Showing posts with label movie review. Show all posts
Showing posts with label movie review. Show all posts

Tuesday, January 7, 2014

Movie Taare Zameen Par Lakonan Aamir Khan yang Menyentuh Hati.



ASSALAMUALAIKUM



Harini aku nak cerita sikit lah pasal cerita "Taare Zameen Par" filem arahan Aamir Khan. Cerita ni dah lama sebenarnya since 2007 lagi dah duk tayang, aku pun dah tengok dah tahun lepas. Aku tahu, walaupun cerita ni nampak macam agak lama untuk diperbincangkan di sini tapi moral values or apa yg depa semua cuba sampaikan tu sumpah penting gila dalam sistem pendidikan kita sekarang ni. 

Bagi aku cerita ni sangat menyentuh hati aku. Aku tak tahu pasal apa. Mungkin juga sebab aku juga seorang bakal guru. So, aku rasa cerita ni dekat sangat dengan jiwa aku walaupun aku belum bersedia menjadi seorang guru ataupun berpengalaman menjadi seorang guru. Cuma pernah pi ke sekolah sebagai seorang guru ja. Tu pun sebab School Based Experience yg diwajibkan untuk setiap semester degree sahaja. 

Cerita ni sebenarnya menonjolkan kepentingan seorang guru dan peranan seorang guru itu dalam mendidik pelajar. Seharusnya guru perlulah tahu bahawa setiap individu mempunyai kemampuan yang berbeza. Kita tak boleh expect every student have a same level of thinking. Banyak faktor yg perlu diambil kira contohnya macam persekitaran, background family dia dah pasti mempengaruhi cara dia berfikir. 

Dalam cerita ni mengisahkan pasal Ishan budak 8 tahun yang mengalami masalah dyslexia. Dyslexia tu adalah masalah dalam membaca, menulis, mengira. Dyslexia ni berlaku bila otak kita tak mampu untuk menafsir simbol-simbol atau huruf-huruf. Sebab tu la budak dyslexia ni dia tak boleh membaca and menulis properly. Sebab nak menulis, membaca semua tu mestilah kita kena tahu basic dulu kan? iaitu dengan mengenal simbol. Budak dyslexia ni bila dia tengok huruf, simbol semua tu dia nampak macam seolah-olah huruf-huruf tu menari. Dia menulis pun abjad tu akan jadi mirror-image. Sebab tu lah depa susah nak faham. Tapi, bila dia cakap dkat org, dah sah sah kena ketawa and lepastu bila dia rasa dah takda siapa yg boleh faham dia, dia akan rasa tertekan and langsung tak jadi apa-apa.


Aku belajar perkembangan kanak-kanak atau Child Development masa semester pertama degree dulu. So, benda ni semua memang belajar lah dan segala ciri-ciri seorang budak dyslexia semua ditunjukkan dengan tepat dalam movie ni. Aku pun tiba-tiba semangat recall balik time belajar subject ni dulu. 


Lepastu lagi satu, mak ayah pun main peranan penting juga dalam mengenal pasti masalah anak-anak diorang ni. Dalam cerita ni kesian Ishan ni sebab mak ayah dia semua ingat dia malas sebab exam apa semua pun semua failed. Sedangkan abang dia tu cemerlang dalam setiap exam. Kalau kat sekolah pun dah kena panggil bodoh semua, lepastu balik rumah pulak kena marah dgn mak ayah. Mana nak ada motivasinya budak tu nak belajar. Sebab tu peranan ibu-bapa ni penting. 

Tapi walau apa pun, cikgu jugaklah yg memainkan peranan penting sekali.  Yelaaa kan, kalau budak tu dah darjah 3 4 takleh membaca lagi memang cikgu la dipersalahkan. So, cikgu pun kena tahu characteristic budak2 yg perlukan bimbingan lebih daripada seorang guru ni. 


Walaubagaimanapun, Aamir Khan memang sesuai berlakon watak seorang guru. Sebab apa yg aku nampak dalam cerita ni dia sangat educated, seorang guru yang cool dan penyayang. Kalau nak dibandingkan dengan guru-guru yang lain tu, hampeh gila kerja nak marah je. Dia lah juga yang berjaya mengubah Ishan dan mengajar Ishan menulis, membaca dan mengira. Lakonan dia pun sangat terkesan sebab bila ada part-part yg menyedihkan tu menangis jugaklah aku ni..

So, kesimpulannya. Walaupun dah 2 kali tengok cerita ni tapi masih tak bosan. Rasa sedihh semua tu ada bila kita letak situasi kita dekat dalam diri budak tu. Syabas Aamir Khan!. Haihhh.. Bila lah Malaysia nak produce movie yang macam ni. (Ada dah kot tapi mungkin kurang umphhhh).

Sekian, terima kasih! :)

Sunday, October 2, 2011

JOHNNY ENGLISH REBORN SERIUS KELAKAR GILA! XD

ASSALAMUALAIKUM

Sihat tak korang? lama kan tak baca blog aku? HAHA. ya! aku tau dah lama. aku pun taktau dah berapa tahun aku tak update blog. AGAK LAMA lahh..sampai aku dah hampir terlupa yang aku ada blog! kah² . Okay, Harini aku nak cerita pasal... hmm. pasal aku keluar semalam! yesss, pasal aku keluar pergi KL hari sabtu.. dengan sape? ohh. sorang je la. eh tak, aku tipu. aku pergi dengan classmate aku : ) ..and a friends of her..


Actually, mereka berdua ni dah lama tak bjumpa 4 tahun yg lepas tak silap aku. and, now baru diorang jumpa. jejak kasih sangat konon kan? HAHA. tengok la tu siap peluk² depan public. OMG! bahaya laaa diorang berdua nih . FYOI ( for you ollss information) sebenarnya ada lagi 2 orang kawan si Farhana ni. tapi tah kemana . dah lari tinggalkan kami bertiga. Tapi okaylahhh... Korang kan tau betapa aku malunya bila jumpa someone yang aku tak pernah kenal. So, i was like diamm je laa sepanjang masa. Then, time dkat KL sentral tu, aku noticed macam dia ada cakap "ehhh, nmpak macam sempoi je dia ni, tapi pemalu sangat rupenye" . Aku pun terpikir plak "ehhh, serious la aku ni pemalu? serius la? obvious sangat ke dimata masyarakat awam" <- kata berdarjat tinggi 

Lepastu, daripada KL sentral tu, kitorang terus gerak ke Times Square . Jalan² dekat sanaa . ingatkan nak tgk wayang dkat situ, tapiiii. TAPI... serious ramai gila yg QUEUE utk beli tiket.. so, kitorang try la plak pergi dkat Pavilion. kononnyaa ingatkan sikit laa orang tgk wayang dkat Pavi tu, tapii..bila sampai je dkat sana. haiiiiiiiiiiih.. ramai pulak orang dkat situ . So, jalan kaki je laaa pergi ke KLCC . dekat KLCC seriouss tak ramai orang. BEST. so, nak beratur pun takyah panjang sangat dah dapat beli! hehee . Kitorang beli tiket untuk cerita Johnny English Reborn .

cerita ni seriously KELAKAR !

Actually kitorang masuk lambat dah tau time ni.  about 15 minutes something before cerita ni start. so, bila masuk je... terus dah start gelak! , and..like..seriously aku taktau cerita ni pasal apa..and how to describe the plot of this story.. sebabnya, bila tengok cerita ni.. korang akan tertunggu² part yang seterusnya yang boleh membuatkan korang gelak gila²! . Tapi, mengikut kefahaman aku lah kan. Cerita ni actually pasal siasatan atas pembunuhan sape tah.. tak ingat nama dia. then, pembunuh ni datang dari satu kumpulan. nama kumpulan dia Vortex. Vortex ni macam ada satu kunci yang bila 3 kunci tu disatukan, dia dapat bukak kunci utk senjata rahsia kumpulan tu.. dan, English ni pun diperintahkan utk mengambil kunci² tu..

Dan secara jujurnya, Mr.bean / English dalam cerita ni memang sangat taklehbla! ..tengok muka pun macam BLUR je kann, aku memang nak tergelak betul bila dia jadi ejen MI107 tu .. dah laaa slalu target orang yang salah. pastu macam seriously nampak sangat bodoh dan sangat tak layak jadi agen penyiasatan! XD .

Nampak tak tu? spatutnya dia target lelaki yang pakai spec mata yang sebelah sana. bukan sebelah sini. HAHA. tapi, disebabkan dia sangat blur dan aku taktau apa yg dia fikir time ni, terus target org yang salah .

Part ni pun kelakar tahu tak! boleh pulak naik wheelchair ni. pastu, wheelchair ni ada speed tahu tak. contoh, slow,fast,very fast, frenzy fast . Pastu, bila time frenzy fast tu.. dia punya subtitle. "laju gilaaa" . Memang gelak habis laa kan time ni! HAHAHA. sumpah kelakar .

Then, cerita ni lebih kelakar dgn kehadiran NENEK CLEANER YANG SERIUS KEJAM GILA . Bila bunyi Vacuum je mesti ingat nenek cleaner ni! sampaikan english salah org.. korang memang patut tengok cerita ni! serius aku caakap! mmg gelak tak habis. Aku rasa dari mula cerita sampai akhir semua gelak! smpai nak terkencingggggg aku gelak tau! Ending dia pun happy je! arghhhh. nak tengok lagi! XD . dan, first time aku duduk dalam panggung wayang yang orang tak henti² ketawa.. sangat happening okayhh!

After watching the story, Kitorang pun pergi ke masjid berdekatan KLCC untuk menunaikan solat Maghrib, and before that, kitorang sempat la ambil gambar beberapa keping sebagai kenangan! keh kehhh..


Macam model KLCC kan kitorang! HAHAHA. 
Oraiite, cukup sampai di sini. AKHIR kata, cerita Johnny English Reborn memang BEST!
Download dkat mana2 ok utk tengok! sbb da release dahh :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...