Tuesday, January 21, 2014

KRONOLOGI LUKISAN POSTER SEORANG SYED

*Ni hasil akhir poster aku! hehehe

ASSALAMUALAIKUM

Sebenarnya aku baru tengah tarik nafas lega ni sebab berjaya melukis dan mewarna sebuah poster dengan lengkap buat pertama kalinya! YEAH PERTAMA KALI YE TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN. Aku sebenarnya time sekolah rendah dulu aku punyalah suka gila melukis dan mewarna ok. But then ramai lagi org lukis lagi lawa dari aku even aku try hard nak buat cantik-cantik macam depa tapi tetap tak jadi secantik yang depa lukis. So, mungkin aku rasa atas sebab tu juga motivasi aku untuk kekal melukis dan mewarna dengan cantk semakin hilang ditenggelami arus permodenan. haha.

Pernah tengok tak rancangan-rancangan macam KFC hour dekat tv3 masa zaman 2001 macam tu? Aku ada jugak la try hantar tapi entah kenapa tak pernah terpilih pun aku punya lukisan. Mungkin sebab aku tampal setem 20sen kot. So, tak menjamin laaa. KahKah!. 

Kalau nak cerita pasal pengalaman mewarna semua ni.. aku sebenarnya time tadika and sekolah rendah selalu aku yg jadi juara pertandingan merwarna. Kalau akak aku pun join sekali pertandingan tu mesti dia selalu tak dapat nombor and aku sorang je yang menang. Tapi bila makin lama makin besar aku punya bakat tu macam makin pudar pulak entah kenapa. 

Masuk sekolah menengah aku terus jadi tak minat dengan Seni entah kenapa. So, sebab tu aku masuk aliran perakaunan walaupun akaun aku failed tapi takdahal lah asalkan bukan seni sebab leceh kena pakai water colour semua tu aku malas. Tiba-tiba masuk IPG ni dah degree dah mengada-ngada pulak nak ambil seni. Padahal aku dah tinggalkan seni ni lama gila. Merwarna, melukis semua tu last buat pun time sekolah rendah. Sekolah menengah takda pun kalau ada pun alahhh sikit sangat boleh kira pakai jari berapa kali..

Projek pertama untuk seni ni kena melukis poster. Penat jugak lah aku fikir nak lukis poster apa. Sebab yelaaa dah lama tak melukis kan lukis pun jadi tak pandai. Tetiba ada inspirasi nak lukis wanita berhijab. Sebab aku mmg suka tengok wanita berhijab and berniqab. ececehhh. 


Ni lukisan sebelum di touch up. WAHHAHA ok serius nak tergelak. Aku mmg tak pandai melukis org. Mata lagi laaa tak pandai. Last-last aku minta tolong junior major Seni jugak laaa tolong lukiskan mata and touch up apa yg perlu. Kahkah. Tu laaa yg jadi cantik sikit tu kalau takk mmg hmmm lah jawabnya...Part mata tu paling tensen aku try. Sampai banyak kali kot padam2. hahaha... Lepas dah siap lukis, lukisan ni aku simpan sampai 2 minggu sebab aku tak suka merwarna and takut kalau warna nanti jadi buruk (and hasl dia mmg buruk) kahkah...


Bila dah warna tudung dengan purdah dia terus aku down sebab "KENAPA BURUK SANGAT AKU MERWARNA NI" . Pastu aku cuba untuk bertenang dah redha je la apa yg jadi kat lukisan aku ni. hahahaha. Dengan skill mewarna semua tunggang langgang haaa ambik ko. Aku tak belajar la part tonng-toning and shading-shading semua ni. Bila kawan aku cakap pasal benda alah tu semua aku ternganga je dengar. adoiiii

Tapi walaubagaimanapun sebagai seorang yang tak berapa pandai melukis dan merwarna aku rasa ni kejayaan terbesar laa bagi aku sebab mampu menghabiskan lukisan ni. Biasanya kalau cikgu bagi kerja sekolah time sekolah rendah dulu bawak balik lukis kat rumah tapi tak pernah hantar pun sebab aku malas nak melukis. Kahkah. For the first time aku berjaya lukis poster. it's A GREAT achievement for me okay! 

Tapi ada yg komen muka macam lelaki pakai purdah la, macam pondan pakai purdah la, macam ninja laaaa, I don't really mind with all those comments sebab yeahhh I'm not major in arts. So, what do you expect from me? Nak aku lukis sebjik2 memang tak menjadi lah kott. Kalau jadi lukis pun merwarna belum tentu. Asal ada gaya poster sudahlaaaa kan? Kalau depa yg betul2 kenal aku mesti depa berbangga sebab aku buat benda ni sampai siap sedangkan tutorial task yang lain jarang sekali aku siapkan. HAHA.. 

Okaylah setakat ni tu je kott. Entry ni supposedly publish time pkul 3 pagi tadi tapi aku takut pulak duk sorang2 tengah taip entry blog so aku ambil keputusan untuk tidur. kahkah! okay thanks for reading :')

1 comment:

Wan Ahmad Izudean said...

tapi apapun lukisan ko lagi better daripada aku lah..haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...