Sunday, October 23, 2011

KEM PERKHEMAHAN SUKAN REKREASI DI PULAU PANGKOR #MYFIRSTIME

ASSALAMUALAIKUM


Bila aku sebut PANGKOR je mesti semua org ingat pulau kann? tapi, bila aku sebut pulau? pulau ape yg korang ingat? ayokkk. HAHA .ok, abaikan intro merepek. So, haa. setelah lama aku tak update blog ni, harini rasa macam rajin pulak nak update! hehe. Actually, aku tetiba rinduk untuk menjadi seorang blogger yang aktif kembali dalam dunia blog. Tapi, taktau la boleh tercapai ke tak hajat aku tu. sebab, kengkadang aku macam dah terlupa yg aku ni ada blog. ( luahan hati plakdahh..) dah la! aku nak start cite dah ni. HAHA.

Pada 13Oktober yang lalu (ayat bm sangat), kitorang dikehendaki untuk pergi ke pangkor untuk menyelesaikan satu esaimen lahh kengkonon. untuk subjek recreational sports, aktiviti dia adalah sangat senang.. korang perlu berenang, berkayak, abseiling (rujuk google kalau taktau XD) tu je laa kot yang aku nmpak.. dan, ini adalah PERTAMA KALI bagi aku berkhemah! and i was like yayyyyyyyyy! excited gila nak mulakan semua aktiviti ni. HAHA. kitorang memulakan perjalanan pukul 9.30 pagi selepas pengarah dah bagi sedikit taklimat dan amanat kepada kitorang. Then, pejam celik pejam celik.. dah sampai dekat jeti! kohh kohh..lena sangat aku tido.. 

So, apa yang aku dapat sepanjang aktiviti ni berlangsung ialahhhh...

  • Aku dah pandai berenang SEKEJAP!

Dalam hanya berbekalkan masa selama 3 hari aku dah boleh berenang wei! kau boleh? cuba bayangkan betapa bagusnye lecturer kami mengajar! :') , im proud of themm.. tapii.. tapi... bila bukak jaket keselematan tu terus tenggelam . HAHAHA. So, disini.. jaket keselamatan tu sangat berperanan tinggi untuk memberi keyakinan kepada kita semua time berada dalam air . oh ya! jaket keselamatan tu jugak dipanggil sebagai LIFE JACKET. Mula² aku agak panik laa bila dekat laut tu tetiba tak jejak kaki aku ke dasar. HAHA. tapi lama² macam dah biasa.. kita jgn cemas sangat. sebab kalau cemas nanti lagi SESAK!


  •  Dah ada muscle! PFFT >.<
Haaa... yang ni mesti hang pa tak caya! serius wa dah ada muscle lepas aktiviti KAYAKING atau berkayak! HAHA. gila susah wei berkayak. ingat senang je.. dah la jauh gilaa. yg aku dgn partner aku punya kayak ni asyik menuju ke tengah laut je. orang lain semua menuju ke arah yg dituju. yang kitorang tetiba asyik lepas ke tengah laut! cuak gila kot.. tapi, aku cool je laaaa. supaya org taktau yg aku cuak. hihihi. pastu, nak kayak ni pun ada teknik. ingat main kayuh je! kalau nak ke kanan kena kayuh ke kiri.kalau nak ke kiri kena kayuh ke kanan.. dan kena pastikan partner kita yg depan tu pun kayuh arah yg sama dengan kita. baru la boleh gerak laju. hahaa. adehhh -.-"


yang ni time kena rafting. yg belakang semua kena berdiri! XD . *aku sekali laa. tapi tade dlm gmbar T_T*

  • First time tido dalam khemah

First time tengok org pasang khemah! hahaha. serius tak pnah lalui benda camni tau tak! sedihh kan. sobb3. apa yang aku rasa bila tido dalam khemah adalah sangat tak selesa dan PANAS. HAHA. Pastu banyak nyamuk pulak. ishhh. *sumpah banyak komplen* . Aku makan kat sana pun kena skit2 je. sbb orang blakang ramai lg tak makan.. hihi..adat camping laaa kann...

  • First time masuk hutan jugak!

Aku sukaaa masuk hutan ni! tapi sangat skejap okay! lepas naik jambatan gantung je dah pusing balik. T.T , tetiba rasa sangat tak adventure... pastu, sebelum masuk ni serius aku takut pacat laaa lintah aaaa.. hhahaa. tapi nasib baek takde pape! kah3.. cuma banyak nyamuk je laaa yg takbest nye.. >.<"

  • First time nyanyi depan org!

Ehhhhh! serius this is my very first time nyanyi depan org wei! . Macam ni, malam sebelum balik tu kitorang ada buat malam kebudayaan... so, each class kena ada persembahan masing² laaa. so, kelas kitorang buat macam konon2 audition laa.. aku salah satu peserta audition tu... serius perasaan aku haritu memang malu gila babengg lahh. gila ko! suara aku dah laa ntah pape! pastu tetibaa plak aku nyanyi.. and, malam tu everything kitorang buat spontan! . Memang tak rancang pape pun sebab masa sangat suntuk! kami sangat kagum kerana dpat mempersembahkan yang terbaik! HAHA *ayat mintak selipar*

Sekian, tu je laaa pengalaman yang aku dapat sepanjang berada di Pangkor ni.. serius best gila! :D sebab benda baru bagi aku kannn...Aktiviti abseiling aku tak tulis sebab tak mencabar..so, takpe la. haha . okaylahhh. dah terlebih panjang dah ni.. terima kasih kerana sudi baca! 

we HEART you PANGKOR :D

6 comments:

Miss Butterfly said...

tkot pacat lintah? hohO~

antechno said...

blogwalking...........

shaza said...

uisshh!!syok gila g pangkor. last g pgkor pon PL dulu. hehe. -ipbmm student

Anonymous said...

seronok sangatt(:

trialtodelete said...

i enjoyed the trip as well when i was still in foundation year.

snowflake said...

sama la ! :D class aku pun pegi sama jugak ~

seronok ~ pacat pun turut seronok gigit kaki :3

kalau buat 2 kali, tak mau aku ><

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...