Saturday, March 2, 2013

PROGRAM BINA INSAN GURU [BIG] FASA 1 PISMP JANUARI 2013


ASSALAMUALAIKUM

Ehem, actually program atau kem BIG ni dah lama dah habis. Nak dekat dua minggu dah kot. Tapi, disebabkan kekangan masa, tak sempat nak update cepat-cepat. Kem ni sebenarnya berlangsung selama 4 hari 3 malam. iaitu 19.2.2013 sampai 23.2.2013 yang bertempat di Linggi, Melaka. Batch-batch senior yang sebelum ni tempat dia semua buat dekat Pangkor. Tapi kitorang a bit different lah, buat dekat tempat baru for the very first time. Lagi satu, batch-batch senior sebelum ni pergi group by group, kitorang sekali satu batch semua pergi. 135 orang semuanya yang pergi. 

So, just nak update kat sini perkara yang dah berlaku sepanjang 4 hari 3 malam tu. Kalau rasa tak rela dan tak sanggup nak baca ataupun takut terkena darah tinggi ke apa sebab terkejut baca post panjang berjela camni, better stop. Takut pula aku kena saman kat mahkamah ke apa gara-gara menyebabkan kematian orang. *gituuuuuuu


Ni kira macam pakaian official lah untuk program ni. Topi tu yang cantik. Baju kurang sikit sebab design dia lebih kurang macam baju batch junior. lalala. So, tentatif pertama sebelum bertolak ke kawasan perkhemahan, Sesi menyampaikan amanat-amanat daripada HEP dan lecturer sebelum boleh bertolak. 


Lepas dah selesai bagi ucapan dan taklimat, setiap kelas kena ambil gambar sebelum pergi. Mungkin untuk di compare gambar SEBELUM dan SELEPAS BIG kot. hahaha. Dan sesi tangkap gambar terus berlangsung sehinggalah diminta untuk berada di bas masing-masing.



Ready dulu awal-awal dekat bas takut tak dapat seat. Nampak tak teruk benor perangai kami? hahaha padahal yang masuk mula-mula dkat bas pun bukan kami pun. Saja propa lebih. Tak kisah lah. Janji dapat naik bas tak jalan kaki. kahkahkah.


Perjalanan memakan masa sejam setengah je. Sampai je dekat sini, nak ke tapak perkhemahan kena jalan kaki dah lah jauh kenmain. Dengan angkut segala peralatan perkhemahan yang rata-ratanya berat nak arwah, so menduga iman dan kesabaran jugak lah nak sampai ke tempat tu.


Nampak tak? Jauh gila tu. Tu belum lagi tengok orang angkat khemah. Rasa nak pengsan tengah jalan. haha


Angkat punya angkat macam nak pengsan, Akhirnya sampai pun tempat tapak perkhemahan dan aktiviti pertama sekali yang dilakukan ialah membina khemah. haha seumur hidup aku memang tak pernah nak dirikan khemah. Komponen-komponen khemah ni pun aku tak tahu. So, cerita dia mana satu lantai mana satu dinding pun aku taktahu. 


Tetapi, akhirnya berkat kerjasama daripada semua pihak, khemah yang menempatkan 20 orang ahli setiap khemah ni berjaya juga didirikan dengan megahnya walaupun mengambil masa berapa jam pun aku taktahu. 
Then, lepas bina khemah ni, dia bagi masa rehat, untuk solat dengan ready untuk aktiviti seterusnya iaitu kembara air. Dimana kami belajar untuk berenang dan macam-macam lagi lah. hehe

*Untuk hari pertama, takda gambar masuk air, sebab semua orang masuk air takda siapa yang nak tangkap gambar. Kahkahkah.*


Pada sebelah malam pula, ada aktiviti dalam kumpulan, Hari pertama kena buat cheers untuk kumpulan, termasuk dengan bendera segala bagai. Penat jugak lah. Paling memenatkan tengah malam tu jugak dia bagi masa dalam 30 minit untuk tulis refleksi atau kesimpulan tentang aktiviti yang dah dilakukan dalam masa sehari tu. Penat tak penat lah, rasa macam malas dah nak tulis time tu. haha.


Hari kedua pulak, pagi-pagi tu buat senamrobik diketuai oleh AJK Persembahan, Dengan poco-poco nya semualah. Tepi pantai pulak tu. Feeling gila. Damai je. hahaha. Aktiviti senamrobik ni diteruskan daripada hari kedua sampai lah hari ke empat. 


Lepas aktiviti senamrobik termasuk berjogging satu kawasan kampung tu, terus ready untuk breakfast. lepas ni ada aktiviti dalam kumpulan lagi and lepas tu baru masuk air lagi sekali untuk aktiviti air lagiii.. yeayy seronoknya. Dah la mandi pagi pun tak. Kahkah. Kira macam masuk air petang tu dah kira macam mandi lah .


Ni aktiviti kedua, bina istana pasir dan aktiviti air. Untuk bina istana ni yang tensen ni. Lecturer provoke masing2 semua muka tensen je. Tapi akhirnya berjaya diatasi situasi tersebut...

Untuk hari ketiga pulak kami masuk hutan atau so called "junggle trekking" laaaa even doesn't look like one. hahahaha. MALAS DAH NAK LETAK GAMBAR. PENAT. Tak sangka post ni akan jadi begitu panjang. 


Part masuk hutan ni yang paling best bila memasak je la. hahaha first time aku memasak dalam hutan. Kena cari kayu api. Kena belajar macam mana nak hidupkan api. Kena kipas-kipas. Kena sesakkan nafas dengan asap-asap bagai. Lepastu, dah siap masak tu kena persembahkan pulak masakan sambil buat presentation pasal masakan yang kita buat tu. Berserta nama dan lagu. Terbaikkkkkk ah.


Cuaca yang indah pada hari ke empat. Menyambut kedatangan kami untuk pulang ke Kuala Lumpur. Yeayyyy eksaited nak arwah rasanya. Penat aku dengan keadaan tidur dan mandi yang tak selesa semua tu. 


Tau lah dah nak balik. Masing-masing dah jadi  gila. Kesian aku kat depa. Kahkah


Alhamdulillah. Cahaya keimanan terpancar dekat muka masing-masing sebab nak balik. haha

Secara kesimpulannya, aku enjoy gila sepanjang 4 hari 3 malam berada di sana. Pengalaman yang dikutip merupakan pengalaman yang bermakna yang tidak dapat dicari di pasar malam yang berdekatan. Sekian sahaja untuk kali ini. Sehingga berjumpa lagi. Bye! :)
*banyak aktiviti yang aku tak masukkan gambar sebab rasa tangan aku dah nak tercabut dah menaip benda ni. Finally, I could finished this piece of writing! yeahhhhhhhhh! :) 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...