Friday, October 28, 2011

LELAKI DAN EGO


ASSALAMUALAIKUM

Harini aku nak berbicara pasal EGO. ya, aku bukan Dr.CINTA aku juga bukan pakar cinta. Tetapi, aku hanya seorang lelaki, yang hidupnya penuh dgn KEEGOAN yang tinggi. Namun, kehadirannya di sini adalah kerana ingin berkongsi secebis pendapat tentang apa yang dikatakan EGO ini. - syed

Setiap orang ada persepsi masing² tentang EGO ni.. Maksud EGO pada setiap orang adalah berbeza dan tak seharusnya sama. dan, bagi aku pulak.. 

EGO adalah ; Persepsi seseorang tentang harga dirinya
Keegoan pula bermaksud perihal mementingkan diri sendiri

So, back to the title. "Lelaki dan EGO". Lelaki dan ego memang tidak dapat dipisahkan lagi. Seriously, aku sendiri mengaku yang aku ni ego tinggi dan keras kepala. jangan nak cakap aku jelaa , aku rasa semua lelaki pun sama camtu. Sekarang ni ramai sangat dah aku tengok girl² semua post status dkat fb cakap pasal lelaki ego tinggi laaaa..  bla bla bla.. Tapi, pernah tak diorang pikir cara nak atasi keegoan lelaki tu sndiri?. Aku ambil contoh dkat sini kalau in relationship laa...

Pernah tak ada masalah kalau nak memulakan texting? (sms). Maksudnya kalau korang sms, siapa yang selalu mulakan dulu? lelaki/perempuan?. Pada pendapat aku laa. aku rasa mesti perempuan yang mulakan. Sebab, lelaki ni jarang nak mulakan sesuatu. sebab apa? sebab ego tadi lahh.. ini berkait rapat laa dengan harga diri tu tadi sebab kalau dia mulakan sms pun msti dia fikir dulu "kalau dia ni tak balas sms aku, msti nampak macam aku ni thegeh² kat dia kann?" .So, sebab taknak nampak thegeh2 skaligus merendahkan harga diri dia..better dia tunggu perempuan tu sendiri yg memulakan sms. TETAPI, kalau perempuan tu pun tak mulakan sms, bila dia rasa dia perlu memulakan-NYA, dia akan mulakan...dan bila dia mulakan ini menunjukkan bahawa dia mampu menurunkan ego dia pada masa itu. 

Dalam situasi yang lain pula, ialah di dalam KELUARGA. Ya, situasi ni memang sering berlaku pada aku, sebagai contoh, bila seorang akak bertanyakan soalan kepada seorang adik lelaki .
akak : Assalam.. ko buat ape tu? weiii. aku rindu gila kat ko! ko tak rindu kat aku ke?
adik : Wassalam. tak watpe. online je ni.. hahhh? poyo la ko rindu-rindu ni . HAHA.
Jelas tak contoh yang aku beri ni? maksudnye kat sini.. sebenarnya si adik tu rindu jgak dkat kakak dia, tapi.. dia seboleh-boleh akan menyembunyikan bahawa dia tu rindu dekat akak dia. Kalau dia cakap rindu pun mungkin dalam nada yang perlahan..

Percaya tak bahawa lelaki ni sukar nak mengaku bahawa dia sayangkan seseorang itu. susah sangat!. Sebab, dia rasa lebih selesa kalau pasangan dia sndiri yang menyedarinya. 

Anda boleh menjadi pasangan yang bagus jika boleh mengawal ego seseorang lelaki itu. tak susah pun sbenarnya nak 'deal' dengan lelaki yang tinggi egonya ni. bila, seseorang lelaki tu ada ego yang tinggi, maka..cuba je balasa dengan ego jugak. YA, EGO dibalas EGO. sebagai contoh; 
[pasangan kekasih] Abu merajuk dengan Salmah hanya disebabkan perkara yang remeh. Dah banyak dah msg yang Salmah hantar, tapi Abu endahkan je. 
Ego datang dalam pelbagai situasi. Situasi di atas juga boleh digelar sbagai EGO. so, apa yang Salmah boleh buat ialah hentikan daripada menghubungi Abu dalam masa yang terdekat. Percaya tak korang? tak sampai seminggu pun aku rasa Abu tu dah msg si Salmah sebab dia rasa dia tidak dapat perhatian daripada orang yang dia sayang dan pada saat tu baru dia rasa yang diri dia bersalah. sebelum ni takde pun dia rasa..(tapi, kalau dia tak msg Salmah tu..mmg dia ada yang lain dah tu XD) .aku rasa cara ni paling terbaik kalau nak hadapi laki camni. 

Selain itu, cara lain untuk menurunkan ego lelaki ni ialah ; fahami dia. Ya, apa yang dia cakap layankan je. even dah terang lagi bersuluh apa yang dia cakap tu salah, dengar je dulu , pastu ambil masa yg sesuai utk bagi tau dia bahawa ape yg dia cakap tu salah.. i think this is better. 

#Eh. tak pepasal aku jadi dr.cinta malam ni. entah korang paham ke tak ape aku merepek ni. HAHA. okaylahhh. tu je buat masa ni. Segala isi kandungan di dalam ni adlah pendapat peribadi aku dan tak seharusnya sama dengan pendapat orang lain. lain orang lain pendapat. Rambut sama hitam hati lenlain *even sekarang ada rambut cekelattt semua dah* XD

" Jangan EGO kalau nak bahagiaa~~"

8 comments:

najihahfara said...

ego kadang2 bole buat manusie ni bongkak..
ape salahnye turunkan ego tu sikit kan..

Unknown said...

lelaki dan ego memang tak boleh dipisahkan.sebab itu sifat semulajadi lelaki

Ainn Rahman said...

Lumrah . lelaki mmg ego, and pmpuan selalu kna mngalah . haha

eikynsilent said...

nak ego pun agak agak skit. :)

ego di balas ego ingat tu. huhu.

A I Y R A said...

.perempuan pOn ade egO jugakk taww ! (:

Hans Hanis said...

setiap manusia ada ego
dan ego itu perlu
tetapi kena sesuai dengan situasi
:-)

Syarifah Nur Azlin Wan Zainal Abidin said...

Tak semua lelaki ego tau, ada jugak perempuan yang kuat ego.

HazHand said...

aku rase aku tak ego sgt pon..hohohohohohohohoho
tiap2 hr gaduh then senyap.. itu x ego kan syed?? ahhaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...