Showing posts with label blog review. Show all posts
Showing posts with label blog review. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

BLOG PINK IZZATY HEDRY DAN CELOTEH MAIRA QUEEN

ASSALAMUALAIKUM

Honestly aku cakap.. aku sebenarnya dibayangi rasa bersalah yang teramat sangat kpd semua yang join aku punya segmen review blog pada bulan 5 yang lalu. see? sekarang da bulan ogos pun masih tak settle. 
teruk kan aku? sorry² . Actually.. time aku bukan segmen review ni hari tu.. aku masih dalam persiapan nak sambung blajar.. so, sekarang..bila dah sambung blajar..ada masalah internet pulak.. so, makin tertangguh la jadinye.. tpi, takpe.. aku tetap akan review blog korang.. walaupun lambat


BLOG IZZATY HEDRY
"hati tak pandai menipu, itu lah nama bila hati izzaty herdy berbicara" . Serius aku suka tagline dia.. 
blog izzaty ni bertemakan warna pink.. blog dia sangat kemas, takde widget terabur dan.. dah cukup cantik lah bagi aku... cuma.. certain things macam ,


Recent post dengan shoutbox je aku rasa yang izzati ni kena perbaiki.. first, bagi shoutbox tu.. kena naikkan value skit kasi dia tak tersorok.. taktau camne? try godek entry aku yg ni TUTORIAL FLOAT SHOUTBOX. Then, untuk recent post punya thumbnail tu.. untuk bagi dia nampak kemas lagi.. just perlu tukarkan image url bagi thumbnail tu je.. so, i think it will be okay! :)

BLOG MAIRAQUEEN
Next, beralih pula kepada blog Maira . Yang ni lagi la aku rasa bersalah.. sebab, dulu dia guna blogspot. sekarang dah tukar domain dah.. baru aaa aku sibuk² nak review. huaa. sorry maira!. Melihat kepada blog Maira ni.. aku rasa ada banyak la jugak yang kena perbaiki.. 1st skali aku sentuh part header la sikit..


Header maira ni.. aku rasa combination kaler je yg tak berapa sesuai. Combination kaler yang mungkin sesuai ialah biru dengan hitam or biru putih, TETAPI , bukan lah aku cakap kombinasi tu tadi msti kena ikut warna background. TIDAK! . Cuma, kalau nak kasi warna seragam dan nampak nice lah.. Kalau macam header maira yg skarang ni.. aku rasa tak berapa sesuai sikit . sebab, first skali dia punya font. Font pandai ke aku tu spatutnya kena ganti dgn font lain. sebab, font jenis macam ni mmg tak sesuai nak di-apply effect stroke.. Font macam ni just sesuai kosong sahaja..

Then, warna font yang digunakan. Iaitu merah + kelabu. Ni yang aku maksudkan tak berapa sesuai. sebab, bila merah (warna terang) di combinekan dgn warna kelabu (warna font) . Maka, warna font tu tadi akan tenggelam dek kerana warna merah yang terang tu tadi .. Macam perkataan "berceloteh" tu.. yang tu ok la skit. sebab, both of the colours are bright.. So, ko kena banyak cari kombinasi kaler yang sesuai je maira! :)


Kemudian widget share facebook ni. Aku rasa hang salah coding ni maira.. cube check balik coding dia. sebab, benda ni just menganggu pembaca nak baca entry. hehehe. (",) . Yang lain aku rasa overall okay lahh..

Okay.. lengkap sudah dua blog yang aku review untuk hari ini. InsyaAllah akan sambung bila-bila lagi...bila masa mengizinkan lah iye! :) . dan, maaf andai ada tersalah kata yg mengguris hati korang ke bila aku review blog korang ni... aku pn bukan bagus sangat...just nak bagi pendapat je. Thanks 

Wednesday, June 8, 2011

BLOG PINK NURAMALINA ATHMAN


ASSALAMUALAIKUM

Agak lama la jugak aku menyepi daripada membuat review blog ni. tapi korang tak kisah kan? tlong la faham aku. hehe. sbb, aku ni bukan 24:7 dpan laptop . *eh takk. 24/7 laa -.-"*

So, harini aku nak mulakan balik sesi review blog aku yg dah tertunda sekian lama. hahaha.. skarang ni.. giliran blog Nur Amalina untuk di review..so, tanpa melengahkan masa. jom baca ape pendapat aku pasal blog dia >.<
TEMPLATE
Template blog amalina ni aku tgk just nice je.. kaler pink. memang sinonim dah kan dengan seorang perempuan. tapi, aku rasa .. menu bar yang ada "home,tutorial,fb" tu lebih baik kalau diletakkan di bawah header. sebab kengkadang aku masuk blog org trus scroll down, then mmg tak nmpak part menu bar kat atas tu.. then, kalau menu bar tu dapat digantikan dengan image lagi better kot. hehehe..

Lagi ape ehh. ermm... yang nuffnang punya iklan tu rasanya kalau letak dekat belah atas lagi ok kot. ye lah kan. kalau letak iklan kat bawah.. kadang-kadang orang tak perasan sangat. so, bila orang dah tak perasan iklan tu.. acane diorang nak click iklan kite kan? so, widget iklan nuffnang tu. try move kan kat atas.. 

Kedudukan kotak shoutbox tu pulak. cuba Amalina try letak dkat bawah widget follower tu.. sebab, kadang2. lepas diorang da follow.. diorang boleh shout dkat situ.. tak kisah laa diorang shout "i follow u , please follow me back" ke.. janji diorang senang nak tinggalkan pesanan. takyah nak scroll bawah sangat untuk mencari kotak shoutbox tu.. senang kan? so, kita da permudahkan orang kat situ..Lagi ape ehh.. rasanya takde ape dah kalau part template ni. sebab template mmg dah ok..
ENTRY
Sekarang kita move kepada part entry plak.. adehh.. aku ni takde la bagus sangat nak tegur tegur entry orang ni. HAHA. tapi, nak try la jugak tegur skit.. blog amalina ni.. dia punya entry more to personal life dia.. kdg2 pasal blogging life pun ada... dia rajin join #WW. Kalau tengok dkat blog dia. mmg banyak la entry wordless wed ni. hhaa. Pastu, dia pun ada jugak cerita pasal si gambir kuanghajo tahap 10 tu -.-"
KLIK KALAU NAK TENGOK ENTRY AMALINA PASAL GAMBIT
Eh, ape aku ni. si gambit tu kan da mintak maap. HAHA. biar. lantak. pdn muka dia -.-"

Bahasa yang amalina ni guna pun lebih kurang je macam aku. kengkadang guna baku skitt. kengkadang ada part part tu.. keluar je bahasa pasar. tapi, takde ape la. as long as takde guna bahasa rempit or yg sama waktu dengannya aku ok je baca.. Aku rasa da takde pape dah kot. ok, ckup sampai kat sini. hehe. cuma, nak pesan kat amalina.. kalau boleh banyakkan lagi entry yg boleh dibaca.. sebab, ape yg aku perasan.. aku klik older post asyik entry #WW je. takde entry psal life or something like that. hehe.. no offence k? thanks. tapi, older post banyak skit ade plak. hhaha XD

Thursday, May 19, 2011

TERJAH BLOG NURATIQAH


ASSALAMUALAIKUM

Blog ke dua yang aku nak review arini ialah blog http://luv9nteen.blogspot.com/. Nama Tuan blog dia Nur Atiqah *motif? XD . okay, tanpa melengahkan masa lagi , sekarang aku nak start review. 
TEMPLATE 
Dari segi template atiqah ni.. Sorry to say lah. aku tak berkenan skit dengan template macamni.. sorry awak~ .Bukan la nak cakap yg template aku ni yg tbaek dari ladang kambing. tapi, agak tidak berkenan dengan template tiqah ni. kenapa? first, cuba korang tgk.. Post area dekt blog dia kecik gila..hanya belah kiri dan kanan tu je yang besar.. korang perasan? so, bagi AKU laa.. agak mengganggu la bagi aku untuk membaca entry dia..bila dia punya post area tu kecil. >.<

POST AREA KECIL YANG AKU HIGHLIGHT DGN KALER MERAH

Then, yang ke-dua pulak, Susunan widget agak tak teratur. Kenapa aku cakap tak teratur?? first, masterlinky yang tempat tukar tukar link tu..spatutnya tidak nice la letak dkat atas. sebab, bila orang masuk je need to scroll down all the way untuk tgk entry. so, macam tak best lah. spatutnya widget master linky tu lebih sesuai diletakkan di bahagian footer. 

CONTOH WIDGET YANG PATUT DILETAKKAN DI FOOTER

Bila dah letak widget ni dkat footer.. so, takde la jadi masalah sangat bagi aku. sebab, aku ni jenis ..kalau bukak blog orang ..malas nak scroll down panjang2 ni.. Kalau boleh aku bukak je terus nak nampak entry depan mata *pemalas kan aku ni? -.- . Then, lepas tu, widget banner plakk. HEHE. widget banner tu spatutnya letak dkat sidebar or dekat bahagian atas blog tu.. Tak, bukan sebab awak ada letakkan banner sy dkat blog awak, then sy suh letakkan widget tu kat atas. ohtidak terdetik skit pun kat hati ni. tapi, tu la guna nya banner. as promote blog others kan? so, kalau nak org click ape yg kita promot. better mende tu kita letakkan dkat tempat yang orang senang nak nampak. kann? :)

Rasanya part lain dah takde kott...cuma, nak tegaskan..yang template ni kalau boleh gunakan yg area post tu besar skit. sebab, senang skit kite nak baca. hehehe. 
ENTRY
Part entry ni tak banyak laa nak tegur. sebab, tak brape reti nak judge penulisan orang. sebab, aku bukan cikgu penulisan. aku cuma budak budak hingusan jaa. HAHA. tapi, nak jugak tegur ni. *ecehhh. Kalau boleh, nak buat entry.. lepas tu, justify kan dia . Justify tu untuk bagi nampak kemas. Bukan ape, some of them agak pening nak baca bila tulisan sekerat sekerat. i mean.. macam pendek pendek laa.. dengan align center tu..

Aku lebih suka baca entry yang di justifykan sebab nampak lebih kemas. even, nampak pendek kengkadang.. Sy suggestkan, awk besarkan post area tu kott. untuk bagi nmpak entry awak lebih senang untuk dibaca. hehehe.sebab, malas nak scroll down banyak2 time baca entry.. 
Saya rasa tu sahaja yang boleh sy review untuk blog awak. maaf andai apa yg saya katakan di atas tadi mengguriskan hati anda. Tidak terdetik pn sedemikian, cuma ..cuma..sama-sama lah kita menegur untuk memperbaiki diri untuk prestasi yg lebih baik. teruskan berblogging. thx. 

ALAMAK! MAMAT NI DAH TUKAR HOSTING DAH!


ASSALAMUALAIKUM

Dah tiga hari kan aku tak update blog. rindu aku tak? ngeh3. Aku busy lah weii lately. T_T. aku pun taktau apa yang aku buat, but.for sure mmg busy gilaa. dan..aku rasa.. korang ingat lagi tak pasal FOLOWERS BLOG REVIEW yang aku buat ni?? Aku rasa macam tak ingat je.. setakat ni aku baru siapkan 2 review. padahal da lame da aku buat segmen ni.... Korang jangan ingat aku tipu plak.. takk. aku tak tipu.. ni. skarang aku nak review blog http://www.ceritamamat.com/

Actually..Blog mamat ni dulu guna blogspot tau. sebelum dia mintak direview.. ni link asal dia http://luahan-hati-matika.blogspot.com/. Tengok tu? dia buat entry utk aku tu time dia guna blogspot. skarang dah berpindah ke self-hosting dah woi! betapa lambat nye aku nak review dia.. so, macamane nak review skarang ni? aku rasa dia baru btukar ke wordpress. so, segala interface and template dia pun macam still tak lengkap lagi.. Header pun still text biasa je lagi.. baru tukar la katakan,

Tapi, aku nak cakap jugaklah.. yang aku respect jgak la kat dia ni .sebab umur baru 17 da guna self-hosted and follower dan mencapai 2K+++. *clap clap* Memula aku ingatkan yg dia ni da besar panjang. alamakk, rupanya dia muda dari aku. patutla dia panggil aku abang.. HAHA. entry dia pun aku tgk bahasa yg sedap mata memandang. takde guna bahasa rempit, comel or etc macam aku ni. so, maybe tak nmpak yg dia tu umur 17. keh keh.. Papepunn, korang jom tengok blog wordpress mamat ni! =)


Tuesday, May 3, 2011

NAZIM NASRI NI ARTIS KE??


ASSALAMUALAIKUM
Kali ni aku nak review blog si Nazim Nasri ni plak...Sebelum tu.. meh tgk intro psal dia dkat blog dia.

.
Nazim Nasri. 18 tahun. 01 April 1993. Absolutely im not a GAYBOY.*motif??*
Ohhh. dia sama umur dgn aku laaa! baru aku tau rupanya. aku ingat kan dia dah tua dari aku tadi. HAHA. ok japp japp aku nak semak semak blog dia nak cari apa yg patut diperbaiki *mcam bagus je ayat aku*
TEMPLATE
Kalau dari segi template aku rasa takda masalah da ko punya blog ni nazim.. just nice je...putih dan kelabu adalah kombinasi yang sesuai sangat! then, nampak lebih maskulin.. bukan majalah maskulin okay -.-" .
Header pulak memang terbaik dari ladang.. dah okay gilaaa...tapi aku rasa..yang tempat search google tu macam tak perlu je.. sbb aku x pernah pun guna mende tu kalau gi mana-mana blog. HAHA.

Pastu..sidebar title dgn title post tu.. kaler ungu macam x brape nice laaa. kalau ko tukar kaler laen msti lagi lawa. seriesss..then, aku rasa...ko punya post tu.. x yah la show banyak sngt kat home.. show dalam 2 je ckup laa.. nak lebih2 watpe. penat tau aku scroll.adoi.. tu je kott.sbb ko pnye template mmg da tbaek! (",)
ENTRY
Entry naziem ni plak.. aku taktau la nak ketegori kan mcamane. aku rasa macam2 ada... dari peribadi.. isu semasa.. dan macam-macam lagi lah... Aku rasa korang kena blajar dgn si naziem ni..sebab pagerank dia 1 lol... HEBAT kott..nak kata entry SEO takde la sangat.. *ok ayat jeles*.kalau korang godek godek entry si naziem ni kan... ade satu part ni. errr..dia asik jumpe artis je... aku taktau laa ape kaitan dia dgn artis tu... dia artis jugak la kot.. maybe sbb dia banyak update psal artis.. so, keyword dkat blog dia banyak la. thats why dia punya pagerank bleh naik kot? ohhh. i see..

Tapi mostly...entry yang dia update banyak psal isu semasa lahh.. niceee!! dahh...aku rasa.aku dah takde ape nak komen psal entry dia.. Sebab, mmg takde yg slack. bahasa pun indah macam bahasa aku juga.. berinformasi pun boleh laa. follower pun da ramai.. pehh. So, As a conclusion.. ko kna tukar kaler purple dlam blog ko tu.. mcm x naik! x sukaa! HAHAA. okbye . Assalam =)

OHMAI...aku baru try geledah blog dia lagi. u know what!? dia da start blogging dari tahun 2008! 
*clap clap clapp*

JOM TERJAH KUE ZIYA!


ASSALAMUALAIKUM

Blog Kue Ziya bakal menjadi blog pertama yang aku akan review..apa yang aku boleh kata pasal blog dia ni.. maybe macam tak banyak sngat la kalau nak ikutkan dari segi penulisan. sebab, baru je jmpe blog dia ni harini. hahaa. so, mungkin akan lebih kepada design template la kottt =)
TEMPLATE
Apa yang aku nampak... part header err..nak panggil ape ek. "ZIYA" ? ok la..ape aku nmpak.. header ziya ni dah ok dah.. tapi kalau. yang part 'apa yang terlintas itu yg terzahir' kalau ziya applykan sikit outline dekat tulisan tu.. i mean, it would be nice.. kalau ziya guna kaler lain. sebab kaler tu nampak mcam ditenggelamkan oleh warna background ziya..

Then, part navigation bar yang ada 'home, about, teman, fb' tu..pun sama.. ziya mungkin boleh gunakan kaler yang lain untuk navigation menu tu..then, ziya kena buat skit something dkat navi menu bagi membezakan antara menu tu dgn header.. sebab, syed nmpak macam menu tu is mix with header.. macam bcampur n takde beza..

Susunan widget pulak...widget dalam blog ziya ni just okay..tapi, knp ziya tak letak widget 'About me' dekat blog? i mean.. biography penulis blog la.. PENTING tau ziya.. macam sekarng.. syed pakai panggil je nama 'ZIYA" padahal taktau la betul ke tak nama tu.. betul tak? so, kalau boleh letak nama je pun dah ckup dah..


Lagi satu dekat blog Ziya ni syed perasan macam ade satu widget yang kosong.. ade la dalam 2 3 jugak..syed tau tu kod html utk something yang tak nmpak . tapi, kalau boleh..hide je mende tu.. syed x ingat la plak camne...adesss...Ziya jugak boleh letakkan gmbar2 giveaway yang ziya join tu kepada 1 widget je.. takyah smpai 2 3 widget utk contest. sbb nanti panjang sangat..
ENTRY
Part entry pulak syed rasa ok je kott. takda ape yg nak ditegur pun..penggunaan bahasa pun ok je. takde laa bahsa SMS mcam syed ni.. shortform2 pun takda..

Apa yg aku nmpak dkat blog Ziya ni..entry dia banyak pasal Giveaway,Segmen dan Contest. Serius dia mmg rajin gila. hahaha. dah puas aku godek godek.. tapi kebanyakannya mmg psal giveaway dan segmen..tapi, bila godek bawah2 skit..ada la psal tips tips nak bjaya..kata-kata motivasi.... dan... aku rasa.. entry terbaik dia... pasal ni..
BILA KAU BUANG ANAK KAU
So, Kesimpulannya di sini..blog Ziya ni dah okay..cuma kalau dari sudut design template. ziya kena pandai main kaler supaya tak bagi nmpak macam tenggelam sikit....Entry pulak.. kalau nak join giveaway bolehh..tapi, at least. jgn la straight semua entry psal giveaway. heehhe. bukan ape. takut nanti..bila org masuk blog kita je entry psal giveaway.. nnti orang bosan pulak kan? Okay..cukup sudah sampai di sini.. maaf andai terkasar bahasa or wadsoever sepanjang mereview blog cik ZIYA ni... btw, btul ke nama anda ZIYA? hehee. ok. Assalam

Monday, May 2, 2011

SYEDGRAPHIX FOLLOWERS BLOG REVIEW [ CLOSED ]

ASSALAMUALAIKUM

Selamat pagi korangg!! Sempena hari pekerja ni.. hahaha. aku tetiba rajin nak review blog orang. ecehh. Actually da lama da aku nak buat segmen ni. but, since dulu ramai gila bloggers yang buat segmen macam ni.. aku just hold on dulu laaa.smpai sekarang.. dan..sekarang aku tgk.. da takde da yang buat segmen ni KOT. so, i decided to make one!.. 

Tujuan aku buat segmen ni actually nak bagi pendapat aku tentang blog korang je.. ape yang korang kena tukar.. or.. pape jelah..tapi, hanya pendapat dari AKU ni je la.. kalau sudi meh lahh join.. Aku nak review orang ni tak suka nak banyak syarat sangat.. so, kalau korang nak join segmen review blog aku ni.... what you need to do is..

1) Follow blog aku..*nama pun follower blog review kannn*

2) Buat satu post tajuk "SyedGraphiX FOLLOWERS BLOG REVIEW 

3) Sebab ape korang nak join ni?

4) Bagitau skit kat aku ape yg best and tak best nya pasal blog aku ni.. tiada limit perkataan. HAHA. ikut la korang nak cakap smpai lebam skalipun..



Dahhh...kalau rasa nak join. join la. hahaha. tentang penyertaan aku x kisahh. kalau tak ramai pun okay je.. at least dapat la jugak aku review blog orang.. serious da lama gila aku x review blog orang. hihi..

CONTOH BLOG YANG AKU REVIEW 


Aku bagi dua je la. hahaa. malas nak cari yang lain2. kihh3..So, kalau rasa berminat join laa ea...First come first serve..sape yg join dlu..aku review blog dia dlu okeh?. andd..

PENYERTAAN DAH DITUTUP! 

Saturday, March 26, 2011

JOM kenal HARIS KAITO!


Assalamualaikum.. Selamat petang! .jom kenal dengan blogger ni nak?? nak takk? sila ckap nak. kalau ckap x nak meh aku nak sepuk! kah3..Actually.. haris kaito ni ada tempah header dkat aku... then, aku mengambil masa yang begitu LAMA untuk menyiapkan. HAHA. bukan lah LAMA proses buat dia.. tp LAMA TERTANGGUH. hadoii.. sorry yepp Haris! ..ade la dlam 3 4 minggu kot.? errkk...ok, back to title..

Apa yang aku boleh ckap psal dia ialah.. aku x kenal la dia ni. x berpeluang lg.. so, aku nak cite psal BLOG dia je la. hehehe. 1st skali, blog dia ringan ..dan kaler biru laut menyejukkan mata aku! serius.. then, memang takde widget2 yang bersepah. simple dan sangat calm. pasal widget Apesal.com tu aku rasa mmg PERLU. sbb, widget yg dari blog lain tu membantu up kan traffic skit2..
 ( aku x buat pon widget tu sbb takut blog berat.krohh...dah la blog aku mmg da berat)

pasal content blog pulak... Blog dia banyak informasi.. such as haiwan2...las copaque nak perkenalkan game baru la.. hotel mewah utk kucing.. wahh! serius aku suka post yg kucing tu! da la comel..HAHA.. bahasa yang digunakan pun agak sempoi. wahh.. ape lagi eh..oh jap!, kalau korang nak tau.. dia followers ke 1600 aku! WAAA. gila lambat aku ni update. hahaha..

 ini bukan AWARD tauu! so, jangan taruk kat blog. hahaha. ni cincai2 punya editing je.. as a wish for sudi jadi followers yang ke 1600 bro. :').. So, kalau korang nak kenal dengan diaa... jom la terjah2 tgk entry santai dia dekat http://hariskaito.blogspot.com.. Sekian :')

Saturday, March 12, 2011

Blog Review Assignment 2 Oleh Jejaka Terhangat


Assalamualaikum.. entry kali ni..aku nak join segmen blog review assignment by Jejaka Terhangat . So, as an assignment, aku dah ditugaskan untuk membuat simple review tentang blog yang telah di tetapkan oleh JT(jejaka terhangat aa tu) .Sebelum ni blog aku telah berjaya menjadi bahan eksperimen JT utk di review..Kali ni plak blog BBF aku ( best blogger fren) yang terpilih..jom, kita mula!..


Kat atas ni adalah header tuan punya blog, Mohamad Farhan dari tintadaripenaku.blogspot.com
i need to give 2 points ape yang best psal blog si farhan ni.. ok, this is my view ;

1st : aku suka dengan entry dia...entry dia x membosankan.. sebab tidak memfokuskan kepada satu satu topik..ada masa cerita psal diari harian dia.. ada masa cerita psal fakta menarik.. ada masa jugak cerita pasal senario remaja masa kini. yeah, aku suka entry dia.. pelbagai genre! =)

2nd : Blog tiada lagu. ye, x ambil masa untuk load..tidak sakit telinga...then, blog dia sering bertukar header. yaa. aku sukakan setiap mende yang baru.. *ada kaitan? pon boleyy.* 

Cukup 2 point..sekarang aku nak bagi point2 yang membina untuk farhan.. Even blog aku sendiri pon hancus mancus..suka2 je ekk aku nak kasi komen kat blog org T___T..

TEMPLATE

Template ko sama dengan aku.. hitam...hitam bagi aku satu kaler yang universal.. dimana satu kaler yang boleh dimasukkan dengan apa jenis kaler skalipun...so, apa yang aku nak sampaikan kat sini.. apa yang aku dapat lihat, warna kat dalam blog ko yang menyerlah..cuma hijau , kuning dan putih...bukan nak kata combination yg x sesuai utk blog.. tapi, kalau boleh cuba perbanyakkan warna... warna kadang2 mampu memberi mood kepada pembaca. <-- ini fakta.. 

Part header tu plak, kalau bleh, jangan hanya menggunakan satu warna sahaja.. apa yang aku lihat.. setiap header ko mesti ada hijau.. oh! bukan tidak sesuaii. cuma, kalau boleh part2 tertentu seperti tagline boleh tukarkan kepada warna yang lebih menyerlah... warna hijau ada banyakkan?? so, ko bleh try guna hijau lainn seperti contoh lime green... n, banyak lagi lahh. try explore ehh.

Then, move to sidebar.. sidebar aku x nak tegur banyak disebabkan sidebar aku pun macam x lawa je kot. haha. tapi aku nak ckap psal background sidebar...kalo ko perasan.. warna yg ko gunakan utk sidebar tu macam x berapa ssuai.. sbb dia nmpak seolah2 tenggelam. cuba naikkan sidebar background tu dgn warna lain yg lebih menyerlah.. dan 1 lagi, boleh try buat trademark sndiri dkat sidebar tu.. sbb aku da ada jumpe blog yang menggunakan bulu ayam as trademark blog dia.. so, find your own identity ok farhan? :')

POST

Pasal post plak aku x nak cakap banyak..sbb, aku punya post pun bkan nye best sngt pon.. cuma sedikit teguran.. ko kan suka post panjang2. hehe. so, apa kata kalau kita selangi post yang panjang2 tu dengan beberapa gambar? at least x de la pembaca pening scroll dari atas smpai bawah nmpak tulisan je.. part penggunaan bahasa sms or whatsoever aku mmg x kisah. sbb, bagi aku penulisan yang aku minat adalah sempoi . so, bahasa SMS pun x kisah la kan.. tapi , INGAT! : blog yang menggunakan bahasa OFFICIAL / bahasa melayu aku rasa peluang dia lebih tinggi untuk muncul dkat google.. atau erti kata lain salah satu teknik SEO lah jugak kan...

sekian..itu sahaja yang aku nak tegur.. maaf andai terguris hati atau papejelah ttg teguran dari seorang manusia yg x sempurna nih...smoga lebih baik pd masa yg akan dtg. thx! =')

kalau korang nak join, click SINI
MANGSA DI REVIEW : FARHAN [click here]


Thursday, March 10, 2011

Kenali Blogger MAN YUSOEF


Assalamualaikum.. errrr...selamat pagi kepada semuaa! ehh, selamat petang.. (kes baru bangun tido la ni) harini aku nak review blog abg Man Yusoef anak kepada pakcik usop..dimulakan dengan maklumat dirinya yang aku rembat dekat profile blog dia..

male/ 22 / kampung di batu pahat / now work di petaling jaya / 174cm / 58kg / leo / KMJ 06-07 Sains hayat/ UPM 07-10 Biotek / Stellagen Sdn Bhd - Production Operation Executive /pasta / laksa / mee related food ^^

dah name pun man yusoef mesti laa male.. ape la die nih . aihh. -.-" . umur plak padahal 23 nak muda2 pasal? . ishh..tinggi 1cm rendah dari aku.. berat sama ngan aku la plak .. kerja ape tu.. aku pun x tau aa. pelik2 je name. hahahaha. pasta tu camne? aaa.. kampung sungguh aku.. 0k abaikan..
Korang nampak x header dia tu? hahahaa. mcm kanak2 rite? pdhal dah TUA  besar dah..haha. ok2. meh aku nak try tafsirkan skit header dia...


Aku tafsirkan 3 item yang ada dekat blog abg MAN nih..1st, yg ada matahari tu.. err. aku rase abg Man ni seorang yang cepat panass.. tp, die cepat melupakan kemarahan dia dgn senyum.. yang kamera tu plak.. aku tafsirkan abg man ni seorang yang suka kepada  photogedik photography. Lepas tu..yang ada bunga dan kumbang tu..maksud dia...kumbang tu dia.. bunga tu awek dia.. tu je dia nak bagitau sebenarnye.. ok next..


haa..part header dia yang ni... yang ade crown tu..maksud dia.. dia pemilik blog ni! korang jangan gatai2 nak declare manyusoef.blogspot.com tu korang punye blog. nnt dia marah. haha..pastu.. yang ade gambar awan yang tengah turun hujan tu..maksud dia.. abg man ni seorang yang cepat tacing jugak kadang2.. bila dia tacing dia nangis..pastu nanti dia bagitau mak dia. tu je...lepas tu, yang ade gmbar macam spray2 tu.. nak menunjukkan yang abg man ni seorang yang suka melukis.. dia dulu ada gi kursus utk belajar wat graffity. tp, bakat x berapa menyerlah, so kena la reject.. dapat buat header ala2 lukisan camni pun jadilahh...

yang ade budak botak bersama tulisan 'i love you' tu.. dia nak ckap kat aku sbenarnya...dia kan syg kat aku sbb aku buat post utk dia. demm! haha . woiit, tu dia nak cakap dkat bakal bini dia lahh.. dia kan da tuaa. x kawen2 lagi..so, dia sedih la sperti gambar kat atas tu.. sbb jodoh x sampai2 lagi..tu pun x faham ka? ishh. yang sebelah gmbar budak botak tu.. ade gambar 'FEED' kan... die suh feed blog dia laa tu maknanya. hahaa...yang gambar dia BESAR-BESAR tu plak.. nak menunjukkan yang dia da tua.. korang x nampak ke janggut tuhh? eeee. haahha. pastu ..rambut dia tu, kalo prasan nampak cam uban2 skit.. tu je dia nak bgtau..

Okay, habis part header.. part blog plak.. aku suka blog dia..kaler putih.. sejuk mata memandang best.. pastu yang best lagi..ada gambar Grad dia kat tepi tu.. macam ni


nampak? dia siap tanye lagi korang tengah usha ape.. baikkan abg man ni? hahahaa...pastu, aku ketegorikan blog dia ni.. blog ' masa lampau ' sebab ape? korang cuba usha post2 dia..semua pasal cerita dia masa kecil.. maen polis sentry laa.. poligami origami laa.. game yang dia suka maen laa.. haiiihh. MOTIF dia tulis cerita camtu?? haha. ape lagi motifnya.. kalau bukan..dia dah menyedari yang usia dia da tua...so, mengimbau kenangan time muda-muda adalah satu kegembiraan baginya. hua3.. tpi, aku suka baca kisah muda dia..even aku PAUSE sampai 3 kali baru abis...sebab panjang beb entry dia. hahaa. Aku selalu jadi SILENT READER aje. lalala~...Pastu..semalam follower dia dah genap 1K. pehh! 1000 tu.. banyak dol!..aku x sempat nak printscreen follower ke 1000. tp ade printscreen yang ke 999


wah wah... 1 lagi tu.. hahaha. taktik aku unfollow dan follow balik tidak berjaya .. so, aku hanya mampu menjadi follower abg man yang ke 1001 . waaaa. sedihh2. baru nak tuntut mekdi, piza kat dia. hahaha... cerita lagi.. boleh tengok gambar kat bawah ni


Berdasarkan post di atas.. boleh x aku nak labelkan abg man ni sebagai 'caring?' demm. hahaha! .Aku x tau ape motif dia post bagitau semua org yang aku tgh tunggu result SPM.. haihh. tp, aku masih nak labelkan dia sebagai caring sebab die bagi nasihat ape ntah kat bawah tu.. macam abg aku plak. da la aku x de abg. puiii. hahaha...thx for the advice bro .. =') . Agak terharu la. *perlu ke -.-"..

Ohhh, dah panjang2 aku tulis baru aku perasan yang aku lupa nak bagitau korang.. aku kenal dia dekat Sahabat Blogger..oklah, aku rasa da ckup panjang da aku tulis pasal abg man ni.. kalo korang nak kenal or nak ngorat dia.. bleh terus je follow diaa dkat blog...


p/s : kalo korang nak tau.. mak dia panggil dia kat rumah 'Adik MAN' 
p/s utk abg MAN : x pe ak panggil ko abg kan? HAHA. jgn maraaa -.-" 
p/s untuk semua : ade ke orang baca panjang2 camni?. haiihh

Saturday, February 12, 2011

Aku Nak Jadi Macam Ben Bolehh??


Assalamualaikum w.b.t peeps! ohhh, tajuk tu! aku bukan nak jadi macam ben yang fames ames tu.. tp, aku cuma nak menjadi blogger yang dapat update blog tiap ari! haha. n dapat menghasilkan entry2 yang berkualiti untuk tatapan pembaca!

 ok, harini aku nak cite psal Ben Ashaari! . Siapa x knal Ben sila angkat tngan? orait. aku tau. semua knal diaa. mane ade org x knal.. Dia kan blogger yg fames camtu. hehee..Em, aku mula-mula blogging 2 bulan yg lepas, aku mmg x knal lagi ben ni..pastu, aku naik heran lg bila aku bukak blog org..setiap blog ada ben Ashaari ni.. "sape die ni.asal sume blog ade muke die" itu la yg terdetik kat hati aku time tu..mmg x knal la kan..sbb aku mula blog ni pun sume aku mula sendiri. cuma ada 2 3 org la kwn aku yg x pernah kenalkan Ben ni kat aku. hahaha.

Ben Ashaari. fuhh.. kalau bukak blog dia..almost every day ada new updates.. mmg best. yang aku pelik campur hairan tu.. Ben ni x pernah kering idea ke mengupdate blog dia hari-hari.Kalau aku laa. hahaha. mau putus idea dah...Aku pun skarang cuba laa nak berjinak-jinak skit dengan segmen ben ni.. sbb, aku baru knl blog dia pun baru lg.. n x faham sangat segmen-segmen ni..dan skarang aku da faham! hehe. since aku masuk sahabat bloggers...aku makin rajin plak bkak blog dia..sbb, yela. dia slalu ping entry dia kat situ..
pssstt..korang tau ke yang baru-baru ni ben siap masuk 1tube lagi wehh... x caye? nahh, amek vid ni

             

Kalau korang perasan..ada part tu.. Ben cakap...dia update entry tiap hari..cara dia, kalau dia ade idea.. dia x kan draft!. dia terus je post... ok, PAUSE IT RIGHT THERE.

Melalui video die tu lah kan..since dia da ckap macam tu.. aku pun tiba2 rasa macam semangat extravaganza plak nak ikut nasihat diaa. ;). Try la ikut nasihat-nasihat blogger otai nih. x rugi la wehh! hehe. Aku skarang aku da tekad gilaa da ni.. nak update jgak if aku ada ape2 yang terlintas kat kpale otak aku ni.. nak jadi macam BEN! hahaa. tp bkan nak fames ames cam die .yela, siapalah aku ni kann, ckup la sekadar aku dapat update entry aku setiap hari. okay..cukup sudah, tingkatkan prestasi berblogging selepas ini! . PEN OFF

oh, lupa plakk.. korang tau x.. time aku google tadi.. aku terjumpa satu web. hahaha. sumpah klakar..dimana pemilik blog tu adalah seorang Nyah! . aku rasa dia fanatik dgn ben yg ketul2 ni. hahaha!

Header Ben yang lama kot aku rasa..ntah. aku x wujud lg time ni. hehe

HAHA. korang pasan x? ni kan header Ben yang lama KOT.
nak terjah? nah click HERE

Nampaknya Ben Ada pesaing baru lah macam ni! hahahaha



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...