Assalamualaikum, harini aku takde ape sangat la nak cakap. haha. cuma aku nak ajar korang macamane nak letak sitemap di blog korang.. sebelum tu..apa itu SITEMAP? korang tau x ape tu sitemap? actually.. dari pandangan peribadi aku yang x brape reti sangat SEO ni.. SITEMAP adalah satu page atau struktur pada blog yang akan memudahkan pembaca atau visitor mencari maklumat di blog korang. Sebab apa aku cakap memudahkan?? Sebab semua post akan dipaparkan di SITEMAP di bawah label2 yang korang dah labelkan. sebagai contoh, visitor nak mencari maklumat pasal "Design" so, visitor cuma perlu mencari post dibawah label "Design" di dalam sitemap. tidak perlu lagi nak tekan older post dan cari sampai dapat. leceh..
Selain itu, sitemap ni juga memudahkan laluan search engine atau enjin carian untuk crawl atau melawat page sesebuah blog.Disamping ianya berguna untuk meningkatkan SEO sesebuah blog. Kalau korang nampak.. aku letakkan Sitemap aku dekat atas menu bar tu... atas header
CARA PASANG SITEMAP
Dalam banyak2 tutorial yang aku jumpa.. tutorial daripada Abu Farhan yang terbaik setakat ini..Sebab sbelum ni aku slalu la terkandas dalam buat sitemap ni. hahaa. akhirnya.. aku jmpe jugak script yang mudah bagi aku..
LANGKAH-LANGKAH
COPY code di atas..
- Buat satu post atau entri baru dalam mode HTML.
- Namakan POST anda dengan nama Sitemap , Isi kandungan atau apa2 sahaja yg korang rasa sesuai dan berkenan..
- CTRL + F dan taip www.abufarhan.co.cc , Kalau korang dah jumpa..tukarkan URL tersebut dengan URL blog anda sendiri.
Note : Pastikan anda set tarikh post untuk sitemap sebelum atau di awal2 entri pertama yang korang tulis di blog korang.Letakkannya di bawah kategori atau label yang korang dah label tu tadi. macam aku , aku labelkan di bawah nama "Sitemap" .Kalau x, jadi macam aku tadi..terpublish sebelum set date. haha
Jelas x?? kalau kurang jelas boleh dropkan comment dan bertanya. okbai ;)




