Sunday, June 22, 2014

BAJU MELAYU DESIGN TAHUN 2014 | UNTUK LELAKI UBER

ASSALAMUALAIKUM

Apa khabar? Sihat? Aku? Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menambah berat badan sekilo dua kilo sempena cuti semester ni. Duduk rumah memang makan takleh control. Apa je yg nak makan haaaa tibai je semua tak kira pagi petang siang malam. Bila lapar je masak or melantak je apa yg ada. Ya Allah bahagianya, Tapi nak buat macam mana. Cuti dah pun berakhir kan? Maka terpaksalah juga seorang Syed untuk pulang ke IPG. 

Bila fikir balik sepanjang cuti sem ni sibuk betul aku. Sampai tak sempat langsung nak post entry baru kat blog. Padahal takdalah sibuk mana pun cuma yelah, internet takdak lah camna nak update entry. Mobile internet ada lah. Tapi aku tak berkenan betul nak touch touch screen untuk tulis entry. Nak juga menekan kekunci keyboard ni ha. Baru lah idea datang mencurah. Cewah yelah tu. Aku taknak lah duk celoteh panjang tentang diri aku ni. Bukan ada siapa kisah pun. kahkah! so, let's get started.

EVOLUSI BAJU MELAYU TAHUN 2014
Haaaaa, suka dak topik ni? hahaha kalau hang tak suka pun aku pedulik apa. Janji aku suka ikut suka aku lah nak tulih pasaipa *tetiba mode utagha. 

Kalau kita tengok atau imbas balik, baju melayu dulu-dulu semua sama je kan design dia? Kadang tu yang membezakan baju melayu tu sendiri hanyalah texture atau material kain, design dia boleh dikatakan semuanya sama kot. Tapi sekarang ni dah ada pulak baju melayu pesen baru. Baru tahun 2014 ni lah aku pernah nengok. Kalau tengok kat twitter ramai yg  hentam kononnya ada yang kata "Hilang Kemelayuannya baju macamni" and macam-macam lagi lah komen lain. Ada yang suka, ada yg tidak.


Tadaa! Ni lah dia baju melayu design baru yang hangat diperkatakan di masa kini! Pada pandangan peribadi aku design dia sumpah cool dan sangat cantik. Apa yang nampak pelik cuma yang baju biru and baju oren sebab dia punya samping tu macam tak kena dgn warna baju dia. Mungkin ada yg kata trend terkini or "Eh orang mana kisah dah sekarang warna sama ke tidak asalkan boleh pakai sudah". Tapi aku tetap takleh pi dengan warna samping tak masuk dengan baju ni.

Aku suka gila baju melayu yg kaler merah tu! cantik lahhhhh!!


Cantik gila kan yang warna merah ni? Disamping boleh pakai untuk berhari raya, pergi masjid and etc tapi boleh jugak jadikan dia macam smart casual dengan tambah blazer. Ahhhh ni menarik niiii. Harga dia? Cuma RM380 je kalau tak silap. Ok lahh tu kot, upah tukang jahit kan dah mahal jugak kan sekarang? haha. Tapi, aku ni cuma hanya mampu bermimpi jelah nak beli baju ni. Manalahhhhh nak cekau duit banyak tu. Cukuplah pakai baju melayu kain satin yang kosong tu je. hihihi..


And btw, baju melayu by Andre Avenue ni dah pun habis untuk pre-order. Seriuss ramai gila yang beli. Sampai kena restock. Kalau anda berminat nak beli and menggayakan baju melayu design baru ni di hari raya nanti, jenguk-jenguk lah instagram and website beliau

Baju Melayu cenggini jelah yang mampu nakk. haha
Akhir kata, ini bukan entry berbayar okayyyy ni memang ikhlas dari lubuk hati nak cerita yg aku suka gila design baju melayu camni. Nampak macam different and takdelah pelik pun. hahaha okaylah tu je bye esok jumpa lagi. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...