Sunday, September 21, 2014

BINA INSAN GURU FASA 4 DI SK. PEDAS IPG KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA


ASSALAMUALAIKUM

Setelah fikir punya fikir, akhirnya aku dapat juga idea nak update benda apa dekat blog ni. Aku kemain lagi banyak idea nak update ni. Tapi aku malas nak edit gambar. Tapi kalau tak edit karang buruk pulak. Aku tak suka tengok gambar yang takda tone. Nampak dull je. Konon graphic sangat lah tu. HAHAHA padahal habuk pun takdak. Sekarang ni aku nak salahkan wifi dkat ipg ni yang lambat kemain macam siput. Time aku duk bukak lagu layan youtube semua kemain lagi laju takda buffer. Tapi time nak update blog, dia punya lambat... upload satu gambar pun sampai 10 minit. Manalah tak tensionnya seorang Syed!? *haaaa kan dah membebel 

Okay, back to the topic. Aku tak ingat tah berapa haribulan tah kami pergi ke Sk. Pedas Negeri Sembilan untuk buat BIG. Maksudnya, kelas aku dengan kelas lagi satu lah buat kat skolah ni. Ada group lain ke sekolah lain tapi still di daerah yang sama. BIG kali ni dia lebih kepada aktiviti dkat sekolah. Kena buat aktiviti semua dengan budak-budak tu, lepastu duk cat skolah and hias-hias apa yg patut. Lagi satu khidmat masyarakat duk buat 'reading corner' dekat rumah pelajar yang terpilih.


Macam biasalah. Sebelum gi BIG tu mesti nak duk check khemah dulu. Sebab ada sekolah yang depa kena tidoq dalam khemah. Bagus laaa tu. Pengalaman kan? haha. Sekolah yang aku pi ni nasib baik lah tidoq dalam surau sekolah. Bukan tak boleh tidoq dalam khemah. Tapi nak mengangkut khemah tu bukannya ringan weh! Nak dirikan lagi. Confirm penat. *aku ni nampak sangat ke malas? Tak kotttt. Lagi satu, tidoq dalam khemah ni penat bila bangun je sakit badan. Haaa tu lah sebab yang utama kenapa aku tak suka duk dalam khemah tu. 


Yang tak menariknya...Aku botak timing tak kena betul! hahaha. Bebudak pun tak berani nak tegur. Sekaligus menjadikan BIG kali ni hambar sikit. HAHAHA kemain lagi. Siapa suruh kau botak Syed!?. Ohh baideway, yang baju pengakap tu lah kami punya ketua BIG kali ni. Ketua untuk geng botak jugak sekali. Nama dia? Hang pi cari sendiri. kahkah


Sampai je kat sekolah tu, disambut dengan paluan kompang daripada pelajar Sk. Pedas. Terharu sangat rasa. Rasa sangat dialu-alukan. Rasa macam berjalan kat karpet merah weh. Rasa macam pengantin baru. Rasa macam nak kahwin!. hahaha semua kau nak rasa syed! Tapi serius lah terharu jugakla dengan sambutan dari pihak sekolah ni. 


Ni lah dia pengetua Sk. Pedas. Nama beliau En. Ramlan. Sorry tangkap gambar candid je. haha


Tak cukup dengan paluan kompang lepastu diajak pula kami naik atas pentas. hihi. Segan aku. Nasib baik aku selaku photographer yang tak berkaliber ni boleh berjalan kehulu kehilir. Tapi maaflah gambar ni kualiti dia tak berapa cantik sebab aku dah habis adjust ISO semua taktau lah kenapa dia jadi camni jugak. Sebab belakang tuuu cahaya kot.


Okay ni dia audiens kami pada waktu tu. Budak-budak darjah tiga diorang semua ni.


Lepas dah diperkenalkan diri semua kami pun dipelawa untuk makan tengahari kot. Ataupun pagi. Entah lah. ingatan aku kemana entah aku taktau. haha. Ni la dia cikgu zaman sekarang. Orang suruh makan dia sibuk nak bergambar! hahahah. Nasib baik ada aku yang hensem ni yang sudi ambikkan gambar diorang! kalau tak menangis la kat situ tak dapat bergambar. haha


Lepas makan kami duk kat dewan depa ni buat aktiviti kumpulan. Aktiviti cam biasa lah. Duk dalam group buat cheers semua tu and student kena present apa yg diorang dah bincangkan dalam group. Macamtulah. Aku tak terlibat pun. Duk bebas tangkap gambar ja. haha


Budak-budak kat sini ada yang bagus tu bagus jugak la English dia. Tapi ada yang tak berapa bagus tu nak cakap pun sangkut-sangkut and kena kawan sebelah tolong. Tapi okaylah at least depa still boleh bercakap depan kawan-kawan diorang semua. Kalau aku masa kecik-kecik dulu aku taktaulah aku macam mana. Malu kot. Aku ni pesen suka jugaklah cakap depan orang ramai macam pidato semua tu. Tapi masalah dia kalau lepas depan stage selalu nervous and kadang-kadang sangkut-sangkut jugaklah. haha so aku faham perasaan depa semua ni camna. Kadang-kadang depa boleh je cakap bahasa inggeris. Cuma bila depan orang ramai rasa nervous tu mempengaruhi percakapan depa. Haaa gitu kau.

Lepas dah habis semua aktiviti sampai budak-budak ni balik sekolah. Kami pi uruskan diri dulu. Tukar baju semua sebab nak ready untuk pi rumah murid yang terpilih untuk hias rumah depa. 


Group aku dapat pi rumah budak ni lah. Dekat ja dengan sekolah rumah dia ni. Tapi still kena naik kereta la. haha. Aku suka gila aktiviti untuk menyediakan ruangan bacaan ni. Sebabnya dia macam rancangan deco-deco tuuuuu. So, kitorang feeling jadi macam Eric menda entah nama dalam rancangan tu aku tak ingat. hahahha. 


Ni cikgu yang hantar kami gi rumah murid ni. dan di sini jugaklah sudut bacaan akan kami buat. Kosong je kan mula-mula? Lepas tuuuuu....


....kitorang pun buat tempat rak buku tu. Benda tu memang kitorang bawak dari KL lagi ke sini. Beli kat Mid Valley uols. haha (perlu ke bagitau). Rak buku ni comel je kat situ. Kecik je. Macam aku. Eh. Lepastu lantai tu kitorang beli yang ABC tuuuu. Nampak mcm budak tadika kann padahal budak tu dah darjah 3. hahaha tapi takpela comel apa. Aku pun nak beli satu untuk letak kat bilik!


Tadaaaaaa!!! Ni lah dia hasil akhirnya. Cantik gila kan?? hehehe. Lepas siap semua ni kami pun menunggu ketibaan yang kehormat (eceh) pensyarah untuk check kami punya progress.. hehe


Tapi sebelum tu, mana boleh terlepas untuk bergambar bersama hasil karya kitorang! hahaha.


Tunggu punya tunggu... sampai pun mentor kitorang Mama Farah dengan Puan (sy tak ingat nama) sorry puan :( dan jugak dengan Ustazah . Lama jugak tunggu ingatkan dah sesat dah. hihihi.


Alhamdulillah dapat feedback yang positif dari semua lecturer. hehehe aku panas betul semua gambar bergegar. Tak reti duk diam lah engkorang ni. Kan tak cantik dah gambar. Aku pun dah malas nak edit. hahaha.


Lepas je habis semua sesi bergambar dekat rumah budak tadi. Tuan rumah jemput kami untuk gi kedai dia. Makcik ni rupanya ada buka gerai. Niaga waktu petang. Jual cendol dengan pau je. Ya Allah serius sedap gila tak terkata dia punya cendol dengan pau!!! Cendol dia tu, yang warna hijau tu makcik ni buat sendiri tau. Serius memang sedap! kalau aku pi Negeri Sembilan ni rasa macam nak beli je banyak2 bawa balik KL!. Seperti biasa la kan, aku mana cukup bab-bab makanan ni. Disebabkan Extra sedap dia punya pau, so aku tapau sampai 3 bijik! 

Pau dia yang specialnya besar gilaaaa lepastu harga tak payah nak cakap lah. Murah gila. Kalau yang inti kaya, kelapa semua tu harga pau sebijik RM1 je memang puas hati. Gebu dia? Macam pipi aku ni ha!. haha. Lepastu pau dia yang ayam, daging semua tu cuma RM1.50 je. Serious lebih daripada berbaloi! Kalau dekat tempat aku kat Temerloh tu... harga dia RM2.50. Intinya sikit gila. Tapi yang ini, inti dia memang penuh satu pau tu. Puas hati aku dapat sumbat dalam mulut. 

*sebab terliur ya amat describe pasal pau ni. Aku pun duk menelan air liur time tulis pasal ni. Tensennya! hahaha.


Tengah malam tu pulak, macam biasa lah. Kami ada aktiviti dengan budak darjah 6 pulak. Basically sama jelah jugak dengan aktiviti dengan budak darjah 3 tadi. Tapi ni advance sikit la. Kitorang buat macam language games semua. Tapi ada station-station. Macam treasure hunt kot? And those groups yang berjaya completekan all the stations kira macam pemenang la! (Aku rasa lah) 


Haaaa, ni lah dia group yang berjaya memenangi game tersebut pada haritu! Tu je yang mampu kami sediakan. Haraplah bebudak ni teruja dapat hamper ye. hehe :)


Pagi esoknya, Aktiviti bermula dengan senamrobik. Lepas senamrobik semua tu, ada kuiz hari merdeka semua yang kami conduct. Lepastu nyanyian lagu patriotik. Lepastu kami bergambar! hahaha aku dah penat dah ni nak menaip and malas nak cari gambar dalam folder yang ada beribu-ribu gambar tuuuuu....


Yang pasti time Majlis Penutup, kami diserikan lagi dengan persembahan dikir arab ke apa entah. Tapi best lah. Terhibur gila. hehehe. 

Akhir kata, menulis pasal BIG ni makan masa jugak. Penat aku nak cari gambar nak upload semua. Padahal reflection untuk BIG ni yang ada markah aku tak buat pun lagi. kahkah! takpa, hantar lambat lagi. Dasar last minute!. Kepada yang membaca entry ni dari mula sampai habis gua respect sama lu! sebab gua pun macam nak termuntah dah menulis entry ni dari mula sampai habis. Kahkah! Oklah bye, pendek kata BIG Fasa 4 kali ni best sangat! heh.

Monday, September 1, 2014

#NNRAYA OPEN HOUSE 2014


Firstly, Nak cakap terima kasih banyak-banyak dekat team nuffnang ni kerana sudi memilih aku ni untuk menyemakkan lagi event depa. haha. Dengan berbesar hatinya aku terima dengan penuh rasa teruja sebab nak join event Nuffnang ni. Aku bukan selalu join event nuffnang ni. So, bila dapat jemputan ni rasanya melompat lah jugak. haha.Open housenya dah lama. Tapi baru ni aku nak update. Maklumlah, nak dapat mood tu yang payah. Kalaulah aku ni macam Ben Ashaari tu senang lah. Takyah pikir banyak nak update apa. haha. Banyak bebenor idea dia kot.

Nak pergi tu mula-mula banyak kesulitan jugaklah. Dah lah aku ni dengan transportnya takde. Maklumlah, student kot. Nak gerak sana sini pun semua pakai public transport. So, bila fikir balik nak ke Damansara tu macam jauh jugak tu. Takde pulak train or LRT yang boleh cecah sana. Berkat usaha yang tak putus-putus akhirnya aku berjaya meminjam motor kawan aku untuk ke open house ni. Malu jugaklah gua naik motor je. Blogger lain semua naik kereta mewah-mewah kot! Contohnya macam Porche, BMW, Honda and macam-macam kereta lagi yang aku taktau nama dia! (mwahhaa tolong percaya).

Maka, aku dengan member aku dengan rendah dirinya masuklah menjejakkan kaki ke Wanaka The Bungalow. Boleh tahan meriah jugaklah suasana ketika tu. Tapi aku tak dapat nak menggambarkan macam mana meriah dia. Aku takda kamera lah nak tangkap gambar. Kamera phone pun bukannya cantik sangat. So, harapkan gambar dari Nuffnang jelah.


Macam ni lah gambar lokasi sekitar majlis. Ada banyak belon-belon yang tergantung tu ha. hehehe. Credit gambar to Nuffnang.


Ada banyak benda lah dalam rumah tu. Ada booth Ambi Pur, Booth U-Mobile dan juga photo booth. Yang menariknya bila ada kat tempat Ambi-Pur tu, korang just kena instagram gambar korang pegang ambi pur dan masukkan hashtag, lepastu dah dapat goodies bag. Banyak pulak barang dalam tu. Ada 3 produk ambipur kot. hehe. Lepastu yang Umobile tu pulak anda cuma perlu Tweet apa yg dia suruh then dapat 3 minit percuma call. Tapi aku tak masuklah yang umobile tu sebab aku ni bukan pandai sangat pun nak bergayut dalam phone. Rasa macam takda keperluan pulak. hahaha. Tapi ada ramai je yg bersembang semua dekat sini. Bagus lah U-Mobile ni ha! :)


Ni lah yang dikatakan tempat U-Mobile tu. Tweet je apa yang dia tulis kat greenboard tu then cakap lah 3 minit percuma. Kalau dah habis, tweet lah lagi and call lagi. hehehe. btw, dalam tempat tu ada tandas tau, so kalau malu nak cakap depan public boleh je masuk tandas tu. Kahkah! Siapa yang masuk ni jugak sebenarnya ada peluang untuk memenangi Samsung Galaxy S5 tau dak. S5 kot bukannya S3 or S2 yang dah takda orang pakai tu!. Aku ada jugaklah rasa nak try call sikit. Tapi masalah dia tak tau nak call sapa. Maklumlah Forever Alone katanyaaaa. haha


Dengar cerita akak cantik ni lah yang menang henpon S5 tu ha. Untunglah hakak! Tahniah!! hehe. Aku taktau aku gi mana time ni. Rasanya dah cabut balik dah ni. Maklumah naik motor kot. Cuaca time tu pulak macam sendu and nak hujan je. Takda rezeki nak nengok. Sobs.


Time ni pun aku takda! Banyaknya aku miss peluang nak menang hadiah oi! *cryyyying

Actually, banyak tau diorang punya aktiviti yang aku tak take part sangat time tu. Bukan taknak join main sesama bersuka ria semua. Tapi takda geng lah. Tak kenal langsung semua yang datang. Aku ni jenis yang penyegan. Kalau orang tak tegur memang takdelah aku nak tegur orang. Tapi kalau tegur aku sekali je aku memang takda masalah lah nak tegur banyak kali lepas tu. haha. Tapi tu lah, aku tengok muka blogger-blogger semua macam ramai blogger baru je. Aku ni blogger yg dah lama yg tak aktif dan agak season so, nak bergaul pun rasa macam rendah diri gitu.

Aku ada terserempak jugaklah dengan Red Mummy. Tapi pesen aku ni jenis yang tak yakin betul ke tidak orang tu. Aku tak sure. Berkali-kali jugaklah aku usha Red Mummy tu. Aku tengok punya tengok.... sah! memang red mummy. Lepastu terdetik pulak dalam hati "Kalau Red Mummy mestilah pakai warna merah. Tapi ni dia pakai baju warna hijau". Ya Allah teruknya fikiran aku time tu! takkan lah nama dia Red Mummy tiap hari dia nak pakai baju warna merah kan? Takkan lah baju dia semua ada warna merah je? HAHAHAH bongoknya aku time tu. 

Lepastu ada nampak jugak Yuyu Zulaikha. Time tu dia tengah naik tangga. Lepas dah sampai ke puncak dia kata "Adeiii penatnyaaaa" (camtu lah lebih kurang). Ok yang ni aku yakin tu memang Yuyu tu. haha tapi lain sikit lah sebab Yuyu tengah berbadan dua (mengandung) . Nak tegur tapi segan so tak jadi lah.

Last sekali blogger famous letup-letup sewaktu zaman kegemilangan blogging aku dulu ialah Cik Epal. Aku mula-mula tengok cik epal ni pun aku tak cam jugak yang tu cik epal. Entah kenapa teruk betul penglihatan aku! Aku rasa cik epal ni tinggi. Tapi bila nampak depan-depan eh rendah je rupanya. Tu lah buat aku ragu-ragu tu cik epal ke tidak. Tapi lama-lama aku rasa yakin sikitlah tu cik epal lepas tengok ramai yang insta gambar dengan cik epal. 

So, dari ketiga-tiga situasi ni dah cukup menggambarkan yang aku ni bukan pesen yang detail sangat. Tak ingat sangat semua benda. Lagi satu tu memang kelemahan aku nak beza orang dalam social network dengan in real life ni. Sebab kadang2 memang jauh beza. Nak pulak yang guna Camera360 tu. Kalau tak guna takpalah. hahaha.



Cerita pasal makanan pulak, aku memang suka Mile Crepe ni! Serius sedap gila! Aku rasa semua flavor dah rasanya. Rasa macam nak tempah pulak dah. hehe. Mula-mula aku ingatkan apa mende lah dia letak atas meja ni. Rupanya crepe. Sedap pulak tu. Lepas satu, satu aku ambik. Nasib baik tak melekat terus kat meja tu. Kalau tak nampak sangat kebulurnya seorang Syed. hahaha.

Selain crepe ni, ada banyak gila lagi juadah time hari tu. Yang paling aku suka ialah Kambing Bakar. Serius sedap betul kambing tu! Aku ni sejak dua menjak ni memang suka makan kambing. So, time hari tu aku ada lah beratur sampai 3 kali nak ambik kambing bakar. Orang lain sibuk duk main game itu ini aku selamba je beratur makan banyak-banyak. Syed ni kalau jumpa makanan macamtu lah jadinya. Kesian orang belakang tak dapat makan kambing. Selain kambing ada apa lg ek. Banyak lagi lah! . Kalau nak cerita kat sini memang sampai 10 page buku teks tu pun tak habis kot! hihi...


Cerita yang menarik jugak ialah aku menang RM200 baucer Carama dekat Open House Nuffnang tu weh!. Akhirnya Bertuah jugak seorang Syed. Cerita dia kelakar sikit lah. Time nak ambil hadiah tu aku ingatkan aku menang RM200 cash. Rupanya baucer repair kereta. Aku macam baru eksaited dapat 200 hengget. kehkeh. Tapi takpalah baucer ni pun boleh guna jugak bukannya takleh yedakkk? hihi


PhotoBooth ni aku paling suka! hahaha menarik kot. WowPhotobooth ni memang wow ah! Dia punya gambar lepas print tu cantik gile. Takda lah pecah-pecah ke apa. Props yang dia sediakan pun okay and menarik untuk digunakan. Kiranya kalau ada event apa-apa ke panggil diorang memang berbaloi and meriah lah jadinya event tu. hihihi...

Akhir kata, open house Nuffnang ni memang best gila ah. Selain dapat bedal makanan banyak-banyak, dapat jugaklah bersosial kenal-kenal dengan blogger lain and melebarkan sayap hehe. Tapi aku macam kurang keyakinan diri sikit time tu. Sebab baru potong rambut botak. So, malu pulak nak tegur orang. Takut je orang ingat aku ni bangla dari mana tah. Lepas ni kalau Nuffnang buat event nak join lagi ah! janji taknak malu-malu lagi dah. haha...

Alamakkkk!! Tetiba terbaca ni. Meroyan kejap rasa. hahaha bestnya kalau menang Samsung S5!!! Nakkkk!!! Henpon lama tu dah meragam dah. Syok jugak ni kalau dapat S5 boleh lah tangkap gambar cantik-cantik sikit. hehehe. Itupun kalaulah pihak Nuffnang rasa 'experience' aku ni menarik lah kan. Kita ni biasa-biasa ja. Anyway, thanks a lot to Nuffnang for the golden oppurtunity to join your event! :) it's really the best open house that i've been to! 


Tuesday, August 19, 2014

EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG DATUK, REMBAU, NEGERI SEMBILAN


ASSALAMUALAIKUM

Kemain lagi nama entry aku kali ni, Dah macam ala-ala nama program dekat tv3 dah.  Walaupun tak masuk tv3 takpelah asalkan nama tu yang grand. kahkah.

Aku ni suka jugaklah benda-benda lasak macam ni. Walaupun aku bukan jenis lasak sangat. tapi benda mendaki semua ni serius aku suka. Tak caya ajak lah aku kalau hangpa semua pi mana-mana tempat yg menarik! macam masuk hutan ke, mandi air terjun lepastu kena panjat2 batu ke. Serius menarik! Bab-bab macam ni memang aku menjadi sangat. Tapi kalau bab2 main bola semua tu macam krik krik sikit. Bukan krik krik apa pun padahal. Cuma tak pandai main. Rasa nak main semua tu ada tapi malu takut orang ketawa je nanti. Lepastu kena buli. Taknak ah! haha.

Memula tu takda pun plan nak pergi ikut diorang mendaki ni. Tak terlintas pun sebab tak tau pulak diorang nak pi mendaki. Lepastu, malam yang nak bertolak ke Melaka tu barulah diorang bgtau nak naik Gunung Datuk. Aku pun macam eksaited lah jugak kan. Mana pernah daki gunung sebelum ni. Paling tinggi naik pun Broga Hill. Tu bukan gunung kan? Tu bukit aku rasa. That moment diorang kata nak gi Gunung Datuk ni aku takdelah expect gunung yang tinggi-tinggi tu. Tapi, rupanya.....boleh tahan jugak ah. Nyaris nak pancit.

Yang join 'ekspedisi' ni adalah dalam 12 orang. Semua budak batch aku kot. Nak list sorang-sorang tak larat. Engkorang tengok jelah gambar depa nanti aku upload eh. haha. Kitorang mula mendaki, aku tak ingat lah pukul berapa weh tapi rasanya adalah dalam pukul 8 atau 9  pagi rasanya. Malam tu memang ada kat Melaka dah la tidur jap kat rumah nenek Haidar.  


Ni lah muka sememeh aku malam tu. Kahkah. Sampai Melaka pun dah pagi dalam pukul 2 camtu. So, jangan tanya lah aku mandi ke tidak pagi tu nak naik gunung. Sebab, jawapan dia engkorang boleh fikir sendiri. hihihi




Inilah dia tempat parking Hutan Rekreasi Gunung Datuk ni. Sampai-sampai je parking kereta, pakai kasut and keluarkan kamera. Maka, tangkap gambar lah apa lagi nak buat. kahkah. Tapi nak naik gunung ni kena bayar RM5 tau. Parking pulak seringgit. Taktau lah mahal ke murah.


Pear pun nampaknya dah bersedia dengan 'senjata' untuk dibawa time hiking nanti. Aku rasa jugaklah macam nak angkat satu je kamera macam ni. Tapi tu lah takda budget punya pasal takpalah. Setia jelah dengan camera phone yang tak berapa nak cantik ni (lari topik jap)

Aku takde pengalaman sangat mendaki ni. Pernah mendaki sekali je padahal. So, taktau langsung nak cerita pasal apa. HAHAHA. Tapi aku try lah nak bagi gambaran yg akan buat engkorang semua eksaited nak mendaki gunung ni. Tapi kalau tak eksaited pun mungkin engkorang kena dengar aku cerita face to face kot.


Ok, aku syak gambar ni time permulaan untuk mendaki gunung. Nampak tak dia punya jalan? Penuh dengan akar-akar kayu yang besar tu and hutan lah of course. Kalau broga tu jalan dia landai dan tak tinggi sangat pun. Tapi yang Gunung Datuk ni mula-mula naik terus mendaki. Tak bagi can langsung nak jalan-jalan itik ke apa. Makin lama makin tinggi ah. Boleh tahan penat dia time mula-mula ni. Nak sampai ke tempat rehat kemain sesak lagi rasanya. Yang mendaki laju-laju tu semua duk depan lead jalan. Yang tak larat and rasa nak guling-guling jatuh ke bawah tu duk belakang jelah. Macam aku contohnya. haha

Aku bukannya mentally and physically ready pun ni nak panjat gunung ni. Ciri-ciri keselamatan pun takda dititikberatkan pun (poyo). Kasut pun pakai kasut jogging ja (nak bagitau lah aku hebat pakai kasut jogging pun lepas naik gunung).


Ni lah dia 'rumah rehat' katanya. HAHA mungkin untuk tempat berteduh ketika hujan ke ataupun boleh tidur dalam tu ke aku tak taulah. Tapi nak sampai ke tempat rehat ni adalah jugak berhenti kejap kejap.


Ni nama dia muka tak larat dah nak jalan. Tolonglah berhenti lama sikit weh! haha. Tapi aku rasa kejap sangat kot berhenti sini. Tak sampai beberapa mnit pun lepas tu dah cau sambung pendakian.



Aku syak both of the pictures ni time berhenti awal2 tu kot. Sebab entahlah. Aku ada short-term memory. Dah tak ingat dah dia punya tempat camna. Kahkah! Asalkan masih dalam hutan and belum sampai ke puncak lagi haaaa...


Time ni pulak lagi 230 Meter nak sampai ke puncak rasanya. Sebab tinggi dia 800 ++ meter je. So, takat ni baru 600 meter. Tak lama dah tu nak sampai. hihi. Nampak tak muka kepenatan tu dengan peluh membasahi segenap mukaku yang gelap tuh. Perghhhh..


Lepastu makin nak sampai ke puncak, makin banyak tangga-tangga yang kena daki. Tangga dia ni aku tak caya sangat lah. Sebab dia macam ikat gitu-gitu je dekat batu tu. haha entah kuat ke tidak. Kalau tak caya tengoklah muka spesimen di atas ada gaya cuak ke tidak tu.


Lepas panjat banyak-banyak tangga tu maknanya akan sampai lah kepuncaknya. Time ni aku tak sampai puncak lagi. Nyaris lah nak sampai. Tersadai sikit kat situ sebab kena tunggu giliran nak guna tangga. Satu tangga tu sorang boleh turun dari puncak and sorang boleh naik. So terpaksalah tunggu giliran dekat situ.


Macam ni lah contoh tangga yang digunakan untuk sampai ke puncak tu. haaaa seram tau kalau nak tau. Tangga tu bila kita panjat macam goyang-goyang and nak jatuh je. Dah lah kat celah2 batu tu ada lubang yang kalau jatuh terus ke bawah tu. Boleh tahan la seram dia. Tapi kalau panjat laju-laju macam watlek watpis jelah. hahaha.


Akhirnya sampai jugaklah kepuncak ni. Serius sangat memenatkan. Bila dah sampai kat puncak ni rasa macam hilang segala penat lelah mendaki. hahaha. Dah lah sejuk. Angin pulak bertiup kencang. Ya Allah rasa macam nak tidur kat situ time tu jugak. Tapi tu lah, takut bergolek jatuh ke bawah je. hahah. Lagi satu, duduk kat atas ni sangat menenangkan. Bila kita tengok balik ke belakang tak sangka mampu pi sejauh ni. Berkat kesabaran dan semangat jugaklah. Kalau tidak memang taklah nak lepas ni ha.


Power gila loqman boleh lompat atas seketul batu tu. Dah la bawah tu gaung and takda apa2 penghadang pun. haha kalau aku memang tidak lah jawabnya. Nak berdiri atas seketul batu yang Hassan baring tu pun macam dah nak tercirit dah rasanya.



Time panjat Gunung ni jugak ada jumpa Senior dari tempat aku belajar (IPG KBA) Senior nya mana satu? Tu haaa yg baju kelabu yg duk depan sekali tu. Tapi dia dah lamaa ah keluar dari IPBA. Time 2006 kot. Time tu aku baru Form 1. Masih naif dan daif lagi berbanding sekarang! haha.


Lagi satu, brader yang buat peace tu memang wajar diberi penghormatan lah. Serius respek. Brader tu takda kaki sebelah tapi hebat gila boleh mendaki gunung ni. Sedangkan aku yang 2 kaki ni pun termengah2. hehe


Bila kat atas tu rasa macam malas sangat nak turun ke bawah. hahaha tapi tu lah takkan nak tidur atau berkampung kat puncak pulak kan? Nak taknak kenalah turun jugak. Time turun tu takdelah memenatkan and sesusah nak mendaki gunung ni. Aku takda berhenti untuk berehat pun time turun dari gunung nak kebawah. Tapi serius kaki kena kuat lah sebab banyak kena lompat-lompat bagai ke bawah. Sampai ada satu ketika dah nak sampai ke bawah tu kaki terketar-ketar sebab banyak menahan badan supaya tak terjatuh. Tak macam turun dari Bukit Broga. Nak turun boleh gelungsur je. Ni memang takleh langsung nak menggelungsur. Sebab banyak akar-akar yang serabut and jalan tak rata. Kalau nak golek-golek sampai ke bawah boleh lah. Tapi kajul lah jawabnya. hahaha

Masa untuk turun ke bawah lagi cepat daripada masa diperlukan untuk mendaki. hehehe. Tapi sampai kat bawah tu aku dah macam kencing dalam seluar weh! Basah nak mampus seluar aku gara-gara peluh. Aku memang pesen kuat berpeluh. So, dengan cuaca yang panas tu memang macam mandi lah jadi dia. Dah la lambat kering. Seksa jugaklah jiwa dan raga seorang Syed. LOL.

Satu benda yang best bila sampai kat bawah ni ialah dapat melantak puas2 cendol dia. Serius siapa yang mendaki kat Gunung Datuk tu, tapi tak singgah minum cendol tu memang satu kerugian yang besar nak mampus weh! Sedap gila cendol dia! Lemak berkrim disukai ramai! (aku taktahu lah memang sedap ataupun sebab aku lapar time tu). Aku sampai melantak dua mangkuk cendol kot time tu. heh.

Lepas dah makan cendol bermangkuk-mangkuk tu, keringkan peluh semua and lepak-lepak sikit lepastu barulah kami mencari tempat nak mencekik sebab dari pagi tak telan satu habuk nasi pun. lol. Akhirnya kami singgah sebentar di aku taktau kat mana. Rasanya Negeri Sembilan. Restoran KJ orang kata. tapi taktau lah betul ke tidak. 


Sedap gak ah makanan kat sini. Ada tempoyak kot! Aku dah lah pantang jumpa tempoyak ni. Aku makan tempoyak dgn ayam je kot. Memang puas hati lah. hahaha.


Sebenarnya dari atas puncak gunung tu lagi memang cadang nak mandi air terjun. Nak cari tempat mandi yang terdekat yang menghala balik ke Kuala Lumpur. Maka, depa pun cadangkan Ulu Bendul. So, gua okay jelah mandi sini walaupun mandi air takat buku lali je hahahah janji dapat mandi air terjun.

Kesimpulannya, ekspedisi kali ini sangat best, menarik dan bermakna sebab panjat gunung! hahaha seronoklah, apa yg gua perasan orang yang hiking semua ni sangat friendly tau. Bila terserempak je mesti greet each other. Suka gila! Hope to climb more mountains and of course impian nak mendaki Gunung Kinabalu tu ada jugak walau dalam mimpi jadilah! hahaha. Oklah tu sahaja buat kali ini. Thanks kerana membaca :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...