Thursday, August 29, 2013

School Based Experienced (SBE) di Kelantan was AWESOME


ASSALAMUALAIKUM

Bismillahirrahmanirrahim.. Akhirnya diberi juga kesempatan untuk aku mengupdate belog yang usang ini. Bila dah lama tak update ni dia jadi macam dah tak tahu nak cara-cara nak update blog. Lagi satu rasa macam leceh sangat nak upload gambar semua tu. Sebelum ni, time aktif berbelog tak perasan pulak semua tu. HAHA. Lagi satu penat juga duk fikir nak update apa kat blog ni. Fikir punya fikir dapatlah idea untuk berkongsi pengalaman buat PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) atau orang dulu-dulu panggil ROS (Rancangan Orentasi Sekolah. PBS ni lebih kurang macam praktikal laaa.. kena pergi sekolah. Tapi cuma seminggu je.. dan pergi ke sekolah pun bukan mengajar. just memantau je sambil memenuhi tuntutan untuk assignment. 

PBS ni mula buat time first year degree. Aku dah 2 kali dah la buat PBS sebab sekarang dah semester 2 dah. Kali pertama buat dekat sekolah lama aku dulu. PBS kali ni aku berhasrat nak merantau ke negeri orang. Menikmati keindahan dan pengalaman baru di tempat orang lain iaitu di Kelantan. Nasib baik la ada kawan yang baik hati, kacak, hensem, bergaya nak tumpangkan rumah beliau sebagai tempat berteduh. Kali ni buat kat kelantan seramai 7 orang. Empat orang di Sk. Seri Kota dan tiga orang lagi dekat Sk. Pintu Gang. btw, kelantan kat Kota Bharu! hehe. Aku punya sekolah mestilah Sk. Seri Kota. Tu gambar kat atas tu aku lah yg tangkap. Takkan la aku cari kat google images kan. Kahkah

Sebelum ke Kelantan, aku singgah rumah Adib dulu kat Kuala Kangsar, Perak bagi mengambil kenderaan untuk ke Kelantan. So, gerak awal sikit lah dari orang lain. Tidur semalaman dulu kat sanaaa..Dalam perjalanan nak ke sana tu rasa sakit hati kemain lagi sebab dapat bas entah apa-apa. Tak selesa langsung! Sabaq jelah. Tengok kondusi bas tu nampak macam takkan sampai je ke Perak. Tapi Alhamdulillah selamat sampai...


Sampai je kat Kuala Kangsar penat gila nak arwah dengan kondusi bas tu. Then, parents Adib bawak pergi makan malam di Restoran Arab dekat Ipoh tak silap aku... Nama kedai dia Restoran Hadralmout tak silap. Makan nasi arab yg banyak gila memang kenyang lah. Yang air dalam gambar kat atas ni naik muak aku minum sebab sangatlah pekat gilaaa... rasa macam makan puding kot. Takda rasa macam minum air pun. haha. 


Aku tak tahu kenapa makanan ni dalam gambar nampak kecik. Padahal besar gedabak kot. Macam talam. Seriouslyyy tak tipu. Tapi memang berbaloi gila la makan Nasi Arab ni. Perut aku kedepan sebanyak 7 inchi kot. Terus gendut sampai tak larat nak bangun kena call ambulans baq hang! *ok ni tipu :(* . Thanks pakcik and makcik for a very delicious Nasi Arab treat!! :') ..


So, pada keesokan harinya kami pun bergerak la ke Kelantan 4 orang naik Kereta Saga yang dipandu oleh aku. Lalu jalan ke Gerik. baideway, kereta Saga ni manual tahu! Bapak ah penat gila bawak kereta manual pi jalan jauh-jauh. Sumpah sebelum ni memang tak pernah bawak kereta manual sejauh ni!. Rasanya aku dah pecah rekod kali ni. haha. Pergi Kelantan ni pun dengan parents Adib tau. Depa semua hantar kami. Baik gila parents Adib. Terharunyaaa~. 


Time ni bila dah sampai Kelantan. Aku takda la dalam gambar ni. Tapi aku buat SBE dengan depa semua ni lah. haha. Makan-makannn.. Sedap kot makanan kat kedai ni. Tapi tomyam dia macam manis sikit....


Kami juga pergi berkunjung ke Pantai Irama! hehee, Selain Pantai Irama, Tok Bali pun ada pi juga. Banyak ikan murah-murah and fresh kot. Kena pergi lagi kalau pi Kelantan. hehe


Maka keesokan harinya, pada hari Ahad.. Bermulalah hari pertama di Sk. Seri Kota. To be honest, SBE kali ke 2 ni rasa sangatlah bosan. SBE pertama dulu je rasa eksaited nak mati bila nak pi sekolah. hahaha. Sepanjang minggu ni pi sekolah setiap hari mesti tidur. Maybe time SBE first dulu pergi sekolah lama. So, cikgu-cikgu pun ramai yg aku kenal. Nak mintak reliefkan kelas pun senang. Ni aku nak masuk kelas depa karang aku takut bebudak tu semua tak faham apa aku cakap. HAHA. 

Tapi antara perkara yang paling best dekat Kelantan ni ialah aku boleh memasak!. hahaha believe it or not yang aku memasak untuk diorang ni semua tau. Bukan senang aku nak masakkan. Sedangkan kat rumah pun aku malas tahap gaban. Nak bangun pun susah. Ni nak mula masak. Tapi dekat Kelantan ni rajin pulak aku memasak untuk kawan-kawan aku. hehehe. Ni antara benda yg aku masak...



Kuey Teaw, Sardin, Udang Celup Tepung, Udang Berlada, Daging Goreng Kunyit.. ni antaranya la. Ada je lagi masak yg lain tapi mana entah gambarnya hilang pulak. Malas nak cari. HAHA. Rasa puas sangat dpat masak macam ni. Sebab not bad lah rasa dia. Kalau tak sedap aku sendiri pun taknak makan. hahaha. Tak sangka aku ni ada bakat memasak. Mewarisi dari mak aku lah kotttt... Diorang pun makan bertambah tu kira sedap lahh kan? harap2 lah camtu. haha


Selain Pantai Irama, Pergi jugak lah Pantai Cahaya Bulan. Sebab pantai ni dengar cerita famous kat Kelantan. Pergi siap mandi lagi kot kat sini... Tapi, bila aku mandi habis gatal satu badan. Aku tak tahu la kena obor-obor ke.. kena apa benda entah. Tapi sangat gatal rasa nak melompat. Tapi nasib baik dalam sejam dua je gatalnya lama-lama dah ok. Tobat taknak mandi kat pantai ni dah.. haha..


Banyak lagi lah tempat mennarik yang kitorang pergi! Kalau nak taip semua memang sampai esok lah tak habis. Takpelah, rasa cukup dah kot sampai kat sini. Apa-apa pun, Kelantan sangat best! walaupun takda tempat melepak, tapi aku happy sebab dapat kumpul ramai-ramai dengan kawan dalam satu rumah tanpa pengawasan daripada orang lain. HAHA. Apa-apa pun aku yakin ini akan menjadi pengalaman yang sedikit bermakna untuk diingati. Banyak kenangan pahit, manis, duka, cita berlaku sepanjang keberadaan kami di sana. Terima Kasih Kelantan! Till we meet again! byeeee :') 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...