Showing posts with label hari raya aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label hari raya aidilfitri. Show all posts

Sunday, August 10, 2014

SAMBUTAN HARI RAYA 2014


Alhamdulillah, setelah Ramadhan melabuhkan tirainya, Syawal pula kian menjelma. Sebelum terlambat, diri ini ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan kepada semua sahabat-sahabat yang dikenali, cikgu-cikgu, pensyarah-pensyarah dan semua yang ada menyimpin rasa kecewa di atas salah silap sy selama ini. Diri ini juga hanya insan biasa yang banyak cacat-celanya. Yelah, dalam gurauan and kata-kata kita kadang2 belum tentu semua orang suka. Kadang-kadang kita rasa kita dah baik sangat dah. Tapi ada je jugak lagi yang cakap2 belakang mengata itu ini tak kena. Tapi, takpelah. Dah memang lumrahnya manusia. Kita ni Maafkan jelah. Lepastu depa pun buat lagi. hahahaa.
Raya tahun ni meriah jugaklah kiranya. Bukanlah meriah sebab ada baju mahal-mahal, baju raya 10 pasang ke. Takdelah. Dunia semua tu. hahaha. Meriah sebab Raya tahun ni banyak pi jalan-jalan. Seminggu hari raya duk beraya sakan. Biasanya raya ketiga camtu dah ada kat rumah dah. Ni tak diam duk pi jalan. Mak pulak cuti meniaga lama sikit kali ni. Nak niaga pun macam malas-malas lagi lepas dah lama cuti.


Raya tahun ni aku macam mengada sikit nak buat kuih raya. So, dapatlah buat satu balang biskut corn flakes ni. Boleh tahanlah jugak susah dia. Nak bancuh semua tu takdelah susah. Cuma yang jadi masalah dia nak bakar tu. Rumah aku takde oven tau dak. Aku bakar benda ni dalam robot pemanggang je (yang untuk panggang ayam tu) aku tak pandai nak describe dapur tu macamna. haha! tapi masak jugaklah biskut ni...
Cuma lambat sikit lah aku tidur. Pagi raya kot buat. Bukul 6.30 pagi camtu baru siap. Lambat kemain lg.


Sebelum masuk tidoq, dapatlah melantak lemang dengan rendang daging dulu! hahaha nyaris aku nak habiskan satu batang lemang. Tapi mengenangkan nak tidur, so mcm segan sikit lah nak habiskan. Lepas sembahyang raya tu baru aku habiskan. So, aku makanlah sebatang lemang. Mak aku beli dua batang. Sebatang lagi tu aku tinggal ah untuk akak aku dengan mak aku. Last2, diorang kata nak makan nanti-nanti lepastu tak makan. Raya ketiga balik rumah tengok2 dah basi. haha takda rezeki katakan.


Baju raya aku tahun ni warna coklat! hehe. Nampak dak baju tu dah macam amende tah tu? hahaha tu semua peluh punya pasal. Aku ni memang pesen kuat berpeluh. Tapi nasib baik peluh takda bau yang hangit tu. kahkah. Peluh tu sebab duk naik turun tangga banyak kali ah tu. Ada lupa barang lah lupa apa lah campur pulak lagi cuaca panas. Camnilah jadi dia. Ada yang komen kat instagram diorang ingatkan ni baju melayu pesen baru ada tone tone yang cantik tu. Siap ada yang tanya beli kat mana. hahahah ok ni kelakar!

Gambar atas ni gambar raya kedua. Raya tahun ni aku memang takda beli baju raya pun untuk raya kedua and seterusnya. Sebab duit dah habis beli laptop baru. Tak pepasal tak cukup duit nak beli baju raya. hahaha, so aku cadang nak pakai baju melayu je untuk raya pertama hingga hari raya ketiga. Berjaya jugaklah akhirnya. Tapi Allah je yg tahu panas dia camna. HAHA


Raya ketiga samping hilang entah kemana taktaulah. hahaha. Pakai samping karang orang kata apa pulak kan. Aku pakai baju melayu time raya kedua tu pun org dah pelik. haha.

Sebenarnya aku dah update sampai hari raya ke 7 tapinya taktahu kenapa gambar semua hilang balik.... ARGHHHH Nak meroyan rasa. Takpelah, tengokjelah sampai raya ketiga je pun T.T


Tuesday, September 4, 2012

Update Ringkas Selamat Hari Raya Aidilfitri


ASSALAMUALAIKUM

Selamat pagi semua. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI korang!! hahaha. Ok, takdelah terlambat lagi nak wish kan? At least harini baru hari raya ke... erm. 16. ok. Sorry, dah terlupa ada blog. Pagi ni tengah berserabut sebenarnya. Serabut dgn semua assignment dan segala benda ni. Last2, malas nak buat assignment. Baik kita tulis blog yg dah bersawang ni kan? Betul kan? Entah lah. Takde idea dah sebenarnya nak cerita pasal raya. Gambr raya pun tak ambil daripada akak aku. So, takpelah. Dengan ini sy mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN :') 

*Nampak tak, bila otak dah penat berfikir, nak update pun jadi sependek ni je. Elehh biarlah. bukan ada org  baca punnnn. kbaiii *


Outfit raya pertama. KAKAKA selamat hari raya! 
*woi muka aku tak hensem. cepat pangkah belog aku. malu je org tengok

Dikesempatan ini juga, aku nak ucap TERIMA KASIH sangat dekat siapa yg hantar kad raya. Sorry tak dapat nak letak gambar dalam ni. Sebab akak sy dah culik kamera dia bawak gi kedah T.T . So, gambar semua ada dalam kad memori dia.. :'( 

Monday, September 5, 2011

Diari Aidilfitri SyedGraphiX #poyo

ASSALAMUALAIKUM





ya! aku tau, memang dah lamaaa gilaaa lah kan tak update blog buruk ni! HAHA. cheit.. Actualy macam malas skit lah nak update.. pastu, tambah² plak takde mood. hadoyy. parahh lah kan.. memang bersawang habiss la blog aku. *sambil mop² lantai blog* (sawang dkat atas, tiba mop lantai #gila) . Nak ceritaa pasal ape eh? pasal raye je lahh kan! hehe. sronokk skitt.. First of all , nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin even dah seminggu kita beraya :) . dan juga terima kasih buat..




kerana telah mengirimkan kad² ucapan kepada aku yg tahapehapetah ni. terima kasih lagi skali! *tak dpat nak snap pic sebab bateri kamera takde . menyedihkan betuiii. lagi menyedihkan bila tak dpat nak reply kad² diorang. emm, Sorry²

Tapi kan, aku rasa.. kalau tulis pasal hari raya ni memang entry aku panjang berjela lahh.. dah la gambar takde ni... adehhh.. ghasakkk jelahh! hehe .First of all, aku tak balik kampung punn. raya dkat rumah je.. sembahyang raya pun ditunaikan di masjid depan rumah aku . Lepas sembahyang raya tuu ada laa org datang rumah 2 , 3 orang kann.. lepas tu, bila dah penat layan org semuaa. aku tertido. dari pukul 2 sampai lah ke pukul 4. Plan asal nak pergi ke keratong . tapi, dah tertido agak sukar lah kan untuk bangun.. MAKA, bertolak ke Muadzam pukul 6 tak silap. pukul 7.30 sampai ..

Bagi aku, raya dekat keratong ni maybe paling fun lahhh kot sebab rumah wan aku ni ramai anak² dia balek.. tu yg best tu.. yelahh. besenye aku dkat umah tu pun paling ramai pun 3 orang,. ni bila ramai² takde la sunyi macam selalu kan? haha . Sampai raya ketiga lah jugak dekat keratong ni. Petang raya ktiga tu kitorang gerak ke kuantan pulakk... dekat kuantan ni kitorang balik hari jekk. sebab, diorang semua mostly ramai dah takde dah dkat kuantan tu.. tak bermalam lahh kat situ..terus balik Temerloh jelaa... bila dah sampai temerloh, terus pergi kat jerantut pulakk.. balik kampung.. tido kat sana

Lepas jerantut, ke Bentong pulakkk...lepas tu, baru laaa ade time for myself sikit. baru lahh boleh online. HAHA. tapi, kejap jeee.. sebab hari esoknya dah kena balik IPBA dahhh. waaa. hari² last tu memang aku pulun habis la online. sampai ke pagi. hahh. hamek kau.. Walaupun otak aku dibelengu oleh esaimen.. tapi, aku tetap GAGAL untuk menyentuh atau menDRAFTkan assignment² yang diberi.. *sigh* Tapi, kata raya kann. so raya je laaaa. takyah nak pikir esaimen sangat lah kan? HAHAHA.. okeh, tu je wat kali ni. sumpah aku dapat rasa entry ni bosan gila. kbai : )

p/s : aku tak tido lagi ni. tapi, tetap tak dpat nak buat esaimen. aku taktau nape. sifat pemalas aku dari sek. men lagi memang tak dapat dikikisss. perghhh! >.<

with maaa beloved mum : )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...