ASSALAMUALAIKUM
Korang tahu kan Low-Yatt ni kat mana? Low yatt ataupun dikenali juga sebagai Plaza Low yatt terletak di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Banyak barang2 yang 'diperagakan' dekat sini. Kebanyakan barang yg dijual dekat sini adalah barang-barang teknologi la. Gadget2, Mp3, Mp4, Handphone, Not-so-SmartPhone, Android, Broadband and banyak lagi lah. Kalau nak list semua aku rasa memang takkan habis, sebab Loaw-yatt ni bagi aku memang besar gila dan tingkat pun banyak. Ehem, aku sebenarnya bukan nak promot Plaza Low-Yatt yang terkenal dengan penjualan barang-barang elektronik dan segala gadget2 yang sesetengah sahaja yg aku mampu miliki, tetapi aku nak cerita pasal CARA MEREKA MENJUAL BARANG/PRODUK MEREKA
Ok, Mari kita mulakan. First of all, aku nak tanya. Korang suka tak kena tipu? Memang dah jelas lah jawapannya. Mana ada orang yg suka ditipu. Betul tak? Dan, aku menulis pasal benda ni harini bukan aku nak cakap aku yang kena tipu. Tapi macam lebih kurang DITIPU lah walaupun cara penipuan dia tidak obvious. Tapi, orang cakap bila kita dah biasa menipu, Kita tau je bila orang tipu kita. #Eh. "Takk takk.. Aku mana pandai menipu. he he". Ok, Kalau nak tau ceritanya macam mana, jom ikuti cerita di bawah.
Mula2 macam ni, Pada 2/1/2012 aku ada beli blackberry. Blackberry tu bukan brightstar punya warranty lah. Aku sebenarnya was2 bila nak beli handphone yg belum tentu keoriginaliti dia. Tapi sebab peniaga tu tawar harga yang murah disaat aku time tu pun duit aku cukup2 untuk beli handphone tu. So, aku tanpa berfikir panjang pun beli jela. Aku memang dah syak dah yg memang ada something yang tak kena dekat peniaga tu. Tapi aku cuba buang segala tanggapan yang negatif. Yelah, kita kena la fikir positif jugak. Bila dah beli BB tu, dalam 3 bulan guna aku punya charger tu dah rosak. Aku pergila balik kedai tu untuk tukar charger sebab masih ada warranty. Tetiba dia cakap, Warranty untuk charger cuma 3 bulan. Time tu dah 3 bulan 2 hari. Then, kena charge RM50 untuk tukar yang baru. Ok, tu aku tak kisah lagi.
Diteruskan cerita tadi, lepas berbulan bulan selepas tu, aku punya trackpad untuk BB tu rosak. Tak boleh nak detect bila aku move kan benda tu ke kiri dan ke kanan. Aku taktau apa masalah dia. BB tu memang pernah jatuh dari ketinggian yang agak tinggi jugak lah. banyak kali juga. Tapi aku taktau la samada tu punca dia ataupun tidak. Aku cuba cari penyelesaian dari google cara untuk memperbetulkan dia. Mula-mula BB aku dah elok balik! Then, bila aku guna lama-lama sikit terus dah rosak semula. Aku google pasal masalah BB aku tu. Aku tengok mmg ramai pengguna BB mengalami masalah yang sama seperti aku. Takpe, aku cuba bawa BB tu dekat Low Yatt tempat yang aku beli BB tu. Dan, mestilah warranty masih ada dan berbaki lagi 6 bulan kot.
Bila dah sampai dekat kedai tu. Aku bagi la dia BB aku. Dan orang yang jaga kedai tu, dia suruh pekerja dia bawa pergi mana entah BB aku tu. Then, aku mengikut belakang pekerja dia. Tapi, tak sampai berapa meter pun aku ikut, orang kedai tu teriak kat aku tak bagi ikut pekerja dia. dia suruh pekerja dia je yang pergi bawa BB aku tu. Pastu beberapa minit kemudian, pekerja dia pun telefon dia semula. Dia terus tanya aku samada aku nak tukar ke tak trackpad yg rosak tu. Dia tawarkan harga yg murah la konon. Tapi, aku time tu memang dah takde duit. So, aku nekad memang aku taknak repair aku punya phone dekat situ. Bila dia dah tau aku taknak repair, dia pun suruh pekerja dia tu bawak semula BB aku dekat kedai tu..
DAN.....Part yang paling tak sangka, BILA DIA BAWA SEMULA BB AKU TU, Dia cakap... "Adik, BB adik ni dah takda warranty dah tau. Sebab sticker kat dalam ni dah koyak dah, then dah ada COP. Ini maknanya adik dah pernah hantar repair dekat mana-mana kedai sebelum ni" . Aku punn TERPAKU. Sumpah terkejut sebab sangkaan aku benar!. Dia MENIPU! Aku setiap hari bukak cabut bukak cabut bateri BB aku tu. Takkan lah aku tak perasan samada sticker kat dalam tu dah koyak ke tak. Pastu, Part ada cop tu. Aku tahu sangat yang cop tu baru sangat DICOP. Aku tak bodoh lah. Tapi orang cakap, kalau nak bergaduh mulut apa pun tak guna. So, aku tinggalkan je kedai tu macam tu..
Ya Allah. Aku rasa inilah kesilapan terbesar dalam hidup aku pernah aku buat. Hati aku dah berkata dah sebelum ni "Taknakk taknakk" . Tp, aku ikut rasa. Bak kata pepatah. Ikut kata hati, MATI. Ikut rasa, BINASA. Memang binasa lah yang aku dapat. Memang jelas aku ditipu. Kalau tak kenapa dia tak bagi penerangan pasal produk tu punya warranty? . Kenapa dia tak bagi aku ikut pekerja dia nak pergi untuk bertanyakan berapa kos untuk membaiki BB tu. Kenapa??. Aku rasa kisah ini wajar di ambil sebagai satu pengajaran. Jangan mudah termakan dengan kata-kata peniaga. Diorang tahu nak untung je. Kalau nak beli dekat Low Yatt tu, tengok kedai. Kalau cara dia berbisness mencurigakan. JANGAN SESEKALI NAK BELI. Aku dah rasa sesuatu yg tak kena dah dari awal. Tapi sebab harga, aku beli. Sumpah menyesal. Kesian dekat orang ramai yang beli kat kedai tu. Aaaaaaaaaarghhh. Aku taktau apa yg aku rasa sekarang.
Takpelah, yang penting pengajaran kali ini sangat bermakna buat diri aku. Pandai-pandai lah korang berhati-hati kalau takut kena tipu. T,T .
RASA NAK MENJERIT KAT MUKA DIA MACAMNI!! |