Showing posts with label IKEA. Show all posts
Showing posts with label IKEA. Show all posts

Sunday, July 8, 2012

MISI 20 BIJI MEATBALL DI IKEA


ASSALAMUALAIKUM

Kali ni nak cerita pasal makan2 di IKEA. hehe. Actually, aku tak tahu siapa yg mencetuskan idea untuk makan di IKEA ni. Aku rasa aku lah kot. HAHA. Tapi, aku tak cakap apa pun. Aku cuma ckap "Teringin pulak nak makan meatball" Ahhh lebih kurang camtu lah. kikiki. Then, Tetiba mereka pun menyahut ajakan aku untuk turut pergi ke IKEA pada hari Sabtu iaitu semalam. Ni kali ke brape eh aku makan dkat IKEA ni... aku rasa tak smpai 10 kali lagi.. Kitorang pergi sana naik LRT putra ke Kelana Jaya and ambil teksi untuk ke IKEA. Sepatutnya naik shuttle bus, tapi... MALAS nak tunggu.. so naik teksi ramai2 nasib baik ler teksi tu nak ambil jugak penumpang walaupun dah 5 org naik teksi. kahkah.

Sampai je kat IKEA.. Amboi kemain ramai org. Perut dah lapar dah. Time tu pukul 2 kot. ke pukul 3 petang. entah aku pun tk sure. Dengan tak breakfast nya.. mmg lapar kenmain lah. Tanpa berfikir panjang, aku order 20 Biji Meatball! Haaa.. amboi nafsu aku.. nafsu naga betul. 


 Perkara yg paling melemahkan di IKEA adalah beratur. Dah lah lautan org ramai gila wei kat sana. Sabar jelah. Perut memang dah meronta minta diisi. Apa yg diperlukan pada saat ini adalah bersabar dan pastikan tahap kesabaran kita berada ditahap yg TINGGI untuk dapatkan 20 bijik meatball! hehe.


Alhamdulillah. Setelah berpanas, berhujan akhirnya dapat jugak menyantap 20 Bijik Meatball! Kenyangnya takyah ckap lah. Sampai tak larat nak masuk mulut dah aku rasa. HAHA. Oh ya, Time dekat IKEA tu, terserempak pulak dengan kawan sekampus yg berlainan course.


Fatin Awanis nama dia. Budak IPBA jugak. hehe.. Mula2 tak perasan tau dia duk sebelah meja kitorang. Otak aku pulak time tu asyik teringat ke makanan je. Manalah nak pandang keliling. Sekali pndang. Ehhh macam familiar je. heehe. Lepas tu, dia tangkapkan gmbar kitorang ni...... :)

Thanks kepada awak semua yg teman saya untuk mengisi hari SABTU saya yg bosan jugak kadang2 tu. hihihih :') . Thanks juga kpada yg susah2 baca entry tah hape hape aku ni. 

Monday, January 23, 2012

SAMBUTAN HARI LAHIR ABG ADY BUDIKA BERSAMA ABANG-ABANG BLOGGER.


ASSALAMUALAIKUM
HAHA. kelakarnyaa tajuk. 10 minit pikir. okay.
HAPPY BIRTHDAY ABG ADY. :)

Hai! Ahh, Ya Allah kekoknya aku bila da lama tak menaip dekat blog ni. HAHA. Rasa macam masuk kandang Harimau. Biasanya duk kandang kucing ja. #Eh. Punca malas nak update mmg tak dapat dikenal pasti. Banyak faktor yang mendorong sbenarnya. Bincangkan masalah ini in a group of 5. *kengkonon soalan exam. Trololo. Actually, Entry kali ini nak cerita pasal perkara yang berlaku pada Hari Jumaat 20/1/2011 till 21/1/2011.

Actually 21 hb. tuu harijadi abang Ady ni. So, a week before that dia ada lah ajak pergi Shah Alam untuk celebrate bday dia. Aku pun setuju.. dan, lepas solat jumaat ada laaah abg ady dah suruh bersiap.. sbb dia dah bertolak dari Shah Alam dah time tu.. Aku pulak.. pergi ler mandi dulu. Tetiba je dia cakap dah smpai dkat pintu pagar IPBA. k, Aku rasa Shah Alam tu takde laaa dekat sangat nak ke IPBA ni. Atau... Aku kot yang mandi lama sangat? HAHAHA. okay!. Bila dapat tau je dia cakap dah ada dkat depan tu.. errr..gelabah jugak laaa.. aku tak suka kot buat org tunggu2 aku. Aku pun cuba bersiap secepat mungkin...and... You know what? Aku tertinggal JAM TANGAN!.  Sumpah rasa mcm bogel je tak pakai jam tangan ni.. Ya Allah...

Okayy.. Bila dah naik kete Abg Ady ni.. Aku bukak je pintu...Ohhh.. Rasa mcm kenal je mamat sorang ni. Pastu aku cakap "Ehhh. Khairi kann" Tengok. Aku memang hebat kot bab2 cam muka org ni. Sebab rasa familiar je. HAHA. Pastuuu, Destinasi seterusnye ke rumah Zamir. Jauhh gak rumah zamir ni ghupenye. Dkat Gombak. Boleh balik Pahang terus dah tu. HAHA. Tapi, Kalau tak jem tak jauh pun.. #EhYeke.

Lepas dah amik pakcik Zamir tu.. kitorang pergi The Curve. Eh, Ke e-Curve? Tah laaa. Sama je kot mana mana. hihi.. Dah habis ronda satu the curve ni.. gi pindah dkat depan dia pulakk.. IKEA. Dekat Ikea ni best sikit laaaa.. Sebab ada katil.. Boleh baring2. Boleh duduk2. Tapi satu je. Takleh tido tido. Kang kena halau kau! padan muka. kehh3. 

Kononnn berada di bilik tidur sendiri. HAHAA








Tengah on call dengan Taufiq Helios kot? Sebab dia tak reti jalan nak gi sini. aha.
Aktiviti Menghidu lilinn, Zamir nak beli yang mana satu sesuai utk dia. bhahaha
Nii driver kitorang. hewhew
Kak finaz nama dia. betul kan? hihi
Jangan tengok mamat baju belang tengah baring tu. Hangpa tengok depa berdua ni sudah. HAHA




"Alaaa...kerusi ni tak macam dkat kolej aku boleh sandar-sandar..takbest lah"
Gambar ni sebenarnya boleh buat dialog. Nanti nak buat contest buat dialog la. WAHAHA. konon-knon -.-"
Lepas dah habih pusing pusing satu IKEA ni, Errrr...Pergi mana pulak eh lepas tu. lupa pulak *tepuk dahi*.
Ohhh, ingat dah! Lepas tu, Taufiq helios dah sampaii.. Tapi dia macam blur-blur pulakkk. Tempat parking sendiri pun dia taktau. HAHAHA. Then, Dari IKEA tu back to the curve.. Tunggu depan pintu masuk the curve tu haaa.. Tunggu punya tunggu nampak pun kelibat TH ni.. Ape lagi.. straight to cinema lahh ada screening Underworld Awaken KOT nama citer dia. BEST wei citer dia! SERIUS.. Wajib tgk ni. hewhew.
Asal dengan TH tu? HAHAHA. Jappp, Kenapa pulak dengan aku tu? Pegang perut? k, LAPAR lettew. WAHAHA.
 Haaaaa.. Yang ni baru SOPAN sikit.. Asal aku tetiba nampak rendah dari yang lain ni? Aku paling TINGGI laaa. Alaaa alaaaa....

Screening tu abihh pukul brape ehhh. tak ingat pulak.. Pukul 11.30 KOT. Lepas tu, terus cabut pergi tempat penginapan dekat SHAH ALAM. Sebelum balik kat hotel tu, Kitorang pergi makan duluuu...

Apaa tah nama restoran ni. tak ingat. haha. 

Lepas habis makan.. dah.. habis laahh cerita dia. Kitorang pun terus balik ke Hotel untuk tidur. Tak tidur sangat lahh jugak sbenarnya.. Sebab, bila sampai kat hotel... Zamir tuitjack aku. aaaaa. menyampah. benci zamir. benci! LOL. Thenn, Dalam pukul 3.30 PAGI kot baru laa aku boleh lelapkan mata. Lately penyakit susah nak tidur aku makin menjadi jadi pulak. geram bettei gua dibuatnya. 

To conclude, pengalaman bersama mereka selama 2 hari 1 malam, adalah sangat FUN. Cuma aku malu skit dengan Kak Sunah, Iffah dengan Mira tuuu.. yg lain ok je. Ehh, Dengan Abg Ady pun kita malu gak. HAHAHA. dengan Zamir je taktau malu skit sebab aku da jmpa dia few times before.Terima kasih sangat kepada semuaaa.. Abg Ady especially sebab sudi pick-up gua dekat IPBA ni...Ok, tu saahajaaa. bye :')


Khairi - http://www.mohdkhairi.com/ *sponsor gambar* . HAHA
 *keyboard aku macam rosak. takleh nak tulisss! aaaaa*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...