Showing posts with label Gathering. Show all posts
Showing posts with label Gathering. Show all posts

Sunday, July 24, 2011

SAHABAT BLOGGER GATHERING DI EXTREME PARK SHAH ALAM


ASSALAMUALAIKUM 

Nampak tak sekumpulan lelaki di atas?ok, kalau nmpak cuba cari mana satu aku? nampak tak? kalau nmpak mmg korang tipu. haha. Aku yang tangkap macamane la aku nak ade kat situ, haiihh. macam biasa laa. kalau ada orang yg ramai-ramai camni. kat ner lagi klau bukan gathering kan!. yess! GATHERING. Ohhhhh, sangat tak percaya aku yg pemalu ni gi gath. HAHA. Actually, aku gi gath ni bukan nak main panjat panjat dinding or nama saintifik dia wallclimbing. Tapi, aku gi sini sebab.. ermm.. sebab, munirasajutiraksasa nak banje secret recipe! Aku bab blanje blanje ni mmg laju jee. pantang org offer T.T .Tapi pagi pagi tadi lagi aku da blur..aku dah blur laaa.. macamane nak gi ke Extreme Park, Shah Alam tu..

Aku ni hanyalah foreigner (mengaku foreigner..puiih) mana lahh nak tau jalan ke Shah Alam ni...kalau aku naik KTM pun taktau macam mana nak menghala ke destinasi tu.. ape? GOOGLE MAPS? . Perhatian ye akak-akak and abang-abang. google maps is useful when u drive a car. kalau ko naik train.. pastu, nak tgk google maps macamane nak gi sini sini..macam boleh je kann..so, aku macam tak nak gi da mula-mula. HAHA. pastu, tetiba terdetik hati nak post kat Sahabat Blogger macam mana nak gi ke Extreme Park yang di maksudkan mereka itu.. then, Syazwan pun ada komen yg dia taktau nak gi dgn sape. so, aku pun mengofferkan diri supaya pergi dgn aku jek..dia pun setuju.. Lalu, stelah bertemu di KL central..kitorang terus straight naik train ke batu 3.. smpai batu 3 pulak terus ambil teksi untuk ke extreme park..

Mula-mula aku tanya si syazwan ni kalau naik teksi mahal ke tambang? and dia cakap around RM20. aduiihh. aku daa risau gila kot time tu. duit aku da la ade brape sen je..tetiba plak dia cakap RM20 something. pehhhh. nasib baik aku tak ajak dia balik KL semula. hahhaa. Padahal RM6.20 je.. OK, sangat lega di situ. Then, dah sampai kat extreme park tu terus gi kepsi kat blakang tu..masuk je dah nampak da muka sorang sorang..aku tak makan pun kat kepsi tu. sangat save duit hokayhh! duit aku da tinggal RM40 dah ni.. ntah ckup ke tak seminggu. T.T..

Lepas dok lepak dkat KFC dan tunggu diorang habis makan semuaa.. kitorang pergi menunaikan kewajipan dkat surau diaa.. komen aku pasal surau Extreme Park : Surau sangat kecil, saya syorkan semoga pihak pengurusan memperluaskan surau..untuk apa? jika tuan lihat persekitaran extreme park tu, saya rasa..tempat tu sangat lah luas.. tiada salahnya kalau tuan memperbesarkan lagi surau tu..sebab, orang nak sembahyang pun limited tau tak! -.-" .. okay, selepas menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim..kitorang terus pergi ke agenda yg seterusnya iaitu sesi wall-climbing dan flying fox!. Mula-mula aku taknak main tau.. sbb duit aku takde. haha. tapi, ade bro yang murah hati sponsor RM10 untuk naik flying fox. thx ayie nano! 

After that tengok orang main wall-climbing plakkk...penat kot main mende alah tu.. *padahal aku tak men pon* HAHA.. lepas semua aktiviti ni da lengkap.. sesi pecah ais dimulakan..pastu ape lg ehh. pas pecah pecah aiss.. pastu Datin Tyka ada sponsor makan makan! makan mamee monster! tam tamm , jelly air.. and soon. hahaa. Pastu tamat laa agenda pada hari ni.. babai korang. babai! semua nak balik dahh.. tapi sebelum tu sempat laa tangkap gmbar skitt... eh sattt.. aku ni dari tadi membebel. lupa nak upload gambar. jap jappp...

NAMA DIA MOMON. DIA SENGAL.. BEST GILA, RAMAI , COOL! hahahahaha!!
ADMIN SB, ATIQ SALEH
JIWA MUSIK DGN AESYA ZEALOUS *blogger yg doodle tu* HAHA. tol ke aku eja nama dia?*
NI AKMAL HILMI , LELAKI SEKSI TU LAHH! XD
SYAZWAN SYAFIQ SELEPAS MEMANJAT DINDING. kepenatan disitu
Kalau ada yang kasi seaweed atau rumput ni... baik jangan ambik! sbab tak sedap! aku buang je tau.. sian along usop sakit perut makan seaweed hang mun! grrr
Ehhh, aku dgn sape ni ekk? yg aku tau nama dia MIRA.. adik aesya zelous kot. hohoho.

Dah dahhhh.. bajek aku guna streamyx je kan nak upload semua gambar! HAHAA. padahal aku guna wi5 bersignalkan SATU bar je ni. adoii...alang-alang aku takdapat tido kan.. baik aku update entry. ehehe. Aku tangkap gambar ni semua pun dah nak last-last.. mula-mula malu nak kuarkan.. sebab ramai orang bawak DSLR.. aku ni ape laa yang ada. sobb3. camera cikai yang bajek DSLR je la yg aku usung ke sana ke mari. kah3...dah habis da gambar! Lepas sesi pergambaran.. Aku, Mun, Syazwan, Din, Elyani, k.hanim and kawan mun pergi ke SACC mall. MUN blanje secret recipe wei! hahaha. aku order 2 slice. yay! muak aku nak habiskan kek tu. baik aku order laksa tomyam macam din tu. sedap jgakk! haha.. Lepas lepak-lepak dkat secret recipe tu.. errr.. terus balik! yayyy! Syazwan siap tido dalam KTM lagi. sambil berdiri pun bleh tido. dasat2. haha. penat memanjat kot.. ok tu je. babai! Ramai gila memang cool! *pinjam trademark mun*

jap2.. ade lagi 1 keping gmbar! ahahaha
Gambar ni guna playbook blackberry syazwan. HAHA. 
 cantik jugak kamera playbook ni. kbai!

p/s :first time men flying fox! takleh panjang lagi ke tali tu? aku rasa kejap je smpai dkat hujung. tak puas beb! grrr.
p/s : gambar ni ramai orang yang takdek.. ni yg ada kat kamera aku je.. n yg da upload kat fb tu aku amek skit2.. aku nak tunggu gambar dari DSLR punya camera ni. hahaha..sorry tak dpat nak link kan sorang sorang. sbb aku da ngantuk... jam skarang menunjukkan pukul 3.30 pagi. babai!

Wednesday, May 11, 2011

KE ALAMANDA PUTRAJAYA : JUMPA BLOGGER?


ASSALAMUALAIKUM

Tau tak gambar apa kat atas? adess.mesti la tau. da jelas jelas ada tulis Alamanda . Kalau takde tulis ye la taktau. ehhh, aku laa. kalau takde tulis alamanda tu aku taktau. kalau korang msti la korang tauu kann. sbb da biasa pergi. len la aku ni haa. hahaa. baru 1st time sampai.. tu pun naseb baik la kak iera ade call aku bagitau yang dia ada dkat Alamanda.. so, aku dengan akak aku time tu tgh dok bersantai sambil dok mikir nak ronda area mana pulak. tetiba je bunyi phone.. ape lagi.. terus mandi cpat2 dan get ready nak gi Putrajaya. Tapi, kak iera tanya aku samada aku nak tengok wayang ke or just tunggu diorang habis tengok wayang.. so, i decided utk tunggu diorang je la.. Akak aku mana nak tgk wayang. haha

Lepas da siap mandi semua... then, aku pun memulakan perjalanan .ecehh, tapi..aku jugak yang kena drive. grrrr. aku da malas da nak drive sbenarnya. keh keh. sabo jerla.. pastu, dalam sejam lepas tu...dah sampai da putrajaya. ehhh, Shah Alam dengan Putrajaya dekat je rupanya... ingat jauh..bila da sampai je.. aku mcm pening la plak.. tak nampak pun signboard Alamanda.. yang ada hanyalah signboard Presint. Apekahh itu presint? aku pun taktau.. da la banyak jenis presint.. pening aku nak masuk mana.. then, aku msg pakcik man.. nak masuk ke mana untuk gi alamanda.. then dia balas presint satu...ohhh, ok dah sampai Alamanda! haha. ingatkan banyak tingkat alamanda ni. rupanya 2 tingkat je. keh keh.. So, bila da sampai dalam tu.. aku jalan sikitt je... pastu.. ternampak Bro. Framestone. 

Ehhh..macam kenal je aku tgk baju tu.. oo. betul la kot Bro. Framestone. So,aku pun terus menuju ke arah mereka, iaitu.. Bro,k.iera dan Yana Nanako.. ohh, kak iera ni baru lepas tengok wayang dgn diorang laa. aku ingatkan k.iera ni dengan sape lah tadi...then, diorang tanya dah makan ke belum. msti la belum.. terus turun kat foodcourt bawah tu.. and meneruskan sesi perbualan antara kami.. Akak aku kaku sensorang ditepi sambil memerhatikan kami berbicara. HAHA. tapi, aku tak berbicara sangat lahhh.. sbb aku kan pemalu -.-" . GRRR....
Bro, Traffic bro sehari brape?? and, brape earning yang bro dapat ekk sebulan?Pastu kann kann... kenapa nuffnang saya tak naik naik? waaa :(..bro, kalau blog kena hack.. hosting dia kena skali ke?
Banyak tanya ko Syed.. hamekk. pening bro nak jawab soalan ko. HAHA..tapi bro jawab dengan penuh info LOL.. memang cool gila bro nih. panjang lebar kot dia jelaskan.. hahaa. sampai dok pening pening lalat dah aku..tapi, aku faham laaaa psal ape yg dia cakap. keh keh..pastu, banyak lagi lah sembang nye. aku tak ingat la psal ape lagi.. sebab kitorang dok kat situ je. tak pi mana mana dahh... then, tangkap gambar je lahh yang banyak.. jom jom tengok gambar. hikk3.


muka mintak penyepakk.. aww. kak iera comell! hehehe~

with yanaaa.. woit, asal dengan mulut aku tu. hahaha.
with k.iera yg comell dengan peace yang aku x biasa buat. HAHA.
and, knp mulut aku mesti ala-ala itik camtu? hampes. sepak ko kang.
ini gambar LELAKI macho. HAHA..

YANG MEMERIAHKAN MAJLIS BERSANTAI DI FOODCOURT ALAMANDA.
Dahhh..aku upload tu je la. hahaha. jap jap.. korang jangan pelik plak asal ada gmbar yang hitam putih n kaler. sebab nya, yg hitam putih tu.. resolution dia mcam tak elok.. so, aku kasi hitam putih laa...bagi dia punya resolution dia nampak just fine je.. ecehhh...Pastu, sebelum aku balik ke Shah alam, aku nak try ukur tinggi dengan Yana ni lahh. serious.. dia ni tinggi gilaa. aku taktau samada aku rendah dari dia ke or tinggi dari dia.. so, untuk kepastian.. jom kita ukur!

AKU LAGI TINGGI DARI YANA LAH. YAY!
Okay.. dah settle. keputusan : aku lagi tinggi. hahahaa. tapi, lalu sebelah yana ni serious nampak macam dia tinggi gila. aduii..pastu, kitorang pun berpisah membawa haluan memasing. babai korang... aku pun singgah A&W jap untuk makan-makan..dekat KFC ramai orang okay. malas aku nak tunggu..dekat A&W makan burger ape tah nama dia..dengan curly fries. 1st time makan A&W. kuno kan aku? hahaa.. then. bila nak keluar. aku x jmpa jalan ke shah alam. haha. aku dalam putrajaya tu..tetiba je lepas jalan mati dkat skolah ape tah...sekolah alam shah x silap aku. then, tanya bro nak tgok jalan mana untuk keluar.. dan berjaya. okbye.. Cukup di sini cerita aku yang boring. hahaha. 

Mereka yg terlibat : YanaNanako , Bro. Framestone , Kak Iera.
*thanks for the day

p/s : Dahh.. habis pasal cite gathering... :)

Tuesday, May 10, 2011

BERSAMA MEREKA MERAYAU DI BUKIT BINTANG


ASSALAMUALAIKUM

Anda bersama kami... SyedGraphix dari SyedGraphiX.com dan MasAhmadSafwan dari MasAhmadSafwan.com .. Kami harini nak bawak anda jalan2 di Bukit Bintang.. nak tau apa yang menarikk? jom kita zasssssssss! . *hoyyy! apa kau ngarut Syed? kau ingat ni vlog ke hape? grrr.. lagi satu, kau ingat kau dua orang je ke yg gi tawaf bukit bintang tu? mana kau nak campak si Taufiq Helios dengan Syazwan Sarawak tu ehhh?! HAHA. ok, abaikan intro yang annoying pada pagi buta ni..

Actually..plan aku nak ke bukit bintang ni dirancang pada saat akhir sbenarnya.. iaitu malam sebelum hari berlakunya situasi dan kejadian ini. haha. setelah aku punya perancangan bersama dia telah dibatalkan oleh dia. So, dalam masa yang sama.. tetiba Mas ada IM aku.. ohhh, then, alang-alang aku ajak la dia kluar terus. dia pun cakap okay.. just set time dan terus jumpa..so, aku takde time plak nak ajak yg laen... sebab, aku taktau contact nombor diorang actually. hahaa.. pastu, aku ni..susah nak ajar orang keluar sebab..bukan ape.. aku tak suka pelawaan aku direject. HAHA. so, sebab tu aku prefer utk diajak daripada mengajak orang..

Aku tido pagi tu pun da lambat sebenarnya.. dla, kol 3 pagi lah jugak kann.. aku pun pk mcamane la nak bangun awal pagi esok. aduiii...aku dah agak. memang aku takkan sedar.. then, naseb bek mak sdare aku kejot... dia ckap ade call. ohhh, mas call rupanya. tgk jam dah pkul 10.. bangun2 terus capai tuala dan segala peralatan yg laen. *mcam skema plak ayat. Then, bila da siap semua. suruh pak sdare aku antar pi antar kat KTM je mula-mula.. Pastu, kena tunggu setengah jam plak utk next train..aku pn mcam da malas da nak tunggu..pakcik aku pn cakap dia nak hantar aku smpai KL sentral.. ibarat orang mengantuk disarungkan bantal lahh aku jadinya.. haha. so, bila da smpai KL sentral.. ingatkan mas da smpai.. tp, dia baru tunggu train. ok bye .skali lagi aku mmg tepati masa. haha *ade kaitan tak? 

Haihhh.. lambat plak mas ni. aku da abes round satu KL sentral dah ni.. rasa nak cabut balek klang je *tipu
tunggu pnye tunggu.. ohhh, ttiba smpai msg.Mas suh aku pi bukit imbi.. Aku pun ambik jela monorail ke bukit imbi tu.. ehh. bukit imbi ke or just imbi? aku pn tak ingat.. atok da tua la nek...ttiba je aku tringat ke Taufiq Helios.. so, aku pn message la dia ajak lepak skali.. dia pun okay je.. actually..aku nak ajak sorang blogger ni.. tapi, taknak la. nanti msti dia takmo punya. HAHA. yela, sape lah diri aku ni kan. *ko mnusia la ngeng!
Tapi, aku dengan mas la yg smpai dlu.. Taufiq Helios ni lambat sikitt.. lepas aku da tawaf satu Times Square dengan Mas ni and siap dah order makanan dkat McDonald..baru la si TH ni sampai. haiiihhh...

Bila da sampai je...si TH ni pose teruss lahh! ape lagi kann? kate bloggers. hahahaa
okehh. mas blanje aku. -.-" asalnya aku taknak makan ponn
knp muka aku nampak pelik? pelik aku.
dengan TH dgn baju Kami Blogger Utagha dia. hahaha.
baju dia macam sticker. tu je nak cakap. lalala~
Sedutt masss jangan tak sedutt
Bila da siap makan-makan semua french fries dengan double spicy burger ape ntah nama dia.. aku tak ingat lah. hahahahaa XD . Time tu da pkul 2 da.. so, kitorang gerak la.. sebab syazwan cakap dia sampai kol 2 petang.. pastu, bila da smpai ke jalan keluar.. tetiba Mas perasan yang dia punya DSLR punya lens CAP hilangggggg. adoiiiiii,, aku salahh aku salahh . salah aku lahhh T.T . aku rasa aku letak dalam beg dia tu lahh. tapi, taktau la aku camne bleh takde..then, pusing balik gi ke mekdi tadi.. bila tanye abg tu.. dia cakap mmg takde lens cap tu dkat meja makan tu.. ohmai.. dah tu kat ne? aku da resah time tu. ntahhh, mcm2 mende dah aku rasa. da la barang orang..selamba je kan aku. grrr. pasni taknak da. serik. hahaa...takpe.. psal lens cap tu biar dulu.. ceiit. kitorang terus menuju ke jalan bukit bintang kat tengah2 makhluk ramai berkeliaran tu..sambil menunggu kedatangan abang kacak lagi hensem syazwan ni . lalala~

CUBA TEKA MANA SATU SYAZWAN ? HAHAHA
Pastu, bila semua dah ada... ohh. jap.. yang ada aku, taufiq , mas dgn syazwan. lalala~ perasan takk. ada seorang yang tua disitu. ohhh. #terkejampulak! XD .Bila semua da lengkap...kitorang pergi mana ek pastu. aku tak ingat plak.. ohhh. iye! gi pavilion! hehe. Syazwan blanje air ape tah nama dia tu... aku tak ingat.. somthing like cappucino lah. hahah. 1st time aku rasa mentam haram jadah tu. siap kongsi 3 orang... ukhwah konon. eceh. HAHA...boleh tahan la jugak kan rasa dia...nanti nak beli lahh. *dan dan je ko kan syed -.-"

My first impression when i saw Syazwan..aku dah agak yang dia ni mesti pendiam! hhaha. aku tgk dari jauh je dah tauu.. mesti pendiam bdak nih...then, bila jalann je.. dia diam.. aku tanye laa "nape diam je ni" dia cakap sebab aku tak tanya soklan. hahaa. Actually..aku taktau nak tanye soklan ape sbb aku suka ditanya dulu.. baru la aku boleh menanya *ok aku tipu. HAHA. Bila da lepak hampir setengah jam dekat Starbucks coffee tu..kitorang pusing satu Pavilion pulakk..tengok tengok barang.. sambil pose..

TIRU GAYA MODEL XD . *haha
Pastu gi mana lagi ekk. hahaha. aku rasa gi pusing Pavilion ni je... then, pergi minum air dkat bawah tu... ape tah. food court ke? something like that la nama dia. hahaha.. aku tgk makanan dia mcam tak selera plak nak makan. so, btter minum dulu lahh.. nanti petang skit baru makan kot. hoho..nak dipendekkan cerita.. lepas da abes jalan jalan semua tempat.. aku pun ajak mereka untuk melantak makanan.. dekat tempat makan lahh..aku taktau lah dkat mana tmpat tu. yg penting aku makan nasi sambal belacan dengan hot dog. ehh. sosej RM2.. semua skali RM3.50 campur air tebu RM brape ntah. aku tak ingat da. hahaha.. 

PELIK aku dengan TH ni. time makan pun dia bleh gelak
 smpai macamtu. HAHA
inilahhh #retis yang pemalu . ehh pendiam :P
ANAK BUAH BEN ASHAARI XD . haha
TH buat muka GARANG! HAHA.
jap japppp.. nak camwhore la japp.... aku x suka camwhore ni sbenarnya.. tapi disebabkan ianya DSLR, aku terus berminat nak ber camwhore. HAHA. sebab dia besar! sbb tu aku suka~ nah nah. jom muntah bjemaah!

YARGHH! aku orang ptama yang MUNTAH! . HAHA
Okay, Part ni dah sedih sikit.. Syazwan dgn TH da gi balik.. lalu aku ditinggalkan dengan Mas je.. kitorang pun nak balik gak da actually. tapi, jalan times balek. cari tempat lepak jap. sebab mas nak update entry katanya...So, lepak situ jap dalam sejam.. then kitorang pun gerakk... nak balik.. Mas rajin nak hantar aku sampai ke KL central wahh. thanks mas! aku kalau jadi kau.. takde nak nak hantar2 ni. hahaha. *kejam jugak aku ni...And, di kesempatan ni aku nak bagitau yang aku enjoyy la jugakk keluar dgn korang even malu2 meooww. ehh. bkan aku.. aku mula mula je. HAHA. kan kan??


THANKS FOR CHEER UP MY DAY : 


p/s : Sorry lately semua entry pasal Gathering. lalalala~

Monday, May 9, 2011

IKEA GATHERING BERSAMA ARTIS . HAHA


ASSALAMUALAIKUM
Ehh ehhh, knapa tetiba je ada gmbar pinggan kosong? XD ...actually. misi aku pada harini ialah :
MENUJU KE IKEA DAMANSARA

Ikea? hoyy. buat apa kau nak gi sana?? ko nak beli barang dapur ke?? kata salah seorang sahabat aku.. erkkk... dgn selamba aku menjawab.. mana aku tau.. orang ckap dkat sana ada makan2 . HAHA. cam bangang. ok abaikan perbualan takleh blah tuh. keh keh keh..IKEA ni memang tempat orang dah kawen okay!? tapi serious aku tak sangka pulak kat atas tu ada jual menatang meatball ni..di mana, bila korang nak beli.. kena QUE panjang gila okay!. Semestinya aku tidak akan ke sini kalau tidak dibelanjai oleh Faizal..

Mula-mula aku ingat nak gi sana dengan bas je. ehh, tak.. actually dgn budak kecik je.. tp, tetiba perasaan kesian di dalam jiwa aku semakin menebal pulak kalau aku tinggalkan akak aku sensorang kat rumah. haha. so, nak tak nak.. tpaksa la aku bawak dia.. takyah la aku nak naik bas kann? tapi, yg tak best nya... aku juga yang kena drive. grrrr...kalau aku drive ko tlg tengok signboard takpe. ni takk. aku lah tgk signboard aku lah yg drive... tapi takpe.. perjalanan aku dari Shah Alam ke IKEA damansara ni tak sesat sangat pun! yess! aku bangga lagi sekali terhadap diri aku. hahaa... *pdhal sesat kejap dkat taman perumahan sape tah..
Owhh..aku sampai lebih awal dari yang dijangkakan..btolak pukul 9 dan smpai kol 10 kot? awal la kann? laju jgak aku bawak. HAHA..tp bila aku mesej si man yusoef ni "ehhh, aku da sampai. ko katne?" ohh. dia cakap baru nak btolak . krohhh... ternyata aku lebih awal.. itu menunjukkan yang aku memang seorang yg tepati masa. *poyo jap. Disebabkan semua tak sampai lagi..akak aku pun merengek rengek kat aku. dia cakap nak makan mekdi.. haishh..aku x leh tol kalau orang dok merengek2 ni. so, aku pun gi la kejap singgah kat mekdi dpan IKEA tu..Actually.semalam aku dapat kupon makan Sundae free kat situ.. sebab harii tu aku gi mekdi dkat shah alam... dia cakap mesen rosak.. and tak dapat nak buatkan sundae tu.. terus dia bg kupon..tapi, akak aku hilangkan kupon tu. grrr. tak pasal-pasal je kena bayar nak makan sundae. 

SUNDAE ni tak sedap. jgn beli
Dalam Pukul 11 suku camtu lahh.. faizal dgn man cakap dia da sampai dkat IKEA.. aku ade jgak pandang dkat IKEA tu. tapi, tak nampak plak batang hidung diorang tu. haiihhh. satu kepelikan yang melanda diri aku btol. .sebab, diorang cakap dkat twitter tadi.. diorang pandang aku dari jauh! okay fine. aku tak malu pon. lalalala~ . then, terus laaa pergi ke IKEA tu.. dan, nampak mereka mereka berdiri kat tengah orang ramai tuhh...aku mula-mula tak nampak lagi kelibat makhluk2 tuh. bila aku masuk dalam skit. oh yeh, baru aku nampak man..aku x sempat nak berkata-kata lagi man cakap "Ehhhhh, syed ke ni" 

HAHA. aku rasa nak tergelak sat time tu.. kelakar okay man cakap camtu. bukan kelakar ape. ntahhh, cara dia cakap lawak! aku nak gelakkk .. gelakk! gelakk guling guling.. tapi, takut orang cakap tak sopan. terus tak jadi gelak.. har har har...then, terus naik eskulator untuk ke atas..bila da cop tempat semuaa... faizal pun pi beratur nak order menatang haram jadah tu..lalu ditinggalkan kami di meja bulat bersama-sama wifey nya , man dan akak aku... 

Bila da siap order barang.. ehhh. order meatball tu..kitorang pun melantakk lahh cepat cepat... then, bila da 15 minit makan. *yeke 15 min? HAHA.. sampai la pulak nadia bersama ex boyfriend diaa. wahh, sama-sama merahh kot baju... ehem2...pastu diorang pun makan bersama.. awww. sweet takk mereka? HAHAHA..jom tatap gambar gambar makan! XD

EHEMMMMMMMMM .. BATUK JAP. HAHA
SWEDISH MEATBALL LEBIH ENAK JIKA TAKDE JEM STRAWBERRY XD
BAJU MERAH TU AKU YG HENSEM . TUDUNG HITAM AKAK AKU YG CHANTEK.
MUKA SEPARUH TU MAN YANG KEDING XD
MUKA TUAN YG BELANJA KAMI! HAHA.
HITAM PUTIH SEBAB GAMBAR DIA BLUR
MAN, cuba ko pose Ala-ala kau punya FB profile? HAHA
then , dia pun pose cam ni. lalala~
INI BUKAN JAM TANGAN. INI JAM LENGAN.
HARAP MAKLUM. lalala~
AKU YANG DAH KEKENYANGAN TIME NIH >.<
Okay dah la dulu..hahaha. ckup ckup. aku rasa da banyak gila da gambar ni..takut korang muntah plak tgk banyak2 kann.. Last but not least.. tatapi la gambar kat bawah ni. ok LAST one! hahaha

MASING-MASING MUKA PUAS! HAHAHAHA. takleh bla plak -.-"
Bila da siapp semua.. Faizal pergi kenduri kawen sape ntah. tapi bukan kawen dia la.. sebab bini dia ikut skali. HAHA..pastu, nadia plak pergi jalan2 dengan pakwe. lalala~ eh.. bkan pakwe. EX katanya...then, aku pun jalan-jalan jap dengan MAN dekat The Curve yg actually mmg takde ape pon kat situ. cesss. nama tempat nak gempak. tapi ape je ade ntah.. aku pun taktau..Bila da abeh round satu the curve? *satu the curve ke? errr..then, masing masing bawa haluan sendirikk. babaii . Eh, jap. sebelum cauu.. aku sempat tanya man.. jalan nak ke mana tahh.. tapi dia jwab tak tau. grrr. sangat annoying ini mamat. rasa nak lempang! HAHAHA. lalalala~ lagi x leh terima bila dia cakap..dia dok rumah je baca bukuu. ! adess..

Okeh, to conclude.. walaupun jumpa kejap..tapi, aku puas dapat makan meatball! HAHA. bukan senang orang nak belanja okehh. lagi lagi man tu. da la kedekut..takpe. pasni aku nak suh man blanje plakk. boleh takk boleh takkkk?? *sambil hentak hentak kaki. HAHA. Pastu, nak conclude lagi.. yang aku ingat nadia dah kawen... sebab malam tadik dia cakap dia baru siap mandikan anak. GRR. rupanya anak sdara! hampess ko nad.. pastu, nak conclude lagi...yang faizal tu tak nampak mcam orang da ada anak satu.. aku plak yang nampak cam orang ada anak satu. arghhh...

Dah lahh. tu je...aku takpaham kenapa diorang cakap aku malu malu.. aku mana maluu.. aku da abeh mesra da berbual dengan diorang! HAHA.. tp, aku tanya masing masing semua jawab sepatah. semua aku je yg mulakan perbicaraan.. diorang diam je... sume sopan konon-konon.. aku je yang banyak tanya. semua aku lahh. diorang ni kat twitter kemain lagi. tapi, bila aku tanya pape. semua diamm. susah jadi orang peramah mcam aku ni kann?.. okbyeeeeeee! 
 
MANGSA : MAN YUSOEF , FAIZAL , NADIA *click kat mana-mana
*yang laen takda blog :P

p/s : Swedish Meatball lebih enak jika letak SOS CILI! miahahaha

Wednesday, February 9, 2011

Sahabat Blogger Kini di Temerloh PART 2 [PHOTOSHOOT]


Assalamualaikum.. aku rasa semua da sedia maklum yang aku telah menghadiri satu gathering kecil-kecilan di Temerloh.. dan, aku telah berjanji dekat post INI untuk membuat PART 2 post ini.. So, sekarang aku nak letak lahh ..Gambar-gambar yang diambil time photoshoot. x semua la aku letak..sebab, nak mati kot upload n edit semua tu.. haha. so, aku masukkan yg terpilih saja EA! jom kita ZASSS!

Anis terpaksa pulang awal dan  tidak dapat join kami untuk
photoshoot.
 ini adalah adegan perpisahan.
Setelah itu, Aku dan Api terpaksa mengikut mereka, Nisa
dan Nurul membeli tudung di kawasan sekitar..
uhhh.... *semua kdai diorang nak pusing. ish3.*
Berjalan-jalan menikmati alam sekitar dan mencari tempat
yang sesuai untuk ber photoshoot dan buat bideoo..


oraitt! da jumpaa tempat yang sesuai untuk bergambar!
dimulakan dengan Nurul
This is Nisa Kay
Nama diaa API. knapa Api?
ntahh. aku pun tatau laa. tanye die eh.
ini budak PEMALU! *aku la tu*
hahaha XD ..
Aku dgn Nurul

kamilah blogger! hehehe.. 
masing2 da ready nak lompat..tp x jadi. hahaa..
*aku tau da x sempat..sbb tu malas nak standby .hahaha XD
Sekian sahaja daripada aku untuk kali ini.. fuhh.. banyak gilaa gambar. penat nak upload satu satu.... 
*lpas ni mesti blog makin berat. hahha

p/s : gambar di atas ni aku cuba main Tone skit2.. otai2 gmbar..kasi la komen skit! XD

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...