Friday, January 22, 2016

Selamat Tahun Baru 2016 by Syed the Phoneless Guy


Before it's too late, Happy New Year 2016!

2016 is definitely just another year which provides opportunities, blessings and many great things in our life. Every year passing by, I only hope that i'll be better. Bukan apa, tahun demi tahun, umur kita pun bertambah kan? Aku sendiri pun tahun ni dah 23. Walaupun kita tak rasa pun kita ni macam dah tua, tapi seriously 23 is quite a number sebenarnya. Memanglah kematangan apa semua tu tidak boleh diukur dari segi usia tapi seriously if you're old but you're still childish / tak matang atau tak reti beza baik buruk then kau memang patut risaukan diri kau sendiri. Sepatutnya kematangan tu bergerak seiringan dengan usia kau. And for those who experienced many things since small mungkin akan lebih matang dari kita yg dah tua tapi tak lalui banyak benda ni. *faham ke apa aku cakap ni? sorry lah campur English dgn bahasa ibunda sebab nak feeling omputeh kot.

"2016 please be nice"
*Not a good start but hopefully will be a good one

Memang setiap tahun rasanya kalau nak menjelma tahun baru tu ada saja yg suruh tahun tu untuk berlaku baik kepada mereka. *Ya Allah bakunya syed. Aku pun turut termasuk dalam bandwagon tersebut padahal. hahaha. Tapi, tahun ni aku macam terlupa pulak nak suruh 2016 be nice. Alahai. Maka dengan itu, atas dasar kecuaian dan kegelabahan seorang Syed, aku pun terjatuhkan handphone jenama ASUS ZENFONE 6 ke dalam precious longkang depan rumah aku. Dan secara tidak langsungnya aku tidak mempunyai phone lagi buat ketika ini. *sedih bak hang. Cerita macam mana phone aku jatuh longkang tu macam kelakar tapi takdela kelakar sangat. Kejap aku nak cerita.

Cerita dia bermula macam ni, hari Sabtu 2 January 2016 tu aku ready dah nak balik ipg sebab kelas start 4 january kan. So, aku pun duk leka angkut barang dari rumah ke kereta yang diparking di tepi precious longkang tersebut. Masa dalam perjalanan ke kereta tu aku tengah angkut comforter dengan bantal sekali. Disebabkan cuti yang agak lama ni, badan aku macam biasalah kilogramnya bertambah la apa lagi. Seluar yang aku pakai tu pun poketnya tak muat untuk mengisi phone yang sebesar gajah ni. Aku pun buat keputusan yang agak bijak la sebenarnya dengan meletakkan handphone di atas comforter dan bantal tersebut. Lalu, aku buka pintu kereta dan nak masukkan barang-barang tu. Tiba-tiba aku terdengar bunyi *plopppppp*. I was like, Oh shit bunyi apa tu?. Aku dengan kadar yang segera lah juga tengok phone dah hilang and rupanya phone tu yang jatuh dalam longkang!!!!!

Aku pun terus dengan sepantas kilatnya pergi ke precious longkang dan mencapai phone aku. Air dia macam warna kelabu sikit time tu. Aku ada cium sikit. Bau dia macam menusuk kalbu juga la. hahahahaha *aku memang takleh bau busuk busuk ni. lol. So lepas dah ambil phone tu aku laju-laju pergi sabun phone tu sebab busuk! then lap slow slow lepas dah wangi. Orang kata kalau phone masuk air jangan on power button tu. Tapi aku kan macam gelabah and tak menyabar sikit. Aku try lah on. Aku pun excited sebab elok je boleh touch screen semua elok takda hal! Pastu aku tutup balik sebab lama-lama dia mcm tak berapa responsive. Pastu aku cepat-cepat cari beras nak rendam phone dalam beras. Dalam perjalanan ke IPG tu aku bawa sekali beras sambil try phone banyak banyak kali. Aku ingat takda masalah apa lah.

Rupanya, bila dah sampai IPG. Aku rendam lagi dalam beras dalam 2 hari macam tu and memang phone tu takleh pakai. Tak boleh pakai sebab dia tak detect sim card and IMEI pun takde. Baseband dia yang orang panggil radio tu pun rosak. So, cerita dia overall memang phone tu tak guna lah sebab dah rosak. Maka, sampai sekarang lah syed seorang yang phoneless...

Hidup dengan elaun tak dapat lagi, duit takda, phone takda sesuatu yang mencabar juga sebenarnya. hahaha aku actually baru berazam taknak main phone dalam lecture hall. tapi mana tahu doa aku ditunaikan dengan cara yang macamtu. Mungkin Allah taknak aku buat dosa. Taknak aku lagha dengan benda-benda sosial media ni kan. Eh hahahha. Tapi alah, aku positif je ni. Allah takkan bagi sesuatu ujian melebihi kemampuan kita. Aku positif je. Ramai je yang cakap aku ni tak boleh hidup tanpa smart phone and so on. But, let me prove them that they're wrong. Dah nak sebulan kot aku hidup tanpa smartphone. Hidup je lagi dan masih lagi seorang syed yang engkorang kenal. *taktau la kalau tetiba ada perubahan ke apa kan.

Next week dah start praktikum and action research aku yang masih lagi tergendala. Mungkin kena banyak berkomunikasi dengan orang. Orang nak hubungi aku pun susah sekarang ni kan. Takpelah, InshaAllah kalau ada rezeki ada lah boleh beli atau dapat phone yang baru. Entahlah, buat masa ni rasa macam selesa sangat takda phone. *walaupun kadang tu gelabah pinjam phone orang hahahah. 

Ehhh. Sorry lah gais, dah pukul 3 pagi dah ni. Aku sepatutnya menulis kajian tindakan tapi sempat lagi mengelat tulis blog. Roommate nak tidur pun tak boleh sebab lampu tak tutup lagi. Ok makanya sampai di sini sahaja penulisan seorang Syed yang macam chipsmore ni. Sehingga kita berjumpa lagi bye.





Tuesday, February 3, 2015

Hari-Hari Syed Tahun 2015! #SyedBercerita

Salam,

Alhamdulillah. Akhirnya sampai juga ketahun 2015. Rasa macam sedar tak sedar je dah berumur 22 tahun secara tidak officialnya. Dengan pertambahan umur ini aku harap aku mampu menjadi lebih matang berbanding tahun yang sebelumnya. 

Entry kali ni aku nak bagi nasihat sikitlah. Aku tak rasa macam nak letak gambar banyak-banyak. Cuma, kalau ada tu, adalah. kalau takde tu hadaplah entry yang penuh dengan coretan seorang Syed. Sesungguhnya aku betul-betul rindu nak menaip dekat blog ni. Nak kata takda masa takdelah jugak. Banyak je masa aku. Cuma selalu ada writers block bila nak menulis. Tu lah pasal aku duk tunda-tunda. Lepastu blog kena malware lah apa lah. Tu satu lagi masalah, maka seorang Syed pun mengidam mahu menulis di belog yang usang ini.

Tahun 2015 ni dimulakan dengan cuti semester dilanjutkan selama seminggu. So, another extra time to be with your family. Tapi tu lah, extend sebab banjir. Tak lepas ke mana pun. First time experience banjir yang teruk sampai tak boleh nak keluar ke mana-mana tu. Duduk dalam rumah makan apa yang ada selama seminggu kot. Lauk untuk lunch, dinner and breakfast sama je iaitu nasi, ikan masin dan sambal. Mula-mula macam cool je lah makan semua benda tu lama-lama macam hmmm bosannya dah biasa makan ayam tiap hari tetiba kena tukar makan benda lain kan.

Time banjir tu jugak dapatlah menyaksikan banyak umat manusia yang kaut keuntungan di atas kesusahan orang lain. Barang-barang apa semua mahal nak mampus. Bukan nak kata tak boleh nak naikkan harga barang ke apa. At least naikkan sikit je sudah lah. Ni sampai satu botol air mineral tu RM10 untuk beli petrol memang tak patutlah. Banyak lagi benda yang boleh dibincangkan pasal ketamakan umat manusia ni. Takda usaha langsung nak menolong orang meringankan beban. Lagi diketuk ada lah. 


Ni antara kawasan yang teruk dilanda banjir la. Time ni air tak menggila lagi naiknya. Tapi ni pun dah cukup tinggi lah jugak ni. 

************************************************


Okay, Next aku nak cerita pasal hidup aku sebagai seorang student IPG yang awesome tu. Lepas dah puas bercuti serupa ikan paus terdampar, maka aku pun pulang ke maktab tercinta demi melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pelatih guru yang berjaya. kah kah.

Tahun ni aku bersyukur sangat tak tahu nak cakap cemana. Result aku untuk sem lepas tu not bad lah kira tinggi lah dalam sejarah hidup syed. Walaupun syed seorang yang malas dan seorang yang suka study last minute tapi syed sentiasa bersyukur kerana result tidaklah mengecewakan seperti yang disangka. Alhamdulillah terima kasih ya Allah. Gambar kat atas tu gambar hari kedua kelas dah kot. Gambar hari pertama pi kelas aku takdak tangkap sebab aku takde mood pun nak bergambar time tu. hahahaha boleh dak gitu?

Semester ni macam pack sangat rasa. Penat jugaklah. Kelas selalu sampai petang. Aku suka gaya hidup yang bizi macamni tapi kalau kelas sampai petang ni hmmm sampai petang tu lah aku duk main henpon sepanjang masa. Biadab betul. Bukan apa, aku syak aku ni macam bebudak. Low attention span. Boleh fokus kejap kejap je time kelas, kalau fokus lama sikit mula ah berangan! Rasa konghaja ada jugak kekadang tu MashaAllah Syed ni bila lah nak insaf.

Selain kelas sampai petang, kena organize Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) lagi untuk semester ni. yang ni pun boleh tahan penat dia sebab kena turun training lagi and macam banyak sangat benda nak kena design. Tapi takpelah benda ni macam boleh settle kejap ja. Nak turun petang-petang lagi untuk praktis rumah sukan. Penat jugak tu sebenarnya. Tapi sebab turun padang tu aku suka lah. At least bila kita turun padang tu ada acara track and padang boleh lah duk keluarkan peluh sikit-sikit. Malam macam biasalah kalau aku rajin aku mainlah badminton. 

Semester ni aku rasa macam peluang aku nak kurus tu macam banyak. KAHKAH. Aku macam dah rajin sikit nak menceburkan diri dalam bidang-bidang yang tak biasa aku buat. Contohnya baru-baru ni aku main Volley Ball. Benda tu macam rare gila tau dak. Aku ni seumur hidup manalah pernah main volleyball. Sentuh bola ja pernah lah. Rules apa semua pun taktau. Masuk court tu macam aku ni alien tau dak sebab tak tahu apa-apa. hahahaha tapi ok lah jugak main benda tu. Seronok sebab yg main tu semua aku kenal so takda lah malu sangat. And sebab aku kenal semua orang kat situ lah aku macam yakin sikit nak join. Kalau tidak memang tak lah aku tetiba offer diri nak join main volleyball which is so impossible. 


Okay, next. Aku nak cerita pasal lecturer ni. Aku baru je belajaq dgn dia. Mdm fazlina tak silap aku nama dia. Bagi aku dia sangat cool dan lawak. Aku suka cara dia buat aktiviti dalam kelas aku haritu. Kitorang punya task kena tulis pasal teachers qualities yang kita ada. So, dia jadikan aktiviti tu menarik dengan buat satu aktiviti and suruh classmate isikan dalam satu kertas yg describe pasal kita. Faham dak? HAHAHA engkorang tak faham pun lantak lah janji aku faham.

Time kelas tu aku rasa aku tak tengok phone langsung. For the first time ever kot. dah lah banyak buat lawak aku macam tak larat nak gelak dah macam nak putus segala urat ketawa aku weh serius tak tipu! She's fun! aku harap dia akan terus fun and doing great sampailah ke akhir semester aku nanti. hihihi....

Lepastu, tahun ni juga aku berjaya menjadi volunteer di Zoo Negara! Bagi aku experience ni paling awesome lah weh! Gila apa kau kena cuci taik harimau, kandang harimau semua tu! Aku sebagai seorang yang sangat penggeli membuatkan aku banyak kali lah jugak hampir muntah and pening-pening kepala. Tengok taik dia ketul-ketul lagi lah buat aku tak senang duduk weh! ya Allah. Ni aku menaip ni pun dengan imej taik harimau tu masih jelas bermain di minda. 

Cuci longkang lah semua and banyakkkkkk lagi. Aku takde rasa benda lain pun time tu. Sepanjang proses cuci kandang, longkang and tahi semua tu minda aku rasa macam nak balik je! Gila apa. Taik kucing kat rumah tu pun aku fikir 10 kali nak ambik taik tu pakai apa. hahahhaha. Ya Allah memalukan betul syed ni. Kalau ada anak nanti cemanalah dia agaknya hmmm. Tapi rasa lega sebab I managed to complete the task. 

Lepas dah habis cuci semua mende tu, dapatlah jalan-jalan satu Zoo Negara. Nampak tak gambar butterfly tu? Aku masuk je dalam garden tu rasa macam nak meroyan tau dak. Rama-rama berlambak gila macam menarik sangat untuk tangkap gambar cantik cantik! Tapi malangnya aku tadah tangan ke udara tapi takdak rerama pun yang sanggup hinggap. Rupanya, bila aku cium balik tangan aku......hmmm, ada bau kari pulak time aku lunch tu. Patutlah rama-rama tak hingin nak hinggap. 


Okay ni cerita terakhir! haha. Dalam 2 minggu lebih jugaklah kat aku hidup kat ipba tanpa bekalan elaun dan duit yang mencukupi. Akhirnya aku berjaya turunkan berat sebanyak 3 kilogram! Alhamdulillah bersyukur sangat dah tu. Ingat senang ka nak turun 3 kilo hah?? haha.

Tapi sepanjang aku takda duit tu aku geram betul dengan depa ni yang tak percaya aku tak makan apa-apa sepanjang hari. Tahulah kerja aku duk insta gambar makanan ja tapi tolonglah percaya bahawa syed tak makan pun time takde duit tu. sob sob. Cuma tu lah minum air banyak-banyak je yang mampu. Pastu jogging lagi time perut kosong tu. Kalau tak turun berat aku meroyan jugak lah rasanya. haha.


Ni insiden terbaru Syed kot! Orang lain punya first day februari semua indah indah. Aku punya indah jugak lah. Aj ajak overnight malam tu, dinner kat sushi king lepastu tengok movie semua. Best lah :) . Tapi tu lah, malam kejadian tu perut aku sangatlah sakit. SAKIT MACAM NAK BERANAK (macam pernah beranak kan). Tapi seriuslah, memang sakit gila tak dapat dibendung kot. Time makan sushi ni bahagia lagi. Lepas habis je sushi tu aku dah mula rasa loya semua ada. Bayangkanlah tengah tengok movie lepastu tengah-tengah tu berlari ke toilet semata-mata nak muntah. 

Aku tak boleh nak ingat balik peristiwa tu. Rasa macam nak cabut-cabut perut ni adalah. Lepastu time berenti makan kat restoran arab tu aku kemain lah singgah toilet banyak kali sebab ready nak muntah sampai tertinggal phone dalam tu. Nasib baik lah aku datang balik and ada lagi. hurmmm :( . Thanks la aj belikan gaviscon semua. Aku baru harini sihat sepenuhnya. ambik masa 3 hari jugak nak fully recovered. Aku memang tak boleh sakit perut. Kalau aku sakit perut mana pernah sakit kejap kejap. Mesti sakit sampai 2 3 hari. Seksa kot seriously. Taknak ingat balik!

Akhir kata, terima kasih kalau ada yg membaca. InshaAllah semester ni kalau rajin Syed akan update sentiasa pasal apa yg menarik ye! Thanks :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...