Sunday, December 30, 2012

PENDAFTARAN SEMESTER BARU IPG KBA -.-"

Assalamualaikum :)

it's 30 DECEMBER 2012! and it's the day that I should back to IPBA to start a new semester. Setelah hampir 2 bulan bercuti, Maka kini tiba masanya untuk kembali ke IPBA. kehkeh. So, aku naik bas tadi pukul 10.00 dan sampai dalam pukul 12. 12.30 terus register bilik semua tu lahhhh, penat jangan nak kata ah. Boleh pengsan rasanya. Dengan bawak beg balak tu sampai 2. Padat pulak tu. Nak tercabut jugak lah tangan rasanya. Nak suruh org hantar takda siapa pula yg nak menghantarnya. Akak pun dah balik kampus dia jugak. Bila dah selesai, semua urusan.. then tibalah masa kemas bilik. 

Masuk je bilik punyalah terkejut sebab bilik kotor gila. Habuk penuh semua segala bagai rasa tak sanggup aku tengok. Last2 aku decided nak sapu jelah. alaaaaaaa aku bukan apa. Lemah sikit bab2 menyapu ni. Tak suka tahu. Baik memasak ke apa . tu lebih rela lagi lah. hahaha. tapi berjaya jugak lah aku sapu. Cuma lepas sapu tu ada ghupe2 org nak pengsan kepenatan jugak lah. Mana tidaknya, dengan breakfast tak ambik, lunch tak anbik, semua tak. Dah la pesen kuat makan. haihhh,


Ni lah hasil lepas siap SAPU. belum kemas semua lagi. Kejap. Nak pengsan dulu. Nanti sambung balik k? HAHAHA. btw, tahun depan.. 2013 aku dah jadi student degree dah. dan officially umur pun dah meningkat 20 :( . Sedih. Makin dewasa. haha nak jadi comel lagi macam budak2. Tak boleh ke? kehkeh. btw, untuk result yg tak dapat dapat lagi tu, saya harap semuanya berjalan lancar. Dan saya lulus dgn jayanya :( . Aminnn..


Sebelum ke kelas mesti shaveeeeeeee! yeahh. HAHHAA bye. see ya guys ! :')
*kualiti gambar teruk sebab pakai phone nokia express music ja bye. 

Friday, December 14, 2012

12/12/12 : HARI DAN TAHUN YANG BERMAKNA


ASSALAMUALAIKUM

Selamat pagi. Ramai yg tanya kenapaa aku bangun pagi harini. Eh , aku mmg tiap hari kot bangun awal pagi. Cuma bezanya aku tidur balik ataupun tak tidur. Tu je beza dia. Serius tak tipu. So, entry kali ini nak cerita pasal tarikh 12/12/12. Tarikh cantik kan? yes. aku tahu. Bila kata tarikh special ni masing2 semua gelabah nak buat itu ini, tak lupa juga ada yg couple lah kahwin lah. Wahh tahniah masing2, Sebenarnya entry ni aku nak update 2 hari yg lepas, well.. you know aku kan artis. banyak show kena attend and that's why sentiasa mengalami kekangan masa untuk mengupdate blog. haha kelakar tak? tak pun. 

Haa. Oleh itu, aku pun teringin nak fikir balik apa yg aku buat time 12/12/12 tu. ekeke. Cerita dia macam ni. Aku ni sebenarnya dah lama teringin nak online shopping.

Tapi, bila fikir punya fikir.. Tak tahu mana the best online shop untuk dicuba. Dan lagipun malas ke bank untuk bank in and all that. So, pada tarikh 12/12/12 ni aku telah melakukan satu keajaiban dalam hidup aku dimana aku telah membeli secara dalam talian pada tarikh yg kononnya spesial tersebut! hahaha. 

Apa yang mempengaruhi aku untuk membeli adalah kerana harga yg ditawarkan murah gila. Aku beli baju je. Satu blazer satu lagi korean jacket apa tah. Market price dgn harga yg ditawarkan tu agak berbeza dan menarik perhatian aku untuk mencuba buat kali pertamanya. Harga memanglah murah. Tapi yang sedikit merisaukan aku ni adalah kualiti atau jenis material baju tu. Takut jenis kain yg aku tak suka lah pulak kan..
  

So, dua barang ni lah yg aku beli. hehee. At first pening kepala juga fikirkan payment method ni. Aku takda cimb clicks, takda juga maybank2u. Then, aku pun bercadang nak buka akaun untuk internet banking pakai BSN je. Susah juga rupanya nak bukak benda tu. cerewet. Sebenarnya tak cerewet mana pun. Tapi org bank tu gelabah. Dia kata staff lain cuti lah and tak dapat nak process akaun aku tu. Padahal benda senang je kot. takkanlah tak boleh nak tolong. Haih sabar. Aku just telefon talian pejabat dia jelah. Susah sangat. Then, baru akaun aku diaktifkan. Aku pun bayar pakai internet je lah. hehe.

And sekarang... aku tengah tunggu bungkusan baju ni sampai depan rumah je. Wahhhhhh eksaited weh i told you! Tak sabar nak tgk baju yg diorder. kekeke. Seronok juga shopping online ni. Cuma takut sikit lah kalau benda yg aku tengok nanti takut tak sama dgn apa yg aku dapat. papepun berserah je lah. kalau result dia, tak mengecewakan, insyaAllah aku akan beli dkat blogshop yg sama lagi. 

To conclude, aku dah buat 2 perkara yg bermakna untuk hari 12/12/12. Iaitu;
First time shopping online and First time guna internet banking. HAHAHA

Tuesday, December 11, 2012

HUKUM CEKAK PINGGANG

ASSALAMUALAIKUM

Selamat pagi. Ehem. Harini tiba-tiba rasa tertarik untuk mengulas satu isu pasal cekak pinggang ni. Korang tahu tak hukum cekak pinggang ni apa? Sy sendiri pun tak tahu juga sebenarnya. Tapi tadi tetiba terjumpa satu artikel yg cerita pasal hukum cekak pinggang. So, I think benda ni memang patut lah kita sebarkan sebab aku percaya ramai org islam sendiri pun tak tahu pasal ni. Sy pun baru je tahu beberapa minit yang lalu. hihihi. 

Sebelum tu, apa itu cekak pinggang? Engkorang tahu tak amende tu? 
Kalau tak tahu, Cekak pinggang ni adalah satu keadaan di mana kita meletakkan kedua belah tangan kita dipinggang. Kira lebih kurang macamni lah ;


Mungkin ramai juga yg tak menyangka bahawa hukum bercekak pinggang sebenarnya adalah MAKRUH. Secara jujurnya, sy sendiri pun taktahu pasal ni. dan tak menyangka bahawa hukumnya adalah Makruh. Adalah juga buat sebelum ni. 

Kenapa Makruh?

Ketika iblis diturunkan di dunia, ada dua perkara yg dia lakukan. Iaitu bersiul dan bercekak pinggang. Maka, bercekak pinggang ini adalah makruh kerana ianya adalah perbuatan Iblis Laknatullah. Sy rasa cekak pinggang ni normal lah juga. Asal nak pose alaa model je laju je cekak piggang. hahaha. 

Seterusnya, bercekak pinggang ni sebenarnya cara yahudi. Nabi kata, org Yahudi suka bercekak pinggang. Nabi juga ada berkata bahawa bercekak pinggang ni makruh kerana itu adalah perangai orang-orang sombong and last but not least, bercekak pinggang ni digambarkan seperti Ahli-ahli neraka. Sebab mereka duduk dalam tu dalam keadaan yg bercekak pinggang. 

So, bila dah tahu pasal ni.. rasa buruk sangat perangai bila ada tercekak pinggang 2 3 kali. Ok, kena hati-hatilah lepas ni. Taknak lah digambarkan sebagai ahli neraka, org yg sombong. Nauzubillah. Semoga Allah sentiasa pelihara kita semua. Amin. Terima kasih membaca. 

Rujukan : http://mearale.blogspot.com/2012/03/hukum-cekak-pinggang.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...