Showing posts with label followers blog review. Show all posts
Showing posts with label followers blog review. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

BLOG PINK IZZATY HEDRY DAN CELOTEH MAIRA QUEEN

ASSALAMUALAIKUM

Honestly aku cakap.. aku sebenarnya dibayangi rasa bersalah yang teramat sangat kpd semua yang join aku punya segmen review blog pada bulan 5 yang lalu. see? sekarang da bulan ogos pun masih tak settle. 
teruk kan aku? sorry² . Actually.. time aku bukan segmen review ni hari tu.. aku masih dalam persiapan nak sambung blajar.. so, sekarang..bila dah sambung blajar..ada masalah internet pulak.. so, makin tertangguh la jadinye.. tpi, takpe.. aku tetap akan review blog korang.. walaupun lambat


BLOG IZZATY HEDRY
"hati tak pandai menipu, itu lah nama bila hati izzaty herdy berbicara" . Serius aku suka tagline dia.. 
blog izzaty ni bertemakan warna pink.. blog dia sangat kemas, takde widget terabur dan.. dah cukup cantik lah bagi aku... cuma.. certain things macam ,


Recent post dengan shoutbox je aku rasa yang izzati ni kena perbaiki.. first, bagi shoutbox tu.. kena naikkan value skit kasi dia tak tersorok.. taktau camne? try godek entry aku yg ni TUTORIAL FLOAT SHOUTBOX. Then, untuk recent post punya thumbnail tu.. untuk bagi dia nampak kemas lagi.. just perlu tukarkan image url bagi thumbnail tu je.. so, i think it will be okay! :)

BLOG MAIRAQUEEN
Next, beralih pula kepada blog Maira . Yang ni lagi la aku rasa bersalah.. sebab, dulu dia guna blogspot. sekarang dah tukar domain dah.. baru aaa aku sibuk² nak review. huaa. sorry maira!. Melihat kepada blog Maira ni.. aku rasa ada banyak la jugak yang kena perbaiki.. 1st skali aku sentuh part header la sikit..


Header maira ni.. aku rasa combination kaler je yg tak berapa sesuai. Combination kaler yang mungkin sesuai ialah biru dengan hitam or biru putih, TETAPI , bukan lah aku cakap kombinasi tu tadi msti kena ikut warna background. TIDAK! . Cuma, kalau nak kasi warna seragam dan nampak nice lah.. Kalau macam header maira yg skarang ni.. aku rasa tak berapa sesuai sikit . sebab, first skali dia punya font. Font pandai ke aku tu spatutnya kena ganti dgn font lain. sebab, font jenis macam ni mmg tak sesuai nak di-apply effect stroke.. Font macam ni just sesuai kosong sahaja..

Then, warna font yang digunakan. Iaitu merah + kelabu. Ni yang aku maksudkan tak berapa sesuai. sebab, bila merah (warna terang) di combinekan dgn warna kelabu (warna font) . Maka, warna font tu tadi akan tenggelam dek kerana warna merah yang terang tu tadi .. Macam perkataan "berceloteh" tu.. yang tu ok la skit. sebab, both of the colours are bright.. So, ko kena banyak cari kombinasi kaler yang sesuai je maira! :)


Kemudian widget share facebook ni. Aku rasa hang salah coding ni maira.. cube check balik coding dia. sebab, benda ni just menganggu pembaca nak baca entry. hehehe. (",) . Yang lain aku rasa overall okay lahh..

Okay.. lengkap sudah dua blog yang aku review untuk hari ini. InsyaAllah akan sambung bila-bila lagi...bila masa mengizinkan lah iye! :) . dan, maaf andai ada tersalah kata yg mengguris hati korang ke bila aku review blog korang ni... aku pn bukan bagus sangat...just nak bagi pendapat je. Thanks 

Wednesday, June 8, 2011

BLOG PINK NURAMALINA ATHMAN


ASSALAMUALAIKUM

Agak lama la jugak aku menyepi daripada membuat review blog ni. tapi korang tak kisah kan? tlong la faham aku. hehe. sbb, aku ni bukan 24:7 dpan laptop . *eh takk. 24/7 laa -.-"*

So, harini aku nak mulakan balik sesi review blog aku yg dah tertunda sekian lama. hahaha.. skarang ni.. giliran blog Nur Amalina untuk di review..so, tanpa melengahkan masa. jom baca ape pendapat aku pasal blog dia >.<
TEMPLATE
Template blog amalina ni aku tgk just nice je.. kaler pink. memang sinonim dah kan dengan seorang perempuan. tapi, aku rasa .. menu bar yang ada "home,tutorial,fb" tu lebih baik kalau diletakkan di bawah header. sebab kengkadang aku masuk blog org trus scroll down, then mmg tak nmpak part menu bar kat atas tu.. then, kalau menu bar tu dapat digantikan dengan image lagi better kot. hehehe..

Lagi ape ehh. ermm... yang nuffnang punya iklan tu rasanya kalau letak dekat belah atas lagi ok kot. ye lah kan. kalau letak iklan kat bawah.. kadang-kadang orang tak perasan sangat. so, bila orang dah tak perasan iklan tu.. acane diorang nak click iklan kite kan? so, widget iklan nuffnang tu. try move kan kat atas.. 

Kedudukan kotak shoutbox tu pulak. cuba Amalina try letak dkat bawah widget follower tu.. sebab, kadang2. lepas diorang da follow.. diorang boleh shout dkat situ.. tak kisah laa diorang shout "i follow u , please follow me back" ke.. janji diorang senang nak tinggalkan pesanan. takyah nak scroll bawah sangat untuk mencari kotak shoutbox tu.. senang kan? so, kita da permudahkan orang kat situ..Lagi ape ehh.. rasanya takde ape dah kalau part template ni. sebab template mmg dah ok..
ENTRY
Sekarang kita move kepada part entry plak.. adehh.. aku ni takde la bagus sangat nak tegur tegur entry orang ni. HAHA. tapi, nak try la jugak tegur skit.. blog amalina ni.. dia punya entry more to personal life dia.. kdg2 pasal blogging life pun ada... dia rajin join #WW. Kalau tengok dkat blog dia. mmg banyak la entry wordless wed ni. hhaa. Pastu, dia pun ada jugak cerita pasal si gambir kuanghajo tahap 10 tu -.-"
KLIK KALAU NAK TENGOK ENTRY AMALINA PASAL GAMBIT
Eh, ape aku ni. si gambit tu kan da mintak maap. HAHA. biar. lantak. pdn muka dia -.-"

Bahasa yang amalina ni guna pun lebih kurang je macam aku. kengkadang guna baku skitt. kengkadang ada part part tu.. keluar je bahasa pasar. tapi, takde ape la. as long as takde guna bahasa rempit or yg sama waktu dengannya aku ok je baca.. Aku rasa da takde pape dah kot. ok, ckup sampai kat sini. hehe. cuma, nak pesan kat amalina.. kalau boleh banyakkan lagi entry yg boleh dibaca.. sebab, ape yg aku perasan.. aku klik older post asyik entry #WW je. takde entry psal life or something like that. hehe.. no offence k? thanks. tapi, older post banyak skit ade plak. hhaha XD

Thursday, May 19, 2011

ALAMAK! MAMAT NI DAH TUKAR HOSTING DAH!


ASSALAMUALAIKUM

Dah tiga hari kan aku tak update blog. rindu aku tak? ngeh3. Aku busy lah weii lately. T_T. aku pun taktau apa yang aku buat, but.for sure mmg busy gilaa. dan..aku rasa.. korang ingat lagi tak pasal FOLOWERS BLOG REVIEW yang aku buat ni?? Aku rasa macam tak ingat je.. setakat ni aku baru siapkan 2 review. padahal da lame da aku buat segmen ni.... Korang jangan ingat aku tipu plak.. takk. aku tak tipu.. ni. skarang aku nak review blog http://www.ceritamamat.com/

Actually..Blog mamat ni dulu guna blogspot tau. sebelum dia mintak direview.. ni link asal dia http://luahan-hati-matika.blogspot.com/. Tengok tu? dia buat entry utk aku tu time dia guna blogspot. skarang dah berpindah ke self-hosting dah woi! betapa lambat nye aku nak review dia.. so, macamane nak review skarang ni? aku rasa dia baru btukar ke wordpress. so, segala interface and template dia pun macam still tak lengkap lagi.. Header pun still text biasa je lagi.. baru tukar la katakan,

Tapi, aku nak cakap jugaklah.. yang aku respect jgak la kat dia ni .sebab umur baru 17 da guna self-hosted and follower dan mencapai 2K+++. *clap clap* Memula aku ingatkan yg dia ni da besar panjang. alamakk, rupanya dia muda dari aku. patutla dia panggil aku abang.. HAHA. entry dia pun aku tgk bahasa yg sedap mata memandang. takde guna bahasa rempit, comel or etc macam aku ni. so, maybe tak nmpak yg dia tu umur 17. keh keh.. Papepunn, korang jom tengok blog wordpress mamat ni! =)


Tuesday, May 3, 2011

JOM TERJAH KUE ZIYA!


ASSALAMUALAIKUM

Blog Kue Ziya bakal menjadi blog pertama yang aku akan review..apa yang aku boleh kata pasal blog dia ni.. maybe macam tak banyak sngat la kalau nak ikutkan dari segi penulisan. sebab, baru je jmpe blog dia ni harini. hahaa. so, mungkin akan lebih kepada design template la kottt =)
TEMPLATE
Apa yang aku nampak... part header err..nak panggil ape ek. "ZIYA" ? ok la..ape aku nmpak.. header ziya ni dah ok dah.. tapi kalau. yang part 'apa yang terlintas itu yg terzahir' kalau ziya applykan sikit outline dekat tulisan tu.. i mean, it would be nice.. kalau ziya guna kaler lain. sebab kaler tu nampak mcam ditenggelamkan oleh warna background ziya..

Then, part navigation bar yang ada 'home, about, teman, fb' tu..pun sama.. ziya mungkin boleh gunakan kaler yang lain untuk navigation menu tu..then, ziya kena buat skit something dkat navi menu bagi membezakan antara menu tu dgn header.. sebab, syed nmpak macam menu tu is mix with header.. macam bcampur n takde beza..

Susunan widget pulak...widget dalam blog ziya ni just okay..tapi, knp ziya tak letak widget 'About me' dekat blog? i mean.. biography penulis blog la.. PENTING tau ziya.. macam sekarng.. syed pakai panggil je nama 'ZIYA" padahal taktau la betul ke tak nama tu.. betul tak? so, kalau boleh letak nama je pun dah ckup dah..


Lagi satu dekat blog Ziya ni syed perasan macam ade satu widget yang kosong.. ade la dalam 2 3 jugak..syed tau tu kod html utk something yang tak nmpak . tapi, kalau boleh..hide je mende tu.. syed x ingat la plak camne...adesss...Ziya jugak boleh letakkan gmbar2 giveaway yang ziya join tu kepada 1 widget je.. takyah smpai 2 3 widget utk contest. sbb nanti panjang sangat..
ENTRY
Part entry pulak syed rasa ok je kott. takda ape yg nak ditegur pun..penggunaan bahasa pun ok je. takde laa bahsa SMS mcam syed ni.. shortform2 pun takda..

Apa yg aku nmpak dkat blog Ziya ni..entry dia banyak pasal Giveaway,Segmen dan Contest. Serius dia mmg rajin gila. hahaha. dah puas aku godek godek.. tapi kebanyakannya mmg psal giveaway dan segmen..tapi, bila godek bawah2 skit..ada la psal tips tips nak bjaya..kata-kata motivasi.... dan... aku rasa.. entry terbaik dia... pasal ni..
BILA KAU BUANG ANAK KAU
So, Kesimpulannya di sini..blog Ziya ni dah okay..cuma kalau dari sudut design template. ziya kena pandai main kaler supaya tak bagi nmpak macam tenggelam sikit....Entry pulak.. kalau nak join giveaway bolehh..tapi, at least. jgn la straight semua entry psal giveaway. heehhe. bukan ape. takut nanti..bila org masuk blog kita je entry psal giveaway.. nnti orang bosan pulak kan? Okay..cukup sudah sampai di sini.. maaf andai terkasar bahasa or wadsoever sepanjang mereview blog cik ZIYA ni... btw, btul ke nama anda ZIYA? hehee. ok. Assalam

Monday, May 2, 2011

SYEDGRAPHIX FOLLOWERS BLOG REVIEW [ CLOSED ]

ASSALAMUALAIKUM

Selamat pagi korangg!! Sempena hari pekerja ni.. hahaha. aku tetiba rajin nak review blog orang. ecehh. Actually da lama da aku nak buat segmen ni. but, since dulu ramai gila bloggers yang buat segmen macam ni.. aku just hold on dulu laaa.smpai sekarang.. dan..sekarang aku tgk.. da takde da yang buat segmen ni KOT. so, i decided to make one!.. 

Tujuan aku buat segmen ni actually nak bagi pendapat aku tentang blog korang je.. ape yang korang kena tukar.. or.. pape jelah..tapi, hanya pendapat dari AKU ni je la.. kalau sudi meh lahh join.. Aku nak review orang ni tak suka nak banyak syarat sangat.. so, kalau korang nak join segmen review blog aku ni.... what you need to do is..

1) Follow blog aku..*nama pun follower blog review kannn*

2) Buat satu post tajuk "SyedGraphiX FOLLOWERS BLOG REVIEW 

3) Sebab ape korang nak join ni?

4) Bagitau skit kat aku ape yg best and tak best nya pasal blog aku ni.. tiada limit perkataan. HAHA. ikut la korang nak cakap smpai lebam skalipun..



Dahhh...kalau rasa nak join. join la. hahaha. tentang penyertaan aku x kisahh. kalau tak ramai pun okay je.. at least dapat la jugak aku review blog orang.. serious da lama gila aku x review blog orang. hihi..

CONTOH BLOG YANG AKU REVIEW 


Aku bagi dua je la. hahaa. malas nak cari yang lain2. kihh3..So, kalau rasa berminat join laa ea...First come first serve..sape yg join dlu..aku review blog dia dlu okeh?. andd..

PENYERTAAN DAH DITUTUP! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...