Friday, May 4, 2012

BERHATI-HATI JIKA MAHU BERBELANJA DI PLAZA LOW YATT

ASSALAMUALAIKUM

Korang tahu kan Low-Yatt ni kat mana? Low yatt ataupun dikenali juga sebagai Plaza Low yatt terletak di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Banyak barang2 yang 'diperagakan' dekat sini. Kebanyakan barang yg dijual dekat sini adalah barang-barang teknologi la. Gadget2, Mp3, Mp4, Handphone, Not-so-SmartPhone,  Android, Broadband and banyak lagi lah. Kalau nak list semua aku rasa memang takkan habis, sebab Loaw-yatt ni bagi aku memang besar gila dan tingkat pun banyak. Ehem, aku sebenarnya bukan nak promot Plaza Low-Yatt yang terkenal dengan penjualan barang-barang elektronik dan segala gadget2 yang sesetengah sahaja yg aku mampu miliki, tetapi aku nak cerita pasal CARA MEREKA MENJUAL BARANG/PRODUK MEREKA


Ok, Mari kita mulakan. First of all, aku nak tanya. Korang suka tak kena tipu? Memang dah jelas lah jawapannya. Mana ada orang yg suka ditipu. Betul tak? Dan, aku menulis pasal benda ni harini bukan aku nak cakap aku yang kena tipu. Tapi macam lebih kurang DITIPU lah walaupun cara penipuan dia tidak obvious. Tapi, orang cakap bila kita dah biasa menipu, Kita tau je bila orang tipu kita. #Eh. "Takk takk.. Aku mana pandai menipu. he he". Ok, Kalau nak tau ceritanya macam mana, jom ikuti cerita di bawah.

Mula2 macam ni, Pada 2/1/2012 aku ada beli blackberry. Blackberry tu bukan brightstar punya warranty lah. Aku sebenarnya was2 bila nak beli handphone yg belum tentu keoriginaliti dia. Tapi sebab peniaga tu tawar harga yang murah disaat aku time tu pun duit aku cukup2 untuk beli handphone tu. So, aku tanpa berfikir panjang pun beli jela. Aku memang dah syak dah yg memang ada something yang tak kena dekat peniaga tu. Tapi aku cuba buang segala tanggapan yang negatif. Yelah, kita kena la fikir positif jugak. Bila dah beli BB tu, dalam 3 bulan guna aku punya charger tu dah rosak. Aku pergila balik kedai tu untuk tukar charger sebab masih ada warranty. Tetiba dia cakap, Warranty untuk charger cuma 3 bulan. Time tu dah 3 bulan 2 hari. Then, kena charge RM50 untuk tukar yang baru. Ok, tu aku tak kisah lagi.

Diteruskan cerita tadi, lepas berbulan bulan selepas tu, aku punya trackpad untuk BB tu rosak. Tak boleh nak detect bila aku move kan benda tu ke kiri dan ke kanan. Aku taktau apa masalah dia. BB tu memang pernah jatuh dari ketinggian yang agak tinggi jugak lah. banyak kali juga. Tapi aku taktau la samada tu punca dia ataupun tidak. Aku cuba cari penyelesaian dari google cara untuk memperbetulkan dia. Mula-mula BB aku dah elok balik! Then, bila aku guna lama-lama sikit terus dah rosak semula. Aku google pasal masalah BB aku tu. Aku tengok mmg ramai pengguna BB mengalami masalah yang sama seperti aku. Takpe, aku cuba bawa BB tu dekat Low Yatt tempat yang aku beli BB tu. Dan, mestilah warranty masih ada dan berbaki lagi 6 bulan kot.

Bila dah sampai dekat kedai tu. Aku bagi la dia BB aku. Dan orang yang jaga kedai tu, dia suruh pekerja dia bawa pergi mana entah BB aku tu. Then, aku mengikut belakang pekerja dia. Tapi, tak sampai berapa meter pun aku ikut, orang kedai tu teriak kat aku tak bagi ikut pekerja dia. dia suruh pekerja dia je yang pergi bawa BB aku tu. Pastu beberapa minit kemudian, pekerja dia pun telefon dia semula. Dia terus tanya aku samada aku nak tukar ke tak trackpad yg rosak tu. Dia tawarkan harga yg murah la konon. Tapi, aku time tu memang dah takde duit. So, aku nekad memang aku taknak repair aku punya phone dekat situ. Bila dia dah tau aku taknak repair, dia pun suruh pekerja dia tu bawak semula BB aku dekat kedai tu..

DAN.....Part yang paling tak sangka, BILA DIA BAWA SEMULA BB AKU TU, Dia cakap... "Adik, BB adik ni dah takda warranty dah tau. Sebab sticker kat dalam ni dah koyak dah, then dah ada COP. Ini maknanya adik dah pernah hantar repair dekat mana-mana kedai sebelum ni" . Aku punn TERPAKU. Sumpah terkejut sebab sangkaan aku benar!. Dia MENIPU! Aku setiap hari bukak cabut bukak cabut bateri BB aku tu. Takkan lah aku tak perasan samada sticker kat dalam tu dah koyak ke tak. Pastu, Part ada cop tu. Aku tahu sangat yang cop tu baru sangat DICOP. Aku tak bodoh lah. Tapi orang cakap, kalau nak bergaduh mulut apa pun tak guna. So, aku tinggalkan je kedai tu macam tu..

Ya Allah. Aku rasa inilah kesilapan terbesar dalam hidup aku pernah aku buat. Hati aku dah berkata dah sebelum ni "Taknakk taknakk" . Tp, aku ikut rasa. Bak kata pepatah. Ikut kata hati, MATI. Ikut rasa, BINASA. Memang binasa lah yang aku dapat. Memang jelas aku ditipu. Kalau tak kenapa dia tak bagi penerangan pasal produk tu punya warranty? . Kenapa dia tak bagi aku ikut pekerja dia nak pergi untuk bertanyakan berapa kos untuk membaiki BB tu. Kenapa??. Aku rasa kisah ini wajar di ambil sebagai satu pengajaran. Jangan mudah termakan dengan kata-kata peniaga. Diorang tahu nak untung je. Kalau nak beli dekat Low Yatt tu, tengok kedai. Kalau cara dia berbisness mencurigakan. JANGAN SESEKALI NAK BELI. Aku dah rasa sesuatu yg tak kena dah dari awal. Tapi sebab harga, aku beli. Sumpah menyesal. Kesian dekat orang ramai yang beli kat kedai tu. Aaaaaaaaaarghhh. Aku taktau apa yg aku rasa sekarang.
Takpelah, yang penting pengajaran kali ini sangat bermakna buat diri aku. Pandai-pandai lah korang berhati-hati kalau takut kena tipu. T,T .

RASA NAK MENJERIT KAT MUKA DIA MACAMNI!! 

Saturday, April 21, 2012

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (KOT) IPG KBA 2012


ASSALAMUALAIKUM

Dua hari yang lepas IPG aku ni baru melangsungkan satu "Sukan" yang dipanggil KOT atau nama panjang diaa Kejohanan Olahraga Tahunan. So, today.. im going to talk about that. KOT ni kira macam sukan macam dekat sekolah-sekolah dulu lerr. Mcam2 lah acara ada. Tapi, aku (dibaca atlet) nak rehat tahun ni. So, malas lahh nak masuk apa-apa aktiviti sukan kann. Just, sebagai JUNIOR katanya kenalah join PERBARISAN ni. At first aku ada 2 pilihan, sama ada nak join Cheerleading or Kawad, dari awal mmg aku dah taknak pilih cheerleading dan cuba untuk provoke kawan2 aku utk join perbarisan. Tapi diorang taknak...cheerleading pulak pilihan diorang. Nak taknak biarlah aku sensorang..

Kalau nak cerita pasal kawad ni mmg banyak kenangan lah. Aku mana pernah berkawad sebelum ni. So, ni kira mcam a very first time aku berkawad since the last time when i was in standard 5 or 4 tak silap. Bila dah lama tak kawad, and tetiba je kena join perbarisan ni.. mula-mula macam agak kekok la. Biasalah kan bila kita buat something yang kita tak biasa. So, macam awkward lahh. Arahan-arahan dalam kawad pun aku dah lupa. First day of training dgn diorang, sepanjang bermula latihan kawad tu, sampailah habis sesi pertama asyik kena push up je. hurmmm. Sekali salah kena 10 push-up, bayangkanlah aku yg tah berapa kali salah ntah mau sampai 100 kali kot. Mula-mula takda efek pun, pastu tetiba esok bangun pagi, kaki tangan habihhh semua sakit habaq hang. 

At that moment rasa macam malas nk join menda alah ni sebab, bila badan dah rsa macamtu nak buat kerjaa harian pun tak selesaa lah. Tapi, no choice laa sebab tak cukup org kan. Takpe, terima jelah sebagai satu cabaran.. dan selepas berminggu minggu punya training.. Aku semakin membiasakan diri dengan berkawad ni. Takdela susah sangat.. walaupun kadng2 tu ada juga la aku kawad macam robot sebab kalut duk ingat step. Padahal kalau jalan mcam biasa tkde pun jadi robot tu.. Part formasi pun susah jugak sebab banyak kena ingat step. 

Tapi, dari pengamatan aku.. team kawad rumah merah (rumah sukan) paling best laaa. Sebab rumah lain semua stress kot. Rumah aku punya latihan siap boleh bergelak ketawa lagi. Kalau rehat 5 minit boleh jadi 10 minit duk ligat sangat bersembang. Tenaga pengajar pun best. 

Tapi yang paling tak boleh lupa bila birthday aku, diorang semua nyanyi lagu happy birthday. then, sorang-sorang wish. Woi.. Sumpah aku malu gila.. Aku rasa tak perlu kot semua tu. Aku tak biasa lahhhh. aaaaa. bila ingat balik gelak sensorang pun ada. Malu campur terharu. Hilang sat perasaan sedih tak dapat jumpa mak. lol. 
Biarlah kenangan tu bersemadi dalam ingatan sampai bebila. kehkeh. Pastu, Bila dh dalam 3 minggu kot training kawad tu, Akhirnya hari yg dinanti pun tiba. Kitorang memang letakkan harapan yang tinggi kot untuk Pasukan kawad rumah merah. Sebab, mengikut survey2 semua cakap formasi kitorang kemas dan seragam. So, nombor 1 dan 2 tu memang kitorang dah target untuk pasukan kami..

Tapi, kita hanya mampu merancang dah berusaha. Allah yang menentukan. Mungkin dia bagi hujan dulu kat kami, Supaya kami dpat lihat PELANGI yang dia nak bagi. 
Kitorang kalah perbarisan tu. Ya, memang susah kot nk percaya. Aku pun sampai harini tak percaya lagi. Try put yourself in my shoes. Susah gila nak terima bila kita dah letakkan harapan yg tinggi terhadap sesuatu, Tapi.. kita tak berjaya. Sampai sekarang sedih. Ahhh. Mungkin takda rezeki. Mungkin ada PELANGI seperti aku ckapkan tadi. Cuma pelangi tu mungkin dri segi ukhwah yg terjalin. Ya Allah. Perancangan Allah itu sentiasa betul :) . Malas nak pertikaikan macamane juri tu bagi markah.. mungkin ada sebab tersendiri.

************************************************
GAMBAR SEKITAR KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (KOT) 2012


Banyakkkkkkkk lagi gmbar sebenarnya . Tapi, Ahh line slow gila. Tak dapat nk upload. Sorry, 
Thanks for reading! hehe :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...