak.. mungkin dia busy dengan urusan diorang kan? kita kena la POSITIF! ecehhh..  

MORAL OF THE STORY : Entry berkualiti kalau takde promosi dan takde hubungan 2 hala dengan bloggers bloggers lain.. tak banyak jugak komen korang. betul! . yelah kan..sape la nak komen kat blog korang kalau korang x bagi balik feedback dekat blog orang tu.. Tapi, kalau korang dah ada PENGARUH.. tak payah buat camtu pun takpe..So, entry yang berkualiti untuk dapat comment yang banyak tu bergantung pada perkara kat atas la...Tapi, ni pandangan peribadi aku jela. okbye. Assalam ;)

Sunday, January 23, 2011

5 Sebab Kenapa Blog Anda Lambat Load



Assalamualaikum..Post kali ni aku nak tanya korang..kenapa blog korang berat?? korang tau x knapa blog korang berat? ok, kat sini aku nak list kan certain things yang boleh memberatkan blog korang dan skaligus nak load pun lama gilaa .so, diorang singgah kejap je blog korang dan akn menjejaskan traffic anda.. fuhh.. Antranya ialah ,

1) Penggunaan javascript yang terlalu banyak boleh membuatkan blog korang berat. Perkara yang menggunakan java script adalah seperti welcome widget tu.. pastu shoutbox..ttapi, dalam kes ni..shoutbox kita x perlu amik kira dlu..sbb, penggunaan shoutbox dgn blog ibarat aur dgn tebing lah bg aku..lagi, widget laen pulak macam traffic feedjit tu..lpastu yang korang ambik2 dari adiwidget tu...mmg la style tp, korang telah memberatkan blog korang tau..oleh itu, kurangkanlah dan buangkanlah widget-widget yang dirasakan tidak diperlukan dan hanya mendatangkan kemudaratan kepada blog. yelah. mudarat lah kan? bila da obesity. hehe =P

2) Saiz banner yang besar.. wahh, pernah x korang tau saiz banner yang besar mampu melembapkan proses blog untuk loading? pandai-pandai la memilih saiz yang sesuai utk blog anda.. mcam aku.. mmg saiz banner aku besar. aku akui tu. hehe. tapi, aku menggunakan jquery untuk mempercepatkan proses load gmbar bila korang scrolling ke bawah..korang nak jugak? jom ikut step ni..

Step 1 > Pergi dkat Page Element.
Step 2 > Then, ambil add gadget dkat sidebar tu..dan pilih html/java
Step 3 > Paste code di bawah dkat box tu




Kalau korang nak tau..Jquery ni..die ade fade style.. lawa.. la. ssuai untuk blog. ;)

3) Template blog.. ok, bab template blog ni.. aku rase x payah la korang nak guna yang gerak-gerak bagai. sbb, aku ade bukak blog mane tah smlam .gune template gerak2 tu.. korang tau x? template tu gerak punya lahh lama..tpi entry x muncul2.. so, aku pangkah je la. sorry2..see? pemilihan template main peranan kat sini. x yah la nak pilih yang gerak2. yang x gerak ni pun banyak je yg lawa-lawa

4) Lagu dalam blog? ye! lagu dalam blog. please.. x yah la taruk lagu dalam blog korang.. korang tau x. mostly 96% blogger semua x suka blog-blog yg pasang lagu scara auto play ni.. sbb, yela kan. dah la berat nak loading.. pastu, kalau bkak blog laen lagi.. dah jadi bertindih2 dah lagu.. not nice to hear la.. org tgh syok baca entry..tetibe je ade 3 lagu bercampur. pehh. korang bayangkan lah camne. macamane la aku nak drop comment kat entry die. aduii..

5) Penggunaan gmbar gerak2 atau .korang tau x .. gambar yg berformat GIF yang boleh gerak2 nih.. masa untuk load die lebih lama berbanding format PNG dan format JPEG. aku rase. pempuan la yang banyak guna gmbar gerak2 nih.. hehe..

Berikut ada 5 perkara yang boleh memberatkan blog korang. aku ingat nak tambah lagi. tp malas lahh.kang panjang berjela pulak org taknak baca kan. so, ckuplah stakat ini . At least ada la aku gunakan blog aku untuk perkongsian dgn orang ramai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...