Showing posts with label saya seorang guru. Show all posts
Showing posts with label saya seorang guru. Show all posts

Saturday, May 14, 2011

SEGMEN : Kalaulah Aku Seorang Guru


ASSALAMUALAIKUM CIKGUU!!!
"WAALAIKUMUSSALAM DUDUK YE MURID2"

Hai koranggggggg!!. di pagi hari yang indah bertemankan secawan air batu kosong di tepi aku , aku menggagahkan diri untuk menaip entry ini kerana sebenarnya..aku tak tido lagi ni.. aku tido semalam pun dah lambat. kul 4 pagi. pastu bangun pukul 6 pagi. gilaa. smpai skarang tak tido lagi.. tapi aku cool je kan ? ok macehh cakap aku cool :) .Aku tertarik dengan segmen yang dianjurkan oleh abam zik*gila gedik abam* HAHA..Nak tau kenapa aku eksaited gila nak join segmen dia nih? mesti la sebab aku nak jadi cikgu! LOL. jangan gelak. aku tau aku berbakat untuk menjadi cikgu harapan negara. kau jeles kann kann? .

So, tujuan segmen ni dibuat.. dia suh aku sambung ayat yang dia kasi je.. ni haa.. Kalaulah saya seorang guru...kan best kalau soalan time aku temuduga IPG dulu dia tanya macamni. hahhahaa. baru lah aku boleh jawab dengan lancar. kan kannnn..okeh jom tgk ape yg aku buat kalau aku seorang guru.. :)
1) Nak dressed up kasi tak hengattt
- Penampilan adalah sesuatu yang penting bagi seorang cikgu..bukan bagi seorang cikgu je. bagi sesiapa saja lah kan. kadang2... melalui pemakaian kita.. orang boleh bagi andaian kat kita.. yang kita ni jenis yang macamane.. kemas ke tak..selekeh ke.. pengotor ke.. tak mandi ke.. and so on lahh.. so, bagi menampakkan ke-kredebiliti aku sebagai seorang guru harapan bangsa.. setiap hari aku akan jaga gila lahh penampilan aku.. *ayat nak lebat aku ni* 
2) Tak tido menunggu detik 16.5. LOL
- Ni lagi satu perkara yang best bila bergelar seorang guru. HAHA. apa dia? mestilah hari guru! kalau aku jadi guru nanti kann.. bila dah nak sampai je 16.5 aku siap pesan kat diorang suh diorang beli hadiah banyak-banyak untuk kasi kat aku. HAHA. boleh tak macamtu? Pastu, mesti lahh hari tu bakal menjadi hari yang paling istimewa dalam sejarah hidup seorang cikgu.. Kalau macam hari biasa.. mengajar mengajar dan mengajar. ya! tak dpat dinafikan, memang la tugas seorang guru tu untuk mengajar.. tapi, ye lah kan.. kadang tu.. nak jugak rutin yang lain selain dari tu. keh keh. oleh itu, bila tiba je 16 May.. macam2 aktiviti dah dirancang.. tak mengajar la aku sehari! yayy! XD
3) Boleh ajar anak-anak. *erkkk
- Yang ni penting ni!  bila kita dah jadi guru kann.. boleh la kita turunkan ilmu yang kita ada dekat anak anak...sampai bila aku nak hantar anak aku dekat tempat tuisyen or orang laen.. padahal aku sendiri boleh ajar kan? walaupun aku tak dpat ajar semua subjek..but, at least.. aku still ada masa dengan anak-anak aku untuk ajar dia walaupun sikitt...
Aku ajar anak aku update blog. HAHA
4) Nak jadi guru cemerlang setiap tahun . boleh?
- Aku ni kan attention seeker. HAHA. so, mesti lah angan-angan aku kasi tinggi punya...aku kalau boleh nak jadi cikgu cemerlang, gemilang dan terbilang u know!? .. Setiap subject yang aku ajar tu,.. aku akan pastikan aku punya anak murid score A. then, secara tidak langsung... aku akan menaikkan nama sekolah aku. tak gitu? pastu..nanti, mesti akan ada offer utk mengajar di sekolah yg lebih bagus. . dan gaji pun dia up lagi. hahaha....

Okay lahh, dah cukup 4 =P. Actually. point yang aku bagi ni bukan betul sangat pun. sila jangan percaya. aku nak jadi cikgu yang betul2 ikhlas dalam menyampaikan ilmu kepada anak murid beliau.. dan sudah pasti, tidak mengharapkan sedikit pun balasan terhadap apa yang aku buat..bahkan jugak ganjaran.. aicehh. aku jawab soalan kat atas ni ada macam cikgu tak?..hehehe. kalau korang nak join join jugak kann.. nah.. just click kat sini ... 

*perasan tak yg tulisan aku dah besar? hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...