Friday, October 28, 2011

LELAKI DAN EGO


ASSALAMUALAIKUM

Harini aku nak berbicara pasal EGO. ya, aku bukan Dr.CINTA aku juga bukan pakar cinta. Tetapi, aku hanya seorang lelaki, yang hidupnya penuh dgn KEEGOAN yang tinggi. Namun, kehadirannya di sini adalah kerana ingin berkongsi secebis pendapat tentang apa yang dikatakan EGO ini. - syed

Setiap orang ada persepsi masing² tentang EGO ni.. Maksud EGO pada setiap orang adalah berbeza dan tak seharusnya sama. dan, bagi aku pulak.. 

EGO adalah ; Persepsi seseorang tentang harga dirinya
Keegoan pula bermaksud perihal mementingkan diri sendiri

So, back to the title. "Lelaki dan EGO". Lelaki dan ego memang tidak dapat dipisahkan lagi. Seriously, aku sendiri mengaku yang aku ni ego tinggi dan keras kepala. jangan nak cakap aku jelaa , aku rasa semua lelaki pun sama camtu. Sekarang ni ramai sangat dah aku tengok girl² semua post status dkat fb cakap pasal lelaki ego tinggi laaaa..  bla bla bla.. Tapi, pernah tak diorang pikir cara nak atasi keegoan lelaki tu sndiri?. Aku ambil contoh dkat sini kalau in relationship laa...

Pernah tak ada masalah kalau nak memulakan texting? (sms). Maksudnya kalau korang sms, siapa yang selalu mulakan dulu? lelaki/perempuan?. Pada pendapat aku laa. aku rasa mesti perempuan yang mulakan. Sebab, lelaki ni jarang nak mulakan sesuatu. sebab apa? sebab ego tadi lahh.. ini berkait rapat laa dengan harga diri tu tadi sebab kalau dia mulakan sms pun msti dia fikir dulu "kalau dia ni tak balas sms aku, msti nampak macam aku ni thegeh² kat dia kann?" .So, sebab taknak nampak thegeh2 skaligus merendahkan harga diri dia..better dia tunggu perempuan tu sendiri yg memulakan sms. TETAPI, kalau perempuan tu pun tak mulakan sms, bila dia rasa dia perlu memulakan-NYA, dia akan mulakan...dan bila dia mulakan ini menunjukkan bahawa dia mampu menurunkan ego dia pada masa itu. 

Dalam situasi yang lain pula, ialah di dalam KELUARGA. Ya, situasi ni memang sering berlaku pada aku, sebagai contoh, bila seorang akak bertanyakan soalan kepada seorang adik lelaki .
akak : Assalam.. ko buat ape tu? weiii. aku rindu gila kat ko! ko tak rindu kat aku ke?
adik : Wassalam. tak watpe. online je ni.. hahhh? poyo la ko rindu-rindu ni . HAHA.
Jelas tak contoh yang aku beri ni? maksudnye kat sini.. sebenarnya si adik tu rindu jgak dkat kakak dia, tapi.. dia seboleh-boleh akan menyembunyikan bahawa dia tu rindu dekat akak dia. Kalau dia cakap rindu pun mungkin dalam nada yang perlahan..

Percaya tak bahawa lelaki ni sukar nak mengaku bahawa dia sayangkan seseorang itu. susah sangat!. Sebab, dia rasa lebih selesa kalau pasangan dia sndiri yang menyedarinya. 

Anda boleh menjadi pasangan yang bagus jika boleh mengawal ego seseorang lelaki itu. tak susah pun sbenarnya nak 'deal' dengan lelaki yang tinggi egonya ni. bila, seseorang lelaki tu ada ego yang tinggi, maka..cuba je balasa dengan ego jugak. YA, EGO dibalas EGO. sebagai contoh; 
[pasangan kekasih] Abu merajuk dengan Salmah hanya disebabkan perkara yang remeh. Dah banyak dah msg yang Salmah hantar, tapi Abu endahkan je. 
Ego datang dalam pelbagai situasi. Situasi di atas juga boleh digelar sbagai EGO. so, apa yang Salmah boleh buat ialah hentikan daripada menghubungi Abu dalam masa yang terdekat. Percaya tak korang? tak sampai seminggu pun aku rasa Abu tu dah msg si Salmah sebab dia rasa dia tidak dapat perhatian daripada orang yang dia sayang dan pada saat tu baru dia rasa yang diri dia bersalah. sebelum ni takde pun dia rasa..(tapi, kalau dia tak msg Salmah tu..mmg dia ada yang lain dah tu XD) .aku rasa cara ni paling terbaik kalau nak hadapi laki camni. 

Selain itu, cara lain untuk menurunkan ego lelaki ni ialah ; fahami dia. Ya, apa yang dia cakap layankan je. even dah terang lagi bersuluh apa yang dia cakap tu salah, dengar je dulu , pastu ambil masa yg sesuai utk bagi tau dia bahawa ape yg dia cakap tu salah.. i think this is better. 

#Eh. tak pepasal aku jadi dr.cinta malam ni. entah korang paham ke tak ape aku merepek ni. HAHA. okaylahhh. tu je buat masa ni. Segala isi kandungan di dalam ni adlah pendapat peribadi aku dan tak seharusnya sama dengan pendapat orang lain. lain orang lain pendapat. Rambut sama hitam hati lenlain *even sekarang ada rambut cekelattt semua dah* XD

" Jangan EGO kalau nak bahagiaa~~"

Wednesday, October 26, 2011

RECORDING GENERASI-Y DI ANGKASAPURI

ASSALAMUALAIKUM

tadaaaa! inilah dia angkasapuri! HAHA *rasa semua dah tau, aku je baru tau*
Hai orang kampung syedgraphix dot com! LOL. harini kan, aku nak cerita pasal tahap kejakunan aku bila sampai dekat Angkasapuri ni. baideway, korang tau ke angkasapuri ni apa dia? kalau di translate kan dalam english.. angkasapuri ni bermaksud puri space. *bak kata kawan aku lahh*

Angkasapuri ni lahh jugak tempat orang record diorang punya berita ke.. rancangan pape lahh yang ada dekat tv1 tu..haa. ni lah yang aku nak citer ni... minggu lepas aritu KOT. kitorang pergi angkasapuri ni.. dapat jemputan jadi penonton rancangan GENERASI-Y. Aku kan macam batakk skit bila masuk dkat tmpat yg banyak kamera² nihh. ishh (pengakuan berani mati). So, macam takleh nak behave skit bila masuk dalam studio tu. kahhkahhkahh.. jom layan citer aku pasal generasi-y ni jap..


Generasi Y boleh diklasfikasikan kepada manusia yang lahir antara tahun 1980an dan 1990an. Mereka generasi yang unik dimana gaya hidup dan pemikiran manusia menerima ledakan teknologi maklumat yang luar biasa sehingga mentranformasi sesebuah masyarakat tradisi dan moden. Kita dikira sebagai masyarakat pasca moden... [ seterusnya ]
So, aku ni Generasi-Y lah. hihi. Ok, actually rancangan ni berbentuk santai.. Mula² aku ingatkan yang rancangan ni macam tanya pendapat² kita kann. aku dah agak cuak laa. kang tetiba dia tanya aku soalan kang.. mati aku nak jawab! HAHA. Tapi, rupanya dia suh dengar dia bersembang dengan tetamu jemputan.. tajuk haritu ialah, "Dimana ciptaan kita" . Aku taknak citer dulu pasal ni... kalau korang nak tau.. tengok lahh Generasi-Y pukul 2.00 Sabtu atau dalam erti kata lain 29hhb.10.2011

Ni diaaa Host yang bakal menemani korang! Muaz Muzik fm
Sebahagian yang hadir...
Aku dah laa takde kamera... (rosak) . So, gambar takde sangat punn! yang ada oun dari hansett.. tak cantik! taknak upload. HAHA...
Okayyy.. ni group kitorang. HAHA. mula² photographer ni mcm candid gmbar kitorang. Pastu, aku dengan muka tak malu nye cakap dkat dia "bangg bangg.. lagi sekali!" . So, dapat la gambar ni! HAHA
Yang ni lagi satu. hehe. tapi, gmbar ni mcm shake skit laaa. sobb3 T.T
Tu je gambar yang adaa... takpe laa. nak tengok lebih lagi jangan lupa saksikan 
GENERASI-Y , SABTU - 29 OCTOBER 2011 . okbye

Sunday, October 23, 2011

KEM PERKHEMAHAN SUKAN REKREASI DI PULAU PANGKOR #MYFIRSTIME

ASSALAMUALAIKUM


Bila aku sebut PANGKOR je mesti semua org ingat pulau kann? tapi, bila aku sebut pulau? pulau ape yg korang ingat? ayokkk. HAHA .ok, abaikan intro merepek. So, haa. setelah lama aku tak update blog ni, harini rasa macam rajin pulak nak update! hehe. Actually, aku tetiba rinduk untuk menjadi seorang blogger yang aktif kembali dalam dunia blog. Tapi, taktau la boleh tercapai ke tak hajat aku tu. sebab, kengkadang aku macam dah terlupa yg aku ni ada blog. ( luahan hati plakdahh..) dah la! aku nak start cite dah ni. HAHA.

Pada 13Oktober yang lalu (ayat bm sangat), kitorang dikehendaki untuk pergi ke pangkor untuk menyelesaikan satu esaimen lahh kengkonon. untuk subjek recreational sports, aktiviti dia adalah sangat senang.. korang perlu berenang, berkayak, abseiling (rujuk google kalau taktau XD) tu je laa kot yang aku nmpak.. dan, ini adalah PERTAMA KALI bagi aku berkhemah! and i was like yayyyyyyyyy! excited gila nak mulakan semua aktiviti ni. HAHA. kitorang memulakan perjalanan pukul 9.30 pagi selepas pengarah dah bagi sedikit taklimat dan amanat kepada kitorang. Then, pejam celik pejam celik.. dah sampai dekat jeti! kohh kohh..lena sangat aku tido.. 

So, apa yang aku dapat sepanjang aktiviti ni berlangsung ialahhhh...

  • Aku dah pandai berenang SEKEJAP!

Dalam hanya berbekalkan masa selama 3 hari aku dah boleh berenang wei! kau boleh? cuba bayangkan betapa bagusnye lecturer kami mengajar! :') , im proud of themm.. tapii.. tapi... bila bukak jaket keselematan tu terus tenggelam . HAHAHA. So, disini.. jaket keselamatan tu sangat berperanan tinggi untuk memberi keyakinan kepada kita semua time berada dalam air . oh ya! jaket keselamatan tu jugak dipanggil sebagai LIFE JACKET. Mula² aku agak panik laa bila dekat laut tu tetiba tak jejak kaki aku ke dasar. HAHA. tapi lama² macam dah biasa.. kita jgn cemas sangat. sebab kalau cemas nanti lagi SESAK!


  •  Dah ada muscle! PFFT >.<
Haaa... yang ni mesti hang pa tak caya! serius wa dah ada muscle lepas aktiviti KAYAKING atau berkayak! HAHA. gila susah wei berkayak. ingat senang je.. dah la jauh gilaa. yg aku dgn partner aku punya kayak ni asyik menuju ke tengah laut je. orang lain semua menuju ke arah yg dituju. yang kitorang tetiba asyik lepas ke tengah laut! cuak gila kot.. tapi, aku cool je laaaa. supaya org taktau yg aku cuak. hihihi. pastu, nak kayak ni pun ada teknik. ingat main kayuh je! kalau nak ke kanan kena kayuh ke kiri.kalau nak ke kiri kena kayuh ke kanan.. dan kena pastikan partner kita yg depan tu pun kayuh arah yg sama dengan kita. baru la boleh gerak laju. hahaa. adehhh -.-"


yang ni time kena rafting. yg belakang semua kena berdiri! XD . *aku sekali laa. tapi tade dlm gmbar T_T*

  • First time tido dalam khemah

First time tengok org pasang khemah! hahaha. serius tak pnah lalui benda camni tau tak! sedihh kan. sobb3. apa yang aku rasa bila tido dalam khemah adalah sangat tak selesa dan PANAS. HAHA. Pastu banyak nyamuk pulak. ishhh. *sumpah banyak komplen* . Aku makan kat sana pun kena skit2 je. sbb orang blakang ramai lg tak makan.. hihi..adat camping laaa kann...

  • First time masuk hutan jugak!

Aku sukaaa masuk hutan ni! tapi sangat skejap okay! lepas naik jambatan gantung je dah pusing balik. T.T , tetiba rasa sangat tak adventure... pastu, sebelum masuk ni serius aku takut pacat laaa lintah aaaa.. hhahaa. tapi nasib baek takde pape! kah3.. cuma banyak nyamuk je laaa yg takbest nye.. >.<"

  • First time nyanyi depan org!

Ehhhhh! serius this is my very first time nyanyi depan org wei! . Macam ni, malam sebelum balik tu kitorang ada buat malam kebudayaan... so, each class kena ada persembahan masing² laaa. so, kelas kitorang buat macam konon2 audition laa.. aku salah satu peserta audition tu... serius perasaan aku haritu memang malu gila babengg lahh. gila ko! suara aku dah laa ntah pape! pastu tetibaa plak aku nyanyi.. and, malam tu everything kitorang buat spontan! . Memang tak rancang pape pun sebab masa sangat suntuk! kami sangat kagum kerana dpat mempersembahkan yang terbaik! HAHA *ayat mintak selipar*

Sekian, tu je laaa pengalaman yang aku dapat sepanjang berada di Pangkor ni.. serius best gila! :D sebab benda baru bagi aku kannn...Aktiviti abseiling aku tak tulis sebab tak mencabar..so, takpe la. haha . okaylahhh. dah terlebih panjang dah ni.. terima kasih kerana sudi baca! 

we HEART you PANGKOR :D

Tuesday, October 11, 2011

SOCIAL STUDIES EXHIBITION IPGKBA 2011


ASSALAMUALAIKUM

Okay, ini cerita semalam. hihi.. semalam hari apa? ohh, hari isnin.. So, nak pendekkan cerita lah kann. hari smalam whole TESLian for my batch ada social studies exhibition. Exhibition ni kiranya as a part of assignment lahh kan.. and every group consist of 5 students. Group kitorang telah memilih untuk memaparkan pasal communication atau dalam bahasa omputehhnye komunikasi. yes, motif kitorang adalah untuk membezakan cara org dulu berkomunikasi dgn cara org skarang berkomunikasi. Yeah, for the earlier communication, agak susah laaa nak cari. sbb, most of them mcam komputer lama, faxs lama, IBM-PC, dan soon. Lets imagine how we're supposed to find all those stuff? 

So, we just make a replica of those things. HAHA.. kalaulah kitorang diberi peruntukan untuk exhibition ni...bolehlahh nak gempak2 bagai kan. ni, apa pun takboleh. beli kertas2 kaler semua tu pun da mencecah around RM30. HAHA. mahal la tuuuuuu.! aku da la tak berduit. Nuffnang dah la kedekut dengan aku. aiiihh.. so, aku rasa mcm nothing special pun dkat booth kitorang.. yang mungkin jadi attraction pun hanyalah IPAD yang member aku sorang ni bawak.. 

You know what, sepanjang exhibition tu kann. gila aku nak bercakap. aku just duduk2 je dkat booth tu. HAHA. kalau ada org dtg baru aku greet. Tu pun kalau time aku rajin lah, kalau time malas.. mmg dok diam sampai sudah..then, bila senior2 ada yg dah jenguk booth kitorang.. senior pertama yg tanya soalan dkat aku ialah AZHAM. Dia blogger jugak tau.. dan ambil course yg sama dgn aku.. Pastu bila dia datang tnya soalan dkat aku dengan speaking nyaa.. aku rasa mcam.. rasa nak gelak pun ada..malu pun ada. HAHA. aku bukan malu dgn dia lah. tapi, aku malu nak speaking english dgn org yang aku kenal . Ok, ini memang alasan yang paling bodoh aku rasa. XD. Then, he noticed that aku ni mcm maluu2.. haiihh. ghasakk ghasakkk...


okayh, ni azham. HAHA. kejam tak aku? aku tak reti apa yang nak dijelaskan, so..aku pass dkat group member aku! sukaaa sukaa. Then, banyak lagi laaa senior2 yang lain datang. yang bukan dalam course TESL pun ramai.. yang ni lagi kejam.. tanya aku banyak gilaa laa pasal communication. For example "bayangkan kalau anda seorang cikgu yang mengajar di kawasan pedalaman, kemudian anda mengajar anak murid anda untuk menggunakan email. Bagaimana anda hendak memastikan mereka tidak menyalahgunakan internet itu. sedangkan mereka baruuu sahaja belajar?" . Okayh.. aku rasa soalan ni adalah sangat kejam. dia ni cikgu bahasa melayu kot.? -.-"

Aku sangat tak boleh untuk meletakkan diri aku untuk menjadi seorang cikgu. walaupun soon-to-be akan menjadi seorang guru. HAHA. lantaklahhh..Walaupun aku tak banyak communicate time org datang ramai2 . tapi, bila penilai datang untuk menilai, aku tau aku boleh buat! hehe.. I did well maybe? walapun ada salah sikit grammar dan aku agak sedikit redundant bila depan Dr.Chandran dgn Dr.Raja Mazuin ni. Tapi, not bad la.. sebab aku cerita pasal How internet works. Agak senang la bagi aku nak smpaikan. HAHA.

bawah ni adalah sebahgian daripada booth2 yang ada :D




Ni plak time aku kena nilai. okeh sangat nervous beb! HAHA


Lepas habis exhibition ni memang lega habis lah kan! HAHA.. Thats all for now. till then, see ya again ! :D

Sunday, October 2, 2011

JOHNNY ENGLISH REBORN SERIUS KELAKAR GILA! XD

ASSALAMUALAIKUM

Sihat tak korang? lama kan tak baca blog aku? HAHA. ya! aku tau dah lama. aku pun taktau dah berapa tahun aku tak update blog. AGAK LAMA lahh..sampai aku dah hampir terlupa yang aku ada blog! kah² . Okay, Harini aku nak cerita pasal... hmm. pasal aku keluar semalam! yesss, pasal aku keluar pergi KL hari sabtu.. dengan sape? ohh. sorang je la. eh tak, aku tipu. aku pergi dengan classmate aku : ) ..and a friends of her..


Actually, mereka berdua ni dah lama tak bjumpa 4 tahun yg lepas tak silap aku. and, now baru diorang jumpa. jejak kasih sangat konon kan? HAHA. tengok la tu siap peluk² depan public. OMG! bahaya laaa diorang berdua nih . FYOI ( for you ollss information) sebenarnya ada lagi 2 orang kawan si Farhana ni. tapi tah kemana . dah lari tinggalkan kami bertiga. Tapi okaylahhh... Korang kan tau betapa aku malunya bila jumpa someone yang aku tak pernah kenal. So, i was like diamm je laa sepanjang masa. Then, time dkat KL sentral tu, aku noticed macam dia ada cakap "ehhh, nmpak macam sempoi je dia ni, tapi pemalu sangat rupenye" . Aku pun terpikir plak "ehhh, serious la aku ni pemalu? serius la? obvious sangat ke dimata masyarakat awam" <- kata berdarjat tinggi 

Lepastu, daripada KL sentral tu, kitorang terus gerak ke Times Square . Jalan² dekat sanaa . ingatkan nak tgk wayang dkat situ, tapiiii. TAPI... serious ramai gila yg QUEUE utk beli tiket.. so, kitorang try la plak pergi dkat Pavilion. kononnyaa ingatkan sikit laa orang tgk wayang dkat Pavi tu, tapii..bila sampai je dkat sana. haiiiiiiiiiiih.. ramai pulak orang dkat situ . So, jalan kaki je laaa pergi ke KLCC . dekat KLCC seriouss tak ramai orang. BEST. so, nak beratur pun takyah panjang sangat dah dapat beli! hehee . Kitorang beli tiket untuk cerita Johnny English Reborn .

cerita ni seriously KELAKAR !

Actually kitorang masuk lambat dah tau time ni.  about 15 minutes something before cerita ni start. so, bila masuk je... terus dah start gelak! , and..like..seriously aku taktau cerita ni pasal apa..and how to describe the plot of this story.. sebabnya, bila tengok cerita ni.. korang akan tertunggu² part yang seterusnya yang boleh membuatkan korang gelak gila²! . Tapi, mengikut kefahaman aku lah kan. Cerita ni actually pasal siasatan atas pembunuhan sape tah.. tak ingat nama dia. then, pembunuh ni datang dari satu kumpulan. nama kumpulan dia Vortex. Vortex ni macam ada satu kunci yang bila 3 kunci tu disatukan, dia dapat bukak kunci utk senjata rahsia kumpulan tu.. dan, English ni pun diperintahkan utk mengambil kunci² tu..

Dan secara jujurnya, Mr.bean / English dalam cerita ni memang sangat taklehbla! ..tengok muka pun macam BLUR je kann, aku memang nak tergelak betul bila dia jadi ejen MI107 tu .. dah laaa slalu target orang yang salah. pastu macam seriously nampak sangat bodoh dan sangat tak layak jadi agen penyiasatan! XD .

Nampak tak tu? spatutnya dia target lelaki yang pakai spec mata yang sebelah sana. bukan sebelah sini. HAHA. tapi, disebabkan dia sangat blur dan aku taktau apa yg dia fikir time ni, terus target org yang salah .

Part ni pun kelakar tahu tak! boleh pulak naik wheelchair ni. pastu, wheelchair ni ada speed tahu tak. contoh, slow,fast,very fast, frenzy fast . Pastu, bila time frenzy fast tu.. dia punya subtitle. "laju gilaaa" . Memang gelak habis laa kan time ni! HAHAHA. sumpah kelakar .

Then, cerita ni lebih kelakar dgn kehadiran NENEK CLEANER YANG SERIUS KEJAM GILA . Bila bunyi Vacuum je mesti ingat nenek cleaner ni! sampaikan english salah org.. korang memang patut tengok cerita ni! serius aku caakap! mmg gelak tak habis. Aku rasa dari mula cerita sampai akhir semua gelak! smpai nak terkencingggggg aku gelak tau! Ending dia pun happy je! arghhhh. nak tengok lagi! XD . dan, first time aku duduk dalam panggung wayang yang orang tak henti² ketawa.. sangat happening okayhh!

After watching the story, Kitorang pun pergi ke masjid berdekatan KLCC untuk menunaikan solat Maghrib, and before that, kitorang sempat la ambil gambar beberapa keping sebagai kenangan! keh kehhh..


Macam model KLCC kan kitorang! HAHAHA. 
Oraiite, cukup sampai di sini. AKHIR kata, cerita Johnny English Reborn memang BEST!
Download dkat mana2 ok utk tengok! sbb da release dahh :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...