Tuesday, January 7, 2014

Movie Taare Zameen Par Lakonan Aamir Khan yang Menyentuh Hati.



ASSALAMUALAIKUM



Harini aku nak cerita sikit lah pasal cerita "Taare Zameen Par" filem arahan Aamir Khan. Cerita ni dah lama sebenarnya since 2007 lagi dah duk tayang, aku pun dah tengok dah tahun lepas. Aku tahu, walaupun cerita ni nampak macam agak lama untuk diperbincangkan di sini tapi moral values or apa yg depa semua cuba sampaikan tu sumpah penting gila dalam sistem pendidikan kita sekarang ni. 

Bagi aku cerita ni sangat menyentuh hati aku. Aku tak tahu pasal apa. Mungkin juga sebab aku juga seorang bakal guru. So, aku rasa cerita ni dekat sangat dengan jiwa aku walaupun aku belum bersedia menjadi seorang guru ataupun berpengalaman menjadi seorang guru. Cuma pernah pi ke sekolah sebagai seorang guru ja. Tu pun sebab School Based Experience yg diwajibkan untuk setiap semester degree sahaja. 

Cerita ni sebenarnya menonjolkan kepentingan seorang guru dan peranan seorang guru itu dalam mendidik pelajar. Seharusnya guru perlulah tahu bahawa setiap individu mempunyai kemampuan yang berbeza. Kita tak boleh expect every student have a same level of thinking. Banyak faktor yg perlu diambil kira contohnya macam persekitaran, background family dia dah pasti mempengaruhi cara dia berfikir. 

Dalam cerita ni mengisahkan pasal Ishan budak 8 tahun yang mengalami masalah dyslexia. Dyslexia tu adalah masalah dalam membaca, menulis, mengira. Dyslexia ni berlaku bila otak kita tak mampu untuk menafsir simbol-simbol atau huruf-huruf. Sebab tu la budak dyslexia ni dia tak boleh membaca and menulis properly. Sebab nak menulis, membaca semua tu mestilah kita kena tahu basic dulu kan? iaitu dengan mengenal simbol. Budak dyslexia ni bila dia tengok huruf, simbol semua tu dia nampak macam seolah-olah huruf-huruf tu menari. Dia menulis pun abjad tu akan jadi mirror-image. Sebab tu lah depa susah nak faham. Tapi, bila dia cakap dkat org, dah sah sah kena ketawa and lepastu bila dia rasa dah takda siapa yg boleh faham dia, dia akan rasa tertekan and langsung tak jadi apa-apa.


Aku belajar perkembangan kanak-kanak atau Child Development masa semester pertama degree dulu. So, benda ni semua memang belajar lah dan segala ciri-ciri seorang budak dyslexia semua ditunjukkan dengan tepat dalam movie ni. Aku pun tiba-tiba semangat recall balik time belajar subject ni dulu. 


Lepastu lagi satu, mak ayah pun main peranan penting juga dalam mengenal pasti masalah anak-anak diorang ni. Dalam cerita ni kesian Ishan ni sebab mak ayah dia semua ingat dia malas sebab exam apa semua pun semua failed. Sedangkan abang dia tu cemerlang dalam setiap exam. Kalau kat sekolah pun dah kena panggil bodoh semua, lepastu balik rumah pulak kena marah dgn mak ayah. Mana nak ada motivasinya budak tu nak belajar. Sebab tu peranan ibu-bapa ni penting. 

Tapi walau apa pun, cikgu jugaklah yg memainkan peranan penting sekali.  Yelaaa kan, kalau budak tu dah darjah 3 4 takleh membaca lagi memang cikgu la dipersalahkan. So, cikgu pun kena tahu characteristic budak2 yg perlukan bimbingan lebih daripada seorang guru ni. 


Walaubagaimanapun, Aamir Khan memang sesuai berlakon watak seorang guru. Sebab apa yg aku nampak dalam cerita ni dia sangat educated, seorang guru yang cool dan penyayang. Kalau nak dibandingkan dengan guru-guru yang lain tu, hampeh gila kerja nak marah je. Dia lah juga yang berjaya mengubah Ishan dan mengajar Ishan menulis, membaca dan mengira. Lakonan dia pun sangat terkesan sebab bila ada part-part yg menyedihkan tu menangis jugaklah aku ni..

So, kesimpulannya. Walaupun dah 2 kali tengok cerita ni tapi masih tak bosan. Rasa sedihh semua tu ada bila kita letak situasi kita dekat dalam diri budak tu. Syabas Aamir Khan!. Haihhh.. Bila lah Malaysia nak produce movie yang macam ni. (Ada dah kot tapi mungkin kurang umphhhh).

Sekian, terima kasih! :)

1 comment:

Jαnnαhツ said...

best citer nie. da tgok. mmg ada lah part sedih tu. huhu. mmg banyak lessons

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...