Thursday, March 31, 2011

Kisah DOODLE COUPLE =.="

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pembaca.. hehe..amacam korang harini? sihat? eceh. baik plak aku kan? kah3...haa. ni haa.. sebut pasal doodle.. sebenarnye... aku sangat mencemburui blog2 mereka yang setiap entry diorang dihiasi dengan doodle! HAHA. serius cemburu gila! nampak sangat kawaii. aku plak gmbar google image yang nmpak sangat skema. errkk.. oleh itu, aku telah membuat keputusan! untuk melukis doodle buat ptama kali! DIULANGI. pertama kali ea.. haha, so..korang jangan la dok keji2 aku cakap aku punya doodle buruk (sbb aku mmg x pandai buat pon) ..ok nahh. tgk lahh. tgk lahh =).


MEDIUM : ADOBE PHOTOSHOP JER
MODEL : AKU DAN SIAPA?

haha. kelakar gilaa kan aku lukis? adoiii...aku try guna paint.. tp x jadi.. gune adobe jadi lahh. hahaha. so, adobe pon boleyy...

Actually..berdasarkan doodle diatas. aku nak sampaikan.. yang mood perempwan tu tengah x okay.. nak tau knp? sbb ape lagi.. sbb laki tu lah! laki tu dah la datang lambat! pastu da smpai je.. buat muke innesen plak ajak bgambar..bengang aih pempwan tu..lepas tu plak..

doodle pempwan berkata : " janji nak pakai baju yang sama kaler! tapi tiba2 datang u pakai baju kaler ijau i pakai baju kaler pepel ni!" "i benci u laaa! u ni x romantik langsung!" kata wanita tu lagi....then, laki tu still with innesen face dia...

Makin marah la weii pempuan tu... mane tak nye.. orang dok cakap dengan dia.. tp yang laki tu buat muke x bsalah je... gitu gaye ke ko treat pempwan? wajarlah pempuan tu cakap ko x romantik. pfft... "penat2 tunggu sejam lebih...alih2.. ni yang aku dapat" berkata si perempuan di dalam hati... 

lalu, perempuan tu pun menyindir laki tu... " Youuu..kalau youu x tau beza pukul 11 dgn pukul 12.30.. nahh.. I kasi u buku ABC ni untuk u baca" *sambil menghulurkan buku ABC dkat lelaki tu*

Lepastu...baru laa laki ni bersuara.... "Youu..mula2 skali.. i nak mintak maaf dkat u sbb mmg salah i datang lambat...tapi.. u tak pernah tanya i kenapa i dtg lambat kan? u tak tau ke yang i stuck in jammed tadi? you tau nak marah je...you x boleh la macamni...you kena la faham i macamane i faham youu.. And, lagi satu.. you cakap yang i x romantik.. x pe you...i x kisah youu nak ckap i x romantik ke ape.. janji.. i tau..yang  cinta i hanya dkat you...bekas pakwe you yang you kata romantik gila tu akhirnya tinggalkan you jugak kan??.."

*ok perempuan tu da diam.. sbb dia da kalah...tau nak yg romantik je . tp, org yg romantik dgn hang tu bkan betul2 syg.. ni haa. aku yang x romantik ni jugak la yang syg kat ko* HAHA!. sekian buat kali ni .wassalam..

P/s : jangan cepat buat andaian dkat suami/tunang. kat pakwe lantak kau lah..
P/s : romantikk tu perlu ke? HAHA. adoiii...
P/s : cite ni takde kene ngena dgn aku xP
P/s : tiba2 aku geli guna " I , You n U"


Wednesday, March 30, 2011

NUFFNANG NAK MANJE2 DENGAN AKU JE


Assalamualaikum dan selamat pagi.. dan jugak hello! :) . sehari sudah x update blog! WAAA. seriously. sehari aku rasa macam setahun x update! HAHA. kenapa aku x update? actually...aku mrajuk dgn Nuffnang laaa :'(
sbb ape? korang akan tau kalau korang slalu ikuti perkembangan blog aku. aiceh...dan jugakk. korang akan tau kalo korang klik dkat sini --> NUFFNANG DAH TAK SUKA AKU . 

Korang dah baca?? dah baca kan? ok aku tau korang da baca *prasan*. korang tau x? x smpai 2 3 hari pon nuffnang da balas ticket aku yang aku send dkat dia! waaaa..  gila la. biasanya even aku mark kan question tu as urgent skali pun. dia ttp ambik masa 2 3 hari untuk reply ticket aku... dan, semalam.. hanya ambil masa sehari je OKAY!? sehari wehh! ok aku batak skit laaa...dah la dia dah tarik aku nye status glitterati.. Aku rasa dia nak pujuk aku la tu.. sbb tu la dia balas ticket aku cepat cepat. kan kan kan? HAHA..korang nak tau x? ape yang mengejutkan aku.. Nuffnang balas aku punya ticket dengan BAHASA MELAYU ok!? haha. selama ni. aku da antar dalam 3 ticket kat dia. sume dia balas dgn bahasa inggeris! hahaha. korang pcaye x ni? kalau x caye. nahhh.. aku kasi tgk bukti bukti kukuh lagi tidak boleh disangkal lagi!..


HEHEHE. pcaye x?? yeahh, soalan aku sangat terjawab disitu! aku punya blog digugurkan status glitterati sbb, aku punya blog jiwangke.blogspot.com takde letak pun iklan tu.. even satu unit iklan.. padan muke ko syed! . salah sendiri pastu nak tuduh2 nuffnang plak. sian kat nuffnang kann..TAPI, yang aku peliknya di sini.... ni haa.. korang tgk ayat dia kat atas tu..dia cakap...

..Keahlian akan dikembalikan kepada anda dalam masa 4 hari

dia cakap keahlian aku akan dikembalikan kepada aku setelah 4 hari! HAHA. tp, yang aku surprise gila babeng nyee.. aku punya status glitterati terus dpat bila aku dah letak satu unit iklan dkat blog aku yang lagi satu tu! HAHA. i lebiu la nuffnang. korang mmg saje nak manje2 dengan aku kan? =P . lagi satu, aku punya penat menyusun ayat dalam bahasa inggeris.. tapi dia balas bahasa melayu je!? waaa. x caye? nah tgk ni..


Ayat yang aku send kat dia berbunyi macam ni "i have my glitterati status for a long time. but now. suddenly it reverted into non exclusive. i need an explanation from your side pls"

HAHA. hoii! sape gelak kat ayat aku ni? mehh sini aku sepuk! kah3.. (actually aku pun gelak jugak bila aku baca ayat aku sendiri. demm!) ..ape ayat aku ni.. macam bodoh gilaa.. patut la BI x dpat A+. sobbb =(..
I tu spatutnya huruf besar la.. adoi.. pastu.. ayat "glitterati status for a long time" tu macam x kena je kan?. lagi satu, "but now." tiba2 je titik. salah tanda baca pulak tu! . eja explanation pun salah jgak! pastu lagi.. tetiba je boleh pulak aku guna shortform "pls" kat situ... ok fine! aku hantar tiket seriusly menunjukkan yang english aku broken habess!! patut la ko balas dalam bahase mlayu eh Nuffnang! HAHA...

Mesti diorang gelak je baca aku punya ticket ni.. adoii3.. maluu2.. x pe la..aku tulis time tu sbb nak cpat gila. sbb nak kuar p bandar time tu.. sbb tu la aku maen hentam je keyboard ni.x pkir da typing error ke hape. kah3...i got my lesson. learn from mistake.. btw, thx Nuffnang coz sudi manja2 dengan AKU :)

p/s : aku manja2 dengan Nuffnang dpat duit.. ko manje2 dgn pakwe/makwe ko dpat hape!? XD


Monday, March 28, 2011

NUFFNANG DAH TAK SUKA AKU


Assalamualaikum. waaaa! aku sedih.. seriously aku sangat sedih tika dan saat ini? kenapa?? kau tanya lagi ke kenapa? waaa. tengok la kat atas tu.!! tengok la ape status keahlian aku!! aku da kehilangan status kahlian aku! aku ...aku..aku rasa ckup tidak bermakna ketika ini! kenapa nuffnang buat aku macam ni! jiwa aku x keruan! aaa. tido x kenyang mandi x basah makan x lena. ehh, silap . tbalik! ah! lantak la.. kenapaaaa harus aku! apa salah aku.. aku x pernah mencurangi kau wahai nuffnang.com.my !hmpphh..

OH, ayat aku sangat dramatik okayy kat atas tuh! HAHA. aku pn terasa bagai menjadi pelakon plak! tp series..aku pelik laa kenapa aku punya status ekslusif aku ditarik balik.. nak kira aku langgar syarat tak jugakk... mana ade aku menyalahi mana2 syarat yg ditetapkan. aku pun x de pamerkan iklan2 dari advertiser lain..ehh,jap2.. kalau x caye.. nahh. aku kasi korang tgk sbb2 status glitterati akan ditarik!


* Status Glitterati anda mungkin hilang sekiranya sistem perangkak kami gagal untuk mengesan unit iklan Nuffnang di dalam mana-mana blog yang telah berdaftar di dalam sistem (contoh: akses blog dihalang, unit iklan Nuffnang anda digantung, atau komputer pelayan yang mengendali blog anda tergendala), atau sekiranya blog anda tidak menjana trafik untuk tempoh masa yang lama.
* Mana-mana ahli blogger Nuffnang yang didapati cuba untuk memanipulasi syarat dan terma program ini akan digantung keahlian untuk tempoh masa yang tidak ditetapkan.
* Nuffnang berhak untuk menghalang atau menggantung keahlian mana-mana ahli daripada menyertai Program Loyalti tanpa sebab atau alasan.
* Nuffnang berhak untuk menggubah terma dan syarat yang sedia ada.
korang caye x??? tengok tu? korang caya kan yang blog aku ni mmg menepati syarat segala! so, kenapa Nuffnang wat aku camni! huaaa.. da la aku x pernah merasa BE. pastu, status glitterati ditarik pulak. rasa cam nak nangis je! huh! (tipu) .
tiket pon aku da hantar. skarang aku hanya menanti jawapan diorang je.. ye! jawapan dari pihak Nuffnang.. Harap nuffnang pertimbangkan balek hal ini :P

pssst : Abg  ni ckap sbb aku x letak iklan nuffnang dkat blog aku yang baru ni . HAHA.

Sunday, March 27, 2011

BILA AKADEMI FANTASIA PUN AUDITION GUNA ONLINE..


Assalamualaikum.. HAHA. selamat malam! adoii, nampak x...nampak x gmbar kat atas ni! SERIOUSLY .. macam ni la muka aku time tengah taip entry ni..! KAH KAH KAH.. mmg lawak gilaa! lawak lawak lawakk! *ape yang lawak ni syed?* HAHA...korang nak tau x ape yang lawak!?. jom aku nak cite.. Actually..aku online twitter. then, tnampak ade sorang ni post pasal satu video. so, aku pn tengok laa... ape yg kelakar? VIDEO tu la yang kelakarr!! HAHA. serious x abes lagi aku gelak! mmg lawak gilaa! korang tlong la percaya ckap aku! XD . ok2. aku ni banyak cakap je kan.. tp, x tunjuk2 jugak video nya... Amboi3.. korang ingat senang2 je aku nak kasi korang tengok video tu? ni.. sila baca ni dlu!

PESANAN PENAJA : sila lihat, hayati dengan bersungguh2 video ini dari awal hingga akhir kerana ada mesej tertentu yang hendak disampaikan oleh nya kpd anda! 


maluuu la nak tunjuk! HAHA!!
*
*
*

HAHAHA! okayy. korang da tengok da!? da tengok da ke dari mula smpai akhir!? HAHA. part mana korang suka?? aku suka part vokal! seriously. vokal dia sangat hebat! kalah jack! pehhh, kagum ni. aku harap dia tpilih untuk audition AF nih! HAHAHA.. aduhh....camne ni.. aku x leh nak benti ketawa.. nanti rosak la kotak ketawa aku! (cite sepangebob jap) ..

Fuhhh. skarang da ok skitt.. tarik nafasss.. hembusss.. tarikk... hembuss..aaa.. aku x nak ulas la pasal video ni.. aku bukan nak mengutuk aku ckap lawak je.. XD... tu je la stakat ni yang aku nak sampaikan..dan, aku sukaa komen-komen membina yang orang komen dkat youtube dia! harap2 dia jgn cepat melenting .. belajar menerima teguran org lain utk memperbaiki kelemahan ko.. btw, gi cari baju yg lawa skit la.. baju tu mcm da x muat je aku tgk. serious x tipu! -.-". 

nota kaki : aiyoo.. Akademi Fantasia sekarang pon dah ada buat online punya audition. for sure, saingan makin sengit la.. bukan nye sorang yang berbakat! beribu kot. tp, yang paling berbakat ialah video yang aku taruk kat atas ni! HAHA. okbai.. aku nak pi bgayut dgn dia ni...dah janji da. dia tlong topupkan =P

nota kaki 2 : camne la kalau da ade anak cucu cicit nnt pastu diorang tgk video nenek dia nihh. omaigodd! tidakk........

TUTORIAL : LETAK TOP COMMENTATORS WIDGET DI BLOG


Assalamualaikum.. selamat petang! harini..aku nak ajar korang macamane untuk membuat top commentators widget.. macam gambar kat atas nih.. Faedah dia?? actually. pada panndangan aku laa.. Top commentators / pengomen tegar bagi blog ni bagus jugak. sebab ape? sbb diorang akan bersaing satu sama lain untuk jadi top komentar dkat blog korang. so, dgn scara tidak sengaja. korang punya komen pun bertambah lah right? so.. jom kita mulakan eksperimen! aiceh. 1st, pergi dkat


ok dah tekan? then... korang akan nampak macam ni..


orait. kalau korang tekan yg 1st tu.. korang punya top komentar akan dikira dkat 500 comment yang terbaru tu... kalau korang amek yg second tu plak.. dia akan pilih top komentor dari seluruh comment2 korang.. faham? so... tekan yang mana korang nakk... dah siap? pastu isi kan detail mcam kat bawah ni 


Dia da ade kasi instruction da dkat atas tu.. so, x payah aku nak jelaskan.. then, korang filter kan name korang dkat situ.. filter tu untuk mengelakkan komen yang korang balas pun appear dkat situ .. faham? bila da siap.. korang tekan je customize .. dan add widget to my blog 


ok da siapp! HEHE.. senang kan? so, sekarang .. korang punya visitor pun bsemangat la nak komen.. sbb nanti kalu da jadi top commentor. sume org tgk profile diorang kat situ.. and click.. so, scara tidak langsung boleh membantu korang untuk memperoleh traffik di situ. kan kan? GOODLUCK! 


thx alot! actually, sbelum ni banyak kali aku try. tp mcam x jadi. kah3 =P

Saturday, March 26, 2011

FOLLOWERS BIRTHDAY LIST by SYEDGRAPHIX

Assalamualaikum kepada semua! selamat malam! harini aku nak buat satu slot la lebih kurang.. untuk diletakkan dalam aku punya belog. Actually.. aku buat ni untuk appreciate semua followers aku..dan, oleh kerana itu jugaklah aku nak buat slot ni dalam aku punya blog.. nama dia "Followers Birthday List" .

Tengok tajuk je korang dah tau kan? name pun Followers birthday list. so, sudah pasti lah aku akan letak birthday korang korang yang da join. huhu..ape.. korang ingat aku buat ni untuk suka suka ke? Kalau korang nak tau.. aku buat ni banyak sebab dia. 1st, dengan ni aku rasa aku akan lebih kenal followers aku.. then, dengan list ini jugak. aku akan sentiasa alert dengan date date birthday korang..

Ape faedahnya kalau korang join birthday list nih??

Faedah untuk korang x kurang banyak la jugak..1st, blog korang aku akan letakkan di dalam blog aku.. nanti aku akan letak image di sidebar dan akan linkkan ke entry list tu..2nd, korang boleh check kot kot ada diantara birthday2 diorang yang lebih kurang dengan korang ke..at the same time dapat la korang kenal diorang tu kan? pastu.. aku jugak akan publishkan entry utk wish kan dkat korang..

List-list birthday ni jugak korang boleh je nak guna untuk blogwalking.. sbb its a list. so, senang jugak korang nak bw ke blog diorang...ok CUKUP.. banyak x paedahnyaa? HAHA. so, kalau korang nak join.. senang 
je... x banyak syarat pon... 

1) Follow aku. (nama pun followers birthday list)
2) Buat entry dalam tu nyatakan tarikh lahir/hari/waktu/saat
3) Dalam entry tu jugak korang boleh nyatakan ape hadiah yg korang nak sangaaat bila birthday!
4) Kalau korang nak cite psal birthday korang yg terbest pon ok gak!
5) Tinggalkan link entry dkat entry ni

Pendek kata, kalo korang nak cerita segala2 pasal birthday korang pun tulis la. series aku baca! aku ni suka baca kisah hidup org! :') . so, jom la joinn.. aku serius nak baca entry korang! HEHE. okbai..oh ye! .nanti, korang punya bday aku akan listkan dkat entry

JOM kenal HARIS KAITO!


Assalamualaikum.. Selamat petang! .jom kenal dengan blogger ni nak?? nak takk? sila ckap nak. kalau ckap x nak meh aku nak sepuk! kah3..Actually.. haris kaito ni ada tempah header dkat aku... then, aku mengambil masa yang begitu LAMA untuk menyiapkan. HAHA. bukan lah LAMA proses buat dia.. tp LAMA TERTANGGUH. hadoii.. sorry yepp Haris! ..ade la dlam 3 4 minggu kot.? errkk...ok, back to title..

Apa yang aku boleh ckap psal dia ialah.. aku x kenal la dia ni. x berpeluang lg.. so, aku nak cite psal BLOG dia je la. hehehe. 1st skali, blog dia ringan ..dan kaler biru laut menyejukkan mata aku! serius.. then, memang takde widget2 yang bersepah. simple dan sangat calm. pasal widget Apesal.com tu aku rasa mmg PERLU. sbb, widget yg dari blog lain tu membantu up kan traffic skit2..
 ( aku x buat pon widget tu sbb takut blog berat.krohh...dah la blog aku mmg da berat)

pasal content blog pulak... Blog dia banyak informasi.. such as haiwan2...las copaque nak perkenalkan game baru la.. hotel mewah utk kucing.. wahh! serius aku suka post yg kucing tu! da la comel..HAHA.. bahasa yang digunakan pun agak sempoi. wahh.. ape lagi eh..oh jap!, kalau korang nak tau.. dia followers ke 1600 aku! WAAA. gila lambat aku ni update. hahaha..

 ini bukan AWARD tauu! so, jangan taruk kat blog. hahaha. ni cincai2 punya editing je.. as a wish for sudi jadi followers yang ke 1600 bro. :').. So, kalau korang nak kenal dengan diaa... jom la terjah2 tgk entry santai dia dekat http://hariskaito.blogspot.com.. Sekian :')

Friday, March 25, 2011

GENETIK PANDAI? APA KATA SyedGraphiX??


Assalamualaikum. selamat pagi kepada semua! oh ya! topic harini.. aku nak membicarakan pasal 
"PANDAI TU GENETIK KE?"

Aku tergerak nak menulis pasal ni adalah sebab...semalam, akak aku call mak aku.. maybe utk tanye2 khabar then tanya result SPM aku kot. krohhh.. pastu, aku x tau la macam mane diorang bleh meleret... sampai cakap psal orang yg dpat result tinggi2 ni kebanyakannya semua yang mak ayah pandai2 or dalam erti kata lain, semua keturunan PANDAI-PANDAI... tapi tu pendapat mak aku...
Pendapat akak aku pulak.. semua bermula daripada USAHA. kalau x de usaha...pandai mana pun x de guna 

Pastu, aku x tau la ape diorang cakap lagi lepas tu..aku pun dengar x dengar je mende diorang ckap. HAHA. So, aku mmg tertarik gilaa nak explore psal ni! ade betul jugak eh. kalau tgk anak doktor, cikgu dan mana2 yg berkerja dalam bidang professional ..anak2 dia semua pandai-pandai...pastu.. kalau abg dia dapat straight A.. dia pun haruslah dapat straight A.. kalau akak dapat straight A. dia pun dapat.. pendek kata, adik bradik dia semua CEMERLANG..

Jarang sangat la nak tengok anak doktor failed SPM. anak cikgu failed SPM . Kalau ada pun SEGELINTIR. means that..pandai tu genetik la kan?? hmm... pikir jap..tapi..tapi... kalau nak ikut sangat genetik pandai.. kenapa ada je anak nelayan, anak penoreh getah..yang boleh dpat STRAIGHT A? .. macam Nik ape ehh.. yang pelajar cemerlang SPM taun lepas tu.. sorry..aku x ingat plak full name dia..mak ayah dia kerja bese2 je pun kan?? boleh je dia dapat straight A...

Maybe lahh... aku RASA...pandai tu memang keturunan pon...orang yang ade genetik pandai ni.. x payah study sangat pon da boleh dapat result yang bagus... kalau kita yang x de keturunan pandai2 nih.. kena usaha habis baru dapat result yang cemerlang. Atau dalam erti kata lain, orang yang ade genetik pandai ni..cara dia menerima ilmu tu cepat..! berbanding yang cerdik hanya kerana usaha ni.. pendapat aku disokong oleh seseorang di laman SAYS.MY

2 faktor manusia cerdik:-

1. baka, genetik, dan keturunan,
2. usaha (tiada baka, genetik, atau keturunan)

...cerdik baka genetik keturunan lbh baik sbb mencerap ilmu dgn cepat berbanding yg cerdik usaha, apapn klu manusia yg cerdik baka genetik keturunan tu malas bljr dia tkkn dpt apa2 pn, manakala manusia yg tiada genetik cerdik dr keturunan dia, tp dia rajin usaha dia akan jd pandai,

perbezaan antara kedua2 jenis kecerdikan tu adalah manusia yg cerdik kerana baka, genetik, keturunan kemampuannya menyerap ilmu lbh baik dr manusia yg tiada baka, genetik, dan keturunan.

tapi..bila baca pulak komen2 yang lain... ade plak yang cakap macam ni...

sumber : http://says.my/questions/258923

Siapa yang belajar bio? boleh jelaskan kat aku takk? adesss...aku tak tau la betul ke salah.. HAHA. kajian je punn kann? jgn nak pcaye sngt. tp, x tau lahh =.=" siap ade equation lagi weh. macam math plak! haha..

Aku setuju gila dengan komen yang 1st! YA! org yg ada genetik pandai ni.. kemampuan dia utk menerima ilmu lebih mudah berbanding org yang takde keturunan atau genetik yang pandai ni tadi.. So, mmg la org yang x de genetik ni tadi perlukan USAHA yang lebih utk berjaya.. tp, kalau yg genetik pandai td x da buat apa2.. atau malas belajar. x dapat apa2 jugak.. So, kat sini.. everything depends on yourself! if you bliv yourself, know what to do and don't..EVERYTHING GONNA BE JUST FINE..

Memang BONUS la bagi orang yg ada genetik pandai :( . jeless aku! hadoiii..korang ada pendapat sendiri? ce citer ce citer.. nak tau jgak kan.. ye la.. pendapat org berbeza.. =') . OKBYE.Assalam

P/s : Usaha Tangga kejayaan! 






Wednesday, March 23, 2011

owhh.. result mengecewakan..

Assalamualaikum.. ape kaba korang sihat? aiyo.jgn tanya aku. for sure aku akan ckap x sihat. knp? sbb result SPM baru je kuar arini kan? adoii...ye SyedGraphiX nihh masih SPM lahh! sape yang x caye tu.. meh sini nak hempuk. grr...korang rasa brape aku dpat utk result SPM ek? HAHA. sudah, jgn teka2 lahh.. nnti msti korang teka dpat straight A.. ingat aku ni pandai ke? haha..serius dohh, aku bkn pandai pon.. semak gila aku ni.haihh.. 

Aku sekolah dekat Sekolah Men(A) Al-khairiah..dimana sebuah skolah yang berada di bawah naungan JAIP(Jabatan Agama Islam Pahang) yang bertempat di Temerloh.. so, bila dah name skolahnye skolah agama.. subjek yang aku amek sudah pasti akan lebih skit dr org len.huhu. ni subjek yang aku ambik..


1) BAHASA MELAYU
2) BAHASA INGGERIS
3) SEJARAH
4) MATHEMATICS
5) SCIENCE
6) BAHASA ARAB TINGGI
7) PRINSIP AKAUN
8) EKONOMI ASAS
9) TASAWWUR ISLAM
10) PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH
11) PENDIDIKAN SYARI'AH ISLAMIAH


Sampai2 kat skolah je tengok diorang da berkumpul ramai2 camni. adoii... btw, aku pergi kol 11.10. hahaa. sbb, cikgu ckap. start kol 11.. tp aku tgk macam da ramai je even majlis x start lagi.. tapi, aku tgk lagi.. ramai jugak pakai baju biasa! yesss.! x de la aku tersipu2 malu pakai baju biasa.. choii!..lepas tu , bila da smpai je.. ade orang dari kipsas, dia kasi pamplet nih...


Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah..pastu, dia da umumkan result2 murid2 cemerlang iaitu mereka yg memperolehi straight A dan 5A ke atas..aku rasa, x nak la aku mention nama2 pelajar yg cmerlang tu. bukan ape. aku cemburu kott. aku ni x cemerlang ponn. haihhh.. biarkan2 . HAHA..smpai gambar diorang pun aku x tgkp! omaigod! waddehek tol lahh..


Cikgu yang kelihatan busy menyusun fail2 slip2 untuk diagih kepada lebihan pelajar yang x cemerlang mcm aku. kah3..dann, aku cuak2 berudu je nak serbu.. kalau da name aku x de kat 5A punya org.. agak2 msti 4 3  A. aduii.. skit skit skittt...xpelahh.. aku lepak2 japp.. sbb ramai ngat budak2 ni berasak.. macam pasar dah jadinya.. x caye? tgk nih..


alamak haii! ramai gilaa gegirl! hahaha. x brani guaa nak mencelahh...takpe takpe. sabar lagi.. even aku da cuak gilaa. kawan aku da check dulu pakai SMS. so dia dah tau laa yang dia dpat brape. cess..dan dia x dela neves dahh! aku je yang cuak2 katak kat sini. kawan aku si Ruslan tu pulak da dpat 6A dah! demm lahh. jeles gila kot aku dgn kau lan! ko cakap time jawab aritu banyak silap laa.. tu laa ini laa. alih2 ko dapat 6A! kenapaaa!? hahahaa. xdelah. TAHNIAH ye ruslan :') ..bila dah habis turn pempwan ni.. aku pun.. ambik la result aku... andd.. yeah, seperti yang dijangka.. kalau x 4A mesti 3A. aduiii....

 xpe la.. Alhamdulillah la dapat 3A. bukan ape... korang nak tau x aku start aktif berblog ni bila? nak tau!? time SPM lahh! hahaha. time orang sibok duk baca buku..aku plak sibuk duk study HTML code.. so, aku rasa 3A tu macam da berbaloi la bagi aku yang usaha sekangkang kera ni..nak banyak2 rugi lahh! dah la usaha takde! PUIIIH! ..

TIME TRIAL dulu pun.. aku dapat 1A je.. FAILED brape? HAHA. 4 aku failed wehh.. EMPAT! banyakk x? see? aku mmg jenis x serius.. tiba2 aku teringat kata2 cikgu hanisah "Syed, awk ni mmg jenis yg x serius laa" aku kalau boleh .. semua menda aku nak amek remeh temeh. bagi aku semua mende x penting..blajar?? mmg la aku nak belajar. tp aku x pnah study pon.. seriously.. ape yang aku dapat pon hanyalah tumpuan 40% dalam kelas.. (40% sbb banyak men time cikgu ngajo) 


da amek slipp..dapat la sijil berhenti sekolah.. so now, im OFFICIALY NO LONGER SCHOOL STUDENT. ceeiit! hahhaa..baru daapat.. skola laen da lame da dapat.. pastu.. dapat surat akuan...ade penilaian sekolah laaa kegiatan kokurikulum lahh...jawatan khas laa.. macam2.. HAHA. so, ni haa je laa jawatan dan kegiatan kokurikulum yang aku ada sepanjang 2009~2010


ingat sekolah aku ni aktif sangat ke koko? huhu.. x de la aktif mana.. tp dapat la sikit2 jawatan walaupun aktiviti kadang2 x gerak. kui3...

Persoalan disini.. cukup ke 3A? ckup ke 3A nak masuk IPT? HAHA. aku x tau.. jgn tanya aku.. sbb kalo tanya aku mesti la aku ckap CUKUP! untuk sedapkan hati aku kan!. kah3..aku rasa entry aku ni da tlampau panjang. x pe la.. next entry aku nak buat analisis matapelajaran aku la rasanya. hahha.. btw, tahniah ye semua yang berjaya.. yang x berjaya macam aku.. cuba lagi! insyaAllah. ada je rezeki tu.. dont worry laa.. (walaupun aku tgh sedihh) .sedihh gila kot tgk blogger2 yang sume dapat high2 mark tu. rasa cam nak sepak2k je. dushh! 


owhh. nama dia AMIN. dia dapat 4A. hahaha! XD


TAHNIAH KORANG2 SEMUA YG BERJAYA! YEAHH! SEMOGA KITA BERJUMPA DI MENARA GADING EAAAAA! 

P/S : nak tangkap gmbar org korang da blek. hahaa! XD
P/S : Aku dapat 3A. sob

ASSALAM

Tuesday, March 22, 2011

Contest Adik-Beradikku Yang Cute


Assalamualaikum.. 1stly. nak bagitau yang aku dah ngantuk. lepas tu aku nak bagitau lagi yang aku join contest ni. pastu aku nak bgtau contest apa yang aku join. HAHA. aku jon contest adik beradikku yang cute . by Fadhirul Ahmad . Sebab utama aku join contest ni sebab aku mula perasan yang sememangnya adik beradik aku mmg kiut. hahaha. so, aku rasa kalau aku join contest ni. aku konfirm menang la! 
*ayat x leh blah*

NAK BACA SYARAT2 PENYERTAAN TENGOK KAT SINI
so, tanpa melengahkan masa.. jom kita starrttt! 


dari DEPAN : Aku 
BERTUDUNG CEKELAT : Akak Aku..

kitorang ade dua adik bradik je lahh! hahaha. so, ini lah kami. kiut kan? aku lah yg paling kiut skali dr akak aku..kan kak long kan? HAHA. harap kau x baca.! XD

then, soalan dia .. KENAPA AKU PILIH GAMBAR NI : banyak sebab sebenarnya aku pilih gambar nih. 1st, gambar ni adalah diantara gambar2 kami yg terkiut.. *saje malas nak letak yang paling kiut* kang x de saingan la plak kan dgn diorang. KAH KAH KAH..selain itu juga, aku pilih gambar ni sebab aku ade buat pose yang agak pelik disitu.. utk pengetahuan ramai, aku ni seorang yang pemalu.. kalu dilihat dari sudut aspek pergambaran *poyo* semua pose2 aku amatlah kaku dan tidak bernyawa. then, bila aku lihat aku post macam org yang x sihat hensem ni...aku terus memilih gmbar ni..lagi satu, tetibe teringat kata2 ANWAR HADI " I do like my new blazer..pretty rockin rite?" lebih kurang cam tu la.. kalau anwar hadi ckap dia punya blazer tu blazer baruu.. aku pn nak ckap.. jacket tu jacket baru LOL..

Seterusnya..aku pilih pic ni jugak jugak sebab pose akak aku..akak aku ekceli sangat suka berphotogedik! tapi, dia punya post amatlah kaku.. nak tengok dia buat peace tu susah wehh! ni pun da kira 1000 rahmat da tergerak hati dia nak buat peace tunjuk kat org ramai.. selain itu, pemakaian yang dikenakan oleh akak aku pun agak sopan...Makanya, tiada kecacatan bagi gambar yang aku pilih ni...

Secara konklusinya.. gambar ini amatlah menunjukkan bahawa kami ini adalah adik bradik yang kiut miut dan hensem mensemm..dan saya rasa gambar ini layak untuk diangkat sebagai pemenang bagi contest ini. HAHAHA ! .So, aku nak tag MEREKA ,

RAKSASA! yg mcm raksasa
Fakhrul! yang kuat melucah
POK NIQ! rakan kpd fakhrul yang juga kuat melucah

p/s : kenapa aku macam abg? demmm

Monday, March 21, 2011

MAAFKAN aku SAHABAT


CD024M096 sepatutnya. tbalek! XD

Assalamualaikum...hari berganti hari...waktu berganti waktu..saat berganti saat..detik berganti detik... baju berganti baju.. seluar berganti seluar... demm *merepek* . pejam celik pejam celik dah bulan 3! WAAA. serius x sangka doh! aku rasa macam baru je NEW YEAR! ..kalau dulu kan.. time bulan 1 dulu... "Adoi..lambatnya laa nak bulan 3..aku da bosan gilaa dok umah" but now...
 "hoii.. boleh x undur masa balek! aku x nak bulan 3.. aku x nak dohh! x nakkk!!!"  

#NOW PLAYING : Andai Dapat Kuundur Masa by AXL'S

tetiba feeling gila plak kan aku layan lagu ni! ..ape masalah ngan bulan 3?? hahh? LOL. kau tanya aku ape masalah aku dgn bulan 3?? waaa... 23 hb! 23 hb result keluarrrrr! ARGGHH... bukan result UPSR bkn result PMR tp result SPM! aaaaaaa.. SPM je pon. kecoh la kau... ahh! haruslahh aku kecoh! cuak gilaa kott..serius aku x keruann... mula2 aku x rasa pape ponn.. haha. pastu, kwn aku dok kecoh2 p antar mesej tanya nak gi skolah pkul bape. pdhal baru ari ahad smalam! lambat lagi nak smpai hari rabu! kan aku da x balas mesej kau! haa. padan muke! *sorry Ruslan! kah3.

SO, means that 1 hari lagi kena tunggu! pastu..tibalah harinyaa! hmm...agak2 brape ler aku dpat..ntahh, aku da penat pk psal mende ni.. aku ni bkan budak pandai.. time pekse tak pnah pun dpat top 10.. usahkan top 10.. top 20 pun x melekat kat aku weh! Aku pn bukan budak sains.. aku budak perakaunan je.. tp, ya! aku sedih mengenangkan kertas akaun aku yg aku hnya jwab objektif dengan bahagian dokumen.. tu pun dokumen xjawab abes. aku x buat imbangan duga..x post ke lejar... suma aku x buat.. nak lulus pun x boleh derr....aku x minatttt laaaa.. aku x minattt subj tuuuuuu....time cikgu ajar aku x bawak buku.. aku x salin.. aku salin dalam kertas.. org len sume ada buku log.. aku?? KERTAS A4 je weh.. pastu.. everytime cikgu tanya.. ade sesape x faham!? then aku hipokrit.. aku buat2 faham. even actually aku x  faham pon..
dah la. buat malu aku je. really embarassing! demm -.-"

dahhh, apa sahaja result yang bakal aku terima.. aku terima seadanya.. it suit for a lazy boy for me.. pffftt. aku malas reveal true colors aku. kang sume dok keji2 aku.. kahh3. 

Dikesempatan ini juga.. aku ingin memohon maaf kepada semua readers2 SyedGraphiX.com. aku nak mintak maaf andai aku ada terkasar bahasa dalam entry2 aku... ter salah taip kat mana2 yang menyentuh sensitiviti kau orang ..dann.. segala kesilapan aku yang aku x pernah nampak! so sorry ye..

Seterusnya..aku nak mintak maaf dekat mereka : 

Aslann As : bro, aku nak mintak maaf banyak2 kat kau. sebab aku rasa aku banyak kuajo dgn kau..aku jadi aisyah utk kaco ko. wakaka..Sorry ye! kalau ada silap lain aku yg kau tacink ke hape ke jadah sume tu. aku mintak maaaf ye! 

Muniraksasa : kat kau pun aku rasa aku banyak kuajo jugak...nak mintak maaf banyak2 jugak kat ko ye akakk! kah3.. ko tu laa. perangai macam budak2. so, aku ak kadang2 terjadi budak2 la jugak bila org tua berperangai budak2 depan aku...cuba kalau aku panggil kau kakak. kau panggil aku adik. kan sweeet tu. wahahaha XD . baru la aku x kuajo dgn ko kalau camtu..ni takk.. panggil ' Aku , Ko ' macam kawan2 aku je..aku dengan kawan2 aku mmg da biasa kuajo camtu.. sbb tu aku dgn ko pon jadi macam tu.. mintak maap ye akak yg kiiuut macam raksasa barbie doll.

Man Yusoef : MAN! ko rasa aku kuajo x ngn ko?? aku rasa aku kuajo jgak kot dgn ko.. so, aku nak mintak maaf jugak dkat ko banyak2.. terutamanya part yang aku edit gmbar ko jambu2 tu.. im sorry again..lagi satu, aku nak mintak maaaf sbb slalu panggil kau 'orang tua' walaupon ko muda belia lagi..

Kyerull : WEI! kes ko pon sama macam man. aku nak mintak maaf jugak pasal mende2 tu sume.. aku gurau je tau.. no offence! maaf lagi skali sbb terkuajo dgn kauu..

ahhh..entry mintak maaf yang paling membosankan.. dah la aku banyak kuang ajo dengan orang.. mampus aku nak buat ucapan sensorang utk stiap satu.. so, aku nak ringkaskan laa.. disini, aku nak mintak maaf lagi dekat taufiq helios , Fakhrul , Niq , Siti Safiyyah , Cik Ladies , member2 BCR , Amira anorah  *sebab kutuk doodle hang*Hasif Zul , ifti larina , Hafiz Hafizol dan semuaaa org yang aku terkuajo! aku mintak maaf lagi skali ok!? 

kadang2 niat dihati nak bergurau je...  tp, MAAF...aku bkan manusia sempurna.. :')
Wish me LUCK okay! and do pray for me. pleeaase.. hmm, 

dah dahh. sampai sini je aku menaip harini.. maaf entry terlampau panjang... just nak mintak maaf kat semua org.. baru la aku rasa tenang skit time amek result nanti kan... PEN OFF..

p/s : aku rasa cam nak mati -.- tunggu hari esok 
p/ss : gudluck jugak buat semua calon SPM 2010
p/sss : nampak sangat kan aku ni budak yg kuajo




Saturday, March 19, 2011

SyedGraphiX hensemm? apekah? HAHA

Assalamualaikum... huah! terkejot x tengok tajuk? hahaha! jangan terkejut sangat lar.. da memang aku dilahirkan begitu. nak wat macamane kan? hahaha. ADES. gila perasan aku nih..tapi memang betul pon! aku x tipu korang lahh. aku memang ensem pon! hah.. x caye? jom tgk bukti kat bawah ni ha!

x nampak boleh tekan atau pakai kanta ye!
WAAA! tgk tu..berikut merupakan analisis bagi blog aku daripada pukul 12 malam td smpai pukul 6.30 petang! HAHA. korang nampak x keyword tu?? "ORANG HENSEM" ..pelik jugak aku.. muka aku x de la hensem manaa. tp hensem jgakla kan. dan dan plak boleh lepas keyword ni dkat blog aku dengan 3 HIT plak tu.. wahhh! kagum aku weh. keh3.. pastu.aku try la google...try try tryy.. tadaaa!

x de pon link blog aku dkat situ! waaaa..mana ade nyaa link blog aku yang menunjukkan aku ensem. grrr..x pe x pe...aku try bukak google image pon x dek! haihh. musykil...xpela.. try yahoo la plak...try punya try..

boleh kelik jugak kalo x nmpak
x dak jugak!! adesss... ape ni... abes tu. diorang guna search engine ape ni boleh jumpe blog aku dengan search "orang hensem" . grrr..ok! aku da tau.. mungkin betul kot yang aku ni mmg hensem. so, sbb tu la keyword ni macam da disebatikan dalam blog aku. hahhaa...

Actually bukan tu yang aku nak sampaikan.. ape yang bermain di kepala hotak hensem aku ni adalah.. "kenapa diorang search perkara sebegitu? " aah kan.. kenapa kenapa? mungkin diorang nak cuci mata kott.. tgk mamat2 hensem. demm.. pempwan la tu.. dan , aku rasa lah kan.. diorang search ni pun kemungkinan nak cari pakwe kot.. agak2 kalau taip orang hensem boleh jumpe facebook dia ke. untung2 boleh kenal.. dapat kawin trus. kan kan? hahaha. ade kemungkinan jugak tu...papepon tujuan dia search macam tu hanya dia je yang tau. har har har...so, PENGAJARAN KAT SINI :
  • JANGANLAH HANYA TERTARIK DENGAN PENAMPILAN FIZIKAL SESEORANG ITU..LIHATLAH DALAMANNYA. KALAU LUAR PUNYA KACHAKK!/CHANTEKK! TAPI HATI BUSUK BUAT APA KAN??
  • SEARCH ENGINE MAMPU MENJADI MATCHMAKER KALAU BERHASIL!
  • CINTAILAH SESEORANG KERANA AKHLAKNYA.BUKAN SEKADAR PENAMPILAN MEREKA SAHAJA! *kalau korang cintakan dia sbb penampilan je.. nanti bila dia da x ensem/ x cantikk terus bercerai.. waaa! x nak la camtu! hakk3.*
  • SEMUA MAKHLUK CIPTAAN ALLAH TU DAH ENSEM N CANTIK2 BLAKE :)
p/s : sebenarnya x de idea nak update ni. hahahaa

Friday, March 18, 2011

vTutor : TUTORIAL TRANSPARENT HEADER

Assalamualaikum.. SELAMAT PAGI CIKGU! *tetiba rindu kat skolah* pagi ni.. err..aku nak cakap pasai pa ekk! erm.. jap jap.. oh ye! aku belek2 analytic aku tadi... dengan Nuffnang Analitik pastu.. aku bukak Getclicky dan.. x cukup dengan tu.. aku bukak plak formspring.me .. u know what?? kat analytic banyak je aku dapat keyword "camne nak buat transparent header" . So, oleh itu.. aku telah membuat satu keputusan yang drastik .. drastik ye. bukan drumstick. btw, drastik tu ape?? dem! ..Aku da buat keputusan untk memalukan diri aku..dengan membuat Vtutor atau Video tutorial tentang.. macamane korang nak buat header transparent ni..

Seperti yang korang ketahui.. eceh. aku malas gila nak printscreen satu satu macamane nak buat.. so, untuk tutorial kali ini aku sediakan dalam bentuk video...atau, org panggil Vtutor. *betul ke?* . aku rasa da ramai da buat kott. tp, x kisah la. aku buat ni ikhlas utk follower2 aku yang bertanya ok! . =.=".



okayy, da tengok? so camne? faham x? err.. jap2. aku nak try flashback kat sini ye...step by step..

1st : korang ambik new pastu korang kalerkan korang punya background tu dengan kaler template korang.. knp kna wat camtu? sebab, nanti..kalau korang nak bagi effect je..nak tukar kaler ke.. so..korang terus dapat tgk samada sesuai ke tak kaler tu dengan template korang..

2nd : dah warnakan background korang punya header? then, korang ambik gambar yang korang nak tampal dkat header.. just ambik File > Place.. dan pilih gambar yang korang nak...

3rd : korang da letak gambar korang? mesti nak buang background yang mengganggu kan? so...cara aku.. aku just ambil magnetic lasso tool..dan cut kan dia.. kalau korang x nak guna tool ni pon.. korang boleh guna quick selection tool or wand tool... dan juga brush.. tp, ikut korang la korang selesa pakai yang mana.. kalau aku aku guna 3 tool skali. HAHA *over aku ni*

4th : bila da cantik molek gambar korang tu... apply kan la effect stroke ke , drop shadow ke dkat gambar ko tu.. tp, kalau x nak letak pun ok jugak.. bgantung kpd citarasa korang la..pastu letak kan word korang kat tepi2 tu.. x kisah la korang nak letak ape dan apply kan effect..font korang boleh download dkat dafont.com

5th : bila da siap semua.. just delte layer "background" dan save as .PNG.. dah siapp. senang kan? huhu. ok lahh, tu sahaja dari aku utk kali ni! :) 

Sorry kalau video x bestt eh! sbb aku ni serius pemalu orgnya! HAHA. dan, sila abaikan tab tab kat atas tu.. dem sungguh laa!! .kantoi aku tgh stalk sape. Lebih memalukan lagi aku lupa nak tutup IM aku!! terkantoi la plak aku chat dgn sape! argghhh...itsokay laa.. lagi satu, video aku pun aku lupa nak letak watermark!!! haihhh.. kalo org copy camne!? *x de sape nak amek video ko yg x best syed!* haha. ok lahh, cubaa la tau..sape2 yg taktau tu. yg da tau boleh abaikan. thx for watching!

nota kaki : rasa macam malas je nak menaip nih. haiih. hahaha
pesananakhir : asal suare aku mcam !@#$%^ . 


UPDATE : Penggunaan Vtutor aku cilok daripada masahmadsafwan.com 

Thursday, March 17, 2011

SEGMEN : Best Ke Jadi Budak Kampung?


Assalamualaikum! hahaha, *tiba je gelak* oraitt! malam ni aku nak masuk segmen dari Niq.. segmen dia bertajuk Best Ke Jadi Budak Kampung??? dia cakap kann...dkat entry diaa

"kat sni mesti ramai kan budak yang berasal dari kampung..so ape kata korang join segmen nih..saje nk mengimbau kenangan mase zaman kekampungan dulu.."

Ayat dia macam x kasi org bandar je masuk segmen dia! grrr.. panas ni! haha. ceit. aku ni org kampung ke org bandar? aku rasa bandar la kot.. sbb dari kecik aku duk dkat bandar TEMERLOH ni.. x panggil pun kampung TEMERLOH. so, aku declaired kan sebagai bandar! yess, sebab aku masuk segmen dia ni adalah sebab aku nak jadi budak bandar yang perasan budak kampung! x kiraa ahh..kalo ko reject aku sepak ko. fuhh. gila ganas.. #jokingbeb.. So, soalan dia seperti yang tertera di papan skrin.. erkk

soalan pertama dia...adalah ;

1] Adakah anda budak kampung?

  • Ape ni? kan da ckap kat atas.. aku budak bandar yang perasan nak jadi budak kampung..haiihh.
2] Kampung anda di mana?
  • Kampung aku kat Temerloh, Pahang Darul Makmur.. nama kampung tu.. Kampung Dato' Shariff Ahmad. mesti ko x  tau kan? hihi.. lagi satu kampung aku pun area sini jugak.. nama kampung tu Tembeling.jemput la datang beraya..
3] Apa yang best tentang kampung?
  • Apa yg best ekk tentang kampung aku? aku rasa mcam x de ape pun yang best. haha. yg best sbb ade sungai je la! boleh mandi. hoyeh. tapi banyak x best la. sbb line x dekk. uhukks..
  • Lagi satu, err..time ade event macam kenduri kawen ke ape.. suka laa kat kampung . sebab makanan sedap! hahaha..
  • Pastu ade buah banyakkk..kalau time musim buah tu.. petik2 je. toksah nak susah2 pi cari dkat pasar malam bagai. hahaha...
4] Tempat slalu lepak kat kampung?
  • Lepak? aalaamakhai. x penah pn melepak2 segala.. sbb, ramai budak2 kecik je kat kampung aku nihh.. T__T . org sekitar pun aku x kenal. aku ni bkan mesra alam..kena org tego dlu baru aku tego. kalo x mmg aku x kan tego laa.. haaa. sbb tu susah ak nak cari kawan..
5] Permainan kampung?
  • Permainan kampung?? serius..aku x pnah pon men pmainan kampung dkat kampung.. time dkat kampung kan. aku dok diam diam je.. ye la, x de geng... geng dgn budak2 kecik buat ape. errrkkk.. duk diam sambil terperup dkat rumah jelaa...
PERSOALAN da abes.. hahaa. walaupun pendek. tp, aku bahagia! dan.. aku nak bagi jawapan bagi segmen ni.. dia aku rase.. jadi budak kampung BEST kott!.. kenapa?? haha. maybe sbb free from pollution kot. pastu ade buahh. dapat makan buah banyakk2. sedap gilaa..hehe..cukup sampai sini ekk.. babaii. kalo nak sahut cabaran. klik kat SINI

TUTORIAL : FLOAT SHOUTBOX

Assalamualaikum...

Selamat petang kepada semua! hmmm..Korang perasan x shoutbox aku kat tepi tu?? perasan x?? HAHA. soalan poyo. mestilah perasan kalau da gambar kau besar gedabak Syed oi! Kalau perasan baguslah. hahaha. Actually, aku nak buat tutorial pasal tu lah ni... bukan ape..aku nak buat ni pun sebab almost everyday keyword 'Shoutbox' masuk dalam blog aku... ni mesti sbb post aku yg sebelum ni ade cite pasal jenis2 shoutbox. adoi3..Oleh itu, daripada diorang terus hampa..aku da sediakan tutorial ni utk diorang... jom tgk!

1. Mula-mula pergi ke Dashboard>Page Element>Add Gadget>HTML/JAVASCRIPT
2. Then, copy code di bawah ye..

<style type="text/css">


#gb{

position:fixed;

top:50px;

z-index:+1000;

}

* html #gb{position:relative;}


.gbtab{

height:400px;

width:150px;

float:left;

cursor:pointer;

background:url('http://s2.kimag.es/share/48678709.png') no-repeat;

}

.gbcontent{

float:left;

border:2px solid #666666;

background:#F5F5F5;

padding:10px;

}

</style>


<script type="text/javascript">

function showHideGB(){

var gb = document.getElementById("gb");

var w = gb.offsetWidth;

gb.opened ? moveGB(0, 150-w) : moveGB(170-w, 0);

gb.opened = !gb.opened;

}

function moveGB(x0, xf){

var gb = document.getElementById("gb");

var dx = Math.abs(x0-xf) > 10 ? 5 : 1;

var dir = xf>x0 ? 1 : -1;

var x = x0 + dx * dir;

gb.style.right = x.toString() + "px";

if(x0!=xf){setTimeout("moveGB("+x+", "+xf+")", 10);}

}

</script>

<div id="gb">

<div class="gbtab" onclick="showHideGB()"> </div>

<div class="gbcontent">


MASUKKAN KOD SHOUTBOX ANDA DISINI


<div style="text-align:right">

<a href="javascript:showHideGB()">

[close]

</a>

</div>

</div>

</div>

<script type="text/javascript">

var gb = document.getElementById("gb");

gb.style.right = (140-gb.offsetWidth).toString() + "px";

</script>

  • Warna hijau tu untuk width dan height korang punya gambar...
  • Warna Aqua pulak untuk gambar korang.. letak URL gambar korang nak dkat situ
  • Warna kuning ni memang penting gilaa.. Korang kena pandai ubah sendiri . sama ada naikkan value dia atau turunkan.. depends laa. kalau gambar ko tersorok kat tepi tu.. pandai2 la naikkan yang mana2 nombor.. try and error k! . practice make perfect! aku pun byk kali try and error baru laa dpat yg betul2 fix dkat tepi tu
Ni aku ade buat beberapa image yang x seberapa. kalo nak guna tu boleh laaa...kalau x nak pun tengok2 je la okay? XD
http://s2.kimag.es/share/22194286.png

http://s2.kimag.es/share/23318198.png


http://s2.kimag.es/share/40692203.png


  • Tu je la gambar simple gilaa yang aku dpat buat.. nak lebih2 bayar RM5 ok! wakaka. cesss ko syed.. korang try sendiri la. kalau ade pape yang musykil tanya aku. nanti aku jawab ok? babai! ..n gud luck , Assalam


Tuesday, March 15, 2011

SEGMEN : Ehh, SAYA JAMBU!


Assalamualaikum.. wargghhh! nmpak tak tuu? uiikks.. geli wehh aku tgk! erkk. takpe2... post kali ni..aku rancang nak buat SEGMEN! wahahaha. segmen ape? segmen menjambukan org! yeahh. korang tau x jambu tu ape?? jambu tu buah la! lol. ehhh, mmg la buahh..tapi, jeng jeng jeng.. ada maksud laen slain dari tu.. aku pun baru tauu <-- gila kuno..

Benda ni semua bermula apabila aku telah menjoin kan diri dalam contest 'Gambar Saya Cantik' . demm.. diorang jeles dgn keJAMBUAN dan keHENSEMAN aku seperti gambar diatas. dan aku rasa.. mereka teringin untuk melihat bagaimana jika mereka sendiri yang menjadi JAMBU!. aahaha. oleh itu, untuk permulaan. aku telah memilih 2 insan malang bertuah yang berjaya aku jambukan..nak tau sape? jeng jeng jeng!! tgk kat bwah nihh..


Mangsa pertama aku nama dia MAN YUSOEF ! hahahaa, oitt gadis2.! korang tergoda x! tolong lahh tergoda.. aku yang laki ni pun cairr tgk abg man nih. *GELI AKU!  .hahaa, aku x mau hurai banyak2 psal orang tua ni... korang kutuk la sendiri ekk. hahahaha.. Gambar kedua pulak....tadaaa..!!


HAHA. yang ni pulak nama diaa.. errr Kyerull L Fressco! . ntah ape name aku x tau... name penuh diaa ape erkk. errrr.. x ingat jgak..gambar dia nmpak macam x brape sempurna sangat kott. sebab.. susah weh nak edit gmbar dia.. janggut kambengg banyakk time nih! puas aku ilangkan.! kyerul jgn mara :') .hhaha..

ARGHH...serously aku x puas hati lagi ... x pe.. will be improve for the next picture! hahaha.. yeaahhh.. korang tengok.. ade x rupe2 org korea?? artis ke?? ape??! rupa macam org kutip sampah? demm. kejam kot korang nih. ishh... papeponn... thanks kerana sudi jadi mangsa aku... OKBAI! .Assalam

Nak kenal jejaka jambu di atas jangan lupa singgah sini :

ohya! kalo nak nombo diorang.. boleh drop comment XD

Contest Gambar Saya Cantik

Assalamualaikum. selamat pagi buta ye semua! pagi pagi lagi da ditag oleh seorang member la jugak. tp member alam maya laa. hehe. iaitu PCE atau pokcik EJOY 


untuk join contest yang telah dianjurkan oleh AkuSyarafina


HAHA. walaupun aku check ramai gila yang dah join.. Aku dulik hape! aku nak join gak! x kiraaa! har har har... aku tau la gambar aku x lawa. jgn laaa x kasi aku join. sob3.. btw, boleh ke gambar yang x lawa menang contest gambar sy cantik ni? hahaha. arap2 molehh laa.. pelisss! ni gambar aku kat bawah ni

macam bapok la plak.. terlebih kaler dekat bibir. wakaka! awww awww. bengong

okay fine!! aku tau aku x ensem! chaaiit! tapi x kisah laa. aku edit kasi jambu2 sket. hahaha. btw, jambu tu ape? ntah. aku pun x tau.. org ckap kalo muke flawless, putih dan sebagainya.. maknenye dia jambu. ehh, btol ke? gambar selepas aku tu jambu x? muahaha. okay2! sudahh..Harapan aku, harap penganjur contest ni pilih aku sebagai pemenang sebab dia da jato hati diatas kehenseman gmbar aku! muahahah! pastu, nak tag 5 org kawan aku yg sengal bingal utk join contest nihh...


Alamakk! tlebih satuuu! x pe kann tuan contest kann? hik3...eksaited sangat dok ngapal link diorang.. sampai terlebih satu plak.. pd semuaa. kalo korang nak join.. bleh tgk syarat2 dan camne nak join dekat http://akusyafrina.blogspot.com/2011/02/contest-gambar-saya-cantik.html

P/S : GAMBAR MINTAK TERAJANG JE TU..X DE NIAT PUN NAK MENANG.HAHAHA. SEKADAR MELAWAK. LAYAN JELAAA! XD.X KAN NAK SERIUS AJE KAN?

Okbaii.tido dlu. krooohhh.. Assalam

Monday, March 14, 2011

KURSUS PERGURUAN LEPAS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA [KPLSPM]


Assalamualaikum.. PERHATIAN. PERHATIAN kepada semua calon lepasan SPM 2010.. pendaftaran untuk ke IPG/ MAKTAB telah dibuka ..and, PLEASE take a NOTE bahawa permohonan ini akan ditutup pada 21.3.2011. x lama da tu.. baik korang isi cepat!..

Actually. aku mengupdate psal ni pun sbb ade org igtkan iaitu Abg Afiq Razak..kalau x sampai mati aku taktau yang 21 haribulan da tutup, aku ingatkan 31 haribulan. pheww. nasib baek abg ni bagi tau. kalau tidakk..x berisi aa aku nampaknye. haha...Mula2 aku bukak web tuu...pehh, banyak gila mende kena isi.. macam serabut je tgk. tak caya? tgk ni..


Oh banyak gilaaa. Part yang aku pling pening nak isi.. errr. mesti la part yang SUKAN DAN PERMAINAN . haihh. gila ape.. korang nak tau? skolah aku mana de kelab utk permainan!! kalau ade pon x aktif bebb.. so, bahagian tu mmg aku kosongkan je.. cuma bahagian PERSATUAN DENGAN KELAB BERUNIFORM je la yg penuh.. lagi satu..haihh. skolah aku mana aktif pun kelab uniform! waaa.. nak menipu kang dia cakap kena reject. kui3. so, seriusly aku jujur gilaa isi. haha...Setelah keserabutan melanda.. akhirnya siap jgak!


Aku amek course ni... PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA PENDIDIKAN RENDAH(SK) DENGAN PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH(SK)

Ok ke course aku amek ni? kot2 ramai yg mintak. waa. melepas la aku nak dapat. haha. da la result aku ntah macamane tah.. *sedih sebentar pikir result..tah dapat bape* then, pusat temu duga.. err. aku amek dkat bangi! hahaha.. kenapa aku amek bangi? aku tgk macam area bangi je yang dekat kat situ.. kalau lipis macam lebih kurang je aku rase..kuantan plak x de... ambik bangi best skit kot. alang2 dpat gi KL .haihh. oiitt. kesitu plak aku. kahh3...ok, dah legaa..semua da selesai.. tapi, errr..x de ke course utk skola menengah? aku tgk ade SK dgn SJK je banyak. haiihh..


Okayy.. dah siapp! hehehe... tp printer x de. so x print. adess.. kna print gak ke?? kalo camtu.. kna gi kedai lahh nntii..bagi sesiapa yang belum mendaftar. cepat daftarkan diri anda sbelum tarikh tutup!

Sunday, March 13, 2011

DESIGN TEE SHIRT? : Berbakat Ke Aku??

Assalamualaikum..huarrgghh... hari ini seriously mmg har iyg membosankan _ hari blur blur sedunia bagi aku... dipercayai aku taip entry ni pun dalam keadaan yang mengantuk.. tapi, mujurlah stakat ni masih lagi tiada typing error dek kerana mengantuk dikesan..atas dasar terpaksa,aku kena jugakler update entry utk harini... TERPAKSA? sape paksa kau syed? haha. aku paksa diri aku sendiri.. konon nak update sekali sehari.. huhu..

Aku pun mula menyelongkar laa komputer aku.. yea, komputer aku memang semak.. penuh dgn file2 yah ntah ape2..penuh dgn mende2 yang kdg2 tu..useless jugaklahh.tp, saje gedik2 simpan. haiihh. aku malas nak padam.. tiba-tiba plak aku nampak bberapa baju yang aku design. haha. so, subjek utama aku punya POST harini adalah berkenaan baju yang aku DESIGN tu....


Ni 1st design yang aku buat..btw, ni aku design utk kawan aku.. bukan utk skolah aku ke ape. huhu..agak hancur la jugak. seriusly ni 1st time kot aku design tshirt nih. hahaha


Ni plak yang kedua.. aduhh, wakakkaa.serius aku nak tgelak time tgk design aku lama-lama nih! lawak doee.. x lawa x lawa.... aku x tau mende yang menyebabkan x lawa! tp mmg x lawa lah kan! ahahaha ..


Yang ni nampak lebih moden kot.. sebab aku dah upgrade.. n aku rasa mcam da perfect yang ni. hahaa.. ntah la kann.. tapi aku design untuk yang depan je.. yang belakang diorang nak buat sendiri.. kih3..


Ni plak design ke brape eh? 4 kot. hahaha... aku suka yang ni jgak. sbb nmpak ringkas.. dan x terlampau padat.. walaupun seriously aku masih x tau pape macamane nak design tshirt yang sbenar -.-"

ni yang terakhir la aku bagi korang tgk. hahaha. wat malu je. da la aku edit tah hape2 ntah... tshirt kat atas ni aku designkan utk kazen aku..dia over ngat dok mintak tlg design. hahaha. ( harap dia x baca) ..

So, amacam...korang rasa err..aku ada bakat ke eh dalam design-design tshirt ni? aku serius x pandai.. hahaa. tapi cuba je la kan. blum cube blom tau. hehe.. so, thats all from me tonite...PEN OFF

p/s : baju2 ni semua aku design time form 5 au. hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...