Thursday, March 7, 2013

MINGGU MENJADI ROBOT


ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah. bersyukur kepada Allah kerana masih memberi peluang untuk saya berada di dunia ini untuk membuat kebaikan serta memperbaiki kesilapan saya yang lalu. Entry kali ni just nak cerita bahawa minggu ni merupakan minggu yang sibuk gilaaaaa... yeah sometimes I feel like a robot. I need to do this, need to do that.. Everything need to do in one time. So, dia punya penat memang tak terkata. Sebagai contoh, sekarang ni aku tengah ada 4 assignment yang belum siap lagi. 4 assignment ni jugak dia punya submission date dia semua lebih kurang je dekat. Lepastu, tak cukup dengan assignment yang menimbun macam gunung everest, ada pulak Kejohanan Olahraga Tahunan. Seperti biasa, aku akan masuk kawad. Kawad pulak waktu latihan dia petang dan malam setiap hari. Sebab masa dah tak cukup and ramai yang kawad tak ingat step semua. Terpaksalah buat latihan tiap hari. 

Setiap kali lepas kelas biasanya dapat baring-baring atau tidur.. Tapi sekarang nak tidur pun jangan haraplah. Setiap hari ada aktiviti. Maka. akan tidur pukul 2. Time tu memang penat macam nak meletup dah otak ni rasanya. Tapi kalau sebelum tidur tu sempat buat assignment sikit-sikit rasa penat tu takdelah membebankan sangat. Kira macam okayyyyyy lah. Aku perlukan 2 minggu lagi untuk semua ni berakhir. Lepas semua ni berakhir, insyaAllah nak tarik nafas panjang-panjang sebab masih hidup lagi bernafas di bumi milik-NYA ini.  Harap diri ini sentiasa cekal dalam menghadap assignment yang menimbun dan bebanan-bebanan kerja yang lain. Fuhhhhhh *tarik nafas panjang-panjang*. Terima kasih :) 

Saturday, March 2, 2013

PROGRAM BINA INSAN GURU [BIG] FASA 1 PISMP JANUARI 2013


ASSALAMUALAIKUM

Ehem, actually program atau kem BIG ni dah lama dah habis. Nak dekat dua minggu dah kot. Tapi, disebabkan kekangan masa, tak sempat nak update cepat-cepat. Kem ni sebenarnya berlangsung selama 4 hari 3 malam. iaitu 19.2.2013 sampai 23.2.2013 yang bertempat di Linggi, Melaka. Batch-batch senior yang sebelum ni tempat dia semua buat dekat Pangkor. Tapi kitorang a bit different lah, buat dekat tempat baru for the very first time. Lagi satu, batch-batch senior sebelum ni pergi group by group, kitorang sekali satu batch semua pergi. 135 orang semuanya yang pergi. 

So, just nak update kat sini perkara yang dah berlaku sepanjang 4 hari 3 malam tu. Kalau rasa tak rela dan tak sanggup nak baca ataupun takut terkena darah tinggi ke apa sebab terkejut baca post panjang berjela camni, better stop. Takut pula aku kena saman kat mahkamah ke apa gara-gara menyebabkan kematian orang. *gituuuuuuu


Ni kira macam pakaian official lah untuk program ni. Topi tu yang cantik. Baju kurang sikit sebab design dia lebih kurang macam baju batch junior. lalala. So, tentatif pertama sebelum bertolak ke kawasan perkhemahan, Sesi menyampaikan amanat-amanat daripada HEP dan lecturer sebelum boleh bertolak. 


Lepas dah selesai bagi ucapan dan taklimat, setiap kelas kena ambil gambar sebelum pergi. Mungkin untuk di compare gambar SEBELUM dan SELEPAS BIG kot. hahaha. Dan sesi tangkap gambar terus berlangsung sehinggalah diminta untuk berada di bas masing-masing.



Ready dulu awal-awal dekat bas takut tak dapat seat. Nampak tak teruk benor perangai kami? hahaha padahal yang masuk mula-mula dkat bas pun bukan kami pun. Saja propa lebih. Tak kisah lah. Janji dapat naik bas tak jalan kaki. kahkahkah.


Perjalanan memakan masa sejam setengah je. Sampai je dekat sini, nak ke tapak perkhemahan kena jalan kaki dah lah jauh kenmain. Dengan angkut segala peralatan perkhemahan yang rata-ratanya berat nak arwah, so menduga iman dan kesabaran jugak lah nak sampai ke tempat tu.


Nampak tak? Jauh gila tu. Tu belum lagi tengok orang angkat khemah. Rasa nak pengsan tengah jalan. haha


Angkat punya angkat macam nak pengsan, Akhirnya sampai pun tempat tapak perkhemahan dan aktiviti pertama sekali yang dilakukan ialah membina khemah. haha seumur hidup aku memang tak pernah nak dirikan khemah. Komponen-komponen khemah ni pun aku tak tahu. So, cerita dia mana satu lantai mana satu dinding pun aku taktahu. 


Tetapi, akhirnya berkat kerjasama daripada semua pihak, khemah yang menempatkan 20 orang ahli setiap khemah ni berjaya juga didirikan dengan megahnya walaupun mengambil masa berapa jam pun aku taktahu. 
Then, lepas bina khemah ni, dia bagi masa rehat, untuk solat dengan ready untuk aktiviti seterusnya iaitu kembara air. Dimana kami belajar untuk berenang dan macam-macam lagi lah. hehe

*Untuk hari pertama, takda gambar masuk air, sebab semua orang masuk air takda siapa yang nak tangkap gambar. Kahkahkah.*


Pada sebelah malam pula, ada aktiviti dalam kumpulan, Hari pertama kena buat cheers untuk kumpulan, termasuk dengan bendera segala bagai. Penat jugak lah. Paling memenatkan tengah malam tu jugak dia bagi masa dalam 30 minit untuk tulis refleksi atau kesimpulan tentang aktiviti yang dah dilakukan dalam masa sehari tu. Penat tak penat lah, rasa macam malas dah nak tulis time tu. haha.


Hari kedua pulak, pagi-pagi tu buat senamrobik diketuai oleh AJK Persembahan, Dengan poco-poco nya semualah. Tepi pantai pulak tu. Feeling gila. Damai je. hahaha. Aktiviti senamrobik ni diteruskan daripada hari kedua sampai lah hari ke empat. 


Lepas aktiviti senamrobik termasuk berjogging satu kawasan kampung tu, terus ready untuk breakfast. lepas ni ada aktiviti dalam kumpulan lagi and lepas tu baru masuk air lagi sekali untuk aktiviti air lagiii.. yeayy seronoknya. Dah la mandi pagi pun tak. Kahkah. Kira macam masuk air petang tu dah kira macam mandi lah .


Ni aktiviti kedua, bina istana pasir dan aktiviti air. Untuk bina istana ni yang tensen ni. Lecturer provoke masing2 semua muka tensen je. Tapi akhirnya berjaya diatasi situasi tersebut...

Untuk hari ketiga pulak kami masuk hutan atau so called "junggle trekking" laaaa even doesn't look like one. hahahaha. MALAS DAH NAK LETAK GAMBAR. PENAT. Tak sangka post ni akan jadi begitu panjang. 


Part masuk hutan ni yang paling best bila memasak je la. hahaha first time aku memasak dalam hutan. Kena cari kayu api. Kena belajar macam mana nak hidupkan api. Kena kipas-kipas. Kena sesakkan nafas dengan asap-asap bagai. Lepastu, dah siap masak tu kena persembahkan pulak masakan sambil buat presentation pasal masakan yang kita buat tu. Berserta nama dan lagu. Terbaikkkkkk ah.


Cuaca yang indah pada hari ke empat. Menyambut kedatangan kami untuk pulang ke Kuala Lumpur. Yeayyyy eksaited nak arwah rasanya. Penat aku dengan keadaan tidur dan mandi yang tak selesa semua tu. 


Tau lah dah nak balik. Masing-masing dah jadi  gila. Kesian aku kat depa. Kahkah


Alhamdulillah. Cahaya keimanan terpancar dekat muka masing-masing sebab nak balik. haha

Secara kesimpulannya, aku enjoy gila sepanjang 4 hari 3 malam berada di sana. Pengalaman yang dikutip merupakan pengalaman yang bermakna yang tidak dapat dicari di pasar malam yang berdekatan. Sekian sahaja untuk kali ini. Sehingga berjumpa lagi. Bye! :)
*banyak aktiviti yang aku tak masukkan gambar sebab rasa tangan aku dah nak tercabut dah menaip benda ni. Finally, I could finished this piece of writing! yeahhhhhhhhh! :) 

CALON PILIHANRAYA JPP IPG KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA 2013 "Kalau Aku Jadi JPP".


ASSALAMUALAIKUM

Selamat petang semua. Harini nak cerita pasal JPP atau Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Dia kira macam pengawas lah. Eh yeke? tak kot. Tanggungjawab dia macam lebih sikit because semua event apa semua terletak dekat tangan ahli jawatankuasa ni nak buat apa. *kalau salah mohon betulkan*. Cerita dia macam ni, Untuk JPP pada tahun ni, tetiba aku buat keputusan untuk bertanding sebagai calon JPP IPG KBA. Mula-mula tu, aku macam tak kisah pun pasal JPP ni semua. Lantak engkorang lah nak bertanding ke apa. I will stay away from far and just ready to vote when the time  comes. But then, bila dah di 'brain washed' rasa macam tertarik pulak nak join JPP ni. 

Bukanlah 'brainwashed' mana pun, tapi sort of la. Ada sorang mantan jpp sesi 2012/2013 ni dia cerita lah pasal pengalaman dia sepanjang dia menjadi JPP. Lepastu, cerita la advantage semua tu, so cerita dia tu macam menarik aku untuk mencuba nasib walaupun belum tentu aku akan dipilih ke tak oleh orang ramai. kahkah. So, dengan mengambil langkah yang drastik, aku pun terus mengisi borang pencalonan wakil JPP ni. Undian dia pula pada hari ISNIN ni. Berdebar-debar jugak lah rasanya sebab aku ni takda lah terkenal di kalangan pelajar-pelajar kat sini. Entah boleh menang ke tak kita tunggu jelah. :)


And this is the poster that I have designed. Malu nak berkempen sensorang. So, kumpul semua dalam satu poster. haha. Aku rasa poster ni quite nice lah. Dia nampak macam lebih professional and "Striving towards Excellence" punya moto tu macam kena dgn background yang dah aku gunakan ni..

Aku nak janji apa-apa tu takdelah sangat kalau aku menang bertanding, Tapi.. Kalau lah aku jadi JPP, aku nak jadi Exco ICT. Aku nampak lah juga apa yang aku boleh sumbangkan. Sekarang pun ramai org yang mintak aku buatkan design semua ni.. so, expertise aku dalam bidang ICT ni mungkin merupakan advantage aku kalau nak dapat jadi exco ICT tu. Tapi, Entahlah. Tu pun cerita dia kalau menang lah. Jadi exco ICT ni macam tak susah mana kot. Kalau nak buat aktiviti yang berkenaan ICT ni pun ada la juga idea sikit2. Nak buat bengkel jana pendapatan daripada blog pun ok juga. Pastu invite lah blogger-blogger yang famous yang bagi ucapan. Tu pun kalau lah ada yang nak attend.

Tapi benda tu semua aku rasa perlu tolak tepi dulu. Memang aku kena optimis dengan benda ni, tapi kalau rancang awal-awal ni sedangkan keputusan menang kalah aku pun tak tahu lagi takut sia-sia je. So, better diamkan jelah dulu. Dan kalau student IPG KBA percaya apa yang aku mampu sumbangkan, mestilah diorang vote. Kalau diorang tak kenal dan meragui dengan ciri-ciri kempimpinan yang ada dalam diri aku, mungkin bukan rezeki aku untuk kali ni :) . Adat bertanding, ada kalah ada menang. Kalau ada yang nak vote, jangan lupa vote "Syed Abdul Hakim" . Miahahahah bye. Terima kasih kerana membaca :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...