Monday, April 21, 2014

KONOTASI RASA - SYED

Kadang-kadang, rasa tak dihargai,
Setelah apa yang kita buat,
Setelah apa yang kita korbankan ,
Langsung tiada diselangi ucapan "Terima Kasih".
Tidak pula ku minta untuk dibelanja makan yang mahal-mahal,
Tetapi memadailah bagiku kiranya mendengar ucapan Terima Kasih.

Tak susah rasanya untuk kita menghargai orang,
Tidak perlu diberi intan, emas atau permata.
Hargai orang dalam pelbagai cara,
Barulah orang rasa selesa.

Mungkin... sepanjang hidup ini, 
Ada yang aku terlepas pandang.
Mungkin kadang kala aku juga merupakan salah seorang,
Lupa untuk berterima kasih apabila meminta sesuatu,
Terutama kepada Allah yang satu.
Maka, aku akui kadang-kadang itu juga khilafku.

Coretan ni memang tiada kena mengena dengan awak.
Cuma, tetiba idea datang secara rawak.
Biasanya kerja aku duk buat lawak.
Tetapi harini  tidak ku rasa untuk berlawak.

Aku tak tahu apa yang aku rasa ketika ini.
Terasa seperti seluruh dunia menghimpit diri.
Tanpa diketahui sebab yang hakiki.
Ya Allah, bantulah semoga ketenangan memenuhi diri.


- Syed -

Tuesday, April 8, 2014

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) FASA KETIGA IPG KBA PUNYA CERITA


ASSALAMUALAIKUM

Well, hello April!. Akhirnya berjumpa juga kita. Tak sangka betapa pantas masa menemukan kita. Sedar2 dah bulan April. Makanya makin TUA lah umur seorang Sir. Syed. Itulah hakikatnya, takkanlah makin lama nak makin muda pula kan? *banyak hensem kau Syed!. Disebabkan aku lahir bulan April, terus mengada nak ada gambar sendiri ucap hello April. Lepastu terus acah-acah mengaku bulan favourite dia bulan April. Padahal bulan mana-mana pun sama ja, nampak tak kepoyoan seorang Syed di situ? haha!. Takdelah, aku ni makin takut masa berlalu pantas ni bukan sebab makin tua. Tapi sebab makin dekat dgn exam. Aku tak berkenan betul bila dah dekat dgn exam bulan 5 nanti. Sebab busy dgn ulangkaji bagai. Lepastu aku tak suka betul perasaan dia lepas jawab setiap paper time exam. Lepastu perasaan time tunggu result. Mula lah tertanya-tanya dan ternanti-nanti dengan nervous!. Tapi haraplah exam nanti okay. Doakanlah ye. 

Baru muqadimah dah panjang berjela. Belum lagi masuk cerita dia. Oleh itu, aku rasa aku nak menaip pasal pengalaman buat SBE (School Based Experience atau PBS) kali yang ketiga untuk kali ini. Aku tak ingat pulak tarikh aku buat mende alah ni berapa haribulan. Tapi around bulan 3 lah. hahahaha (biasalah dah tuaa hmmm). Setiap kali pi SBE undang2 dia mesti kena pi jalan *undang2 aku jelah. kah! . So, kali ni aku pi Perlis Indera Kayangan. Jauh nak mampuih okay pi sana dari KL. Ada lahhh berapa jam tak ingat jugak. So, aku ke sana naik bas and sampai kat sana tumpang rumah Izzati iaitu host SBE kami untuk kali ini. Oh lupa, semua sekali pi Perlis 8 orang and buat di 2 Buah Sekolah. 


Disebabkan belah utara ni famous dengan kehijauan padinya, So esoknya pepagi tengah hari lepas breakfast ke lunch entah terus cabut pi sawah padi. Tapi takdak padi menghijau lah. Semua layu dah macam padang pasir. Kalau panas engkorang takyah tanya lah. Kemain panas lagi okay dah macam dekat gunung sahara. hahaha!. Omaigad rasa macam comel sangat makan aiskrim tengah sawah cenggini. 

Tengok ni. Comel kan? HAHAHA!


yang ni selfkrim nama dia. Sebab selfie pegang aiskrim! ahahhah tudiaaa engko gaya macam tak pernah makan aiskrim setahun sebab tersesat kat padang pasir. 


Ni pulak salah satu bahagian rumah yang kami duduki! Kami duk rumah kedai. Besar gilaaa okay. Dah la sebelah ni ada kedai so, perut aku ni saja buat hal nak beli jajan lah aiskrim lah apa lah. Buat teghuk camtu kat rumah org Syed ni. Sebab tu mak aku tknak buka kedai runcit aku rasa. Takut semua makanan aku yg kebas! bukan habis dijual tapi  habis di pelahap oleh aku je. HAHA. 

Ohhhhh lupa, time ni assignment tak siap lagi. Ya Allah hanya tuhan ja yang tahu betapa berhempas pulas berperang dengan perasaan sendiri. Bayangkanlah nak pi keluar tapi assignment tak siap-siap. Tu lahhh suka sangat tangguh-tangguh. Mula ah susahkan diri sendiri di kemudian hari. hihihi. Lepas dah siap assignment tudiaaaa masing-masing happy kemain boleh pi jalan-jalan. 


Tadaa! ni kami pi kat Tasik Melati. Taktau apa yg ada kat sini. hahaha cantik jugak tasik ni kalau lebih dipelihara. Ni nampak seakan terbiar sikit. But still okay untuk buat tempat jogging.


Emmm sempat lagi pose ala-ala pelakon hindustan. Warna kulit tu ada gaya dah tu. Dah la spek mata senget. kahkah! dah macam apa aku tengok!


Selain dari pi tengok tasik, kami juga sempat dibawa ke Thailand. Tempat tu nama dia Wang Kelian. Ya Allah barang dia sumpah semua murah gila. flask, periuk nasi, baju, senduk semua murah. Kalau nak pi, beli banyak2 serius tak rugi. Aku banyak pi beli baju ja kat sini. Takde benda lain lah. Untuk mak aku adalah aku beli flask tu untuk dia buat bawak pi niaga. hihi.



Wajib selfie sebab semua orang nak kena ada dalam gambar! hahaha. So boleh dah abaikan double chin aku dengan peluh menitik kat leher tu. Tak sangka aku gemok rupanya :(


Ni pulak dengan buah hati time kat sana!. hahaha dia duk Alor Star je, dekat and ajak jelah dia pi sekali. Dia pun bawa kawan dia. Tapi kawan dia memalu kucing pula nak bergambar. Elehhhh haha. Ya Allah aku rasa kalau nak share tiap gambar pi Wang Kelian ni tak habis kot banyak betul. Takpe kita skip ekkk..


Keesokan harinya, lepas berjalan ke Wang Kelian semua tu, akhirnya sampailah ke hari pertama persekolahan di Sk. Oran, Perlis. Hari pertama persekolahan ni takdak buat apa sangat pun. Datang sekolah pagi tu duk lapor diri ke cikgu lepas tu terus cari guru BI sekolah depa. Cari cikgu BI sebab ada assignment kena carry out. So nak minta jasa baik untuk masuk kelas cikgu-cikgu tu. Alhamdulillah, cikgu kat sini semua bagi kerjasama dengan baik and semua friendly. Terharu okayhhhhh bila ada yg percaya kita masuk kelas untuk ganti cikgu tu. Sesetengah cikgu lain jangan haraplaaa nak bagi. Sedikit sebanyak memudahkan proses untuk aku menyiapkan esaimen. hihi.


Hari pertama, duk merayau kat sekolah tengok bangunan sekolah, catat maklumat sekolah and lepak dekat library sambil tangkap gambar banyak-banyak!. haha tu dah jadi satu kemestian kan. Bila tangkap gambar kat atas pentas ni teringat pula zaman sekolah rendah dulu. Pentas ni biasanya digunakan untuk pidato dan bercerita. Kalau ada praktis ke apa mesti cikgu bawak kat sini. Dengan wujudnya pentas macam ni aku rasa bagus jugaklah untuk mengatasi stage-fright pelajar-pelajar. Sesetengah pelajar ni takut bila naik pentas, mungkin kalau naik pentas bersaiz kecik macam ni lama-lama nanti ok lah kot. Kahkah.


Sepanjang seminggu kat sana, setiap hari masuk kelas ni. haha. Sebab cikgu BI dia sangatlah friendly, Teacher Rahmah nama beliau. Kalau lepak lelama dgn teacher ni rasa macam boleh jadi kawan okay :').


Ni sebelum balik sekolah. Ayah Izzati (yang hujung skali) ambik kitorang untuk balik sekolah. So, sekali sumbat 8 orang dalam kereta. tak bernafas rasanya haha nasib baik aku ni muatan tak berapa nak besaq sangatlah. Kalau tak mau aku kurus kena himpit.


Ni pula cerita hari kedua ber SBE. Hari kedua pulak duk observe kelas sains sebab kawan-kawan yang lain ada ambik elektif sains and depa pun ada esaimen kena buat iaitu kena perhati cikgu sains mengajar and something about PEKA. aku pun tak sure tugasan depa camna tapi yeah macamtu la lebih kurang, haha. btw, budak ni comel gila okk dah la kecik gila aku nak tangkap gambar kena tunduk sedemikian rupa.

Aku dapat rasa lah time kitorang observe tu bebudak ni tak pay attention sangat dekat cikgu depa kat depan tu. Sebab kitorang ada kat belakang aku rasa, so kerja depa asyik nak pandang belakang je. Taulah cikgu kat belakang ni semua hensem-hensem and cantik-cantik. Kahkah *perasan nak mampusss

So, hari ke 4 SBE ni baru aku decide nak mengajar and carry out the assignment. Aku kena mengajar depa ni antara song atau poetry. Tapi aku pilih song laaaa senang sikit nak conduct. Assignment ni bagi aku rasa macam susah gila sebab kena mengajar. Bagi aku yang tak pernah ada pengalaman nak mengajar budak2 ni susah sikit lah, nak pulak assignment ni kena ada cikgu depa yang observe and bagi markah dekat aku. Lagi laaaaa nervous dia dup dap dup dap. Kemain lagi.

Time ni ajar lagu Count On Me by Bruno Mars. Mula-mula berdiri kat depan tu Ya Allah nervous betul kot sebab mata depa semua tertumpu and fokus betul2 kat aku. I was like losing my words at that moment. hahaha, tapi sekejap jela nervous tu. Lama-lama sikit okay dah la. Pengurusan kelas aku pun takda la teruk sangat rupanya. Okay jugak laa budak2 ni tak bising. Depa eksaited sikit sebab nak menyanyi and menari kan. hihi. Tapi aku yang awkward gila kena menyanyi and demo mcm mana nak buat gaya utk setiap lirik. Budak ni gelak-gelak je. Kemain lagi diorang ni kan. haha.

Bila dah try mengajar time ni, sedikit sebanyak aku jadi lagi konfiden pulak kalau nak mengajar lepas ni. Rasa macam boleh buat je kot. tengok lah camna. Buat micro teaching baru-baru ni pun okay je tak nervous sebab dah pernah dapat student yang betul jadi sedikit sebanyak membantu jugaklah. Cuma penguasaan bahasa Inggeris aku perlu dipertingkatkan sikit lah. Banyak lagi yang lemah aku ni. Dah year 2 tapi English takda la bagus mana .Susah juga sebenarnya. hahaha.

Time mengajar depa ni semua lega sikit sebab ada kawan-kawan sekali yang tengok so sedikit sebanyak diorang tolong la jugak time nak menyanyi, nak distribute task sheet tu. Terima kasih uolss! Tanpa uollss semua taktau laaahhh apa nasib iolls haritu!. Hasil dari evaluation Teacher Rahmah, Aku dapatlah dalam 27/30. Komen yang dia bagi pun semua positif. Cuma dia cakap suara aku slow sikit. Tapi aku rasa macam suara aku dah kuat dah. So, tak berani la nak kuatkan lagi. hihiii. Lepas habis je carry out benda ni rasa lega bukan kepalang lagi. Rasa bebas dari segala-galanya. Cewaaaah..


Sebelum terlupa, Hari sebelum aku duk mengajaq tu ada pi Taman Ular dan Reptilia, Perlis. Nak masuk dalam ni kena bayaq RM5 oi. Padahal dalam dia takda apa sangat pun. Banyak sangkar-sangkar kosong yang masih tengah diselenggara. Ular pulak banyak nampak ular sawa ja. Ular Albino yang kaler kuning tu ada la sekoq. Macam tak berbaloi pula rasanya RM5 tiket untuk masuk ke dalam tu -..-"


Selain dari Ular Sawa, ada jugaklah burung unta, Rusa and buaya. Ada tempat reban ayam dgn tikus tapi krik krik kosong ja takda apa pun. Sadis betul. Lagi satu ada arnab. Tapi Arnab tak comey lalu. Nak tunjuk kasi la arnab yang comey sikit. Lepastu sepatutnya kasi la pegang-pegang ular. Kesian kami ni pi tak dapat pegang ular. Teringin okkk. Burung unta ni best main lari-lari dengan dia ja lah.

Disebabkan cuaca yang panas gila, time tu terlintas gak ah nak pi bermandi manda. Sebab best gila kot kalau dapat berendam panas-panas camni. Maka bertolak laaa ke apa entah nama tempat tu. Rasanya ada Mata Air something something lah. Tapi tempat mandi la. Air terjun kot. hahaha. Pergi punya pergi........


Last2 tengok air kering kontang macamni. Nak mandi apa. Yang ni belah bawah air terjun tu. Aku try naik ke atas sana tu air titik-titik je. Dah tak macam air terjun. Maka, melepaslah hajat kami semua untuk bermandi-manda dekat air terjun.. Sedih, pedih hati ini saat itu. Kah! . Tapi takpa, disebabkan air ni kering kontang tak dapat nak mandi, akhirnya kami pi Padang Besar jelah. Dapat laaaa borong banyak-banyak jersey. Murah pulak tu. Syok gila. Kalau kat Temerloh tu mahuuu aku kena tapau kaw kaw. 


Malam tu pulak kami ada buat BBQ. Tujuannya untuk menyambut birthday Imiey dengan Fatikah yang birthday depa dekat-dekat dah. So sekaligus sambut sekali ah. Sedap gila okay ayam niiii. hihihi, tapi aku banyak men tangkap-tangkap gambar je. Suka mengelat time buat keje kan? :(


Time ni acah-acah Bomoh 1 Malaysia yang tak menjadik tu sebab takda kelapa. Kahkah!


Selain dari BBQ Ayam dengan Sosej tu ada jugak burger! emmm daknyew!! nak lagi! hihi


So ni dia Birthday Boy and Birthday Girl on that day! Happy Birthday to both of youuu! May Allah bless! :) . Potong kek tu jangan tak potong eh. 


Ni pulak acah-acah birthday dia! Nak juga pose dengan kek!


Lepas habis je makan-makan semua kek, ayam segala bagai tu sampai perut buncit and tak larat nak bangun tu, mula laaaah budak ni buat hal nak main krim-krim kek pulak sapu kat muka semua orang. 

Biasanya yang birthday boy and birthday girl ja kena, ni habis semua jadi mangsa. Aku dah cuba sehabis baik melarikan diri namun akhirnya terkandas di penghujung jalan. HAHAHA takpalah. Redha jela. btw, serius malam tu seronokkkk gila main krim :') Thanks engkorang semuaaaa! 

Seterusnya, cerita hari terakhir di. Sek. Keb. Oran


Maka, sampailah sudah ke hari yang terakhir di Sekolah Keb. Oran....Sebab aku mengada, aku pun pakailah baju Melayu pergi sekolah haritu. Maka, aku rasa awkward sebab macam takda orang je pakai baju melayu kat situ. hahaha. tapi takpalaahh, aku mmg suka lain dari yang lain ni ha. Hari last ni tak buat apa pun. Just duk lepak-lepak habiskan masa dalam library lepastu pi jumpa guru besar semua minta cop. That's all. Tangkap gambar banyak juga la sebelum tinggalkan sekolah.. 

Time balik sekolah tu, adalah makcik-makcik yang tunggu anak dia balik dari sekolah tu tanya "Hai cikgu, nak pi manaa tu nak kahwin ke? kemain lagi baju melayu" (lebih kurang cenggitu lah tapi taktau camna. Tapi dia cakap sambil gelak-gelak lah. So aku faham tu gurauan. hahaha) Mungkin macam pengantin agaknya tulah depa kata gitu. Erk. 

Okaylah weh ni aku rasa dah panjang kemain dah entry ni. Percaya tak entry ni aku tulis dah 3 hari aku rasa. Simpan dalam draf lepastu sambung, simpan, sambung, simpan, sambung. Sampailah ke harini and Alhamdulillah managed to complete this writing! Sebagai konklusi, terima kasih berbanyak2 kepada keluarga Izzati kerana bermurah hati menumpangkan aku dan kawan-kawan selama beberapa hari di rumah! Siap masakkan semua lagi. Masak sedap pulak tu. hihiih :') Terima kasih lagi sekali di atas memori ini yeeeeeeeeeeee. babai semua babai! :)

Kalau ada masa terluang jemput la baca sampai habis. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...