Wednesday, December 18, 2013

P1 Wimax Penipu? Boikot P1 Wimax??


ASSALAMUALAIKUM

First of all, amaran awal dari gua. Entry ni bukanlah berbentuk fitnah atau bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak. Tapi lebih kepada berbentuk soalan sebab aku pun tertanya-tanya kesahihan perkara ni. Aku bukan lah pengguna P1. Aku pun takda apa-apa perasaan bengang ke menyampah ke apa dengan P1 sebab bukan aku yang kena tipu. Tapi kalau semua perkara atau khabar angin yang aku dengar tu semua adalah benar belaka, maka aku rasa better untuk syarikat ni bungkus. 

Cerita dia macamni, ada satu hari ni aku masuklah satu group ni yg bernama "P1 Wimax Sucks". So, daripada nama group dia je dah nampak yg semua pengguna P1 menyampah dengan servis mereka ni. Group yang berjumlah lebih 16 ribu pengguna Facebook ini menjadi medium untuk mereka yang telah ditipu oleh P1 Wimax bagi melepaskan rasa tidak puas hati mereka terhadap syarikat tersebut. 

Berikut, aku tunjuk printscreen daripada group yg aku join tu..





Ni antaranya lah yang mampu aku printscreen, sebab seriously banyak lagi dalam group tu yang menyampaikan suara hati ditipu P1 Wimax. 


 Ini pulak survey yg mereka dah buat untuk tahu berapa ramai yang kena tipu. Banyak kot ribu-ribu tu. Boleh makan sebulan pun tak habis kalau student macam aku ni :(


Alhamdulillah banyak pihak yang tampil membantu mereka yg telah ditipu ni. Ada peguam jugak dalam group tu and hari Selasa pukul 1 PM ada press conference untuk menyelesaikan perkara ni...

Aku takdalah nak fitnah atau jatuhkan P1 ni. Tapi kalau diorang ni semua menipu untuk apa? Takkan ramai sangat yan g menipu semata-mata nak menjatuhkan P1 Wimax ni kalau perkara tu tak betul kan? Apa faedah dia? Rata-rata ramai yang ditipu semua sebab dah terminate tapi P1 still tak terminatekan akaun diorang and akaun diorang terus aktif sampai beberapa tahun kemudian baru pihak P1 hantar email suruh jelaskan sampai beribu-ribu dan akhirnya di blacklisted kan. Menyedihkan kan? Sama-samalah kita tunggu untuk tahu kesasihan perkara ni. Sekian...

untuk rujukan, group P1 Wimax Sucks.  https://www.facebook.com/groups/159121421506/

3 comments:

Khai Artzfar said...

saya boikot seorang syed ! #eh

hyz said...

komen pertama y printscreen tu... mohon pencerahan? apakah?

Azhafizah Md Nor said...

thank you for share..nasib tak beli

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...