ASSALAMUALAIKUM
Dah sebulan rupanya aku balik dari Negeri Di Bawah Bayu, Sabah. phew. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Disaat aku kat sini masih mencari hala tuju untuk menyelesaikan assignment, task and all that.. disaat tu juga masa meninggalkan aku. Tapi kini, rasa beban tu sudah hilang sikit la sebab dah habis assignment and just get ready untuk final exam which is around this end of October. Perasaan dia macam biasa la. Takut. haha tapi dekat entry ni aku bukan nak cerita pasal exam. Tapi nak cerita pasal keindahan Negeri Sabah. hehe ayuhhh baca bersama.
Dulu masa kecik dah pernah naik flight dah. Tak ingat tahun berapa. Tapi macam darjah laaa.. lama gila dah kot. So, kali ni kiranya baru 2 kali lah naik flight. Ok menyedihkan. hahaha. Walaupun dah dua kali naik flight tetap eksaited nak duduk tepi tingkap sebab kali pertama naik masih seorang budak-budak yang naif... takda gambar pun, kali ni memang duk tepi tingkap kerja tangkap gambar pemandangan je. Serius sangat cantikkk! :') .
Actually pergi Sabah ni sebab ada program Biro Tatanegara dekat Kem Kundasang. Tapi kitorang semua datang awal sikit ke Sabah sebab nak pi jalan-jalan. Tidur dulu dekat Kota Kinabalu. Hari pertama sampai tuuu terus pusing-pusing. Penat gila baq hang.
Sempat golek-golek kejap je kat Hotel, then terus pi keluar. Time ni baru pukul 6. Tapi dah macam pukul 8.30 omaigadd.. Terkejut sekejap aku. hahaha. Rasa macam masa tu lambat gila bergerak. Kadang-kadang ingat dah pukul 12. Rupanya baru pukul 10. Entah apa-apa. haha. Tapi syok makan dekat pasar filipin tu sebab kat sana banyak makanan yang best-bestttt.. Serious kalau tak pi sana memang rugi wei.
Obviously bukan hotel ni lah yang kitorang bermalam. hahaha gila kau kalau hotel ni. Saja tumpang tangkap gambar sahaja. Jadilah tu.... kan?
Ok ni baru hotel. Dekat hotel ni laaa kitorang duk tidur satu malam. Haha. Hotel apa entah namanya. Tang Dynasty tak silap. Haa betul ah tu. Boleh tahan la keselesaan dia. Aircond semua ada. Cantik pun cantik. Tapi satu perkara yang aku tak puas hati pasal tandas dia. Takda tempat nak basuh berak. Maksudnya nak berak tu susah laaa kena tadah air dalam cebok. Dah la dia punya tempat tadah tu kemain jauh seribu kilometer lagi. Mohon penambahbaikan ye....
Keesokan harinya, bermulalah sebuah perjalanan yang baharu menuju ke IPG KAMPUS KENT, TUARAN SABAH untuk sesi Lawatan Sambil Belajar/Benchmarking. Pergi ke sana naik van yang disediakan IPG sana lah. Tapi separuh JPP kami pergi buat benchmarking di IPG Gaya. Tak sempat kot kalau kami semua nak ke dua buah IPG pada masa yang sama.
Sampai-sampai kat IPG diorang terus tangkap gambar. hehehe. Harus kot. Kalau boleh setiap detik kat Sabah ni memang kena tangkap gambar *ok over*
Seterusnya ada sesi suai kenal dengan diorang semua. Diorang ada kampus baru kot nanti. Besar pulak tu... huwaaaaa kami kat IPBA ni entah bila lah nak ada kampus baru. Berdoa sajalah.
Selepas habis sesi suai kenal dengan JPP sana, kami dibawa untuk melawat seluruh IPG Kampus Kent ni. Keluasan dia yang sekarang ni aku rasa lebih kurang dengan IPG KBA je. Tapi cuma kat sini nampak lagi besar. Entah la. hahaha. Gambar kat atas ni kami tangkap dekat Galeri IPG Kent. Ada galeri kot which is a good idea lah untuk mempamerkan segala barang-barang khazanah IPG diorang kat sini. Menarik! :)
Tadaaaaaaa! over kau Syed. ahahaha
Lepas dah habis bawa pergi jalan-jalan, hati ini tertarik untuk singgah sebentar di koperasi diorang. hehe. Lepas tu, tetiba tengok ada jual aiskrim pulak kat sana!. So, sebagai budak-budak yang innesen, daif, tak tahu apa-apa, dan 'comel' aku pun beli lah satu aiskrim untuk membasahkan tekak yang kering! hahaha.
Lepas habis makan aiskrim, makan kat kantin diorang pulak. Ada makanan disediakan. Banyak juga la aku makan. Tak senonoh betul syed ni when it comes to EAT.
Kami juga ada tangkap gambar sebagai kenang-kenangan bahawa kami pernah menjejakkkan kaki ke IPG Kent. Thanks korang for being very friendly! :')
Setelah selesai benchmarking di IPG Kent, Kami semua bersama IPG Kent meneruskan perjalanan ke Kem Biro Tatanegara, Kundasang Sabah pada hari yang sama.
Jalan ke Kundasang sangat berbukit. Tinggi! yang menyebabkan bas IPG Kent rosak dan kami terkandas seketika di tepi jalan. hahaha. Lama juga lah kot terkandas. Tapi takpa. Seronok juga sebab sejuk and boleh gunakan kesempatan untuk bergambar. LEULZ
Ni baru sikit ni. Banyak lagi gambar yang tak upload. HAHAHA cukup la sikit-sikit. Lepas habis sesi photoshoot di tepi jalan, ada van teksi datang menyelamat untuk membawa kami ke Kundasang...
Sampai je kat sana memang kena tangkap gambar terus. haha, Dah jadi satu kewajiban. Cantik gila view dari atas ni tahu tak!?. Dah la sejuk tak boleh nak cakap laaa.. memang sejuk gila. Hari pertama sampai kat sana tu mandi air dekat toilet dia dah rasa macam mandi air water cooler. Sejuk! sakit otak rasa.. haha. Heater dia ada. Tapi banyak yang tak boleh guna. Nak taknak terpaksa la mandi juga. Takkan tak mandi kot. *ada je orang tak mandi rasanya. hahaha #eh
Pasal aktiviti kat sana aku tak tahu nak cerita pasal apa. Macam biasa la. Kem Birotatanegara. Mostly about ceramah je. btw, atas ni kumpulan aku. kumpulan 5. hehehe.
Time ni pun ceramah. But then, it's too bored to listen to them. So, kitorang kat sini buat agenda masing-masing. Ada yang dengar. Ada yang tak dengar. Ada yang lantaklahhh who cares. hahaha. Aku semestinya tak dengar apa-apa pun ceramah yang diberi. Dari mula sampai akhir duk bersembang. Maaf.. Maaf :(
Time ceramah.... lagi... hehe
Seriously dapat banyak gambar je rasanya pi sini. HAHAHA
Ni semua gambar sekitar kejadian.. hehehe. Sebelum balik pun kami ada tangkap gambar ramai-ramai dengan semua peserta tau. kejap kejap..
Semua kat atas ni peserta Kem Birotatanegara Zon Sabah. Apa entah nama Kem dia aku tak ingat sebab dah lama. ahahah
Time ni dah habis kem dah. Nak balik ke airport dah. Tapi sebelum ni bas IPG Gaya bawa kitorang pi jalan-jalan sikit. hehehe thanks! :D
Sebelum balik, Nana bawa kitorang pi jalan-jalan dulu dekat tempat2 yang terkenal kat KK seperti pantai Tanjung Aru ni dengan Taman apa eh nama dia ni tak ingat. Terima kasih sangat atas kesudian menjemput kami di airport dan bawa kami jalan-jalan! hehe :)
Sebagai kesimpulannya, lawatan ke Sabah ni seronok sangat!! :D . Jumpa ramai kawan baru dan tak lupa juga, Sabah merupakan sebuah Negeri yang sangat menarik untuk dilawati dan diterokai!. Cuma kalau lepas balik dari Kundasang tu Sunburn dia tak payah nak kata la. Memang teruk gila. Aku jadi super gelap time tu.. Sedih rasanya. haha..apa-apa pun, thanks for the memories kepada semua yang terlibat! :)
p/s : psssttt.. haritu time kat Sabah jam tangan aku rosak tali dia. Aaaaaa tension betul. Tapi rasa macam nak beli satu dekat zalora.com.my. Cantik kot jam kat situ! Jom laaa tengok kat sini http://www.zalora.com.my/men/accessories/watches/