ASSALAMUALAIKUM
Selamat pagi. Ramai yg tanya kenapaa aku bangun pagi harini. Eh , aku mmg tiap hari kot bangun awal pagi. Cuma bezanya aku tidur balik ataupun tak tidur. Tu je beza dia. Serius tak tipu. So, entry kali ini nak cerita pasal tarikh 12/12/12. Tarikh cantik kan? yes. aku tahu. Bila kata tarikh special ni masing2 semua gelabah nak buat itu ini, tak lupa juga ada yg couple lah kahwin lah. Wahh tahniah masing2, Sebenarnya entry ni aku nak update 2 hari yg lepas, well.. you know aku kan artis. banyak show kena attend and that's why sentiasa mengalami kekangan masa untuk mengupdate blog. haha kelakar tak? tak pun.
Haa. Oleh itu, aku pun teringin nak fikir balik apa yg aku buat time 12/12/12 tu. ekeke. Cerita dia macam ni. Aku ni sebenarnya dah lama teringin nak online shopping.
Tapi, bila fikir punya fikir.. Tak tahu mana the best online shop untuk dicuba. Dan lagipun malas ke bank untuk bank in and all that. So, pada tarikh 12/12/12 ni aku telah melakukan satu keajaiban dalam hidup aku dimana aku telah membeli secara dalam talian pada tarikh yg kononnya spesial tersebut! hahaha.
Apa yang mempengaruhi aku untuk membeli adalah kerana harga yg ditawarkan murah gila. Aku beli baju je. Satu blazer satu lagi korean jacket apa tah. Market price dgn harga yg ditawarkan tu agak berbeza dan menarik perhatian aku untuk mencuba buat kali pertamanya. Harga memanglah murah. Tapi yang sedikit merisaukan aku ni adalah kualiti atau jenis material baju tu. Takut jenis kain yg aku tak suka lah pulak kan..
So, dua barang ni lah yg aku beli. hehee. At first pening kepala juga fikirkan payment method ni. Aku takda cimb clicks, takda juga maybank2u. Then, aku pun bercadang nak buka akaun untuk internet banking pakai BSN je. Susah juga rupanya nak bukak benda tu. cerewet. Sebenarnya tak cerewet mana pun. Tapi org bank tu gelabah. Dia kata staff lain cuti lah and tak dapat nak process akaun aku tu. Padahal benda senang je kot. takkanlah tak boleh nak tolong. Haih sabar. Aku just telefon talian pejabat dia jelah. Susah sangat. Then, baru akaun aku diaktifkan. Aku pun bayar pakai internet je lah. hehe.
And sekarang... aku tengah tunggu bungkusan baju ni sampai depan rumah je. Wahhhhhh eksaited weh i told you! Tak sabar nak tgk baju yg diorder. kekeke. Seronok juga shopping online ni. Cuma takut sikit lah kalau benda yg aku tengok nanti takut tak sama dgn apa yg aku dapat. papepun berserah je lah. kalau result dia, tak mengecewakan, insyaAllah aku akan beli dkat blogshop yg sama lagi.
To conclude, aku dah buat 2 perkara yg bermakna untuk hari 12/12/12. Iaitu;First time shopping online and First time guna internet banking. HAHAHA
3 comments:
kenapa tak bukak account m2u? biasa yang buat shopping online ni ramai yg suruh buat payment di m2u, so jaga-jaga bila dah ada online bankingggggg, jap lagi keje nak shopping je,haha
Simply want to say your article is as astonishing.
The clearness to your submit is just nice and that i could assume you're knowledgeable on this subject. Fine together with your permission let me to take hold of your RSS feed to keep updated with coming near near post. Thanks 1,000,000 and please keep up the enjoyable work.
My web-site ... bootszubehor online
Thanks for a marvelous posting! I certainly enjoyed reading it, you might be a great author.
I will make certain to bookmark your blog and will often come back in the future.
I want to encourage one to continue your great posts, have a nice morning!
Have a look at my blog post :: Scott J. Ferrell attorney
Post a Comment