Friday, November 25, 2011

PISANG KAKI TU APA? PISANG YANG ADA KAKI EH??

ASSALAMUALAIKUM

Pisang kaki? haaaaa. Sejak bila pisang ada kaki wei?? Maybe pisang ni MIX dengan manusia kot? HAHA. cer masing² bayangkan kalau PISANG ada KAKI! mebi gambaran dkat atas ni tak begitu jelas untung mendapan gambaran yg jelas. HAHA. konon nak super impose, tapi edit pn malas! last2 macam cacat je aku tgk pisang tu. sian dia. elokk² lawa dah jadi buruk XD 

Jap² . korang tak pelik ke tetiba je aku nak cerita pasal Pisang yang ada kaki ni?? tak pelik ke kenapa secara tiba² aku boleh nak cakap pasal menda ni? mesti pelik kan? haaa. kalau pelik mai sini aku nak bagitau macamane tetiba terlintas nak update pasal pisang ada kaki pisang kaki ni.


Segalanya bermula sebab Aesya Zealousss *click nak ke blog dia!* ni laaa. tetiba je update status pasal Pisang kaki! eh, sebelum tu, aku tak bagitahu orang lagi pisang kaki tu mende ape kan? Pisang Kaki tu sebenarnya adalah BUAH! ye, BUAH. nama pun PISANG kann.. cuma yg pelik ada KAKI je. Maka terbitlah satu idea untuk menghasilkan entry pasal Pisang Kaki ni..


Ni lah dia pisang kaki atau dikenali sebagai persimmons. Aku rasa nama persimmons ni lebih komersial daripada Pisang Kaki! HAHA. rasa nak tergelak masa mula² dgr nama buah ni.. Actually, aku pun baru tahu pasal buah ni last year kot. macam PELIK je tgk dkat pasaraya tu. So, saja la nak test rasa.. Mak aku pun beli RM5 dapat 10 bijik kot time tu.. Then, bila balik umah, "Weiii! apasal sedap gilaa buah yang rupa macam terung bulat ni! >.<".  


Mula² aku macam tak dpat terima ni buah.. lepas tu.. bila makan memang rasa buah! serius.. Walaupun bau dia bau macam sayur. tapi, rasa dia macam buah.. kalau korang tengok, bila belah je buah ni.. rupa dia sebijik macam ciku! cer tengok ni..


Ada gaya ciku kan??? so, maybe yang dkat atas kaler hijau tu dia panggil 'kaki' kot. Nampak tak kebesaran Allah s.w.t di situ? diciptanya buah yang macam sayur, tapi sbenarnya BUAH. *eh, ayat ape ni*. Harap yang belum tahu apa itu 'Pisang Kaki' dapat sedikit manfaat setelah membaca artikel ni. babai! (:

12 comments:

Aesya Zealous said...

hahaahha kantoi aku yg suh letak nama aku..ceyt...

persimmons tu lg komersial sikit kot. bila pisang kaki mcm..eh? ape tu? hahaha..


papepun pisang kaki sedap!!

thanks:)

Jannah Latif said...

mmg sedap pn buah nie,mse mula2 dgr nme dia pn pelik.tp bila dh rasa.......xcukup sebijik dua..haha

Yana Yassin said...

masa kat korea,pokok pisang kaki belkang umah jerk,.. 1st time tgk..

JR said...

JR pun suka pisang kaki sebab JR kaki pisang!!

Entri terbaru dlm blog JR:

"Tu Dia....TV Skrin 90" Pula Nak Dijual Di Malaysia!!"

Hafiza Hafinas said...

takut nak makan... nanti pisang tak ada kaki... hahaha

Hafiza Hafinas said...

takut nak makan... nanti pisang tak ada kaki... hahaha

si ngokngek said...

wujud ka??
tak pernah dgr pun,rasa lg lar kowt..
derm!!

erleena said...

wahh :OO ngatkan betul2 pisang y gmbaq uh , rupe lain , nape xsecantek rupee , aha nk carik gak la kt sintok ni ade dak XP

.........cP~ said...

Bila budak-budak kat kedai tanya, saya cuma mampu menjawab pisang kaki tu leg banana.

eddy syrol said...

so, napa jd pisang kaki? rasa dia mcm pisang ka?huhuhu

Unknown said...

pisang kaki ek? huhu

Rdz SL said...

Hari ini saya baru dapat tahu kenapa nama dia Pisang Kaki. Kawan saya dari Spain bagitahu nama buah ni dalam bahasa sepanyol ialah Caqui (sebutan 'kaki'). Sebab tulah agaknya orang melayu dulu-dulu panggil dia pisang kaki sebab dia nak ckp buah kaki kang macam pelik so diorang cakap la pisang (sebab mcm pisang kot?) so pisang caqui. setelah diadaptasi jadilah Pisang kaki...hehehhehee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...