Sunday, August 10, 2014

SAMBUTAN HARI RAYA 2014


Alhamdulillah, setelah Ramadhan melabuhkan tirainya, Syawal pula kian menjelma. Sebelum terlambat, diri ini ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan kepada semua sahabat-sahabat yang dikenali, cikgu-cikgu, pensyarah-pensyarah dan semua yang ada menyimpin rasa kecewa di atas salah silap sy selama ini. Diri ini juga hanya insan biasa yang banyak cacat-celanya. Yelah, dalam gurauan and kata-kata kita kadang2 belum tentu semua orang suka. Kadang-kadang kita rasa kita dah baik sangat dah. Tapi ada je jugak lagi yang cakap2 belakang mengata itu ini tak kena. Tapi, takpelah. Dah memang lumrahnya manusia. Kita ni Maafkan jelah. Lepastu depa pun buat lagi. hahahaa.
Raya tahun ni meriah jugaklah kiranya. Bukanlah meriah sebab ada baju mahal-mahal, baju raya 10 pasang ke. Takdelah. Dunia semua tu. hahaha. Meriah sebab Raya tahun ni banyak pi jalan-jalan. Seminggu hari raya duk beraya sakan. Biasanya raya ketiga camtu dah ada kat rumah dah. Ni tak diam duk pi jalan. Mak pulak cuti meniaga lama sikit kali ni. Nak niaga pun macam malas-malas lagi lepas dah lama cuti.


Raya tahun ni aku macam mengada sikit nak buat kuih raya. So, dapatlah buat satu balang biskut corn flakes ni. Boleh tahanlah jugak susah dia. Nak bancuh semua tu takdelah susah. Cuma yang jadi masalah dia nak bakar tu. Rumah aku takde oven tau dak. Aku bakar benda ni dalam robot pemanggang je (yang untuk panggang ayam tu) aku tak pandai nak describe dapur tu macamna. haha! tapi masak jugaklah biskut ni...
Cuma lambat sikit lah aku tidur. Pagi raya kot buat. Bukul 6.30 pagi camtu baru siap. Lambat kemain lg.


Sebelum masuk tidoq, dapatlah melantak lemang dengan rendang daging dulu! hahaha nyaris aku nak habiskan satu batang lemang. Tapi mengenangkan nak tidur, so mcm segan sikit lah nak habiskan. Lepas sembahyang raya tu baru aku habiskan. So, aku makanlah sebatang lemang. Mak aku beli dua batang. Sebatang lagi tu aku tinggal ah untuk akak aku dengan mak aku. Last2, diorang kata nak makan nanti-nanti lepastu tak makan. Raya ketiga balik rumah tengok2 dah basi. haha takda rezeki katakan.


Baju raya aku tahun ni warna coklat! hehe. Nampak dak baju tu dah macam amende tah tu? hahaha tu semua peluh punya pasal. Aku ni memang pesen kuat berpeluh. Tapi nasib baik peluh takda bau yang hangit tu. kahkah. Peluh tu sebab duk naik turun tangga banyak kali ah tu. Ada lupa barang lah lupa apa lah campur pulak lagi cuaca panas. Camnilah jadi dia. Ada yang komen kat instagram diorang ingatkan ni baju melayu pesen baru ada tone tone yang cantik tu. Siap ada yang tanya beli kat mana. hahahah ok ni kelakar!

Gambar atas ni gambar raya kedua. Raya tahun ni aku memang takda beli baju raya pun untuk raya kedua and seterusnya. Sebab duit dah habis beli laptop baru. Tak pepasal tak cukup duit nak beli baju raya. hahaha, so aku cadang nak pakai baju melayu je untuk raya pertama hingga hari raya ketiga. Berjaya jugaklah akhirnya. Tapi Allah je yg tahu panas dia camna. HAHA


Raya ketiga samping hilang entah kemana taktaulah. hahaha. Pakai samping karang orang kata apa pulak kan. Aku pakai baju melayu time raya kedua tu pun org dah pelik. haha.

Sebenarnya aku dah update sampai hari raya ke 7 tapinya taktahu kenapa gambar semua hilang balik.... ARGHHHH Nak meroyan rasa. Takpelah, tengokjelah sampai raya ketiga je pun T.T


Sunday, June 22, 2014

BAJU MELAYU DESIGN TAHUN 2014 | UNTUK LELAKI UBER

ASSALAMUALAIKUM

Apa khabar? Sihat? Aku? Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menambah berat badan sekilo dua kilo sempena cuti semester ni. Duduk rumah memang makan takleh control. Apa je yg nak makan haaaa tibai je semua tak kira pagi petang siang malam. Bila lapar je masak or melantak je apa yg ada. Ya Allah bahagianya, Tapi nak buat macam mana. Cuti dah pun berakhir kan? Maka terpaksalah juga seorang Syed untuk pulang ke IPG. 

Bila fikir balik sepanjang cuti sem ni sibuk betul aku. Sampai tak sempat langsung nak post entry baru kat blog. Padahal takdalah sibuk mana pun cuma yelah, internet takdak lah camna nak update entry. Mobile internet ada lah. Tapi aku tak berkenan betul nak touch touch screen untuk tulis entry. Nak juga menekan kekunci keyboard ni ha. Baru lah idea datang mencurah. Cewah yelah tu. Aku taknak lah duk celoteh panjang tentang diri aku ni. Bukan ada siapa kisah pun. kahkah! so, let's get started.

EVOLUSI BAJU MELAYU TAHUN 2014
Haaaaa, suka dak topik ni? hahaha kalau hang tak suka pun aku pedulik apa. Janji aku suka ikut suka aku lah nak tulih pasaipa *tetiba mode utagha. 

Kalau kita tengok atau imbas balik, baju melayu dulu-dulu semua sama je kan design dia? Kadang tu yang membezakan baju melayu tu sendiri hanyalah texture atau material kain, design dia boleh dikatakan semuanya sama kot. Tapi sekarang ni dah ada pulak baju melayu pesen baru. Baru tahun 2014 ni lah aku pernah nengok. Kalau tengok kat twitter ramai yg  hentam kononnya ada yang kata "Hilang Kemelayuannya baju macamni" and macam-macam lagi lah komen lain. Ada yang suka, ada yg tidak.


Tadaa! Ni lah dia baju melayu design baru yang hangat diperkatakan di masa kini! Pada pandangan peribadi aku design dia sumpah cool dan sangat cantik. Apa yang nampak pelik cuma yang baju biru and baju oren sebab dia punya samping tu macam tak kena dgn warna baju dia. Mungkin ada yg kata trend terkini or "Eh orang mana kisah dah sekarang warna sama ke tidak asalkan boleh pakai sudah". Tapi aku tetap takleh pi dengan warna samping tak masuk dengan baju ni.

Aku suka gila baju melayu yg kaler merah tu! cantik lahhhhh!!


Cantik gila kan yang warna merah ni? Disamping boleh pakai untuk berhari raya, pergi masjid and etc tapi boleh jugak jadikan dia macam smart casual dengan tambah blazer. Ahhhh ni menarik niiii. Harga dia? Cuma RM380 je kalau tak silap. Ok lahh tu kot, upah tukang jahit kan dah mahal jugak kan sekarang? haha. Tapi, aku ni cuma hanya mampu bermimpi jelah nak beli baju ni. Manalahhhhh nak cekau duit banyak tu. Cukuplah pakai baju melayu kain satin yang kosong tu je. hihihi..


And btw, baju melayu by Andre Avenue ni dah pun habis untuk pre-order. Seriuss ramai gila yang beli. Sampai kena restock. Kalau anda berminat nak beli and menggayakan baju melayu design baru ni di hari raya nanti, jenguk-jenguk lah instagram and website beliau

Baju Melayu cenggini jelah yang mampu nakk. haha
Akhir kata, ini bukan entry berbayar okayyyy ni memang ikhlas dari lubuk hati nak cerita yg aku suka gila design baju melayu camni. Nampak macam different and takdelah pelik pun. hahaha okaylah tu je bye esok jumpa lagi. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...