Tuesday, December 11, 2012

HUKUM CEKAK PINGGANG

ASSALAMUALAIKUM

Selamat pagi. Ehem. Harini tiba-tiba rasa tertarik untuk mengulas satu isu pasal cekak pinggang ni. Korang tahu tak hukum cekak pinggang ni apa? Sy sendiri pun tak tahu juga sebenarnya. Tapi tadi tetiba terjumpa satu artikel yg cerita pasal hukum cekak pinggang. So, I think benda ni memang patut lah kita sebarkan sebab aku percaya ramai org islam sendiri pun tak tahu pasal ni. Sy pun baru je tahu beberapa minit yang lalu. hihihi. 

Sebelum tu, apa itu cekak pinggang? Engkorang tahu tak amende tu? 
Kalau tak tahu, Cekak pinggang ni adalah satu keadaan di mana kita meletakkan kedua belah tangan kita dipinggang. Kira lebih kurang macamni lah ;


Mungkin ramai juga yg tak menyangka bahawa hukum bercekak pinggang sebenarnya adalah MAKRUH. Secara jujurnya, sy sendiri pun taktahu pasal ni. dan tak menyangka bahawa hukumnya adalah Makruh. Adalah juga buat sebelum ni. 

Kenapa Makruh?

Ketika iblis diturunkan di dunia, ada dua perkara yg dia lakukan. Iaitu bersiul dan bercekak pinggang. Maka, bercekak pinggang ini adalah makruh kerana ianya adalah perbuatan Iblis Laknatullah. Sy rasa cekak pinggang ni normal lah juga. Asal nak pose alaa model je laju je cekak piggang. hahaha. 

Seterusnya, bercekak pinggang ni sebenarnya cara yahudi. Nabi kata, org Yahudi suka bercekak pinggang. Nabi juga ada berkata bahawa bercekak pinggang ni makruh kerana itu adalah perangai orang-orang sombong and last but not least, bercekak pinggang ni digambarkan seperti Ahli-ahli neraka. Sebab mereka duduk dalam tu dalam keadaan yg bercekak pinggang. 

So, bila dah tahu pasal ni.. rasa buruk sangat perangai bila ada tercekak pinggang 2 3 kali. Ok, kena hati-hatilah lepas ni. Taknak lah digambarkan sebagai ahli neraka, org yg sombong. Nauzubillah. Semoga Allah sentiasa pelihara kita semua. Amin. Terima kasih membaca. 

Rujukan : http://mearale.blogspot.com/2012/03/hukum-cekak-pinggang.html

3 comments:

nanieydotcom said...

BAEKK.... perkongsian yg bermakna :)

Fieyqa Adelova said...

nice info! terima kasih share :)

Mek Onie said...

tetiba onie teringat customer cina tegur onie minggu lepas.... "eh onie,u haaa manyak garang woooo cikak pinggang... kasi ayu sikit la" baru tahu jugak ni ada hukum ,hu....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...