Showing posts with label segmen syok sendiri. Show all posts
Showing posts with label segmen syok sendiri. Show all posts

Thursday, March 17, 2011

SEGMEN : Best Ke Jadi Budak Kampung?


Assalamualaikum! hahaha, *tiba je gelak* oraitt! malam ni aku nak masuk segmen dari Niq.. segmen dia bertajuk Best Ke Jadi Budak Kampung??? dia cakap kann...dkat entry diaa

"kat sni mesti ramai kan budak yang berasal dari kampung..so ape kata korang join segmen nih..saje nk mengimbau kenangan mase zaman kekampungan dulu.."

Ayat dia macam x kasi org bandar je masuk segmen dia! grrr.. panas ni! haha. ceit. aku ni org kampung ke org bandar? aku rasa bandar la kot.. sbb dari kecik aku duk dkat bandar TEMERLOH ni.. x panggil pun kampung TEMERLOH. so, aku declaired kan sebagai bandar! yess, sebab aku masuk segmen dia ni adalah sebab aku nak jadi budak bandar yang perasan budak kampung! x kiraa ahh..kalo ko reject aku sepak ko. fuhh. gila ganas.. #jokingbeb.. So, soalan dia seperti yang tertera di papan skrin.. erkk

soalan pertama dia...adalah ;

1] Adakah anda budak kampung?

  • Ape ni? kan da ckap kat atas.. aku budak bandar yang perasan nak jadi budak kampung..haiihh.
2] Kampung anda di mana?
  • Kampung aku kat Temerloh, Pahang Darul Makmur.. nama kampung tu.. Kampung Dato' Shariff Ahmad. mesti ko x  tau kan? hihi.. lagi satu kampung aku pun area sini jugak.. nama kampung tu Tembeling.jemput la datang beraya..
3] Apa yang best tentang kampung?
  • Apa yg best ekk tentang kampung aku? aku rasa mcam x de ape pun yang best. haha. yg best sbb ade sungai je la! boleh mandi. hoyeh. tapi banyak x best la. sbb line x dekk. uhukks..
  • Lagi satu, err..time ade event macam kenduri kawen ke ape.. suka laa kat kampung . sebab makanan sedap! hahaha..
  • Pastu ade buah banyakkk..kalau time musim buah tu.. petik2 je. toksah nak susah2 pi cari dkat pasar malam bagai. hahaha...
4] Tempat slalu lepak kat kampung?
  • Lepak? aalaamakhai. x penah pn melepak2 segala.. sbb, ramai budak2 kecik je kat kampung aku nihh.. T__T . org sekitar pun aku x kenal. aku ni bkan mesra alam..kena org tego dlu baru aku tego. kalo x mmg aku x kan tego laa.. haaa. sbb tu susah ak nak cari kawan..
5] Permainan kampung?
  • Permainan kampung?? serius..aku x pnah pon men pmainan kampung dkat kampung.. time dkat kampung kan. aku dok diam diam je.. ye la, x de geng... geng dgn budak2 kecik buat ape. errrkkk.. duk diam sambil terperup dkat rumah jelaa...
PERSOALAN da abes.. hahaa. walaupun pendek. tp, aku bahagia! dan.. aku nak bagi jawapan bagi segmen ni.. dia aku rase.. jadi budak kampung BEST kott!.. kenapa?? haha. maybe sbb free from pollution kot. pastu ade buahh. dapat makan buah banyakk2. sedap gilaa..hehe..cukup sampai sini ekk.. babaii. kalo nak sahut cabaran. klik kat SINI

Sunday, January 30, 2011

SEGMEN : Jom Syok Sendiri



1.Boleh berikan nama glamour anda dalam dunia maya ini ?

-Nama Glamour sy dalam dunia maya ini SG atau SyedgraphiX

2.Kenapakah anda memilih nama tersebut ?

- "Sebenarnya saya memilih nama tersebut kerana ya, sy amat berminat dalam bidang designing dan photography..Disebabkan minat sy yang mendalam yang juga baru sy sedari sejak di sekolah menengah, sy berhasrat untuk menggunakan blog sebagai medium bagi memperkenalkan nama sy. Oleh itu, sy telah memilih SyedGraphiX sebagai nama yg terbaik untuk menaikkan nama sy"

3.Kenapa anda berblogging ?

- "Tujuan utama sy berblogging pada mulanya hanyalah sekadar ingin mencuba. Sy mula menyedari akan pelbagai manfaat yang boleh didapatkan di dalam blog.  Namun, Tujuan yang mulanya hanya ingin mencuba.. kini berubah kepada Hobi.. sy berasa puas melalui penulisan sy selain memperoleh ramai kawan maya yang lain dan boleh berkongsi ilmu sesama kami."

4.Siapakah pemberi semangat anda ?

-" Pemberi semangat sy adalah datang daripada diri sy sendiri. Disebabkan rakan2 sy  tidak berminat menceburi dunia blog, Maka...segala perjalanan sy dalam dunia blog ini dilalui oleh sy sendiri dengan tabah.. hanya rakan-rakan dari blog sahaja pendorong bagi sy untuk terus maju".

5.Sudah berapa lamakah anda berblog ?

- "Saya mendaftar akaun blog ini pada 2.1.2009 dan masuk tahun ni sudah genap 2 tahun sy berblogging"

6.Siapakah idola anda dalam dunia blogging ini ?

- " Idola sy dalam dunia blog ini adalah Ben Ashaari . Sy sukakan blognya yg tampak simple dan berminat dengan segmen-segmen yang dianjurkan. Beliau juga seorang yang tidak sombong dan tidak pernah kekurangan daripada idea . Beliau juga salah seorang yang telah menaikkan nama sy sehingga sy berjaya dalam dunia blog ini.."

7.Kenangan manis anda dalam dunia blogging ?

- "Banyak kenangan manis yang sy perolehi dalam blogging ni sebenarnya. Antaranya ialah pengalaman berjumpa dan berkumpul ( gathering ) bersama-sama rakan blogger yang lain.. memang satu pengalaman manis yang tidak dapat sy lupakan"

8.Kenangan pahit anda dalam dunia bloggng ?

- " Kenangan pahit sy dalam berblogging ni adalah apabila ada salah seorang blogger yang 'copy-cat' hasil kerja sy tanpa keizinan sy. Selain itu, sy juga dimaki leh blogger jgak yang tidak menunjukkan profile-nya di artikel sy. Maklumlah, bukan semua yang suka kpd kita kan?

9.Pencapaian terbaik anda dalam dunia blogging ini ?

- " Pencapaian terbaik setakat ini ialah, sy telah menjadi salah seorang top blogger di malaysia.. Pengunjung yang datang ke blog sy pada setiap hari adalah sebanyak 1500 terdiri daripada seluruh negara.. Rate comment pada stiap post sy pula adalah tidak kurang daripada 300

10.Selain berblog , apakah minat anda ?

- "Saya minat akan permainan online. Sy juga memiliki forum sy sendiri untuk berbincang soal game dan sy setakat ini masih berjaya membahagikan masa antara blogging dan bermain game..."

11.Bagaimana anda membahagikan masa anda diantara berblog dengan aktiviti yang lain ?

- " Bagi sy, blogging adalah sepanjang masa. Sebaik sahaja ada masa lapang untuk sy post entry, sy akan gunakan masa itu.... dan jika tiada masa.. sy akan cuba untuk mengurangkan aktiviti yang lain ...Aktiviti sy yang lain juga tidak sekali akan sy abaikan.."

12.Pendapat anda mengenai dunia blog di malaysia ini 

-"Dunia blog pada harini semakin mendapat tempat di Malaysia.. dan, ya..rakyat Malaysia sangat kreatif! sy kagum terhadap beberapa blogger yang menggunakan blog sebagai medium bagi menulis novel dan mempamerkan hasil penulisan karya yang hebat dan menarik! "

13.Nasihat anda untuk mereka jika ingin memiliki blog sendiri 

-" Untuk mereka yang ingin memiliki blog sendiri. sy warwarkan supaya gunakan bahasa yang menarik pembaca dan jangan sesekali menggunakan blog anda bagi tujuan untuk menjatuhkan orang lain, dan jangan juga blogging hanya sekadar mendapatkan keuntungan. tetapi, blogging lah kerana minat! . dengan minat, anda lebih lama bertahan didalam dunia ini. terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...