Showing posts with label syok sendiri. Show all posts
Showing posts with label syok sendiri. Show all posts

Friday, February 4, 2011

Mereka Sangat Friendly..Korang??

Assalamualaikum..belek punyaa belek..aku baru perasan yang aku x pernah buat pun lg ye entry psal follower review. hehe. sadis sungguh.. org laen da ramai review blog aku... tp , aku? ok2. kehadiran entry ini pd harini untuk aku mereview mana2 follower yang bertuah aku.. hehe. so, da x de utang lagi da la kann? jom kita start.. blog pertama yang aku nak review ialah 



Aisya ni aku kenal dekat BCR..Emm, camne ea nak describe psal Aisya ni.. taktau sgt kot. hehe. tp, aisya ni telah perkenalkan aku pada sebuah lagu nasyid yang bertajuk Aisya-Humaira.. waa! sukaa sangat lagu tu tau. everytime masuk blog Aisya.. msti nyanyi je lagu tu.. best gilaa kot. hehe. sblum ni taktau la sangat...Tengok tagline Aisya dekat header tu.. "Perjalanan Seribu Batu Bermula Dengan Langkah Pertama" . wuahh, sangat stuju... Sebab tu org ckap, jgn tersilap langkah.. silap satu langkah yg pertama..korang bayangkanlah bagaimana langkah yang seterusnya....lagi nak ckap yang.. Aisya ni sangat berminat dekat lagu yg bergenre Nasyid. tgk blog die pun tau.. ade lagu Maher Zain..cam2 lagi la..err..umur Aisya ni..alaa, x ingat la plakk.. tp, teka2 je la ok!? haha. rase-rase dalam 19? tol x? Erkk.. kalau korang nak knal die..Click HERE



Mangsa yang kedua plak Siti Safiyyah, yea.. aku kenal die pun dkat BCR. ehh, bukan! aku memang da kenal die lahh. hahaha. cuma, aku baru jumpe die dkat blog...waaaa, sumpah mcm x caye kot! korang tau tak? yang die ni senior aku....sekolah yang sama la pastinya... tapi, satu hari tu.. aku chat-chat dkat BCR..ade la jugak tego2 die nih.. die ckap die duk mane ehh. jerantut x silap. area pahang laa.. pastu, aku x expect plak die.. last-last , bila da di interview.. laaa... anak ustaz aku rupanya...HAHA. x sangka dunia blog ni boleh tahan kecik la jugak.. and aku pun x sangka yang dia ni ade blog...follower da ramai tu.. aku pun x tau psal BPM ..die siap jadi krew tu.. wahh. hebat la seniorku. akhir kata, tahniah dapat result cmerlang for STAM!



Seterusnya pula Cik Ladies a.k.a CL..haha, die ni pun same jugak mcam Siti Safiyyah (SS=syok sendiri) ..Senior aku jugak.. bersekolah di sekolah yang sama...dann.. dia boleh plak x bagitau aku yang SS tu same skolah dengan aku! hahaha. pandai sungguh dia berdrama ehh...tau la kuat tgk cite korea.. org korea mmg kuat drama laa.. wekkk =P . sampai suda terpengaruh da dia ni..tgk blog die...korea korea korea. tidakkk. sy x suka korea.. bhahhaa..ok sudah! takde ape nak ckap psal CL. sape suh minat korea. pdn mukaa. kalau  x minat korea.... SG tulis panjaaaaaaaaaanng panjang lagi tau. hahaa *gurau2*. tahniah jugak dapat result yang gempak dalam STAM! jumpa lah kita di jordan nanti ye =)



Header lawa dan cun kat atas ni milik empunya Cik Gadis..atau namanya tidak dpat dikenal pasti yea.. haha.. aduii..Cik Gadis ni aku kenal pun dekat BCR jugak..Banyak betul blogger2 aku kenal dari BCR. haha.. pastu CG ni kalau bab2 ngumpat org... pehh, kasi kat diaa. ayat die bisaa bebb. aku sentap gila kna ngan die. demm demm..die ni sekepala dengan CL. slalu menyamar2 dekat BCR.. 

penyanyi nombo 2 itu la Cik gadis..
yang ni x dikenal pasti
tengok? dia mmg kuat menyamar..sometimes aku x tau la die yang mana satu. slalu tukar2 nama.. hishh. hahaa. pelik kan? tp, dia frenly la. sukaa kwan dgn kau CG! =)


Beralih pula kita pada blog seorang budak yang baru berusia 15 tahun ni.. wahh, walaupun masih bersekolah.. tapi, ade blog tu! entry dia pon boleh tahan dasat...rata-rata entry die sume psal tips-tips.. kalu korang nak tgk tips..pergi kat blog die..macam2 tips la dia kasi...pastu, baru-baru ni..dia ade buat satu blog untuk blogwalking dengan pantas mudah tanpa sangkut2 tanpa lembap2.. dan yg penting dapat UV. kodet amat mementingkan UV diaa.. so, oleh sebab itu..kitorang kat BCR panggil die Mr.Traffic. ye la, mane taknya . asik2 tanye psal traffic je.. mungkin traffic bagi die amat bermakna kot.. oh ya!, kalau korang nak blogwalking secara pantas...klik banner kat bawah k?

Tamat sudah sesi review untuk hari ini.. Maaf x tau nak review psal korang. hahaha..so, maybe mcm x menarik je. maklum ar, baru 1st time review ni.. nervous gilaa! aiceh. haha. k lahh, PEN OFF

Sunday, January 30, 2011

SEGMEN : Jom Syok Sendiri



1.Boleh berikan nama glamour anda dalam dunia maya ini ?

-Nama Glamour sy dalam dunia maya ini SG atau SyedgraphiX

2.Kenapakah anda memilih nama tersebut ?

- "Sebenarnya saya memilih nama tersebut kerana ya, sy amat berminat dalam bidang designing dan photography..Disebabkan minat sy yang mendalam yang juga baru sy sedari sejak di sekolah menengah, sy berhasrat untuk menggunakan blog sebagai medium bagi memperkenalkan nama sy. Oleh itu, sy telah memilih SyedGraphiX sebagai nama yg terbaik untuk menaikkan nama sy"

3.Kenapa anda berblogging ?

- "Tujuan utama sy berblogging pada mulanya hanyalah sekadar ingin mencuba. Sy mula menyedari akan pelbagai manfaat yang boleh didapatkan di dalam blog.  Namun, Tujuan yang mulanya hanya ingin mencuba.. kini berubah kepada Hobi.. sy berasa puas melalui penulisan sy selain memperoleh ramai kawan maya yang lain dan boleh berkongsi ilmu sesama kami."

4.Siapakah pemberi semangat anda ?

-" Pemberi semangat sy adalah datang daripada diri sy sendiri. Disebabkan rakan2 sy  tidak berminat menceburi dunia blog, Maka...segala perjalanan sy dalam dunia blog ini dilalui oleh sy sendiri dengan tabah.. hanya rakan-rakan dari blog sahaja pendorong bagi sy untuk terus maju".

5.Sudah berapa lamakah anda berblog ?

- "Saya mendaftar akaun blog ini pada 2.1.2009 dan masuk tahun ni sudah genap 2 tahun sy berblogging"

6.Siapakah idola anda dalam dunia blogging ini ?

- " Idola sy dalam dunia blog ini adalah Ben Ashaari . Sy sukakan blognya yg tampak simple dan berminat dengan segmen-segmen yang dianjurkan. Beliau juga seorang yang tidak sombong dan tidak pernah kekurangan daripada idea . Beliau juga salah seorang yang telah menaikkan nama sy sehingga sy berjaya dalam dunia blog ini.."

7.Kenangan manis anda dalam dunia blogging ?

- "Banyak kenangan manis yang sy perolehi dalam blogging ni sebenarnya. Antaranya ialah pengalaman berjumpa dan berkumpul ( gathering ) bersama-sama rakan blogger yang lain.. memang satu pengalaman manis yang tidak dapat sy lupakan"

8.Kenangan pahit anda dalam dunia bloggng ?

- " Kenangan pahit sy dalam berblogging ni adalah apabila ada salah seorang blogger yang 'copy-cat' hasil kerja sy tanpa keizinan sy. Selain itu, sy juga dimaki leh blogger jgak yang tidak menunjukkan profile-nya di artikel sy. Maklumlah, bukan semua yang suka kpd kita kan?

9.Pencapaian terbaik anda dalam dunia blogging ini ?

- " Pencapaian terbaik setakat ini ialah, sy telah menjadi salah seorang top blogger di malaysia.. Pengunjung yang datang ke blog sy pada setiap hari adalah sebanyak 1500 terdiri daripada seluruh negara.. Rate comment pada stiap post sy pula adalah tidak kurang daripada 300

10.Selain berblog , apakah minat anda ?

- "Saya minat akan permainan online. Sy juga memiliki forum sy sendiri untuk berbincang soal game dan sy setakat ini masih berjaya membahagikan masa antara blogging dan bermain game..."

11.Bagaimana anda membahagikan masa anda diantara berblog dengan aktiviti yang lain ?

- " Bagi sy, blogging adalah sepanjang masa. Sebaik sahaja ada masa lapang untuk sy post entry, sy akan gunakan masa itu.... dan jika tiada masa.. sy akan cuba untuk mengurangkan aktiviti yang lain ...Aktiviti sy yang lain juga tidak sekali akan sy abaikan.."

12.Pendapat anda mengenai dunia blog di malaysia ini 

-"Dunia blog pada harini semakin mendapat tempat di Malaysia.. dan, ya..rakyat Malaysia sangat kreatif! sy kagum terhadap beberapa blogger yang menggunakan blog sebagai medium bagi menulis novel dan mempamerkan hasil penulisan karya yang hebat dan menarik! "

13.Nasihat anda untuk mereka jika ingin memiliki blog sendiri 

-" Untuk mereka yang ingin memiliki blog sendiri. sy warwarkan supaya gunakan bahasa yang menarik pembaca dan jangan sesekali menggunakan blog anda bagi tujuan untuk menjatuhkan orang lain, dan jangan juga blogging hanya sekadar mendapatkan keuntungan. tetapi, blogging lah kerana minat! . dengan minat, anda lebih lama bertahan didalam dunia ini. terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...