ASSALAMUALAIKUM
Seawal jam 8.00 Pagi, Semua pelajar2 PPISMP TESL ambilan JUN 2011 berkumpul di laluan hijau yg bertempat di IPG KBA bagi menghadiri program penyembelihan ayam. Program penyembelihan ayam ini sekaligus dilakukan serentak bersama dua program yg lain, iaitu Iftar Perdana dan juga BIG (Bina Insan Guru). Program ini juga turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah IPG KBA berserta pensyarah-pensyarah dan juga Guru JQAF.
Mula-mula sekali, kami diberi pendedahan tentang syarat sah penyembelihan, cara nak sembelih, cara peganag pisau.. Takdelah susah sangat. Senang je rupanya. Then, selepas diberi taklimat oleh ustaz sendiri, kami menunggu kehadiran 100 ekor Ayam untuk disembelih yang dibawa menaiki van.
Tudiaaa semua ayam. Dah, jangan tanya macam mana bau dia. Ya Allah dasyat gila kot bau dia. Aku rasa nak pengsan. Nasib baik tak kena angkat benda ni. Pandai pulak aku elakkan diri. Kadang2 teruk jugak aku ni. Tapi kadang2 lah. Kadang2 berguna jugak. Bhahaha.
Diorang model ayam. HAHA. Aku tak tahu lah diorang first time pegang Ayam ke camne. Tapi tengok gaya macam dah pakar. Dah biasa kot. Ehh? Masing2, bila ayam tu dah diangkat, semua tutup hidung, boleh tahan banyak kot tahi ayam tu. Setiap kali dia berak ke camne? Ke dia dah tahu ajal dia takat mana? em em.
Kelihatan ayam ini seperti dah ready untuk disembelih.
Selepas disembelih. Alhamdulillah berjaya..
Sebenarnya nak sembelih ayam ni takdelah susah mana. Just jangan angkat pisau tu je kalau dah mula sembelih. Sebab, kalau salah satu urat tu dah putus, tapi lepas tu kita angkat pulak pisau tu, memang jadi bangkai lah. Ok, explanation aku agak suakr difahami. Kalau tak faham, boleh buat rujukan kat mana2 ustaz. haha.
GAMBAR SEKITAR PROGRAM
Kami juga diajar macam mana cara2 nak "cabut baju" ayam ni. hahaha menarik jugak. Senang je rupanya. Cepat pun cepat. Tapi ayam dia takda kulit lahh.. Selepas selesai semua benda benda ni, ayam tersebut dimasak oleh siapa ehhh tak ingat dah. Btw, Menarik jugak pengalaman macam ni! :') . Bersyukur kerana diberi peluang untuk mempraktikkan penyembelihan ayam ni . Kalau bukan sekarang, bila lagi kita nak tahu kan? Sekurang2 kita dah tahu dah macam mana nak sembelih apa2 jenis haiwan di masa akan datang.
2 comments:
wow.. ramainye awek cun kat PPISMP..
Ustaz Abu nampak makin slim lah....Herbalife eyh? heheheh!
Post a Comment