Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

Monday, September 1, 2014

#NNRAYA OPEN HOUSE 2014


Firstly, Nak cakap terima kasih banyak-banyak dekat team nuffnang ni kerana sudi memilih aku ni untuk menyemakkan lagi event depa. haha. Dengan berbesar hatinya aku terima dengan penuh rasa teruja sebab nak join event Nuffnang ni. Aku bukan selalu join event nuffnang ni. So, bila dapat jemputan ni rasanya melompat lah jugak. haha.Open housenya dah lama. Tapi baru ni aku nak update. Maklumlah, nak dapat mood tu yang payah. Kalaulah aku ni macam Ben Ashaari tu senang lah. Takyah pikir banyak nak update apa. haha. Banyak bebenor idea dia kot.

Nak pergi tu mula-mula banyak kesulitan jugaklah. Dah lah aku ni dengan transportnya takde. Maklumlah, student kot. Nak gerak sana sini pun semua pakai public transport. So, bila fikir balik nak ke Damansara tu macam jauh jugak tu. Takde pulak train or LRT yang boleh cecah sana. Berkat usaha yang tak putus-putus akhirnya aku berjaya meminjam motor kawan aku untuk ke open house ni. Malu jugaklah gua naik motor je. Blogger lain semua naik kereta mewah-mewah kot! Contohnya macam Porche, BMW, Honda and macam-macam kereta lagi yang aku taktau nama dia! (mwahhaa tolong percaya).

Maka, aku dengan member aku dengan rendah dirinya masuklah menjejakkan kaki ke Wanaka The Bungalow. Boleh tahan meriah jugaklah suasana ketika tu. Tapi aku tak dapat nak menggambarkan macam mana meriah dia. Aku takda kamera lah nak tangkap gambar. Kamera phone pun bukannya cantik sangat. So, harapkan gambar dari Nuffnang jelah.


Macam ni lah gambar lokasi sekitar majlis. Ada banyak belon-belon yang tergantung tu ha. hehehe. Credit gambar to Nuffnang.


Ada banyak benda lah dalam rumah tu. Ada booth Ambi Pur, Booth U-Mobile dan juga photo booth. Yang menariknya bila ada kat tempat Ambi-Pur tu, korang just kena instagram gambar korang pegang ambi pur dan masukkan hashtag, lepastu dah dapat goodies bag. Banyak pulak barang dalam tu. Ada 3 produk ambipur kot. hehe. Lepastu yang Umobile tu pulak anda cuma perlu Tweet apa yg dia suruh then dapat 3 minit percuma call. Tapi aku tak masuklah yang umobile tu sebab aku ni bukan pandai sangat pun nak bergayut dalam phone. Rasa macam takda keperluan pulak. hahaha. Tapi ada ramai je yg bersembang semua dekat sini. Bagus lah U-Mobile ni ha! :)


Ni lah yang dikatakan tempat U-Mobile tu. Tweet je apa yang dia tulis kat greenboard tu then cakap lah 3 minit percuma. Kalau dah habis, tweet lah lagi and call lagi. hehehe. btw, dalam tempat tu ada tandas tau, so kalau malu nak cakap depan public boleh je masuk tandas tu. Kahkah! Siapa yang masuk ni jugak sebenarnya ada peluang untuk memenangi Samsung Galaxy S5 tau dak. S5 kot bukannya S3 or S2 yang dah takda orang pakai tu!. Aku ada jugaklah rasa nak try call sikit. Tapi masalah dia tak tau nak call sapa. Maklumlah Forever Alone katanyaaaa. haha


Dengar cerita akak cantik ni lah yang menang henpon S5 tu ha. Untunglah hakak! Tahniah!! hehe. Aku taktau aku gi mana time ni. Rasanya dah cabut balik dah ni. Maklumah naik motor kot. Cuaca time tu pulak macam sendu and nak hujan je. Takda rezeki nak nengok. Sobs.


Time ni pun aku takda! Banyaknya aku miss peluang nak menang hadiah oi! *cryyyying

Actually, banyak tau diorang punya aktiviti yang aku tak take part sangat time tu. Bukan taknak join main sesama bersuka ria semua. Tapi takda geng lah. Tak kenal langsung semua yang datang. Aku ni jenis yang penyegan. Kalau orang tak tegur memang takdelah aku nak tegur orang. Tapi kalau tegur aku sekali je aku memang takda masalah lah nak tegur banyak kali lepas tu. haha. Tapi tu lah, aku tengok muka blogger-blogger semua macam ramai blogger baru je. Aku ni blogger yg dah lama yg tak aktif dan agak season so, nak bergaul pun rasa macam rendah diri gitu.

Aku ada terserempak jugaklah dengan Red Mummy. Tapi pesen aku ni jenis yang tak yakin betul ke tidak orang tu. Aku tak sure. Berkali-kali jugaklah aku usha Red Mummy tu. Aku tengok punya tengok.... sah! memang red mummy. Lepastu terdetik pulak dalam hati "Kalau Red Mummy mestilah pakai warna merah. Tapi ni dia pakai baju warna hijau". Ya Allah teruknya fikiran aku time tu! takkan lah nama dia Red Mummy tiap hari dia nak pakai baju warna merah kan? Takkan lah baju dia semua ada warna merah je? HAHAHAH bongoknya aku time tu. 

Lepastu ada nampak jugak Yuyu Zulaikha. Time tu dia tengah naik tangga. Lepas dah sampai ke puncak dia kata "Adeiii penatnyaaaa" (camtu lah lebih kurang). Ok yang ni aku yakin tu memang Yuyu tu. haha tapi lain sikit lah sebab Yuyu tengah berbadan dua (mengandung) . Nak tegur tapi segan so tak jadi lah.

Last sekali blogger famous letup-letup sewaktu zaman kegemilangan blogging aku dulu ialah Cik Epal. Aku mula-mula tengok cik epal ni pun aku tak cam jugak yang tu cik epal. Entah kenapa teruk betul penglihatan aku! Aku rasa cik epal ni tinggi. Tapi bila nampak depan-depan eh rendah je rupanya. Tu lah buat aku ragu-ragu tu cik epal ke tidak. Tapi lama-lama aku rasa yakin sikitlah tu cik epal lepas tengok ramai yang insta gambar dengan cik epal. 

So, dari ketiga-tiga situasi ni dah cukup menggambarkan yang aku ni bukan pesen yang detail sangat. Tak ingat sangat semua benda. Lagi satu tu memang kelemahan aku nak beza orang dalam social network dengan in real life ni. Sebab kadang2 memang jauh beza. Nak pulak yang guna Camera360 tu. Kalau tak guna takpalah. hahaha.



Cerita pasal makanan pulak, aku memang suka Mile Crepe ni! Serius sedap gila! Aku rasa semua flavor dah rasanya. Rasa macam nak tempah pulak dah. hehe. Mula-mula aku ingatkan apa mende lah dia letak atas meja ni. Rupanya crepe. Sedap pulak tu. Lepas satu, satu aku ambik. Nasib baik tak melekat terus kat meja tu. Kalau tak nampak sangat kebulurnya seorang Syed. hahaha.

Selain crepe ni, ada banyak gila lagi juadah time hari tu. Yang paling aku suka ialah Kambing Bakar. Serius sedap betul kambing tu! Aku ni sejak dua menjak ni memang suka makan kambing. So, time hari tu aku ada lah beratur sampai 3 kali nak ambik kambing bakar. Orang lain sibuk duk main game itu ini aku selamba je beratur makan banyak-banyak. Syed ni kalau jumpa makanan macamtu lah jadinya. Kesian orang belakang tak dapat makan kambing. Selain kambing ada apa lg ek. Banyak lagi lah! . Kalau nak cerita kat sini memang sampai 10 page buku teks tu pun tak habis kot! hihi...


Cerita yang menarik jugak ialah aku menang RM200 baucer Carama dekat Open House Nuffnang tu weh!. Akhirnya Bertuah jugak seorang Syed. Cerita dia kelakar sikit lah. Time nak ambil hadiah tu aku ingatkan aku menang RM200 cash. Rupanya baucer repair kereta. Aku macam baru eksaited dapat 200 hengget. kehkeh. Tapi takpalah baucer ni pun boleh guna jugak bukannya takleh yedakkk? hihi


PhotoBooth ni aku paling suka! hahaha menarik kot. WowPhotobooth ni memang wow ah! Dia punya gambar lepas print tu cantik gile. Takda lah pecah-pecah ke apa. Props yang dia sediakan pun okay and menarik untuk digunakan. Kiranya kalau ada event apa-apa ke panggil diorang memang berbaloi and meriah lah jadinya event tu. hihihi...

Akhir kata, open house Nuffnang ni memang best gila ah. Selain dapat bedal makanan banyak-banyak, dapat jugaklah bersosial kenal-kenal dengan blogger lain and melebarkan sayap hehe. Tapi aku macam kurang keyakinan diri sikit time tu. Sebab baru potong rambut botak. So, malu pulak nak tegur orang. Takut je orang ingat aku ni bangla dari mana tah. Lepas ni kalau Nuffnang buat event nak join lagi ah! janji taknak malu-malu lagi dah. haha...

Alamakkkk!! Tetiba terbaca ni. Meroyan kejap rasa. hahaha bestnya kalau menang Samsung S5!!! Nakkkk!!! Henpon lama tu dah meragam dah. Syok jugak ni kalau dapat S5 boleh lah tangkap gambar cantik-cantik sikit. hehehe. Itupun kalaulah pihak Nuffnang rasa 'experience' aku ni menarik lah kan. Kita ni biasa-biasa ja. Anyway, thanks a lot to Nuffnang for the golden oppurtunity to join your event! :) it's really the best open house that i've been to! 


Tuesday, May 7, 2013

CPUV from Nuffnang -.-"


ASSALAMUALAIKUM

Malam yang hening lagi sepi ni aku saja lah nak buka nuffnang check traffic blog. Tak mengharapkan pun duit tu meningkat ke apa. Time traffic banyak haritu pun tak merasa pun dapat duit banyak-banyak. Ni nak pulak blog aku ni dah macam nyawa-nyawa ikan. Tunggu masa ditelan dunia. Gitu. Tapi, apa yang memeranjatkan aku, bila buka je nuffnang tadi nampak yang ada CPUV atau Cost per unique visit. Benda ni kalau banyak visitor blog engkorang, banyaklah dapat duit daripada kempen ni. hehe. 

Tapi yang anehnya kenapa aku tak perasan sebelum ni?  Padahal rajin juga la aku bukak nuffnang check traffic. Takkanlah tak perasan section CPUV ni. Aku update ni memang la sebab nak tunjuk yang aku dapat CPV ni. Tapi amount dia macam takda. So, dapat ke tak ke memang takda effect pun. Maybe sebab waktu kempen tu bermula UV aku tak banyak pun. Takpelah, Ni je nak bagitahu. hehehe. Terima kasih la juga dekat Nuffnang for giving me the CPUV. Sumpah terharu nak arwah dapat benda ni. 

Takkanlah aku tak terharu kan blogging nak masuk 3 tahun tapi satu habuk campaign ni pun aku tak pernah dapat sebelum ni. Aku tak tahu di mana silap dia. Dan bila dapat ni rasa macam nak terbang ke langit ke tujuh dah. hahaha over lebih. 

Wednesday, December 14, 2011

FAKTOR YANG DIAMBIL KIRA UNTUK MENDAPAT NUFFNANG BUFFERED EARNING

ASSALAMUALAIKUM

Harini nak cerita pasal NUFFNANG Sebelum tu, bagi yang tak tahu, NUFFNANG adalah Advertising Community atau Komuniti Pengiklanan. Atau dalam bahasa mudah dia, NUFFNANG ni bila kita letak iklan dkat blog kita, bila ada yang click dapat la earning per click. Tapi, aku taknak fokus dkat earning yang per click ni. aku nak fokuskan dekat BE atau pun Buffered Earning. BE ni antara pendapatan yang banyak laa dalam NUFFNANG ni. Disebabkan itu, ramai yg salah sangka dkat NUFFNANG. Ramai yang beranggapan bahawa NUFFNANG ni bagi BE kepada blog tertentu yang dipilih oleh meraka. Tapi, TIDAK sama sekali. Serius korang salah anggap. Sebenarnya, Advertisers yang memilih blog mana yang dia nak  beriklan. So, Kalau korang tak dpat BE, means korang tidak terpilih oleh ADVERTISERS. dan bukan tidak dipilih oleh NUFFNANG ye!. kat bawah ni aku boleh laa bagitahu skit faktor² yang membolehkan korang dapat BE daripada advertisers.

Terdapat beberapa faktor yang akan menentukan peluang anda yang dipilih untuk kempen CPM 
 Antara faktornya ialah Audiens Sasaran/Target Audience. Advertisers ni mestilaa ada target audience sendiri kan?. Sebagai contoh, iklan advertisers tu pasal MasterCard. So, kalau blog korang tu kebanyakan pelawat terdiri dari businessman atau glongan professional lain yang menggunakan khidmat kad tu, peluang korang nak dapat BE adalah sgt mudah. Ini lah dia kepentingan Survey yang ada dekat blog korang tu. Korang kena update Survey tu dari semasa ke semasa. Sebab, daripada survey tu laa advertiser akan kenal blog korang dan akan tahu samada korang layak atau tidak.

Faktor kedua pulak ialah Kedudukan Iklan korang. Kedudukan iklan pun turut menjadi punca samada korang layak ke tak nak dapat BE tu. Seperti yang korang tahu advertisers telah menghabiskan banyak duit kot nak design iklan semua tu dengan harapan semua org dapat baca apa yang nak disampaikan. So, apa yang korang perlu buat just susun je iklan tu elok2. dan pastikan korang ada ketiga-tiga unit iklan tu dekat blog bagi memastikan korang mendapat peluang yg lebih tinggi (ecehh). Kalau boleh letak iklan NUFFNANG tu kasi terapung pun boleh gak. haha.


Last but not least, Korang pastikan korang punya membership status tu Glitterati. Sebab, Advertisers lebih bermiant untuk beriklan dkat blog yang glitterati berbanding dgn blog biasa. Try laa ikut apa yg disuggestkan oleh NUFFNANG ni. Mungkin rezeki korang kan nak dapat. Aku ni tak pernah dapat pon! HAHA. aku tulis ni pun berdasarkan Tiket yang nuffnang reply dkat aku. Harap dapat membantu Thanks :)


Rajin² Laaa. aktif dkat web NUFFNANG

Wednesday, March 30, 2011

NUFFNANG NAK MANJE2 DENGAN AKU JE


Assalamualaikum dan selamat pagi.. dan jugak hello! :) . sehari sudah x update blog! WAAA. seriously. sehari aku rasa macam setahun x update! HAHA. kenapa aku x update? actually...aku mrajuk dgn Nuffnang laaa :'(
sbb ape? korang akan tau kalau korang slalu ikuti perkembangan blog aku. aiceh...dan jugakk. korang akan tau kalo korang klik dkat sini --> NUFFNANG DAH TAK SUKA AKU . 

Korang dah baca?? dah baca kan? ok aku tau korang da baca *prasan*. korang tau x? x smpai 2 3 hari pon nuffnang da balas ticket aku yang aku send dkat dia! waaaa..  gila la. biasanya even aku mark kan question tu as urgent skali pun. dia ttp ambik masa 2 3 hari untuk reply ticket aku... dan, semalam.. hanya ambil masa sehari je OKAY!? sehari wehh! ok aku batak skit laaa...dah la dia dah tarik aku nye status glitterati.. Aku rasa dia nak pujuk aku la tu.. sbb tu la dia balas ticket aku cepat cepat. kan kan kan? HAHA..korang nak tau x? ape yang mengejutkan aku.. Nuffnang balas aku punya ticket dengan BAHASA MELAYU ok!? haha. selama ni. aku da antar dalam 3 ticket kat dia. sume dia balas dgn bahasa inggeris! hahaha. korang pcaye x ni? kalau x caye. nahhh.. aku kasi tgk bukti bukti kukuh lagi tidak boleh disangkal lagi!..


HEHEHE. pcaye x?? yeahh, soalan aku sangat terjawab disitu! aku punya blog digugurkan status glitterati sbb, aku punya blog jiwangke.blogspot.com takde letak pun iklan tu.. even satu unit iklan.. padan muke ko syed! . salah sendiri pastu nak tuduh2 nuffnang plak. sian kat nuffnang kann..TAPI, yang aku peliknya di sini.... ni haa.. korang tgk ayat dia kat atas tu..dia cakap...

..Keahlian akan dikembalikan kepada anda dalam masa 4 hari

dia cakap keahlian aku akan dikembalikan kepada aku setelah 4 hari! HAHA. tp, yang aku surprise gila babeng nyee.. aku punya status glitterati terus dpat bila aku dah letak satu unit iklan dkat blog aku yang lagi satu tu! HAHA. i lebiu la nuffnang. korang mmg saje nak manje2 dengan aku kan? =P . lagi satu, aku punya penat menyusun ayat dalam bahasa inggeris.. tapi dia balas bahasa melayu je!? waaa. x caye? nah tgk ni..


Ayat yang aku send kat dia berbunyi macam ni "i have my glitterati status for a long time. but now. suddenly it reverted into non exclusive. i need an explanation from your side pls"

HAHA. hoii! sape gelak kat ayat aku ni? mehh sini aku sepuk! kah3.. (actually aku pun gelak jugak bila aku baca ayat aku sendiri. demm!) ..ape ayat aku ni.. macam bodoh gilaa.. patut la BI x dpat A+. sobbb =(..
I tu spatutnya huruf besar la.. adoi.. pastu.. ayat "glitterati status for a long time" tu macam x kena je kan?. lagi satu, "but now." tiba2 je titik. salah tanda baca pulak tu! . eja explanation pun salah jgak! pastu lagi.. tetiba je boleh pulak aku guna shortform "pls" kat situ... ok fine! aku hantar tiket seriusly menunjukkan yang english aku broken habess!! patut la ko balas dalam bahase mlayu eh Nuffnang! HAHA...

Mesti diorang gelak je baca aku punya ticket ni.. adoii3.. maluu2.. x pe la..aku tulis time tu sbb nak cpat gila. sbb nak kuar p bandar time tu.. sbb tu la aku maen hentam je keyboard ni.x pkir da typing error ke hape. kah3...i got my lesson. learn from mistake.. btw, thx Nuffnang coz sudi manja2 dengan AKU :)

p/s : aku manja2 dengan Nuffnang dpat duit.. ko manje2 dgn pakwe/makwe ko dpat hape!? XD


Monday, March 28, 2011

NUFFNANG DAH TAK SUKA AKU


Assalamualaikum. waaaa! aku sedih.. seriously aku sangat sedih tika dan saat ini? kenapa?? kau tanya lagi ke kenapa? waaa. tengok la kat atas tu.!! tengok la ape status keahlian aku!! aku da kehilangan status kahlian aku! aku ...aku..aku rasa ckup tidak bermakna ketika ini! kenapa nuffnang buat aku macam ni! jiwa aku x keruan! aaa. tido x kenyang mandi x basah makan x lena. ehh, silap . tbalik! ah! lantak la.. kenapaaaa harus aku! apa salah aku.. aku x pernah mencurangi kau wahai nuffnang.com.my !hmpphh..

OH, ayat aku sangat dramatik okayy kat atas tuh! HAHA. aku pn terasa bagai menjadi pelakon plak! tp series..aku pelik laa kenapa aku punya status ekslusif aku ditarik balik.. nak kira aku langgar syarat tak jugakk... mana ade aku menyalahi mana2 syarat yg ditetapkan. aku pun x de pamerkan iklan2 dari advertiser lain..ehh,jap2.. kalau x caye.. nahh. aku kasi korang tgk sbb2 status glitterati akan ditarik!


* Status Glitterati anda mungkin hilang sekiranya sistem perangkak kami gagal untuk mengesan unit iklan Nuffnang di dalam mana-mana blog yang telah berdaftar di dalam sistem (contoh: akses blog dihalang, unit iklan Nuffnang anda digantung, atau komputer pelayan yang mengendali blog anda tergendala), atau sekiranya blog anda tidak menjana trafik untuk tempoh masa yang lama.
* Mana-mana ahli blogger Nuffnang yang didapati cuba untuk memanipulasi syarat dan terma program ini akan digantung keahlian untuk tempoh masa yang tidak ditetapkan.
* Nuffnang berhak untuk menghalang atau menggantung keahlian mana-mana ahli daripada menyertai Program Loyalti tanpa sebab atau alasan.
* Nuffnang berhak untuk menggubah terma dan syarat yang sedia ada.
korang caye x??? tengok tu? korang caya kan yang blog aku ni mmg menepati syarat segala! so, kenapa Nuffnang wat aku camni! huaaa.. da la aku x pernah merasa BE. pastu, status glitterati ditarik pulak. rasa cam nak nangis je! huh! (tipu) .
tiket pon aku da hantar. skarang aku hanya menanti jawapan diorang je.. ye! jawapan dari pihak Nuffnang.. Harap nuffnang pertimbangkan balek hal ini :P

pssst : Abg  ni ckap sbb aku x letak iklan nuffnang dkat blog aku yang baru ni . HAHA.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...