Saturday, June 30, 2012

Semester TIGA di IPG KBA dan CABARANNYA


Assalamualaikum. Aku tak tau lah entry ni dah tertunda berapa lama. Aku rasa zaman dinosaur dulu2 kot. Haaa aku memang suka menipu. Sape suruh hang percaya. HAHAHA ok sumpah tak lawak. Sebenarnya lepas cuti 3 minggu haritu, Aku baru masuk Semester 3 dekat IPG KBA ni. So, maksudnya dah 2 minggu kelas aku bermula. Semester 3 ni maksudnya dah hampir dengan Final. Ya Allah aku seram sebenarnya. English pun terabur lagi. Mock exam haritu pun markah semua takat2 hidung je. Andai kata air naik sikit terus lemas lah...

Dah namanya semester baru kan.. So, housemate pun baru jugak lah. Kali ni housemate aku dapat senior TESL. Macam sem lepas senior Kajian Sosial. Bilik aku 2 org je. Ok lah, Bilik selesa. Sejuk, takde lah macam last sem. Panas gila. Kipas pulak macam helikopter tunggu masa nak terbalik meletup tapi anginnya takda jugak. Quite grateful lah dapat bilik yg baru ni. Rumah pun ok.


So sepanjang keberadaan aku dekat IPBA selama 2 minggu ni, selama seminggu tu blok yg kami diami, blok 4, takde air. As you know, Air kan memang sumber asas yg gila punya penting dalam hidup. so, memang agak merana lah at first bila dapat tahu air takde. Tapi nasib baiklah ada blok 3 which is sebelah blok yg aku duduk je. Tapi bila dah dalam 2 3 hari duk ulang alik ke blok tu, tetiba air dekat blok 3 tu pun kering jugak. So, we have no choice. Terpaksa lah mandi apa semua dekat blok 1. Boleh tahan lah jauh. Bayangkan kalau malam2 buta nak terberak. Ya Allah memang satu azab jugak lah nak ke blok tu. Pernah sekali aku terkejar2 nak naik kampus sebab tak tahan nak buang air besar. Alih2 macam2 benda aku tertinggal dekat bilik. Geram betul..

Lepas tu, sekarang ni pun masih takde air lagi. Aku rasa block tu memang dah kena ganti sistem paip dah. Apa ni pakai sistem lama. Bangunan tu pun dah lama kan? Tapi kalau nak tukar memang makan masa bertahun2 lah dan sekarang, aku assume yg takkan bertukar lah jawabnya kalau nak ambil masa lama gila camtu. So, bear with it. Aku tak kisah lah asalkan ada jugak sumber air sikit2 daripada takda langsung memang nahas lah.


Part masalah air tu aku tak kisah sangat lah, yang aku paling kisah gila sekarang ni ialah LAPTOP. Laptop aku rosak kot! . Mula2 elok je. lepas tu tetiba pulak bukak2 je skrin hitam cakap "Operating system not found" Ya Allah, aku dah agak dah hard disk rosak. Bila hard disk yg rosak mestilah dia punya kos nak repair pun mahal kan? ermm.. redha jelah. Aku rasa aku dah macam hidup merempat dah tanpa laptop ni. Merata ke bilik org lain nak tumpang online kejap. HAHAHA. Ahh biarlah at least ada lah jugak aku keluar dari dunia aku kejap. Tapi susah sikit lah nak buat keje apa apa semua tak boleh sebab laptop rosak. Sebenarnya rasa bersalah jugak nak kacau org malam2 semua ni. Tapi tapi... entah. HAHA.

Ohhh ya! , Aku jugak telah dilantik sebagai Class Representative untuk sem ni dan it was not a good news since i'm not very responsible man as i know! so, i do not know whether i can be a good leader or not. Booo!. Banyak betul dugaan sem ni. dengan blackberry nya yg rosak. Sabarnya, mungkin ada hikmah disebalik semua benda yg terjadi ni. Apa-apa pun, aku berharap yg aku boleh menjadi pelajar yg berdedikasi dalam menjalankan tugas sebagai pelatih guru dan semoga pass final exam dengan cemerlang. Thanks :')

*gambar first day of semester 3. Tali leher tak sama. Ya aku tahu. 
Mungkin kena ke kelas grooming kot*



8 comments:

Cik Diana said...

Jauh lagi perjalanan nk sampai ke semester 8. SemOga menjadi guru yg berjaya nnty! ;)

syakey said...

laptop and henpong rosak adalah satu perkara yang meruntun jiwa kotttt!

Azham Vosovic said...

syukurlah I tgh cuti sem ni hehehehe.......

Anonymous said...

slm..aku snior ipba thn 2006.. mslh air mmg dr dlu lg..so releks bro...buang air n mndi mmg kna thn...hahaha..

SyedGraphix Dot Com said...

2006 sy baru form 1 kott. perghhh

Anonymous said...

hahaha..tu la..mmg mslh lma blok 4 tu..mndi kt tmpt msin bsuh tu..ade lg ke msin bsuh msuk 6 x 50 sen tu..hahaha

SyedGraphix Dot Com said...

tapi block 4 rasanya walaupun dia uzur tapi boleh lah. At least dekat nak gi luar and ke kampus. hahaha. Sekarang dah ok sikit dah masalah air. Dah takde dah kat block 4. block lain ada lagi laa. And skrg pun advance dah takde dah masuk 6X50sen sekarang pakai RM3 duit singgit singgit. haha

Anonymous said...

untung la..kteorg dlu siap mncari duit 50 sen sekping tue..hahaha...
mmg 50 sen skping tue popular gle la...hahaha..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...