Saturday, September 17, 2011

DISEBALIK TABIR SAMBUTAN HARI MERDEKA KE 54 DAN HARI MALAYSIA 2011


AMARAN : Cerita ini berkisarkan penglibatan aku sendiri selama sepuluh hari menjalani latihan untuk menjayakan hari 1 Malaysia dan kemerdekaan ke 54 dengan bermalam di Putrajaya Presint 17 dan menjalani latihan selama 8 hari di Dataran Merdeka. so, cite dia agak panjang lah. hahaa

Okay, first of all, aku memang tak suka event yang melibatkan aku untuk melibatkan diri dalam hari kemerdekaan ni.. (ayat belit ke? ) Maklumlahh, dah la buat time raya.. mood raya pun macam tak habis lagi, then..tetiba plak kena gi event ni.. aku macam tak puas hati gilaaa lah.. Event ni start 6 hb sampai 16 hb September tau..and, pagi sebelum bertolak tu.. aku tak tido tau tak.. aku macam takde mood gila nak gi menda alah ni..dalam hati aku " hoyyy! mati aku 10 hari duk sanaaa! mati mati, im DIE! "

Pagi tu kan aku tak tido, so.. terus siap mandi² untuk bertolakk.. Pada asalnya , YA. aku sangat sedihh untuk menghabiskan 10 hari semata² untuk event ni.. kalau korang follow twitter aku memang banyak laaa repekan pagi² buta tu..Tapi, sebelum bertolak , bila check je akaun BSN aku.. tengok² elaun dah masuk... so, kesedihan aku agak sedikit terubat di situ.. <-- teruk, dapat duit terus tersenyum >.< . Tapi, tak bertahan lama pun.. bila dah naik bas untuk bertolak ke Putrajaya, ade laaa makhluk yang pijak taik kucenggg.. habis berbau satu bas! bayangkan lahh. dari Pantai Dalam sampai ke Putrajaya aku tutup hidung! this is shitttt man! =.-"

Walaupun taik dilapik dengan surat khabar.. tetapi bau still menusuk kalbu! -.-"
Aku simbolkan taik ni sebagai satu permulaan yang tak best yang bakal aku jalani dkat Putrajaya nanti! HAHA. Time dalam bas ni aku tak tau brape orang yang sembur perfume! tapi still bau kuat gilaa.. dalam sejam kott sampai putrajya tu.. ke 2 jam. ntahh, aku pun tak pasti. HAHA. sebab aku tertido.. aku sampai² je tengok dah sampai depan apartment .

Apartment yang kitorang menginap! yess! bolehh tahan mewah.. tapi, dalam dia kosong. takde ape pon. HAHA.
So, kitorang pun dikehendaki untuk mengambil bantal, tilam dan selimut masing² untuk di angkut ke bilik masing² ...dannn.. SURPRISE! kitorang dapat tingkat 14! EMPAT BELAS! yeaahh, sangat RENDAH.. time ni je aku dahh mula rasa makin downn.. 

muka terpaksa senyum dan muka bosan serta penuh pasrah . -.-"
dan juga sedang landing di atas tilam dan bantal .
Dengan pasrah nyaa lagi sekali.. Terpaksa jugak lah aku angkat tilam² yang aku sendiri nak guna berserta dengan bantal dan segala benda ni ke tingkat 14 . Tapi, tak herannn.. lif kann ade? :) . Bila sampai je dekat lif.. ya Allah! ramai gila kot orang! siot siot siot . So, lagi sekali... terpaksa la guna tangga as a final decision. . Maklumlahh.. 2300 orang kot pelajar IPG yg tpilihh . mana tak penuh orang² yang beratur untuk menggunakan lif .. Bila sampai je tingkat 14.. fuhhhhhh . Senakk perut aku rasa! joging pun 2 tahun sekali! tetiba nak panjat tangga 14 tingkat. HAHA. memang rasa nak tercabut lahh kaki... Aku ulang alik dua kali guna tangga tu. kali ke dua dahhh penat nak mampuss dah -.-" Then, hari tu jugak lah dpat baju dengan seluar trek yang senteng dan sangat ketat tu dan malam tu jugak ada sedikit taklimat pasal HUMAN GRAPHIC ni.. Hari esok dah start training .

Hari pertama sampai hari ketiga tak silap aku...kitorang didedahkan untuk buat ombak.. macam² ombak ada.. ombak ganas laaa. ombak slow laaa. ombak laju laaa. bak kata pakcik astro "macam² ada" <-- lawak lapok -.-" . Actually, rutin kitorang setiap hari hampir sama je.. bangun pukul 5 , and then gi sarapan.. solat subuh dan terus bertolak untuk ke dataran merdeka...Hari demi hari, aku rasa semakin tenang menjalani suasana di sana. YA, aku taktau la datang dari mana ketenangan yang aku maksudkan tu . Tapi, aku rasa macam taknak balik plak! . Rasa macam nak duduk dkat apartment tu je. hahaha .. Betul lahh org cakap, tak kenal maka tak cinta XD .

Sehari sebelum hari Malaysia, ktorang diberi pelepasan untuk berehat dkat apartment je. no training! YAY! mmg lahh suka kann... tapi , bosan jugak actually bila takde training ni.. aku tido je dari pagi sampai petang. ahaha. naseb baik aaa.. pagi tu pergi Alamanda sekejap . Tapi, skejap sangat. serius tak puas langsung! takpe laaa. janji pergi kann.. and, malam tu.. kitorang ada jamuan hari raya tau... Walaupun mood raya tu dah smakin luntur dalam jiwa.. but still aku dapat rasakan yg sambutan hari raya tu meriah! sebab, ada VVIP datang.. and ade pertunjukan bunga api lagi tu.. *aku ada rakam video. tapi, faham² laaa. internet lambat. tak dpat upload. hahaha*

Anggap jelaaa ni macam bunga api. EH! ni mmg bunga api la! HAHA. tapi, aku tak sempat nak tgkp gambar -.-"
Then, malam tu juga coach² kitorang ada buat persembahan.. memang best lahh! tapi, aku agak kurang setuju laaa dengan cara coach tu menghiburkan org .. tak salah nak berhibur.. tapi, fikir apa pandangan org lain terhadap kita..maklumlahh, bukan semua org punyai fikiran yg sama. 
GAMBAR SEKITAR MAJLIS HARI RAYA
 Dari kiri - Afifah , Hafiz , Arvin , Norashiqin

Dari kiri - Derek, Dzarith , Afifah , Nelly , Myra

penat dah aku kenalkann. dah dah -.-"

Actually banyak lagi gambarnya.. tapi, tapi... connection lembap! dahh² . kita skip ke gambar time training plak. hahahaha .

GAMBAR SEPANJANG LATIHAN KEMERDEKAAN





Okayy dah cukup! haha . ape yg aku boleh cakap time training ni memang bestt lahh! : ) . Pengalaman baru. tak pernah buat mende ni semua sebelum ni... dan, nak buat benda ni bukan senang tau? . dia kena konsentrasi yg penuh *ecehh ayat* . sebab, kalau sorang je yg silap buat warna.. memang rosak tulisan dan gambar yang ingin disampaikan.. kitorang jugak sebenarnya berpandukan kepada script dkat bawah ni..


Nombor² ni lahh yang menentukan posisi kita ni warna apa.. kalau korang tgk macam useless je kod ni semua kan? tapi serius , kalau hilang mende ni memang tak jadi laa wording atau gambar yang nak disampaikan.. lagi satu.. jaket.. jaket yang dia bagi tu pun ada peranan dan warna² yang tertentu.. dan ada cara jugak macamane nak pegang jaket tu. haiihhh. leceh kan? hahaha ..

Setelah 8 Hari berturut² bangun awal , training.. maka.. hasilnya agak memuaskan.. seperti yang anda dapat saksikan di dalam kaca tv korang! (aku tak dpat tgk tv..so, taktau la camne) . Tapi, kejap! aku try cari hasil daripada apa yang kitorang dah hasilkan. hehe .. Errrr..tetiba tak jumpaa. argghh. sengal laaa.. korang tgk laa video ni. hahahaa ..


tu jelaaaa yang ada.. sebab diorang tak upload lagi ni kot. dekat newspaper pun maybe kuar hari sabtu. So, tengok video je laaaa.. adehh. *rasa nak nangis* . Tapi, aku paling suka part Finale.. time ni kitorang semua menari kat atas stage tu.. dan, aku pun baru tau benda yang cheer leader slalu guna tu nama dia pom-pom. hahaha..ni, ada sedikit gambar time kitorang tgh menari² semua. hehe .

Time yang bendera ni aku rasa macam serabut sikit sebab tak cukup space. HAHA.
Tangan masing² dah la panjang. 

Time tangan² ni aku suka wei! HAHA. best² . tapi, one nation emcees tadi nyanyi sumpah slow gila.
tak best. yg recording punya lagi best -.-"


yang ni memang kegemaran ramai laa! best kot maen pom-pom ni! hahaha .
enjoy je rasa. keh3

Yang ni pulak guna payung. bolehh laa. best jugak! tapi susah skit laa. 

So, As a conclusion.. aku sangat seronok dengan pengalaman baru ni. aku pasti suatu hari nanti aku akan rindukan saat ini.. best kot buat benda ni.. menyesal aku benci mende ni awal² dulu. hahaha, and for your information too..coach kitorang cakap LED human graphic ni pertama kali ada dkat Malaysia.. dan, Alhamdulillah.. kami telah mendapat pujian daripada pelbagai pihak.. dan, dikesempatan ini jgak aku nak berterima kasih laa kepada jurulatih² yang banyak berkorban masa tido diorang untuk reka corak baru, untuk kejutkan kitorang dan untuk macam² lagi lahh... yelahh, bukan senang nak handle 2300 orang pelajar.. tapi, diorang berjaya! aku sangat kagum dengan cara diorang ajar.. especially coach kegemaran ramai Abg Aizat tu... dia sangat pandai memujuk! kadang² aku rasa malas dah nak berdiri bagai.. tapi, buatlahh jugak. -.-"

Okaylahhh.. aku dah ngantuk nii.. masa untuk mengundur diri! jeng3! apa-apa pun pengalaman ini akan tetap terpahat dalam ingatan ini buat selamanyaaaa : ) .

p/s : setelah tiap hari naik tangga 14 tingkat.. aku semakin menghargai lif dekat IPBA ni.. takyah tunggu lama². HAHA XD 


15 comments:

munira sajuti said...

HAHAHAHA ko memang hargai something yang bile ko dah susah kan? grrr

btw, aku berusaha carik ko dalam lautan manusia gambar tu. mane nye?

err payung tuu ke yang freee tu? hahaha COMEL.

sebenarnye aku nak taip POM POM kat ko nye wall post semalam, tapi taip POCO POCO lak kan? HAHA

lagi, MESTI BARU 1ST TIME KO G ALAMANDA KAN? xpe, nanti kite pegi lagi. HAHAHAHA

kbai

SHaRKFiQ SSM said...

wahhh~ terbaek.. gila ramai manusia, 2300 orang.. xpanas ke weh??

tapi mesti best xperience, lps nih bleh r ko join lagi thn dpn.. heheh~

selamat Hari Malaysia

Farhan AJ said...

citer panjang2 xde sapa nak komen..kesian..xpe la aku tlg komen ea...hahahah..

pergh..aku x sangka korang terplih.. sabo je la...

kalau aku kene, konfirm aku minta excuse..sakit la kononnya..hehe..

yela, malaysia x pernah dijajah, watpe nak sambut,.hehehe..

lame x dengar khabar ko..haha

Abu Idris said...

arrayah.info - Hari Malaysia : Hari Penerus Pemecah-Belah Kesatuan Umat Islam

budak kacamata said...

nampak happening...actually ak pon suke join mende2 cmnie..tp stkat nie blom diberi kesempatan tuk melibatkan diri..apepon, thniah coz dh selesai tugasan anda..good job!

Nazim Nasri said...

untunglaaaaa

Syazwan said...

aku baca komen kat sini, tiba2 komen si farhan aj ngarut. kahkahkah.

btw, memang best lah terpilih untuk event merdeka. ko patut berbangga >_<
hehee

zikeryhassan said...

baru kau tahu betapa seronoknya benda tu kan.

aku pernah menghadapi saat2 tu walaupun mungkin berbeza dengan apa yg kau lalui.

tp percayalah, pengalaman tu yg susah nak cari dan diganti tau.

Unknown said...

SYED! apa khabar?> lama x dgr citer... well, join event2 ni mmg best, sbb tu je cara kita boleh bagi balik kpd masyarakat... aku enjoy masa buat benda tu dulu..... pengalaman baru tau huhuhu

Anonymous said...

ooo... kantoi... ko igt ko sorang jer ker masok

Noraien said...

wahhh,untung lah dpt join niee..bukan semua org berpeluang kan !

jadi kenangan manis tueee :D

Adam Malik said...

leceh jgak yer,,.. seb baik la saya geng perarakan je ..

Anonymous said...

tahniah.. :)

aku tak pernah rasa pengalaman tu!

erlina said...

wahhh bestnye ad xprience nieh , jeles2, kite belaja sumting new kan :) great for u :)

alan said...

best ler ko dapat join event macam ni..aku dari sekolah dulu memang nak sangat join tapi xde rezeki.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...