Sunday, November 25, 2012

BETUL KE LELAKI ADA BLOG NI SWEET?


ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah, finally dapat juga kekuatan nak update blog. Dah lama dah nak update ni sebenarnya. Tapi bila fikir idea, tak mampu mencetus idea pun. Kadang2 banyak je idea, tapi malas. Duk tangguh-tangguh dan akhirnya memang terabai seperti biasa lah kan. Dan harini, tetiba ada coursemate update tweet. Dia kata lelaki yg ada blog ni semua sweet. Masalahnya betul ke sweet?  So, disebabkan aku teringin nak update blog. aku rasa mungkin tajuk ni boleh jadi bahan untuk blog usang dan bersawang aku ni. Right? 

Ok, from my point of view.. lelaki yg ada blog ni, sweet ah jugak. but in a certain extent ah. HAHA (mesti lah cakap sweet sebab aku pun ada blog kan. Eh). Bagi aku, mungkin yg kata lelaki ada blog ni sweet adalah kerana,

1) PENULISAN - Ok, first melalui penulisan. Kalau kita tengok, lelaki yg menulis dekat blog ni, kebanyakan penulisan dia semua matang, maksud aku.. matang ni fikiran dia kritikal sikit ah. Lepas tu, idea dia mengolah sesuatu ayat tu mungkin membuatkan readers dari kalangan wanita yg baca dia terasa seolah-olah penulis tu sweet gila. Olahan ayat, kata bunga-bunga, permainan kata.. ahh semua tu sebenarnya memberi anggapan bahawa seseorang lelaki ni sweet.

2) ENTRY - Lagi satu kenapa mereka beranggapan yg lelaki ada blog ni sweet mungkin juga kerana entry atau post yg dikarang oleh seseorang tu. Contohnya, kalau dia update something pasal someone special. So, awek dia mestilah rasa dia sweet sebab cerita pasal dia dkat blog or mesti rasa dihargai. Yelah, siapa rasa tak dihargai kan?

3) VIDEO - Kadang2, lelaki ada blog ni ada cara berbeza dgn org biasa untuk menunjukkan rasa suka atau rasa dia menghargai seseorang wanita tu. Contohnya melalui video, dalam dunia blog ni kalau org yg rekod video ni kita panggil Vlogger. Mungkin ia kelihatan sweet sikit bila bagi luahan hati ke apa dekat dalam video tu. Tak pun melalui video tu, perempuan pun dapat lah tau sejauh mana sweet dia ni. 

Aku rasa tu je sebab yg relevan kenapa lelaki ada blog ni sweet. HAHA tak dapat nak fikir dah. Tapi kalau suruh perempuan yg taip aku rasa lagi banyak lah idea dia. Aku ni saja limitkan idea. Malas nak fikir bebanyak. Sebab rasa macam dah panjang gila dan apabila post ni tak diselangi dgn gambar, takut org boring pulak baca. As a conclusion, kalau nak tengok lelaki yg ada blog ni sweet ke tak, tengok lah syed. HAHA kalau bagi korang syed ni Sweet. So, sweet ah. ah perasan pulak .Klah, bye. Salam manis. 

Saturday, November 10, 2012

BILA CUTI SEM DAH BERMULA


ASSALAMUALAIKUM

Dah lama tak update belog. So, harini sempena 10/11/12 tetiba rasa nak update blog. Konon-konon nak buat something yg special lah. haha. tapi hanya mampu update blog je. Nak kahwin macam awal lagi. Muda kenmain lagi. Calon pun takda lagi. Degree pun tak lepas lagi. So, jom kita lupakan dulu soal kahwin-kahwin ni. Main kahwin-kahwin pun jadilahh.. kan . kehkehkeh.

Btw, gambar kat atas ni adalah gambar time aku dekat stesen bas Pekeliling. Nak balik Temerloh untuk cuti semester. Ditemani oleh kawan aku. Sedih gila tau time nak berpisah dgn kawan-kawan. Rasa nak nangis :( .
Berat gila hati nak tinggalkan depa. Entahlah kenapa. Dalam bas tu pun ada rasa sebak2 nak nangis lagi. Tapi lepas tertidur, sedar je dah sampai Temerloh. Pastu dah tak sedih lagi dah. HAHA ok mengada. Tapi serius, terima kasih dekat kawan aku tu sebab banyak menyusahkan dia. BANYAK SANGAT.


So, harini kiranya dah mula hari pertama aku spend kan cuti semester dekat rumah. Dan, aku tak buat apa pun harini. Tidur je keje. Nak pergi mana pun tak tahu. Bosan. Kalau duk KL banyak tempat jugak nak pergi mana2. Tapi kat sini macam tak tau nak pergi mana. Hari Selasa ni nak pergi Kelantan. Ok, tak sabar. Bosan pulak duk dekat rumah ni. Akak aku tak balik lagi dari Kedah. So, aku kena plan elok2 lah hari esok dan seterusnya nak buat apa kat rumah ni. BOSAN. Ok, ini sahaja untuk hari ini. Bye :) 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...